Pertanyaan-pertanyaan tentang keselamatan
Soalan: Apakah rancangan penyelamatan?

Jawapan: Adakah kamu lapar? Bukan kelaparan dari segi fizikal, tetapi adakah kamu mempunyai kelaparan yang luar biasa? Terdapatkah sesuatu di dalam kamu yang belum berpuas hati? Jika ada, maka Yesus ialah penyelesaiannya! ?Akulah roti yang memberikan hidup,? kata Yesus kepada mereka. ?Orang yang datang kepada-Ku tidak akan lapar dan orang yang percaya kepada-Ku tidak akan dahaga selama-lamanya.? (Yohanes 6:35).

Adakah kamu keliru? Mungkin kamu belum dapat mencari satu jalan atau tujuan hidup? Nampaknya macam terdapat orang yang mematikan lampu supaya kamu tidak dapat mencari suis lampu? Jika begitu, Yesus ialah Jalan itu! Yesus berkata lagi kepada orang Farisi, "Akulah cahaya bagi dunia. Orang yang mengikut Aku tidak akan berjalan dalam kegelapan, tetapi beroleh cahaya yang memberikan hidup." (Yohanes 8:12).

Pernahkah kamu berasa hidup kamu bagai dikurung? Mungkin kamu telah cuba membuka banyak pintu, tetapi di belakang pintu-pintu itu hanya kekosongan dan tiada makna? Adakah kamu sedang mencari pintu masuk ke dalam hidup yang penuh bermakna? Jika ya, Yesus ialah Jalan itu! Yesus mengisytiharkan, ?Akulah pintu. Sesiapa yang masuk melalui Aku akan diselamatkan. Dia boleh keluar masuk dan menjumpai padang rumput.? (Yohanes 10:9).

Adakah orang lain menyinggung perasaan anda? Adakah hubungan anda dengan orang lain menjadi tidak rapat dan terputus? Kadangkala orang lain nampaknya seperti hendak mengambil kesempatan terhadap anda? Jika ya, maka Yesus ialah Jalan itu! Yesus berkata, ?Akulah gembala yang baik. Gembala yang baik mengorbankan nyawa untuk kawanan dombanya. Akulah gembala yang baik. Sebagaimana Bapa mengenal Aku dan Aku mengenal Bapa, begitu juga Aku mengenal domba-domba-Ku dan mereka pun mengenal Aku.? (Yohanes 10:11,14).

Adakah anda bingung mengenai segala yang bakal terjadi selepas hidup ini? Adakah kamu cuba hidup untuk barang-barang yang boleh rosak dan reput? Adakah kamu kadangkala ragu dan percaya bahawa hidup tidak bermakna? Adakah kamu ingin meneruskan nyawa anda selepas mati? Jika ya, maka Yesus ialah Jalan itu! Yesus berkata kepada Marta, ?Akulah yang membangkitkan orang mati dan yang memberikan hidup. Sesiapa yang percaya kepada-Ku akan hidup, meskipun dia sudah mati. Orang yang hidup dan percaya kepada-Ku, tidak akan mati selama-lamanya. Adakah kamu percaya akan hal ini?? (Yohanes 11:25-26).

Apakah Jalan itu? Apakah kebenaran? Apakah hidup? Yesus menjawab, "Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku? (Yohanes 14:6).

Kelaparan yang kamu rasai ialah kelaparan dari segi rohani yang hanya boleh dipenuhi oleh Yesus. Hanya Yesus boleh menghapuskan kegelapan. Yesus ialah pintu masuk ke hidup yang memuaskan. Yesus ialah kawan dan gembala yang kamu cari. Yesus ialah Nyawa dan hidup ? dalam kehidupan sekarang dan selepas mati. Yesus ialah Jalan untuk mendapat penyelamatan.

Punca kamu berasa lapar, sesat dalam kegelapan dan tidak boleh melihat makna kehidupan adalah kerana kamu terpisah daripada Tuhan. Kitab Injil menyatakan kita semua telah berdosa dan dipisahkan daripada Tuhan (Pengkhotbah 7:20; Roma 3:23). Kekosongan yang kamu rasa dalam hati adalah akibat daripada ketidakhadiran Tuhan di dalam hidup kamu. Kita dicipta oleh Tuhan untuk mempunyai hubungan dengan-Nya. Oleh sebab dosa kita, maka hubungan kita dengan Tuhan telah terputus. Dan yang lebih buruk lagi ialah dosa kita akan menyebabkan kita terpisah daripada Tuhan selama-lamanya, dalam kehidupan sekarang dan juga selepas mati (Roma 6:23; Yohanes 3:36).

