Pertanyaan-pertanyaan tentang Yesus Kristus
Soalan: Siapakah Yesus Kristus?

Jawapan: Siapakah Yesus Kristus? Berbanding dengan soalan, ?Adakah Tuhan wujud??, kurang orang mempertikaikan kewujudan Yesus Kristus. Orang ramai menerima kenyataan bahawa Yesus ialah manusia benar yang wujud di Israel 2000 tahun dahulu. Perbahasan berlaku apabila keperibadian Yesus dipersoal. Hampir semua agama menyatakan bahawa Yesus ialah seorang Nabi, seorang guru yang baik, atau seorang yang suci. Masalahnya ialah Kitab Injil menyatakan bahawa Yesus adalah lebih daripada seorang Nabi, guru yang baik dan orang yang suci.

CS Lewis menulis di dalam bukunya Hanya Agama Kristian: ?Saya cuba menghalang orang daripada berkata sesuatu yang bodoh mengenai Yesus: ?Saya bersedia menerima Yesus sebagai seorang guru moral yang baik, tetapi saya tidak menerimanya sebagai Tuhan.? Kata-kata ini adalah sesuatu yang tidak patut kita ucapkan. Seorang manusia biasa jika dapat menyatakan segala yang Yesus katakan tidak akan dianggap sebagai guru moral yang baik. Sebaliknya, dia akan dianggap gila atau Syaitan dari neraka. Kamu perlu membuat satu pilihan. Yesus jika bukan Anak Tuhan, maka dia adalah seorang yang gila atau lebih buruk lagi. Kamu boleh menganggap dia orang bodoh, kamu boleh meludah pada dia dan membunuh dia; atau kamu boleh melutut di hadapan-Nya dan memanggil-Nya Tuan dan Tuhan. Tetapi jangan buat tanggapan yang tidak bererti bahawa Yesus hanya seorang guru yang baik. Dia tidak memberi peluang kepada kita untuk menentukan identiti-Nya.?

Jadi, apa yang Yesus katakan mengenai dirinya sendiri? Menurut Kitab Injil, siapakah Yesus? Pertama, biar kita lihat pada Yohanes 10:30, ?Bapa dan Aku SATU.? Sekali imbas, firman ini tidak menunjukkan tuntutan sebagai Tuhan. Tetapi, apabila kita melihat reaksi orang Yahudi terhadap kata-kata-Nya, "Kami mahu merejam kamu bukan kerana perbuatanmu yang baik, tetapi kerana kamu mengkufuri Allah! Kamu hanya manusia, tetapi kamu mahu menjadikan dirimu Allah!" Orang Yahudi faham bahawa Yesus menyamakan diri-Nya dengan Tuhan. Di dalam ayat berikutnya, Yesus tidak membetulkan fahaman mereka dengan berkata,?Saya bukan Tuhan .? Hal ini menunjukkan bahawa Yesus sememangnya menyatakan bahawa Dia ialah Tuhan, ?Bapa dan Aku SATU.?(Yohanes 10:30) Yohanes 8:58 ialah satu contoh lain. Yesus menjawab, ?Apa yang Aku katakan ini benar: Sebelum Abraham dilahirkan, Aku sudah ada.? Lagipun, apabila orang Yahudi mendengar kata-kata Yesus, mereka mengambil batu untuk melontarnya (Yohanes 8:59). Yesus mengumumkan identiti-Nya ?Saya abadi? adalah merujuk kepada nama Tuhan di Kitab Zabur (Keluaran 3:14). Mengapa orang Yahudi hendak membaling batu pada Yesus jika dia tidak menyatakan sesuatu yang dianggap kata-kata kufur, iaitu, penyamaan dengan Tuhan?

Yohanes 1:1 menyatakan bahawa ?Logos ialah Tuhan.? Yohanes 1:14 menyatakan bahawa ?Logos menjadi manusia.? Hal ini menunjukkan bahawa Yesus ialah Tuhan dalam bentuk manusia. Tomas menyebut Yesus, ?Tuan dan Tuhan saya.?(Yohanes 20:28). Yesus tidak membetulkan dia. Paulus menghuraikan Yesus sebagai ?? Tuhan dan Penyelamat, Yesus Kristus? (Titus 2:13). Petrus juga menyatakan perkara yang sama, ?? Tuhan dan Penyelamat kita? (2 Petrus 1:1). Tuhan ialah saksi identiti Yesus juga, ?Takhta kamu, Tuhan, kekal selama-lamanya, dan kebaikan kamu ialah kuasa Pemerintahan kamu.? Kitab Zabur meramalkan kesucian Yesus, ?Sebab seorang anak telah dilahirkan untuk kita, seorang putera telah diberikan kepada kita; lambang pemerintahan berada di atas bahunya, dan namanya disebut orang: Penasihat Ajaib, Allah yang Perkasa, Bapa yang Kekal, Raja Damai.? (Yesaya 9:6).

Jadi, CS Lewis berdebat dan percaya bahawa Yesus ialah seorang guru yang baik bukan salah satu pilihan. Yesus menyamakan dirinya dengan Tuhan. Jika dia bukan Tuhan, maka dia ialah penipu, maka bukanlah Nabi, guru yang baik atau orang suci. Untuk menafikan Yesus, cendekiawan moden berkata bahawa Yesus dalam sejarah tidak seperti yang dikatakan oleh kitab Injil. Dapatkah kita berdebat dengan Tuhan mengenai Yesus? Bagaimana cendekiawan menafikan catatan dalam Kitab Injil (Yohanes 14:26)?

Mengapa identiti Yesus adalah penting? Mengapa penting mengetahui Yesus ialah Tuhan? Alasan yang paling utama bagi ?Yesus mesti merupakan Tuhan? ialah, jika dia bukan Tuhan, maka kematian-Nya tidak dapat membayar denda dosa kita (1 Yohanes 2:2). Hanya Tuhan boleh membayar denda yang besar ini (Roma 5:8, 2 Korintus 5:21). Yesus mesti ialah Tuhan supaya dia dapat membayar hutang kita. Yesus mesti ialah manusia supaya dia boleh mati. Penyelamatan hanya boleh diperolehi melalui kepercayaan kepada Yesus! Ketuhanan Yesus ialah faktor penting penyelamatan. Ketuhanan Yesus terbukti melalui segala yang dia katakan, ?Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku.? (Yohanes 14:6).

Soalan: Adakah Yesus Tuhan? Adakah Yesus mengaku dirinya Tuhan?

Jawapan: Yesus tidak pernah menyatakan dengan ketara di dalam Kitab Injil bahawa ?Dia Adalah Tuhan?. Tetapi hal ini tidak bermakna Yesus tidak mengaku bahawa dirinya ialah Tuhan. Sebagai contoh, di Yohanes 10:30, ?Bapa dan Aku satu?. Sekali imbas, hal ini nampaknya bukan satu pengisytiharan bahawa Dia ialah Tuhan. Tetapi, apabila melihat kepada reaksi orang Yahudi terhadap kata-kata Yesus, ?Orang Yahudi di situ menjawab, ?Kami mahu merejam kamu bukan kerana perbuatanmu yang baik, tetapi kerana kamu mengkufuri Tuhan! Kamu hanya manusia, tetapi kamu mahu menjadikan dirimu Tuhan!??(Yohanes 10:33). Orang Yahudi faham bahawa percakapan Yesus itu telah menyamakan Dirinya dengan Tuhan. Dalam ayat berikutnya, Yesus tidak berkata, ?Saya bukan Tuhan.? Hal ini menunjukkan bahawa Yesus benar-benar mengaku Dirinya Tuhan apabila berkata ?Bapa dan Aku satu.? Yohanes 8:58 ialah contoh lain, Yesus menjawab, ?Apa yang Aku katakan ini benar: Sebelum Abraham dilahirkan, Aku sudah ada?. Sekali lagi, reaksi orang Yahudi adalah hendak membalingkan batu pada Yesus untuk membunuhnya (Yohanes 8:59). Jika Yesus tidak menyatakan sesuatu yang dianggap kufur maka orang Yahudi tidak akan cuba membunuhnya.

