SURAT YOHANES
YANG KEDUA
Kata Pengantar
Surat Yohanes yang Kedua ditulis oleh “pemimpin jemaah” dan ditujukan kepada “puan yang dipilih oleh Allah” dan kepada anak-anaknya. Mungkin yang dimaksudkan “puan dan anak-anaknya” ialah jemaah tempatan. Surat yang pendek ini meminta supaya mereka saling mengasihi serta berwaspada terhadap guru-guru palsu dan ajaran mereka.
Kandungan
Pendahuluan 1-3
Keutamaan Kasih 4-6
Amaran tentang Ajaran yang Salah 7-11
Penutup 12-13
(0)
1
Kepada puan yang dipilih oleh Allah dan kepada anak-anak puan.a Surat ini daripada saya, pemimpin jemaah yang benar-benar mengasihi puan dan anak-anak puan. Bukan hanya saya seorang yang mengasihi puan dan anak-anak puan, tetapi juga semua orang yang mengenal Allah,b kerana Allah ada di dalam hati kita dan menyertai kita selama-lamanya.
Semoga Allah Bapa dan Yesus Kristus, Anak Bapa itu mengurniai kita berkat, rahmat, dan kesejahteraan. Semoga kita memiliki semua itu dengan hati yang tulus dan dengan kasih.
Kebenaran dan Kasih
Saya sangat gembira kerana mengetahui beberapa orang antara anak-anak puan hidup menurut ajaran Allah,c seperti yang diperintahkan oleh Allah Bapa kepada kita. Oleh itu, puan, saya meminta supaya kita saling mengasihi. Saya tidak mengemukakan satu perintah baru; perintah ini telah diberikan sejak kita percaya kepada Kristus. + Mengasihi satu sama lain bererti hidup menurut perintah Allah. Inilah perintah yang telah puan dan anak-anak puan dengar sejak permulaan: Puan dan anak-anak puan harus saling mengasihi.
Banyak penipu telah pergi ke seluruh dunia. Mereka tidak mengakui Yesus Kristus datang ke dunia sebagai manusia. Orang semacam itu penipu dan Musuh Kristus. Oleh itu, berwaspadalah supaya tidak kehilangan apa yang telah kami usahakan untuk puan dan anak-anak puan.d Berusahalah supaya puan dan anak-anak puan menerima pahala sepenuhnya daripada Allah.
Sesiapa yang tidak berpegang kepada ajaran Kristus tetapi melampaui ajaran itu, tidak mempunyai Allah. Sesiapa yang berpegang kepada ajaran itu, mempunyai Allah Bapa dan Anak. 10 Oleh itu, jika sesiapa datang dan memberitakan ajaran yang tidak diajarkan oleh Kristus, janganlah sambut dia ke dalam rumah puan dan anak-anak puan. Janganlah berkata kepadanya, “Salam sejahtera.” 11 Hal ini demikian, kerana sesiapa yang memberikan salam kepada orang semacam itu, menjadi subahat dalam perbuatannya yang jahat.
Kata-Kata Penutup
12 Banyak lagi yang hendak saya katakan, tetapi lebih baik tidak melalui surat. Saya berharap dapat melawat puan dan anak-anak puan, dan bercakap dengan puan sendiri, supaya kita benar-benar gembira.
13 Anak-anak daripada saudara perempuan puan yang juga dipilih oleh Allah,e mengirim salam kepada puan.
a 1:1 Puan yang...anak-anak puan: Mungkin yang dimaksudkan itu jemaah tempatan (juga dalam ayat 4-5). b 1:1 mengenal Allah; Harfiah: kebenaran. c 1:4 ajaran Allah; Harfiah: kebenaran. + 1:5 Yoh 13.34, 15.12, 17 d 1:8 kami usahakan untuk puan dan anak-anak puan; Beberapa buah naskhah kuno: puan dan anak-anak puan usahakan. e 1:13 Anak-anak...Allah: Mungkin yang dimaksudkan itu jemaah di tempat penulis.