Bagaimana kita hendak menyelesaikan masalah ini? Yesus ialah Jalan itu! Yesus menanggung dosa kita (2 Korintus 5:21), Yesus mati untuk kita (Roma 5:8), menerima hukuman yang patut kita tanggung. Selepas tiga hari, Yesus bangkit daripada kematian dan membuktikan bahawa Dia telah mengalahkan dosa dan kematian (Roma 6:4-5). Mengapa Dia berbuat begitu? Yesus menjawab, ?Tidak terdapat kasih yang lebih besar daripada kasih seseorang yang memberikan nyawanya untuk sahabat-sahabatnya.?(Yohanes 15:13). Yesus mati supaya kita boleh hidup. Jika kita percaya kepada Yesus, yakin bahawa kematiannya mampu membayar denda bagi dosa kita ? maka semua dosa kita akan diampuni dan dibersihkan. Maka kelaparan rohani kita akan dipenuhi. Cahaya lampu akan dinyalakan. Kita akan mendapat hidup yang bermakna. Kita akan mengenal Yesus sebagai kawan dan gembala yang benar dan terbaik. Kita yakin bahawa kita akan mendapat hidup kekal selepas mati ? hidup yang kekal selama-lamanya di syurga bersama Yesus.

?Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal.? (Yohanes 3:16)

Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang di bawah ?Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini?.
Soalan: Adakah Yesus jalan tunggal ke syurga?

Jawapan: ?Asalkan saya seorang yang baik, saya akan pergi ke syurga.? ?OK, mungkin saya melakukan kejahatan juga, tetapi kebaikan yang saya lakukan lebih banyak, oleh itu saya akan pergi ke syurga.? ?Tuhan tidak akan menghantar saya ke neraka walaupun saya tidak hidup mengikut ajaran Kitab Injil. Zaman telah berubah!? ?Hanya orang yang amat jahat seperti perogol kanak-kanak dan pembunuh yang akan pergi ke neraka.?

Semua ini adalah fikiran logik kebanyakan orang, tetapi hakikatnya ialah, semua ini adalah pembohongan. Syaitan, pemerintah dunia ini, menanam fikiran seperti ini di dalam otak kita. Dia dan pengikut-pengikutnya adalah musuh Tuhan (1 Petrus 5:8). Syaitan selalu berpura-pura menjadi baik (2 Korintus 11:14), tetapi dia mengawal fikiran manusia yang tidak berpihak kepada Tuhan. ?Mereka tidak mahu percaya kepada berita yang kami khabarkan, kerana Iblis yang menguasai dunia ini menjadikan fikiran mereka tertutup. Mereka tidak dapat melihat cahaya yang menyinari mereka. Cahaya itu daripada Berita Baik tentang kemuliaan Kristus, yang merupakan gambaran Tuhan.? (2 Korintus 4:4).

Adalah satu pembohongan jika kita percaya bahawa Tuhan tidak mempedulikan dosa kecil, dan bahawa neraka adalah untuk ?orang yang amat jahat?. Semua dosa memisahkan kita daripada Tuhan, walaupun satu pembohongan kecil yang tidak berniat jahat. Semua orang telah berdosa, tiada sesiapa pun yang cukup baik untuk pergi ke Syurga dengan usaha sendiri (Roma 3:23). Kemasukan ke Syurga tidak bergantung kepada kebaikan kamu yang melebihi kejahatan kamu; kita semua akan gagal jika hal ini ialah kriterianya. ?Pilihan Tuhan itu tidak berdasarkan perbuatan mereka, tetapi berdasarkan rahmat Tuhan. Jika pilihan Tuhan itu berdasarkan perbuatan manusia, maka rahmat Tuhan itu bukanlah rahmat yang sejati? (Roma 11:6). Kita tidak dapat melakukan apa-apa pun untuk mendapatkan jalan ke syurga (Titus 3:5).