Yohanes 1:1 menyatakan, ?Firman itu bersama-sama Allah dan Firman itu adalah Tuhan.? Yohanes 1:14 pula menyatakan, ?Firman itu sudah menjadi Manusia dan tinggal antara kita.? Hal ini jelas menunjukkan bahawa Yesus ialah Tuhan dalam bentuk manusia. Kisah Para Rasul 20:28 menyatakan, ?Hendaklah kamu menjaga diri serta menjaga jemaah yang sudah diserahkan kepada pemeliharaan kamu oleh Roh Allah. Jagalah jemaah Allah seperti gembala menjaga domba, kerana Allah sudah menjadikan jemaah milik-Nya sendiri melalui kematian Anak-Nya.? Kisah Para Rasul 20:28 mengumumkan bahawa Tuhan membeli jemaah Tuhan dengan darahnya sendiri. Oleh itu, Yesus ialah Tuhan.

Tomas, murid Yesus berkata, ?Tuan dan Tuhan saya.? (Yohanes 20:28). Yesus tidak menafikan kata-katanya. Titus 2:13 menggalakkan kita untuk menunggu Tuhan dan Penyelamat kita, iaitu Yesus Kristus (2 Petrus 1:1). Di Ibrani 1:8, Tuhan Bapa mengumumkan, ?Takhta-Mu, ya Allah, akan kekal selama-lamanya! Engkau memerintah umat-Mu dengan keadilan?.

Di Wahyu, seorang malaikat mengarahkan Yohanes supaya hanya menyembah Tuhan (Wahyu 19:10). Beberapa kali Yesus menerima penyembahan daripada orang (Matius 2:11; 14:33; 28:9,17; Lukas 24:52, Yohanes 9:38). Dia tidak menggertak orang yang menyembahnya. Jika Yesus bukan Tuhan, dia akan menghentikan orang daripada menyembahnya, seperti malaikat di Wahyu. Terdapat banyak ayat-ayat di dalam Kitab Injil yang menunjukkan ketuhanan Yesus.

Alasan yang paling penting adalah jika Yesus bukan Tuhan, maka kematiannya tidak dapat membayar denda dosa manusia (1 Yohanes 2:2). Hanya Tuhan yang dapat membayar denda yang besar itu. Hanya Tuhan yang dapat menanggung dosa dunia ini (2 Korintus 5:21), mati dan bangkit semula ? membuktikan Yesus memenangi dosa dan kematian.

Soalan: Apakah maknanya menerima Yesus sebagai Penyelamat Individu kamu?

Jawapan: Adakah kamu telah menerima Yesus Kristus sebagai penyelamat individu kamu? Sebelum kamu menjawab, benarkan saya menjelaskan soalan ini. Untuk memahami soalan ini dengan tepat, kamu mesti faham makna ?Yesus Kristus?, ?individu? dan ?Penyelamat?.

Siapanya Yesus Kristus? Ramai orang menganggap Yesus Kristus sebagai seorang manusia yang baik, atau salah seorang Nabi Tuhan. Semua ini memang betul mengenai Yesus, tetapi keterangan ini tidak tepat. Kitab Injil mengatakan bahawa Yesus ialah Tuhan dalam bentuk badan manusia, Tuhan menjadi manusia (lihat Yohanes 1:1,14). Tuhan datang ke dunia untuk mengajar kita, mengubati kita, memperbetulkan kita, mengampuni kita ? dan mati untuk kita! Yesus Kristus ialah Tuhan, Pencipta alam, Tuhan yang berdaulat. Sudahkah kamu menerima Yesus ini?

Apakah Penyelamat dan mengapa kita perlukan Penyelamat? Kitab Injil memberitahu kita bahawa kita telah berdosa, kita semua melakukan maksiat (Roma 3:10-18). Akibatnya, kita patut menerima kemurkaan dan pengadilan Tuhan. Pengadilan yang sepadan dengan dosa yang dilakukan terhadap Tuhan yang abadi ialah hukuman yang tiada penghabisan (Roma 6:23; Wahyu 20:11-15). Ha; inilah sebabnya kita perlukan Penyelamat!

Yesus Kristus, datang ke dunia dan mati untuk kita. Kematian Yesus, Tuhan dalam bentuk manusia, adalah sebagai tebusan bagi dosa kita yang tidak terhad (2 Korintus 5:21). Yesus mati untuk menanggung dosa kita (Roma 5:8). Yesus membayar harga itu supaya kita tidak perlu membayar lagi. Kebangkitan Yesus membuktikan kematiannya cukup untuk membayar denda dosa kita. Oleh itu Yesus ialah Penyelamat yang tunggal (Yohanes 14:6; Kisah Para Rasul 4:12)! Adakah kamu yakin terhadap Yesus sebagai Penyelamat anda?

Adakah Yesus ?Penyelamat Peribadi? anda? Ramai orang menganggap agama Kristian adalah hanya menghadiri gereja, mengamalkan upacara agama, tidak berbuat jahat. Semua ini bukan agama Kristian yang sebenar. Agama Kristian yang benar ialah hubungan peribadi dengan Yesus Kristus. Menerima Yesus sebagai penyelamat anda bermakna meletakkan kepercayaan dan keyakinan pada Yesus. Tiada sesiapa yang boleh diselamatkan melalui kepercayaan pada seseorang. Tiada sesiapa yang boleh diampuni selepas berdosa. Hanya terdapat satu cara anda boleh diselamatkan iaitu menerima Yesus sebagai Penyelamat Individu, percaya bahawa kematian-Nya mampu membayar denda dosa kamu, dan yakin bahawa kebangkitan-Nya menjamin nyawa abadi di dunia akhirat (Yohanes 3:16). Sudahkah anda menerima Yesus sebagai Penyelamat Individu anda?

Jika kamu ingin menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat Individu anda, ikutilah satu doa contoh di sini. Melafazkan kata-kata ini tidak akan menyelamatkan kamu, tetapi hanya kepercayaan kepada Kristus yang akan menyelamatkan kamu! Doa ini hanya satu cara yang mudah untuk menunjukkan kepercayaan kamu dan mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana rahmat penyelamatannya. "Tuhan, saya mengaku bahawa saya sudah berdosa terhadap Kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus telah menggantikan saya bagi menerima hukuman itu supaya saya dapat diampuni melalui iman dalam Kristus. Saya akan meninggalkan dosa saya dan percaya Kristus boleh memberi saya pengampunan dosa. Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan kamu ? iaitu hadiah kehidupan akhirat! Amen!"

Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang di bawah ?Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini?.
Soalan: Adakah ketuhanan Kristus itu berdasarkan kitab Injil?

Jawapan: Selain daripada pengakuan Yesus sendiri, pengikut-pengikutnya juga percaya kepada ketuhanan Kristus. Mereka mengatakan bahawa Yesus mempunyai hak untuk mengampuni dosa ? sesuatu yang hanya boleh dilakukan oleh Tuhan, kerana manusia berdosa terhadap Tuhan (Kisah Rasul 5:31; Kolose 3:13; bandingkan dengan Mazmur 130:4; Yeremia 31:34). Mengenai ketuhanan-Nya, Yesus dikatakan akan ?menghakimi orang yang hidup dan yang mati? (2 Timotius 4:1). Tomas berkata kepada Yesus, ?Tuhanku dan Tuanku!? (Yohanes 20:28). Paulus memanggil Yesus ?Tuhan yang Maha Kuasa dan Penyelamat kita? dan membuktikan bahawa sebelum Yesus menjelma semula, Yesus sudah ada dalam ?rupa Tuhan? (Filipi 2:5-8). Orang Yahudi menulis mengenai Yesus, "Takhta-Mu, ya Tuhan, akan kekal selama-selamanya? (Ibrani 1:8). Yohanes berkata bahawa ?Sebelum dunia ini diciptakan, Firman sudah ada. Firman itu bersama-sama dengan Tuhan dan Firman [Yesus] itu adalah Tuhan? (Yohanes 1:1). Contoh ayat-ayat Kitab Injil yang menunjukkan ketuhanan Kristus (lihat Wahyu 1:17; 2:8; 22:13; 1 Korintus 10:4; 1 Petrus 2:6-8; bandingkan dengan Mazmur 18:2; 95:1; 1 Petrus 5:4; Ibrani 13:20), namun mana-mana satu daripada ayat-ayat ini pun sudah cukup untuk menunjukkan bahawa Yesus dipercayai ialah Tuhan oleh para pengikut-Nya.