?Masuklah melalui pintu yang sempit itu, kerana lebarlah pintu dan luaslah jalan menuju kepada kebinasaan, dan ramai orang yang masuk melaluinya? (Matius 7:13). Walaupun ramai orang hidup berdosa dan kepercayaan kepada Tuhan tidak popular, Tuhan tidak akan menerima alasan ini. ?Kamu hidup di dalamnya, kerana kamu mengikut jalan dunia ini, kerana kamu mentaati penguasa kerajaan angkasa, iaitu roh yang sekarang sedang bekerja di antara orang durhaka? (Efesus 2:2).

Semasa Tuhan mencipta dunia ini, dunia adalah sempurna. Setiap benda adalah baik. Kemudian Tuhan mencipta Adam dan Hawa dan memberi mereka fikiran bebas supaya mereka boleh membuat keputusan untuk mengikut dan mematuhi Tuhan atau tidak. Tetapi Adam dan Hawa, manusia pertama yang dicipta oleh Tuhan, digoda oleh Syaitan dan mengkhianati Tuhan dengan berdosa. Hal ini memisahkan mereka (termasuk kita yang merupakan keturunan mereka) daripada Tuhan maka kita tidak akan mempunyai hubungan rapat dengan Tuhan. Tuhan adalah sempurna dan tidak akan berdekatan dengan dosa. Walau bagaimanapun, Tuhan menyediakan satu cara supaya kita dapat dihubungkan semula dengan-Nya di syurga. ?Kerana Tuhan sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia mengurniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal?.(Yohanes 3:16). ?Kematian adalah upah dosa, tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus, Tuhan kita adalah anugerah Tuhan.? (Roma 6:23). Yesus dilahirkan di dunia ini supaya Dia dapat mengajar kita cara hidup yang betul dan mati untuk kita, Tiga hari selepas kematianNya, Dia bangkit daripada kubur (Roma 4:25), membuktikan bahawa Dia telah memenangi kematian. Dia menjadi satu jambatan di antara Tuhan dan manusia supaya kita boleh mempunyai hubungan peribadi dengan-Nya asalkan kita percaya kepada Yesus Kristus sebagai Penyelamat Individu.

?Inilah hidup yang kekal itu, iaitu bahawa mereka mengenal Kamu, satu-satunya Tuhan yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Kamu utus.?(Yohanes 17:3). Ramai orang yang percaya kepada Tuhan, begitu juga Syaitan. Tetapi untuk mendapat penyelamatan, kita perlu berpihak kepada Tuhan, mewujudkan satu hubungan peribadi, meninggalkan dosa dan mengikuti Tuhan. Kita mesti percaya kepada Yesus dengan segala yang kita ada dan kelakuan kita mesti berubah. ?Kita dianggap betul oleh Tuhan apabila kita percaya bahawa Yesus Kristus akan membersihkan dosa kita. Kita semua boleh diselamatkan dengan cara ini, tidak kisah siapa kamu dan apa yang kamu telah lakukan dahulu? (Roma 3:22). Kitab Injil menyatakan tiada penyelamatan lain kecuali Yesus Kristus. Yesus berkata di Yohanes 14:6, ?Sayalah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Saya.?

Yesus ialah jalan tunggal penyelamatan kerana hanya Dia yang boleh membayar denda dosa kita (Roma 6:23). Tiada agama lain yang mengajar bahawa akibat dosa adalah amat buruk seperti yang dikatakan oleh agama Kristian. Tiada agama lain yang boleh membekalkan bayaran untuk denda dosa seperti Yesus Kristus. Tiada ?pengasas agama? yang menyatakan Tuhan menjadi manusia (Yohanes 1:1,14) ? cara tunggal dimana hutang dosa yang amat besar boleh dibayar. Yesus mesti merupakan Tuhan supaya Dia boleh membayar hutang kita. Yesus mesti merupakan manusia supaya Dia boleh mati. Penyelamatan hanya boleh diperolehi melalui kepercayaan kepada Yesus! ?Dan keselamatan tidak ada di dalam sesiapa pun selain di dalam Dia, kerana di bawah langit ini tidak ada nama lain yang diberikan kepada manusia yang olehnya kita dapat diselamatkan?(Kisah Para Rasul 4:12).

Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang di bawah ?Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini?.
Soalan: Adakah penyelamatan melalui Kepercayaan sahaja, atau melalui kepercayaan dan juga kerja?

Jawapan: Mungkin soalan ini ialah soalan yang paling penting dalam teori agama Kristian. Soalan ini ialah punca Reformasi ? perpecahan antara gereja Protestan dan Katolik. Soalan ini ialah perbezaan penting antara agama Kristian yang benar dengan ajaran sesat yang lain. Adakah penyelamatan melalui kepercayaan sahaja atau melalui kepercayaan dan juga kerja? Adakah saya diselamatkan melalui kepercayaan pada Yesus atau saya perlu percaya dan juga membuat sesuatu untuk mendapat penyelamatan?

Soalan mengenai kepercayaan atau kepercayaan dan juga kerja menjadi mengelirukan kerana terdapat petikan-petikan Kitab Injil yang susah diselaraskan. Bandingkan Roma 3:28, 5:1 dan Galatia 3:24 dengan Yakobus 2:24. Kita dapat melihat bahawa terdapat perbezaan antara Paulus (penyelamatan melalui kepercayaan sahaja) dan Yakobus (penyelamatan melalui kepercayaan dan kerja). Sebenarnya, buku Paulus dan Yakobus tidak bercanggah. Percanggahan yang ditimbulkan oleh sesetengah orang adalah mengenai pertalian antara kepercayaan dan kerja. Dogma Paulus menyatakan bahawa penyelamatan dan justifikasi adalah melalui kepercayaan sahaja (Efesus 2:8-9) tetapi Yakobus nampaknya mengatakan bahawa justifikasi adalah melalui kepercayaan dan juga kerja. Masalah ini boleh diselesaikan dengan meneliti segala yang dikatakan oleh Yakobus. Yakobus menafikan kepercayaan bahawa seseorang boleh mempunyai kepercayaan yang benar tanpa menghasilkan kerja yang baik (Yakobus 2:17-18). Yakobus menekankan bahawa seorang Kristian yang benar akan menghasilkan kerja yang baik dan hidup yang berubah mengikut ajaran Kitab Injil (Yakobus 2:20-26). Yakobus tidak mengatakan bahawa justifikasi adalah melalui kepercayaan dan juga kerja, tetapi seseorang yang benar-benar telah menerima justifikasi akan menunjukkan perubahan melalui hidup dan perbuatannya yang menjadi baik dan suci mengikut ajaran Kitab Injil. Jika seseorang mendakwa bahawa dia itu penganut agama Kristian tetapi perbuatannya buruk ? maka mungkin dia bukan benar-benar percaya kepada Yesus (Yakobus 2:14, 17, 20, 26).

Paulus juga menyatakan perkara yang sama dalam penulisannya. Penganut yang baik mesti menunjukkan hasil perbuatan yang baik seperti yang disenaraikan di Galatia 5:22-23. Selepas memberitahu kita bahawa penyelamatan adalah melalui kepercayaan dan bukan kerja (Efesus 2:8-9), Paulus memberitahu kita bahawa kita dicipta untuk membuat kerja yang baik (Efesus 2:10). Paulus berharap kita akan mengubah cara hidup dan nyawa kita seperti yang dikatakan oleh Yakobus, ?Apabila seseorang bersatu dengan Kristus, orang itu menjadi menusia baru. Yang lama sudah lenyap dan yang baru bermula.? (2 Korintus 5:17)! Yakobus dan Paulus tidak bercanggah dalam ajaran penyelamatan. Mereka menghuraikan topik yang sama dari sudut yang berbeza. Paulus menekankan justifikasi adalah melalui kepercayaan sahaja manakala Yakobus menekankan fakta bahawa kepercayaan dalam Yesus mesti menghasilkan kerja yang baik.

Soalan: Sekali diselamatkan sentiasa terselamat?