Yesus juga diberikan gelaran yang hanya diberikan kepada Yahweh (nama rasmi Tuhan) dalam Perjanjian Lama. Gelaran ?Penyelamat? dari Perjanjian Lama (Mazmur 130:7; Hosea 13:14) digunakan pada Yesus dalam Perjanjian Baru (Titus 2:13; Wahyu 5:9). Yesus dipanggil Imanuel (?Tuhan menyertai kita? dalam Matius 1). Dalam Zakharia 12:10 Yahweh berkata "dan mereka akan memandang orang [Bahasa Inggeris: ?kepadaKu?] yang telah mereka tikam.? Namun Perjanjian Baru menggunakan ayat ini pada penyaliban Yesus (Yohanes 19:37; Wahyu 1:7). Jika Yahweh adalah yang ditikam dan dipandang, dan Yesus adalah yang ditikam dan dipandang, maka Yesus adalah Yahweh. Paulus menerangkan kata-kata Yesaya 45:22-23 dengan menggunakannya pada Yesus dalam Filipi 2:10-11. Selanjutnya, nama Yesus digunakan bersama-sama dengan nama Yahweh dalam doa, ?Semoga Allah Bapa kita dan Tuhan Yesus Kristus mengurniai kamu berkat dan kesejahteraan? (Galatia 1:3; Efesus 1:2). Jika Kristus tidak mempunyai sifat ketuhanan, maka hal ini adalah suatu penghinaan kepada Tuhan. Nama Yesus diletakkan bersama dengan nama Yahweh dalam perintah Yesus untuk membaptis ?dalam nama [bentuk tunggal] Bapa dan Anak dan Roh Kudus? (Matius 28:19; lihat pula pada 2 Korintus 13:14). Dalam Wahyu Yohanes berkata bahawa segala ciptaan memuji Kristus (sang Anak Domba) ? oleh itu Yesus bukanlah sebahagian daripada ciptaan.

Perbuatan-perbuatan yang hanya dapat dilakukan oleh Tuhan juga dilakukan oleh Yesus. Yesus bukan hanya membangkitkan orang mati (Yohanes 5:21; 11:38-44) dan mengampuni dosa (Kisah Rasul 5:31; 13:38), Dia juga mencipta dan memelihara alam semulajadi (Yohanes 1:2; Kolose 1:16-17). Fakta ini lebih hebat apabila kita teringat bahawa Yahweh mengatakan Dia bersendirian ketika mencipta alam (Yesaya 44:24). Selanjutnya, Yesus memiliki sifat-sifat yang hanya dimiliki oleh Allah: kekal (Yohanes 8:58), sentiasa hadir (Matius 18:20; 28:20); Maha tahu (Matius 16:21), Mahakuasa (Yohanes 11:38-44).

Mengakui diri-Nya ialah Tuhan dan memperbodohkan orang ramai untuk percaya bahawa Dia benar-benar ialah Tuhan sama sekali berbeza dengan membuktikan diri-Nya ialah Tuhan. Kristus membuktikan dakwaan-Nya dengan banyak keajaiban serta kebangkitan-Nya dari antara orang mati. Antara keajaiban Yesus ialah: menukar air menjadi wain (Yohanes 2:7); berjalan di atas air (Matius 14:25); melipatgandakan benda-benda fizikal (Yohanes 6:11), menyembuhkan orang buta (Yohanes 9:7) dan orang lumpuh (Markus 2:3); serta orang yang sakit (Matius 9:35; Markus 1:40-42); bahkan membangkitkan orang mati (Yohanes 11:43-44; Lukas 7:11-15; Markus 5:35). Tambahan pula, Yesus sendiri bangkit dari antara orang mati. Sangat berbeza dengan cerita-cerita dongeng mengenai kematian dan kebangkitan dewa-dewi dalam agama-agama kafir, tidak dapat dibandingkan dengan kebangkitan dalam agama-agama lain, dan tidak ada dakwaan-dakwaan lain yang begitu tepat selain daripada Kitab Injil. Menurut Dr. Gary Habermas, terdapat sekurang-kurangnya dua belas fakta sejarah yang patut diakui oleh sarjana-sarjana bukan Kristian:

1. Yesus mati di atas salib.
2. Dia dikuburkan.
3. Kematian-Nya menyebabkan para pengikutnya kecewa dan putus asa.
4. Kubur Yesus didapati (atau dikatakan begitu) dalam keadaan kosong beberapa hari kemudian.
5. Para pengikutnya percaya bahawa mereka telah melihat Yesus yang bangkit.
6. Selepas itu, para pengikutnya berubah dari sifat ragu-ragu menjadi orang yang percaya dan berani.
7. Berita ini adalah inti pemberitaan dalam gereja pada mulanya.
8. Berita ini diberitakan di Yerusalem.
9. Sebagai hasilnya, gereja ditubuhkan dan berkembang.
10. Hari kebangkitan (hari Minggu) menggantikan hari Sabat (hari Sabtu) sebagai hari utama untuk beribadat.
11. Tomas, seorang yang mencurigai kebangkitan Yesus akhirnya bertobat ketika dia melihat Yesus yang bangkit.
12. Paulus, musuh orang Kristian, bertobat setelah mengalami pengalaman bertembung dengan Yesus yang bangkit.

Jika ada sesiapa yang menolak dakwaan-dakwaan yang teliti ini, hanya beberapa daripada dakwaan ini sudah cukup untuk membuktikan kebangkitan Yesus dan kebenaran kitab Injil: kematian Yesus, perkuburan, kebangkitan dan kemunculan semula Yesus (1 Korintus 15:5). Walaupun terdapat beberapa teori yang mampu menjelaskan satu atau dua fakta-fakta di atas, tetapi hanya kebangkitan Yesus yang dapat menjelaskan kesemuanya. Para pengkritik mengakui bahawa para pengikut mendakwa bahawa mereka melihat Yesus yang telah bangkit. Baik tipu muslihat mahupun pengkhayalan tidak mungkin dapat mengubah seseorang sebagaimana yang telah dilakukan oleh kebangkitan Yesus. Pertama sekali, apakah keuntungan bagi mereka? Agama Kristian bukan hal yang diterima oleh orang ramai pada waktu itu dan mereka tidak akan memperolehi keuntungan dari segi kewangan. Kedua, pembohong-pembohong tidak akan mahu mati kerana kepercayaan mereka. Tidak ada penjelasan yang lebih baik mengenai kerelaan para pengikut untuk mati secara kejam demi iman mereka selain daripada kebangkitan Yesus. Memang benar ramai orang yang mati untuk pembohongan yang mereka rasakan benar, namun tidak akan ada orang yang bersedia untuk mati bagi sesuatu yang mereka ketahui adalah tidak benar.

Sebagai kesimpulan, Kristus mendakwa bahawa Dia adalah Yahweh, Dia adalah Tuhan, bukan hanya dewa, tetapi Tuhan yang sejati; para pengikut-Nya (orang-orang Yahudi yang takut kepada penyembahan berhala) percaya kepada-Nya dan memanggil-Nya Tuhan. Kristus membuktikan dakwaan-Nya bahawa Dia adalah Tuhan melalui mukjizat-mukjizat, termasuk kebangkitan-Nya yang mengubah dunia. Tidak ada hipotesis lain yang dapat menjelaskan fakta-fakta ini.

Soalan: Adakah Yesus benar-benar pernah wujud? Adakah terdapat bukti sejarah mengenai kewujudan Yesus Kristus?

Jawapan: Biasanya apabila pertanyaan ini ditanya, individu yang bertanya menggunakan sumber ?yang di luar Alkitab? untuk menjawab pertanyaan ini. Kita tidak boleh menerima pendapat yang mengatakan bahawa Alkitab tidak boleh dijadikan sebagai sumber bukti kewujudan Kristus. Perjanjian Baru mempunyai banyak bahkan ratusan bukti yang merujuk kepada Yesus Kristus. Terdapat pihak yang meletakkan tarikh penulisan kitab Injil dalam abad kedua iaitu lebih 100 tahun selepas kematian Yesus. Walaupun ini merupakan anggarannya (yang kami dengan tegas membantah), tetapi dalam hal bukti zaman silam, penulisan kurang daripada 200 tahun selepas sesuatu peristiwa itu berlaku dianggap sebagai sumber yang masih boleh dipercayai. Tambahan pula, sebahagian besar cendekiawan (Kristian dan bukan Kristian) bersetuju bahawa sebenarnya surat-surat Paulus (sekurang-kurangnya sebahagian daripadanya) telah ditulis oleh Paulus sendiri pada pertengahan abad yang pertama, iaitu kurang daripada 40 tahun selepas kematian Yesus. Dalam syarat bukti penulisan zaman silam, bahan ini merupakan satu bahan bukti yang sangat bagus mengenai kewujudan seorang yang bernama Yesus di Israel pada awal abad masihi yang pertama.

Juga penting untuk mengetahui bahawa pada tahun 70 masihi, pihak Roma telah menyerang Yerusalem dan hampir keseluruhan Israel serta membunuh penduduk-penduduknya. Kota-kota telah dibakar dan dimusnahkan. Kemungkinan ramai saksi yang melihat Kristus telah turut terkorban. Fakta ini telah mengurangkan bilangan saksi yang boleh memberi kesaksian untuk Yesus.

Dengan mempertimbangkan pelayanan Yesus yang kebanyakannya terbatas di suatu kawasan terpencil di Empayar Roma, sejumlah maklumat yang mengejutkan dapat diperolehi daripada sumber bahan sejarah sekular. Sebahagian daripada bukti sejarah penting mengenai Yesus termasuklah yang berikut:

Pada abad pertama, seorang manusia berbangsa Roma yang bernama Tacitus, yang juga dianggap seorang ahli sejarah paling tepat pada zaman silam, menyebut tentang golongan yang mempunyai kepercayaan karut dan dipanggil ?Kristian? iaitu nama yang diambil daripada perkataan Kristus, yang telah menderita di bawah Pilatus sewaktu pemerintahan Tiberias. Suetonius, ketua setiausaha kepada Maharaja Hadrian, menulis bahawa terdapat seorang lelaki bernama ?Chrestus? (atau Kristus) yang telah hidup pada abad yang pertama (Annals 15.44)

Flavius Josephus merupakan seorang pakar sejarah Yahudi yang sangat terkenal. Dalam buku Antiquities yang ditulisnya, beliau ada menyebut mengenai Yakobus, ?saudara Yesus, yang juga dipanggil sebagai Kristus?. Terdapat ayat yang menjadi kontrovesi (18:3) yang mengatakan bahawa, ?Pada suatu ketika, Yesus, seorang manusia yang boleh melakukan keajaiban jika Dia dapat dianggap sebagai manusia, telah banyak melakukan perkara-perkara yang menakjubkan. Dia dipanggil Kristus. Dia menampakkan diri-Nya kepada mereka pada hari ketiga, seperti yang telah dinubuatkan oleh nabi-nabi Allah mengenai kebangkitan-Nya.? Satu versi lain berbunyi, ?Pada ketika ini terdapat seorang yang bijaksana bernama Yesus. Kelakuan-Nya baik dan Dia terkenal sebagai seorang yang sangat mulia. Ramai daripada kalangan orang Yahudi dan bangsa-bangsa lain telah menjadi pengikut-pengikut-Nya. Pilatus telah menjatuhkan hukuman mati di atas kayu salib ke atas diri-Nya. Tetapi mereka yang telah menjadi pengikut-pengikut-Nya tidak meninggalkan ajaran-Nya. Mereka melaporkan bahawa Yesus telah menampakkan diri-Nya tiga hari selepas kematian-Nya, Dia hidup dan Dia merupakan penyelamat (Messiah), yang diceritakan oleh para nabi.?

Julius Africanus memetik kata-kata ahli sejarah Thallus dalam perbincangan mengenai kegelapan yang menyusuli penyaliban Kristus (Extant Writings, 18)

Pliny Yang Muda, dalam Surat 10:96 merekodkan amalan ibadah Kristian yang awal termasuk cara orang Kristian menyembah Yesus sebagai Tuhan.

Talmud Babelonia (Sanhedrin 43a) menentang penyaliban Kristus menjelang hari Paska, dan menuduh Kristus menggunakan ilmu sihir dan mendorong orang Yahudi menjadi murtad.

Lucian dari Samosata merupakan seorang penulis Yunani pada abad kedua yang mengakui bahawa Yesus yang disembah oleh orang Kristian, telah memperkenalkan ajaran-ajaran baru dan akibat daripada tindakan-Nya, Dia telah disalib. Dia mengatakan bahawa ajaran Yesus termasuklah persaudaraan semua orang yang percaya, pentingnya menjadi penganut dan pentingnya menolak semua tuhan yang lain. Orang Kristian hidup berdasarkan hukum-hukum yang diajar oleh Yesus iaitu percaya manusia boleh memiliki hidup yang kekal, mempunyai sikap tidak takut mati, menolak kepentingan diri secara sukarela dan menolak kebendaan.

Mara Bar-Serapion mengatakan bahawa Yesus seorang yang berhikmat dan bersifat mulia, dan dianggap ialah Raja orang Israel oleh ramai orang. Beliau telah dibunuh oleh orang Yahudi dan terus hidup dalam ajaran pengikut-pengikut-Nya.

Kemudian, terdapat penulisan-penulisan Gnostik (Buku Kebenaran, Buku Yohanes, Buku Thomas, Penulisan Tentang Kebangkitan, dsb) yang kesemuanya ada menyebut Yesus.

Sebenarnya, kita boleh menyusun semula cerita-cerita dalam kitab Injil dengan mengumpulkan bahan-bahan dari sumber ?bukan-Kristian?: Yesus dipanggil Kristus, melakukan pelbagai ?keajaiban?, memberi Israel ajaran yang baru, dan telah disalib pada hari Paska bagi mereka (Talmud Babelonia) di Yudea (Tacitus), tetapi mengakui diri-Nya sebagai Tuhan dan akan kembali semula (Eliezar), dan firman ini dipercayai oleh para pengikut-Nya.

Kesimpulannya, terdapat bukti yang sangat kukuh mengenai kewujudan Yesus Kristus, baik dalam sejarah sekular mahupun agama Kristian. Barangkali bukti terbaik kewujudan Kristus ialah fakta yang telah didapati oleh ribuan orang pada abad pertama termasuk dua belas orang rasul yang sanggup mengadaikan nyawa mereka untuk mati kerana percaya kepada kebangkitan Kristus. Mereka sanggup mati untuk sesuatu yang mereka percaya benar, tetapi tiada sesiapa yang akan sanggup mati untuk sesuatu yang mereka tahu hanya suatu pembohongan.

Soalan: Adakah kebangkitan Yesus Kristus itu benar?