Jawapan: Adakah seorang Kristian yang diselamatkan sekali bermakna dia akan sentiasa terselamat? Apabila seseorang mengenali Kristus sebagai penyelamat, mereka menjalin satu hubungan dengan Tuhan yang menjamin penyelamatan mereka yang kekal abadi. Banyak perenggan di dalam Kitab Injil yang mengumumkan fakta ini. (a) Roma 8:30 menyatakan bahawa, ?Begitulah Allah memanggil mereka yang telah ditetapkan-Nya dari dahulu; Allah membolehkan mereka yang dipanggil-Nya itu berbaik semula dengan Dia, dan Allah memberikan sebahagian daripada kemuliaan-Nya kepada mereka yang dibolehkan-Nya berbaik semula dengan Dia?. Ayat tersebut memberitahu kita bahawa ketika Tuhan memilih kita, maka adalah seperti kita diberi kemuliaan bersamanya di syurga. Tiada sebarang benda yang boleh menghalang seseorang yang percaya kepada Tuhan daripada mendapat kemuliaan jika Tuhan sudah menentukannya di syurga. Apabila seseorang dianggap sempurna oleh Tuhan, maka penyelamatannya dijamin akan kekal ? dia telah terselamat bagai telah berada di dalam kemuliaan syurga.

(b) Paulus juga bertanya soalan yang kritikal di dalam Roma 8:33-34, ?Siapakah berani menuduh kita, umat yang sudah dipilih oleh Allah? Tiada seorang pun, kerana Allah sendiri menyatakan kita tidak bersalah. Siapakah dapat menyalahkan kita? Tidak seorang pun, Kristus Yesus membela kita! Dialah yang sudah mati, bahkan sudah dibangkitkan daripada kematian dan berada di sebelah kanan Allah?. Siapa yang boleh menuduh orang yang dipilih oleh Tuhan? Tiada sesiapa kerana Yesus ialah penyelamat kita. Siapa yang boleh mengatakan kita berdosa? Tiada sesiapa, kerana Kristus, sudah mati untuk kita, Dia yang mengadili kita. Kita mempunyai pengadil dan penyelamat sebagai Tuan kita.

(c) Penganut dilahirkan semula (diperbaharui) semasa mereka percaya (Yohanes 3:3; Titus 3:5). Bagi seorang Kristian yang kehilangan penyelamatannya, dia mesti telah mengalami proses yang bertentangan dengan pembaharuan. Kitab Injil tidak menyatakan bahawa kelahiran semula boleh diambil alih. (d) Roh Kudus hidup di dalam semua penganut (Yohanes 14:17; Roma 8:9) dan membaptis mereka menjadi Badan Kristus (1 Korintus 12:13). Seorang penganut hanya akan menjadi tidak terselamat apabila dia ditinggalkan oleh Roh Kudus dan terpisah daripada Badan Kristus. (e) Yohanes 3:15 mengatakan bahawa barang sesiapa yang percaya kepada Yesus Kristus akan mempunyai ?kehidupan abadi?. Jika kamu percaya kepada Kristus hari ini dan kehilangannya esok, maka ini bukan abadi lagi. Jika kamu boleh kehilangan kehidupan abadi, maka janji-janji di dalam Kitab Injil adalah tidak benar.

(f) Sebagai kesimpulannya, saya rasa Kitab Injil betul apabila menyatakan bahawa, ?Aku yakin bahawa tiada sesuatu pun dapat menghalang Kristus mengasihi kita: baik kematian mahupun kehidupan, baik malaikat mahupun penguasa lain di angkasa, baik hal-hal yang berlaku sekarang mahupun pada masa yang akan datang, baik hal-hal yang di langit mahupun yang di bumi ? tidak ada sesuatu pun di alam semesta yang dapat menghalang Allah mengasihi kita, seperti yang sudah ditunjukkan-Nya melalui Kristus Yesus, Tuhan kita.? (Roma 8:38-39). Ingat bahawa Tuhan yang menyelamatkan kamu ialah Tuhan yang melindungi kamu. Sekali diselamatkan bermakna sentiasa terselamat. Penyelamatan kita akan berkekalan sehingga abadi.

Soalan: Adakah penyelamatan abadi berdasarkan Kitab Injil?

Jawapan: Apabila manusia mengetahui bahawa Yesus ialah Penyelamat mereka, mereka menjalin satu hubungan unik dengan Tuhan yang menjamin penyelamatan abadi mereka. Yudas 1:24 mengumumkan, ?Allah, yang dapat menjaga kamu supaya tetap beriman, dan yang dapat membawa kamu ke hadirat-Nya yang mulia dengan sukacita dan tanpa cela.? Kuasa Tuhan mampu melindungi orang yang percaya kepada-Nya daripada kejatuhan dan terpesong daripada kebenaran Tuhan. Adalah terpulang kepada Tuhan dan bukannya kita, sama ada kita boleh menyembah di hadapan-Nya dalam kemuliaannya. Penyelamatan abadi kita adalah keputusan Tuhan untuk melindungi kita, dan kita tidak berupaya untuk mengekalkan penyelamatan kita.

Tuan Yesus Kristus mengumumkan, ?Aku memberi mereka hidup sejati dan kekal, dan mereka tidak akan binasa. Tidak seorang pun dapat merampas mereka dari tangan-Ku. Apa yang diberikan oleh Bapa-Ku kepada-Ku lebih besar daripada segala-galanya. Tidak seorang pun dapat merampas mereka daripada tangan Bapa.?(Yohanes 10:28-29b). Yesus dan Bapa Tuhan melindungi kita dengan baik dalam tangan mereka. Tiada sesiapa yang mungkin merampas kita daripada genggaman Bapa Tuhan dan Anak-Nya Yesus Kristus.

Efesus 4:30 memberitahu kita bahawa orang yang percaya adalah ?dimeterai pada hari penyelamatan?. Jika orang yang percaya tidak mempunyai penyelamatan abadi, pemeteraian itu tidak akan kekal sampai hari penyelamatan, tetapi hanya pada masa berdosa, ajaran sesat atau ketidakpercayaan. Yohanes 3:15-16 memberitahu kita sesiapa yang percaya kepada Yesus Kristus akan ?mempunyai kehidupan abadi?. Jika seseorang dijanjikan kehidupan abadi, tetapi kehidupan itu dirampas semula, maka kehidupan itu tidak abadi dari mula. Jika penyelamatan abadi tidak benar, maka jaminan kehidupan abadi di dalam Kitab Injil adalah palsu.

Hujah yang paling kuat menyokong penyelamatan abadi ialah Roma 8:38-39, ?Aku yakin bahawa tiada sesuatu pun dapat menghalang Kristus mengasihi kita: baik kematian mahupun kehidupan, baik malaikat mahupun penguasa lain di angkasa, baik hal-hal yang berlaku sekarang, mahupun pada masa yang akan datang; baik hal-hal yang di langit mahupun yang di bumi ? tidak ada sesuatu pun di alam semesta yang dapat menghalang Allah mengasihi kita, seperti yang sudah ditunjukkan-Nya melalui Kristus Yesus, Tuhan kita!? Penyelamatan abadi kita adalah berdasarkan kasih Tuhan bagi mereka yang ditebus oleh-Nya. Penyelamatan abadi kita dibeli oleh Kristus, dijamin oleh Bapa Tuhan, dan dimeterai oleh Roh Kudus.

Soalan: Apakah yang berlaku kepada mereka yang percaya kepada Tuhan sebelum Yesus?

Jawapan: Sejak kejatuhan manusia, penyelamatan adalah berdasarkan kematian Kristus. Tiada sesiapa pun sebelum atau sejak peristiwa penyaliban dapat diselamatkan tanpa kejadian penting dalam sejarah dunia itu. Kematian Kristus telah membayar hukuman dosa-dosa lepas umat-Nya dalam Perjanjian Lama dan dosa-dosa akan datang umat-Nya dalam perjanjian baru.

Keperluan bagi penyelamatan ialah iman. Objek keimanan seseorang bagi penyelamatan ialah Tuhan. Penulis buku mazmur menyatakan bahawa, "Berbahagialah semua orang yang berlindung kepada-Nya" (Mazmur 2:12). Kejadian 15:6 memberitahu kita bahawa Abraham percaya kepada Tuhan dan diterima oleh Tuhan sebagai orang yang telah berbaik semula dengan Tuhan (rujuk juga kepada Roma 4:3-8). Sistem pengorbanan Perjanjian Lama tidak dapat menghapuskan dosa seperti yang diajar dalam Ibrani 9:1-10:4. Walau bagaimanapun, sistem ini melambangkan hari Anak Tuhan akan mengalirkan darah-Nya bagi umat manusia yang berdosa.