Jawapan: Firman memberikan bukti yang kukuh bahawa Yesus Kristus benar-benar telah bangkit daripada kematian. Kebangkitan Kristus tertulis dalam Matius 28:1-20; Markus 16:1-20; Lukas 24:1-53 dan Yohanes 20:1-21:25. Kebangkitan Kristus juga ditulis dalam Kisah Para Rasul (Kisah 1:1-11). Daripada ayat-ayat ini kita dapat melihat banyak ?bukti? mengenai kebangkitan Kristus. Pertama, lihatlah kepada perubahan yang sangat ketara pada para pengikut-Nya. Mereka berubah daripada sekumpulan pengecut yang bersembunyi dalam sebuah bilik menjadi sekumpulan pengikut yang sangat berani memberi kesaksian berita Injil ke seluruh dunia. Apakah perkara lain yang dapat menjelaskan perubahan yang sangat ketara ini selain daripada kenyataan bahawa Kristus telah bangkit dan muncul di hadapan mereka?

Kedua, lihatlah kepada kehidupan Rasul Paulus. Apakah yang telah mengubah dirinya daripada seorang penganiaya gereja menjadi seorang rasul gereja? Perkara yang telah mengubah dirinya ialah Kristus yang telah bangkit dan muncul di hadapannya sewaktu dia dalam perjalanan menuju ke Damsyik (Kisah 9:1-6). Bukti ketiga yang sangat meyakinkan ialah kubur Yesus yang kosong. Sekiranya Kristus tidak dibangkitkan, maka di manakah tubuh-Nya? Para pengikutnya dan beberapa orang yang lain telah melihat kubur tempat Yesus dikuburkan. Apabila mereka kembali ke sana, tubuh-Nya tidak ada di sana. Malaikat-malaikat mengisytiharkan bahawa Dia telah dibangkitkan daripada kematian seperti yang pernah dijanjikan-Nya (Matius 28:5-7). Bukti tambahan seterusnya ialah orang ramai yang telah melihat Kristus selepas dia dibangkitkan (Matius 28:5,9,16-17; Markus 16:9; Lukas 24:13-35; Yohanes 20:9,24,26-29;21:1-14; Kisah 1:6-8; 1 Korintus 15;5-7).

Satu lagi alasan kebangkitan Yesus adalah benar adalah kerana para rasul memberikan penekanan yang sangat berat ke atas kebangkitan-Nya. Bab yang menyatakan tentang kebangkitan Kristus tertulis dalam 1 Korintus 15. Dalam bab ini Rasul Paulus memberi penjelasan sebab-sebab mengapa sangat penting untuk memahami dan mempercayai kebangkitan Kristus. Kebangkitan Kristus penting kerana beberapa perkara berikut: (1) Sekiranya Yesus tidak dibangkitkan maka mereka yang percaya kepada-Nya juga tidak akan dibangkitkan daripada kematian (1 Korintus 15: 12-15). (2) Sekiranya Yesus tidak dibangkitkan daripada kematian maka pengorbanan-Nya bagi dosa tidak memadai (1 Korintus 15: 16-19). Kebangkitan Yesus membuktikan bahawa kematian-Nya sebagai penebusan bagi dosa kita telah diterima oleh Tuhan. Sekiranya Dia telah mati dan kekal dalam keadaan mati, maka itu satu petanda bahawa pengorbanan-Nya tidak memadai. Maka mereka yang percaya kepada-Nya tidak akan diampuni daripada dosa-dosa mereka, dan mereka akan kekal dalam keadaan mati setelah mereka meninggal dunia kelak (1 Korintus 15: 16-19) ? dan tidak akan ada kehidupan kekal (Yohanes 3:16). Tetapi hakikatnya ialah, Kristus telah dibangkitkan daripada kematian, menjadi yang pertama daripada mereka yang telah meninggal (1 Korintus 15:20) dan oleh sebab Kristus telah dibangkitkan daripada kematian ? Dia merupakan buah sulung bagi kebangkitan kita.

(3) Mereka yang percaya kepada-Nya akan dibangkitkan dan menerima kehidupan kekal bersama-sama-Nya (1 Korintus 15;20-23). 1 Korintus 15 seterusnya menjelaskan bahawa kebangkitan Kristus ialah bukti kemenangan-Nya ke atas dosa dan memberikan kita kuasa untuk hidup dengan kemenangan ke atas dosa (1 Korintus 15:24-34) (4) Hal ini menggambarkan sifat mulia tubuh kebangkitan yang akan kita terima (5) Hakikat ini juga mengisytiharkan bahawa akibat daripada kebangkitan Kristus, semua orang yang telah percaya kepada-Nya akan mendapat kemenangan ke atas dosa (1 Korintus 15: 50-58). Betapa mulianya kebenaran kebangkitan Kristus ini! ?Oleh itu, saudara-saudara yang aku kasihi, hendaklah kamu teguh dan kukuh. Hendaklah kamu rajin bekerja untuk Tuhan, kerana kamu tahu bahawa semua yang kamu lakukan untuk Tuhan, tidak sia-sia? (1 Korintus 15:58). Menurut kitab Injil, kebangkitan Yesus Kristus memanglah benar. Kitab Injil merekodkan bahawa kebangkitan Kristus mempunyai saksi mata melebihi 400 orang, dan seterusnya berdasarkan pengajaran Kristian menggunakan fakta bersejarah kebangkitan Yesus.

Soalan: Apakah maksud Yesus ialah Anak Allah?

Jawapan: Ungkapan ?Yesus ialah Anak Allah? tidak boleh kita samakan dengan pemahaman biasa kita tentang hubungan seorang bapa dengan seorang anak lelaki. Tuhan tidak bernikah dan mendapat seorang anak melalui pernikahan itu. Yesus ialah Anak Allah dalam ertikata Dia merupakan Allah yang telah menjadi manusia (Yohanes 1:1,14). Yesus ialah Anak Allah dalam ertikata mukjizat kandungan ibunya telah dimungkinkan oleh Roh Kudus. Lukas 1:35 ada menyebut, ?Malaikat itu menjawab: "Roh Allah akan datang kepadamu dan kuasa Allah akan menaungi engkau. Itulah sebabnya Anak yang akan lahir itu disebut Suci, Anak Allah.? Pada zaman dalam kitab Injil, ungkapan ?anak manusia? digunakan apabila menggambarkan seorang manusia. Anak manusia ialah seorang manusia.

Sewaktu menghadap para pemimpin Yahudi, Iman Besar bertanya kepada Yesus, "Demi nama Allah yang hidup, beritahu kami! Adakah kamu Penyelamat yang diutus oleh Allah, iaitu Anak Allah?" (Matius 26:63) Yesus menjawab, "Demikianlah katamu. Tetapi Aku berkata kepada kamu semua: Tidak lama lagi kamu akan melihat Anak Manusia duduk di sebelah kanan Allah Yang Maha Kuasa serta datang di atas awan." (Matius 26:64). Para pemimpin Yahudi kemudian membuat tuduhan bahawa Yesus telah mengkufuri Allah (Matius 26:65-66). Kemudian di hadapan Pilatus, para pemimpin Yahudi berkeras berkata, "Menurut hukum kami dia harus dihukum mati kerana dia mengaku diri-Nya sebagai Anak Allah." (Yohanes 19:7) Mengapakah pengakuan sebagai ?Anak Allah? dianggap mengkufuri Allah dan layak dijatuhkan hukuman mati? Para pemimpin Yahudi cukup mengerti maksud yang diperkatakan oleh Yesus dengan ungkapan ?Anak Allah?. Istilah ?Anak Allah? bererti memiliki sifat yang sama dengan Tuhan Allah. Tuntutan memiliki sifat yang sama dengan Tuhan Allah ialah pengkufuran bagi orang Yahudi, oleh yang demikian mereka menuntut agar Yesus dijatuhkan hukuman mati. Ibrani 1:3 menyatakan perkara ini dengan sangat jelas, ?Dia memancarkan kemuliaan Allah yang gilang-gemilang dan Dia perwujudan Allah sendiri.?

Satu lagi contoh boleh didapati dari Yohanes 17:12 di mana Yudas disebut dalam terjemahan kitab Injil bahasa Inggeris sebagai ?son of perdition? (anak kebinasaan). Yohanes 6:71 memberitahu kita bahawa Yudas merupakan anak kepada Simon. Apakah yang dimaksudkan oleh Yohanes 17:12 apabila menyebut Yudas sebagai ?son of perdition? (anak kebinasaan)? Maksud ini berkait rapat dengan ?kehancuran, keruntuhan, dan sia-sia?. Sebagai manusia, Yudas bukan anak kepada ?kehancuran, keruntuhan, dan sia-sia? ? tetapi perkara-perkara tersebut merupakan gambaran kepada peribadi dan kehidupan Yudas. Yudas merupakan penjelmaan kepada ?kebinasaan?. Dalam aspek yang sama Yesus disebut sebagai Anak Allah. Anak Allah ialah Allah. Yesus ialah Allah yang telah menjadi manusia (Yohanes 1:1, 14).

Soalan: Mengapakah kelahiran daripada seorang dara itu penting?

Jawapan: Pengajaran tentang kelahiran daripada seorang dara sangat penting (Yesaya 7:14; Matius 1:23, Lukas 1:27,34). Pertama sekali, mari kita melihat bagaimana Firman Tuhan menggambarkan peristiwa sangat bermakna ini. Malaikat Gabriel menjawab pertanyaan ?bagaimana? daripada Maria dengan, "Roh Allah akan datang kepadamu dan kuasa Allah akan menaungi engkau..? (Lukas 1:35). Malaikat itu memberi dorongan kepada Yusuf dan Maria dengan mengatakan bahawa ?anak di dalam kandungannya adalah kerana kuasa Roh Kudus? (Matius 1:20). Matius menulis mengenai dara itu, ?ternyata dia mengandung kerana kuasa Roh Kudus? (Matius 1:20). Galatia 4:4 juga mengajar tentang kelahiran daripada seorang dara: ?Allah mengutus Anak-Nya sendiri ke dunia. Anak-Nya itu dilahirkan oleh seorang wanita dan hidup di bawah taurat?.

Daripada ayat-ayat ini, jelas bahawa kelahiran Yesus adalah melalui kuasa Roh Kudus yang bekerja di dalam tubuh Maria. Roh yang tidak berbentuk dan rahim Maria yang berbentuk sama-sama terlibat. Maria tentu sekali tidak dapat membuat dirinya mengandung dengan usaha sendiri, maka dalam hal ini Maria hanyalah satu ?saluran? semata-mata. Hanya Tuhan yang dapat melakukan mukjizat inkarnasi (Tuhan menjadi manusia) itu.

Tanpa hubungan fizikal di antara Maria dengan Yesus, hal itu akan memberikan implikasi bahawa Yesus bukan seorang manusia sepenuhnya. Firman Tuhan mengajar kita bahawa Yesus ialah manusia sepenuhnya iaitu yang mempunyai tubuh fizikal seperti yang kita miliki. Tubuh ini diterima-Nya daripada Maria. Pada masa yang sama Yesus juga ialah Allah sepenuhnya yang memiliki sifat kekal tanpa dosa. Lihat Yohanes 1:12, 1 Timotius 3:16; dan Ibrani 2: 14-17

Yesus dilahirkan tanpa dosa; maka hal ini bermaksud Yesus tidak mempunyai sifat yang berdosa (Ibrani 7:26). Sifat berdosa diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain melalui keturunan (Roma 5:12,17,19). Kelahiran melalui seorang dara telah mengelakkan warisan sifat yang berdosa ini dan membolehkan Allah dilahirkan sebagai seorang manusia yang sempurna.

Soalan: Adakah Yesus telah disalibkan pada hari Jumaat? Sekiranya demikian, bagaimana Dia boleh berada tiga hari dalam kubur sekiranya Dia telah bangkit pada hari Ahad?

Jawapan: Kitab Injil tidak menyebut secara khusus pada hari apakah Yesus telah disalibkan. Dua pendapat yang secara meluas dipegang oleh orang ramai berhubung penyaliban-Nya ialah ?pendapat hari Jumaat? dan ?pendapat hari Rabu?. Sesetengah orang pula mengambil hari Khamis sebagai hari penyaliban Yesus dengan mengabungkan rumusan kedua-dua hujah hari Jumaat dan Rabu.

Dalam Matius 12:40 Yesus berkata ?Sebagaimana Yunus tinggal tiga hari dan tiga malam di dalam perut ikan besar, demikian juga Anak Manusia akan tinggal tiga hari dan tiga malam di dalam perut bumi?. Mereka yang berpegang kepada penyaliban pada hari Jumaat berkata bahawa masih ada cara lain untuk menunjukkan Yesus berada dalam kubur selama tiga hari. Pada pandangan orang Yahudi abad pertama, setengah hari dianggap sebagai satu hari penuh. Disebabkan Yesus berada dalam kubur pada sebahagian hari Jumaat, sehari suntuk pada hari Sabtu dan sebahagian hari Ahad ? Dia boleh dianggap telah berada dalam kubur selama tiga hari. Salah satu pegangan kukuh untuk penyaliban hari Jumaat terdapat dalam Markus 15:12 yang mengatakan bahawa Yesus telah disalib sehari sebelum hari Sabat. Sekiranya hari itu merujuk kepada Sabat mingguan iaitu pada hari sabtu, maka penyaliban berlaku pada hari Jumaat. Beberapa orang pula memetik Matius 16:21 dan Lukas 9:22 yang mengatakan bahawa Yesus akan bangkit pada hari ketiga, maka Dia tidak perlu berada dalam kubur selama tiga hari suntuk. Beberapa terjemahan menggunakan frasa ?pada hari ketiga? untuk ayat-ayat ini, tetapi bukan semua penterjemah menterjemah sedemikian dan bukan semua orang bersetuju bahawa itulah terjemahan yang terbaik bagi ayat-ayat ini. Lagipun Markus 8:31 berkata bahawa Yesus akan dibangkitkan ?selepas? tiga hari.

Hujah hari Khamis mempertikaikan pandangan hari Jumaat dan memberi alasan bahawa terlalu banyak peristiwa yang berlaku sejak waktu pengkuburan Yesus sehingga hari Ahad maka sukar untuk ianya berlaku dari petang hari Jumaat sehingga pagi Ahad. Mereka menunjukkan masalah timbul apabila satu-satunya hari penuh di antara hari Jumaat dan Ahad ialah hari Sabtu yang merupakan hari Sabat orang Yahudi. Jika ditambah satu atau dua hari, masalah ini akan berjaya diselesaikan. Mereka yang berpegang pada hari Khamis seterusnya dapat memberikan penjelasan: Katakanlah anda tidak melihat seorang sahabat sejak pagi hari Isnin. Kemudian anda melihatnya semula pada pagi hari Khamis dan anda berkata kepadanya, ?Saya telah tiga hari tidak melihat anda? walaupun secara teknikal baru 60 jam telah berlalu (2.5 hari). Sekiranya Yesus telah disalibkan pada hari Khamis, contoh ini menunjukkan bahawa teori ini dapat diterima sebagai tiga hari.

Pendapat yang berpegang pada penyaliban pada hari Rabu menyatakan bahawa terdapat dua penyaliban pada minggu itu. Selepas penyaliban yang pertama (yang berlaku pada waktu petang hari penyaliban, Markus 15:2, Lukas 23: 52-54) para wanita telah membeli rempah-rempah ? perhatikan bahawa mereka membeli semua itu selepas hari Sabat (Markus 16:1). Pandangan yang menyokong penyaliban berlangsung pada hari Rabu mengatakan bahawa Sabat yang berlaku setelah Yesus disalibkan merupakan ?Sabat hari Paska? (lihat Imamat 16:29-31,39 mengatakan bahawa hari-hari Sabat tidak semestinya merujuk kepada hari yang ketujuh pada setiap minggu) Perhatikan dalam Lukas 23:56 para wanita telah membeli rempah-rempah selepas hari Sabat, menyediakan rempah-rempah tersebut dan berehat pada hari Sabat (Lukas 23:56). Hujah ini membuktikan bahawa tidak mungkin mereka dapat membeli rempah selepas hari Sabat tetapi mempersiapkan rempah-rempah tersebut sebelum hari Sabat, kecuali terdapat dua hari Sabat dalam minggu itu. Dengan memegang pandangan dua Sabat ini, sekiranya Kristus telah disalibkan pada hari Khamis maka hari Sabat (Paska) akan bermula pada waktu matahari terbenam pada hari Khamis dan berakhir pada keesokan harinya waktu terbenamnya matahari pada hari Jumaat - iaitu pada waktu bermulanya Sabat mingguan iaitu pada hari Sabtu. Membeli rempah-rempah selepas Sabat yang pertama (Paska) memberikan pengertian bahawa mereka telah mendapatkan rempah-rempah tersebut pada hari Sabat Sabtu dan telah melanggar peraturan Hari Sabat.