Perubahan yang berlaku mengikut zaman ialah kandungan iman penganut. Tuntutan Tuhan pada segala yang mesti dipercayai bergantung pada jumlah wahyu yang diberikan oleh Tuhan kepada umat manusia pada masa itu. Maka ini dipanggil wahyu berperingkat. Adam percaya janji Tuhan dalam Kejadian 3:15 bahawa keturunan wanita akan menawan syaitan. Adam percaya kepada Tuhan, dan menunjukkannya melalui nama yang diberikannya kepada Hawa (v.20) dan Tuhan menunjukkan penerimaan-Nya serta-merta dengan menutup mereka dengan kulit binatang (v.21). Pada masa itu, itulah segala yang Adam ketahui tetapi dia percaya.

Abraham percaya kepada Tuhan mengikut perjanjian dan wahyu baru yang diberikan oleh Tuhan kepadanya dalam Kejadian 12 and 15. Sebelum Musa, tiada firman yang dicatatkan tetapi umat manusia bertanggungjawab kepada semua wahyu Tuhan. Sepanjang Perjanjian Lama, pengikut menerima penyelamatan kerana mereka percaya bahawa Tuhan akan menyelesaikan masalah dosa mereka suatu hari nanti. Kini, kita melihat sejarah dan percaya bahawa Dia telah menyelesaikan masalah dosa-dosa kita pada salib. (Yohanes 3:16; Ibrani 9:28).

Bagaimana pula dengan penganut pada zaman Kristus, sebelum penyaliban dan kebangkitan? Apakah yang dipercayai oleh mereka? Adakah mereka memahami gambaran penuh Kristus yang mati pada salib bagi dosa-dosa mereka? Lewat dalam ministri-Nya kitab Injil menunjukkan, "Sejak itu, Yesus mula berkata dengan terus-terang kepada pengikut-pengikut-Nya, ?Aku harus pergi ke Yerusalem dan mengalami banyak penderitaan yang disebabkan oleh para pemimpin masyarakat, ketua imam, dan guru Taurat. Aku akan dibunuh, tetapi pada hari ketiga Aku akan dibangkitkan semula" (Matius 16:21). Apakah reaksi pengikut-pengikut-Nya terhadap pesanan ini? "Petrus menarik Yesus ke tepi dan mula menegur Dia, ?Ya Tuan, semoga Tuhan menjauhkan perkara itu daripada Tuan! Perkara itu tidak boleh berlaku kepada Tuan!? (16:22). Petrus dan para pengikut yang lain tidak mengetahui seluruh kebenaran, tetapi mereka masih diselamatkan kerana mereka percaya bahawa Tuhan akan menyelesaikan masalah dosa mereka. Mereka tidak mengetahui dengan tepat cara Tuhan akan menyempurnakan perkara ini seperti Adam, Abraham, Musa, atau Daud tetapi mereka percaya kepada Tuhan.

Hari ini, kita menerima lebih banyak wahyu berbanding dengan mereka yang hidup sebelum kebangkitan Kristus, kita mengetahui gambaran penuh. "Pada masa lampau, banyak kali Tuhan berfirman kepada nenek moyang kita melalui nabi-nabi dengan berbagai-bagai cara. Tetapi pada zaman akhir ini Dia telah berfirman kepada kita melalui Anak-Nya." (Ibrani 1:1-2). Penyelamatan kita masih berdasarkan kematian Kristus, iman kita masih merupakan keperluan bagi penyelamatan dan objek iman kita masih Tuhan. Pada hari ini, bagi kita, kandungan iman kita ialah Kristus mati bagi dosa-dosa kita, Dia dikebumikan, dan bangkit pada hari ketiga (1 Korintus 15:3-4).

Soalan: Apakah yang berlaku kepada mereka yang tidak pernah mendengar mengenai Yesus?