Oleh yang demikian, satu-satunya penjelasan yang menjelaskan peristiwa wanita dan rempah-rempah itu serta berpegang kepada pemahaman harafiah dalam Matius 12:40, adalah berpegang kepada penyaliban Kristus pada hari Rabu. Sabat Paska telah berlaku pada hari Khamis, para wanita membeli rempah-rempah selepas itu iaitu pada hari Jumaat dan menyediakan rempah-rempah itu pada hari yang sama, mereka berehat pada hari Sabtu dan kemudian membawa rempah-rempah tersebut ke kubur pada awal pagi hari Ahad. Dia telah dikuburkan sewaktu matahari hampir terbenam pada hari Rabu yang merupakan permulaan hari Khamis dalam takwim orang Yahudi. Berpandukan takwim orang Yahudi, mereka ada malam Khamis (malam pertama), hari Khamis (hari pertama), malam Jumaat (malam kedua), hari Jumaat (hari kedua), malam Sabtu (malam ketiga) dan siang Sabtu (hari ketiga). Kita tidak ketahui dengan pasti saat kebangkitan-Nya, tetapi kita tahu bahawa ianya berlaku sebelum matahari terbit pada hari Ahad (Yohanes 20:1, Pada pagi hari Minggu, semasa masih gelap, Maria Magdalena pergi ke kubur. Dia melihat batu penutup sudah digulingkan dari lubang kubur itu. Oleh itu, dia lari mencari Simon Petrus dan pengikut lain yang dikasihi oleh Yesus, lalu berkata kepada mereka, "Jenazah Tuhan telah diambil dari kubur dan kami tidak mengetahui tempat Dia diletakkan.") Dia tentu sekali telah bangkit seawal atau sejurus selepas matahari terbit selepas malam hari Sabtu yang mana merupakan permulaan hari pertama dalam takwim orang Yahudi.

Satu masalah yang dihadapi mengikut pendapat hari Rabu ialah perihal pengikut-pengikut yang berjalan dengan Yesus dalam perjalanan ke Emaus ?pada hari yang sama? dengan hari kebangkitan-Nya (Lukas 24:13). Para pengikut yang tidak mengenali-Nya telah memberitahu-Nya tentang penyaliban Yesus (24:20) dan mengatakan bahawa ?hari ini merupakan hari ketiga setelah peristiwa ini berlaku? (24:21). Hari Rabu ke hari Ahad ada sejumlah empat hari. Penjelasan yang dapat diterima ialah mereka mula menghitung sejak petang hari Rabu ketika Yesus dikuburkan yang juga merupakan bermulanya hari Khamis dalam takwim orang Yahudi, dan Khamis sehingga Ahad dapat dihitung sebagai tiga hari.

Tetapi hal yang paling penting bukan hari apa Yesus telah disalibkan dalam minggu itu. Sekiranya hal ini sangat mustahak, pasti Tuhan telah menjadikannya sangat jelas kepada kita. Apa yang penting ialah Dia telah mati, dan bahawa Dia secara jasmani telah bangkit daripada kematian. Dan yang sama penting dengan kenyataan itu ialah alasan kepada kematian-Nya iaitu untuk menanggung semua hukuman yang sepatutnya diterima oleh semua orang yang berdosa. Kedua-dua ayat Firman dalam Yohanes 3:16 dan 3:36 mengisytiharkan barang sesiapa yang percaya atau meletakkan harapan di dalam Dia akan mendapat kehidupan yang kekal!

Soalan: Adakah Yesus telah pergi ke neraka pada tempoh selepas kematian-Nya dan sebelum kebangkitan-Nya?

Jawapan: Adakah roh Yesus telah pergi ke neraka pada tempoh selepas kematian-Nya dan sebelum kebangkitan-Nya? Terdapat pelbagai kekeliruan berhubung dengan pertanyaan ini. Konsep ini datang daripada Pengakuan Iman Rasul yang berkata, ?Dia telah turun ke neraka.? Juga terdapat beberapa ayat dalam Firman Tuhan, yang apabila dilihat kaedah penterjemahan ke atasnya, telah menggambarkan bahawa Yesus telah pergi ke ?neraka?. Semasa mengkaji isu ini, adalah sangat mustahak untuk melihat apa yang dikatakan oleh kitab Injil mengenai ?dunia? orang mati.

Dalam Firman Tuhan, perkataan yang digunakan untuk menggambarkan dunia orang mati ialah ?sheol?. Ertinya ialah ?tempat orang mati? atau ?tempat perginya roh-roh orang mati.? Perkataan bahasa Yunani dalam Perjanjian Baru ialah ?hades? untuk neraka yang juga merujuk kepada ?tempat orang mati?. Ayat-ayat lain dalam Perjanjian Baru menunjukkan bahawa sheol/hades merupakan satu tempat sementara di mana roh-roh ditempatkan sementara menanti hari kebangkitan dan pengadilan. Wahyu 20:11-15 menunjukkan perbezaan yang ketara antara kedua-duanya. Neraka (lautan api) merupakan tempat hukuman tetap dan kekal bagi mereka yang tidak percaya kepada Yesus Kristus. Hades merupakan tempat sementara. Jadi Yesus tidak pergi ke ?neraka? kerana ?neraka? ialah suatu tempat pada masa akan datang, yang akan mula beroperasi selepas penghakiman di hadapan Taktha Putih yang besar dijalankan (Wahyu 20:11-15).

Sheol/hades ialah suatu tempat yang mempunyai dua bahagian (Matius 11:23; 16:18; Lukas 10:15; 16:23; Kisah 2:27-31), tempat mereka yang percaya kepada Yesus Kristus dan mereka yang tidak percaya kepada Yesus Kristus. Bahagian di mana orang yang percaya kepada Yesus Kristus ditempatkan dipanggil ?Firdaus? dan ?Pangkuan Abraham?. Tempat untuk orang yang percaya kepada Yesus Kristus dan yang tidak percaya kepada Yesus Kristus dipisahkan oleh suatu ?jurang yang tidak boleh diharungi? (Lukas 16:26). Semasa Yesus naik ke syurga, Dia telah membawa penghuni-penghuni Firdaus (orang-orang yang percaya kepada-Nya) bersama-sama-Nya (Efesus 4:8-10). Bahagian untuk mereka yang tidak percaya kepada-Nya di sheol/hades tetap tidak berubah. Semua orang mati yang tidak percaya kepada-Nya akan pergi ke sana untuk menanti penghakiman terakhir mereka pada masa hadapan. Adakah Yesus telah pergi ke sheol/hades? Ya, menurut Efesus 4:8-10 dan 1 Petrus 3:18-20.

Beberapa kekeliruan timbul daripada terjemahan bahasa Inggeris bagi ayat-ayat seperti Mazmur 16:10-11 kerana Engkau tidak akan membiarkan aku mati (hell), orang yang Engkau kasihi tidak Kau biarkan binasa. Jalan yang menuju kehidupan Engkau tunjukkan kepadaku; hadirat-Mu menggembirakan aku, dan sentiasa membahagiakan aku. ?Hell? bukan terjemahan yang tepat untuk ayat ini. Terjemahan yang tepat ialah ?kubur? atau ?sheol?. Beberapa tahun kemudian Yesus memberitahu salah seorang penyamun yang disalibkan di sebelahnya, ?Pada hari ini engkau bersama-sama Aku di Firdaus?. Tubuh-Nya berada dalam kubur, tetapi roh/jiwa-Nya telah pergi ke ?Firdaus?. Malangnya banyak terjemahan yang tidak tepat, bahkan tidak betul, tentang bagaimana seharusnya perkataan Ibrani dan Yunani untuk istilah ?sheol?, ?hades? dan ?neraka? diterjemahkan.

Ramai yang berpendapat bahawa Yesus telah pergi ke ?neraka? atau bahagian sengsara di sheol/hades dan menderita bagi dosa-dosa kita. Pendapat ini sama sekali tidak berdasarkan kitab Injil. Kematian Yesus di kayu salib dan penderitaan-Nya semasa menggantikan kita sudah mencukupi untuk menebus dosa kita. Darah-Nya menyucikan kita daripada semua dosa (1 Yohanes 1:7-9). Sewaktu Dia disalib, Dia telah memikul dosa-dosa semua manusia. 2 Korintus 5:21 berkata ?Kristus tidak berdosa tetapi demi kebaikan kita, Allah meletakkan dosa kita pada Dia. Dengan demikian kita berbaik semula dengan Allah, apabila kita bersatu dengan Kristus.?

Sewaktu Yesus berseru di atas kayu salib, ?Allahku, mengapa Engkau meninggalkan Aku?? pada masa itu Dia telah terpisah daripada Bapa akibat daripada dosa-dosa yang dipikulnya bagi pihak kita. Apabila Dia menyerahkan Roh-Nya, Dia berkata, ?Bapa, ke dalam tangan-Mu Aku menyerahkan nyawa-Ku?. Penderitaan-Nya bagi pihak kita selesai. Roh/jiwa-Nya telah pergi ke satu bahagian Firdaus di Sheol/hades. Yesus tidak pergi ke neraka. Penderitaan Yesus selesai pada saat Dia mati. Hukuman untuk dosa telah lunas dibayar. Dia kemudian menunggu kebangkitan tubuh-Nya dan waktu Dia akan kembali kepada kemuliaan-Nya selepas kebangkitan-Nya. Adakah Yesus telah pergi ke syurga? Tidak. Adakah Yesus telah ke Sheol/hades? Ya.

Soalan: Di manakah Yesus selama tiga hari di antara kematian dan kebangkitan-Nya?

Jawapan: 1 Petrus 3: 18-19 menyatakan, ?Sebab juga Kristus telah mati sekali untuk segala dosa kita, Ia yang benar untuk orang-orang yang tidak benar, supaya Ia membawa kita kepada Allah; Ia, yang telah dibunuh dalam keadaan-Nya sebagai manusia, tetapi yang telah dibangkitkan menurut Roh,dan di dalam Roh itu juga Ia pergi memberitakan Injil kepada roh-roh yang di dalam penjara.?

Ungkapan ?di dalam Roh? dalam ayat 18 mempunyai pembentukan yang samadengan ungkapan ?manusia?. Jadi cara yang terbaik adalah mengkaitkan perkataan ?roh? kepada lingkungan yang sama dengan perkataan ?manusia?. Istilah manusia dan roh dalam ayat 18 merujuk kepada tubuh dan roh Kristus. Kata-kata ?dibangkitkan menurut Roh? menunjuk kepada fakta penanggungan dosa Kristus telah mengakibatkan perpisahan di antara daging dan roh seperti yang terdapat dalam Matius 27:46 dan Roma 1:3-4, dan bukan di antara tubuh Kristus dengan Roh Kudus. Apabila penebusan Kristus terhadap dosa selesai, roh-Nya kembali kepada persekutuan yang tadinya telah terhenti.

1 Petrus 3: 18-22 menggambarkan hubungan yang perlu di antara penderitaan Kristus (ayat 18) dan pemuliaan-Nya (ayat 22). Hanya Petrus memberi maklumat terperinci tentang apa yang berlaku di antara dua peristiwa ini. Erti sebutan ?memberitakan Injil? dalam ayat 19 tidak sama dengan pengertian pemberitaan Injil yang biasa digunakan dalam Perjanjian Baru. Maksud kata-kata ini adalah untuk menyampaikan satu perkhabaran. Yesus telah menderita dan mati di kayu salib, tubuh dan roh-Nya mati bila Dia dijadikan dosa. Tetapi Roh-Nya telah dihidupkan dan Dia menyerahkannya kepada Bapa. Menurut Petrus, di suatu titik waktu di antara kematian dan kebangkitan-Nya Yesus telah membuat pengisytiharan istimewa berhubung kemenangan-Nya kepada ?roh-roh yang di dalam penjara.?

Petrus merujuk kepada manusia sebagai ?jiwa-jiwa? dan bukannya ?roh-roh? (3:20). Dalam Perjanjian Baru, perkataan ?roh-roh? digunakan untuk bercakap tentang malaikat-malaikat atau ?setan-setan?, dan bukannya tentang manusia; dan ayat 22 seperti membawa pengertian ini. Dalam Alkitab juga tidak terdapat bahagian yang mengatakan Yesus telah pergi melawat ke neraka. Kisah 2: 31 berkata Dia telah pergi ke dunia orang mati (hades), tetapi tempat ini bukan neraka. Dunia orang mati (hades) merujuk kepada tempat sementara di mana orang-orang yang telah mati diletakkan sementara menantikan hari kebangkitan. Wahyu 20:11-15 memberi perbezaan yang jelas di antara keduanya. Neraka merupakan tempat penghukuman kekal bagi orang-orang yang terhilang. Dunia orang mati (hades) adalah tempat sementara.

Tuhan kita telah menyerahkan Roh-Nya kepada Bapa, mati, dan suatu ketika di antara waktu kematian dan kebangkitan-Nya, telah melawat ke dunia orang mati di mana Dia telah menyampaikan satu perkhabaran kepada mahluk-mahluk roh (barangkali roh-roh jahat; lihat Yudas 6) yang mana ada kaitan dengan zaman sebelum air bah di zaman Nuh. Ayat 20 mengatakannya dengan jelas. Petrus tidak memberitahu kita apa yang telah diberitakan-Nya kepada roh-roh yang berada dalam penjara ini tetapi ia bukan pengkhabaran tentang keselamatan memandangkan malaikat-malaikat tidak dapat diselamatkan (Ibrani 2:16). Ia mungkin suatu pengisytiharan kemenangan ke atas Iblis dan konco-konconya (1 Petrus 3;22, Kolose 2;15). Efesus 4: 8-10 juga menunjukkan yang Kristus telah pergi ke ?Firdaus? (Lukas 16:20; 23:43) dan membawa semua orang - iaitu orang-orang yang telah percaya kepada-Nya sebelum kematian-Nya di kayu salib - ke syurga. Petikan ini tidak memberi banyak maklumat tentang apa yang telah berlaku, tetapi kebanyakan cendikiawan Alkitab bersetuju bahawa inilah yang dimaksudkan bila dikatakan ?Ia membawa tawanan-tawanan?.

Semua ini mengatakan, Alkitab tidak begitu jelas dengan apa yang telah Yesus lakukan selama tiga hari di antara kematian dan kebangkitan-Nya. Namun Ia ditunjukkan sebagai telah pergi memberitakan kemenangan ke atas malaikat-malaikat yang telah jatuh dan orang-orang yang tidak percaya. Apa yang kita boleh pastikan adalah Yesus tidak memberikan kepada manusia peluang kedua untuk mendapatkan keselamatan. Alkitab memberitahu, kita akan berhadapan dengan penghakiman selepas kematian (Ibrani 9:27), bukan peluang yang kedua. Sebenarnya tiada jawaban yang jelas untuk menjawab apa yang Yesus telah lakukan pada masa di antara kematian dan kebangkitan-Nya. Mungkin ini salah satu misteri yang akan difahami sebaik saja kita mencapai kemuliaan.