Jawapan: Semua orang bertanggungjawab kepada Tuhan samada mereka pernah mendengar mengenai-Nya atau tidak. Kitab Injil memberitahu kita bahawa Tuhan telah menunjukkan Diri-Nya dengan jelas melalui alam (Roma 1:20) dan dalam hati manusia (Pengkhutbah 3:11). Masalahnya ialah umat manusia berdosa; kita semua menolak pengetahuan mengenai Tuhan dan melawan Tuhan (Roma 1:21-23). Walaupun dengan rahmat Tuhan, Tuhan akan membiarkan mereka dikuasai oleh keinginan hati untuk melakukan perbuatan yang keji supaya kita boleh menyedari bahawa hidup ini tidak berguna dan penuh dengan dukacita tanpa Tuhan. Semua ini dilakukan-Nya kepada mereka yang menolak-Nya (Roma 1:24-32).

Dalam realiti, bukan kerana sesetengah orang tidak pernah mendengar mengenai Tuhan. Sebaliknya, masalahnya ialah mereka menolak segala yang telah mereka dengar dan segala yang dapat dilihat dalam alam ini. Ulangan 4:29 menyatakan bahawa, ?Di sana kelak kamu akan mencari Tuhan, Tuhan kamu, dan jika kamu mencari-Nya dengan segenap hati, kamu akan menemui Dia.? Ayat ini mengajar satu prinsip yang penting: setiap orang yang mencari Tuhan dengan segenap hati akan menemui-Nya. Jika seseorang benar-benar ingin menemui Tuhan, Tuhan akan menunjukkan diri-Nya.

Masalahnya ialah, ?tidak seorang pun yang memahami apa yang benar, dan tidak seorang pun yang menyembah Tuhan? (Roma 3:11). Manusia menolak pengetahuan mengenai Tuhan yang terdapat di alam dan di hati mereka, sebaliknya memilih untuk menyembah suatu ?tuhan? yang dicipta oleh mereka sendiri. Tidak berguna untuk berdebat mengenai adil atau tidak Tuhan menghantar seseorang ke neraka yang tiada peluang untuk mendengar Berita Baik mengenai Kristus. Manusia bertanggungjawab kepada Tuhan bagi segala yang sudah ditunjukkan oleh Tuhan kepadanya. Kitab Injil menyatakan bahawa mereka yang menolak pengetahuan ini, maka Tuhan saksama apabila Dia mengutuk mereka ke neraka.

Daripada berdebat mengenai nasib mereka yang tidak pernah mendengar, kita sebagai Kristian sepatutnya berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan mereka mempunyai peluang untuk mendengar Berita Baik. Kita disuruh menyebarkan Berita Baik kepada semua bangsa (Matius 28:19-20; Kisah Para Rasul 1:8). Kenyataan yang kita tahu bahawa manusia menolak pengetahuan mengenai Tuhan yang ditunjukkan di alam patut mendorong kita untuk menyebarkan Berita Baik mengenai penyelamatan melalui Yesus Kristus. Hanya dengan menerima Berita Baik mengenai rahmat Tuhan melalui Tuhan Yesus Kristus boleh menyelamatkan manusia daripada dosa-dosa mereka dan menyelamatkan mereka daripada berpisah daripada Tuhan selama-lamanya di neraka.

Jika kita mengandaikan bahawa semua orang yang tidak pernah mendengar Berita Baik akan menerima pengampunan daripada Tuhan, kita akan berdepan dengan masalah yang besar. Jika semua orang yang tidak pernah mendengar Berita Baik akan diselamatkan? kita patut memastikan tiada sesiapa yang mendengar Berita Baik. Perkara paling buruk yang kita boleh lakukan ialah menyebarkan Berita Baik kepada seseorang dan membiarkan dia menolak Berita Baik tesebut. Jika perkara itu berlaku, orang itu akan dikutuk. Manusia yang tidak mendengar Berita Baik mesti dikutuk, jika tidak maka tiada maknanya menyebarkan agama Kristian. Mengapa berhadapan dengan risiko kemungkinan mereka menolak Berita Baik dan terkutuk ? sedangkan mereka telah diselamatkan kerana mereka tidak pernah mendengar Berita Baik?

Soalan: Apakah penggantian bagi menebus dosa?

Jawapan: ?Penggantian bagi menebus dosa? merujuk kepada fakta Yesus Kristus yang mati bagi pihak semua orang yang berdosa. Alkitab mengajar bahawa semua manusia berdosa (baca Roma 3:9-18 dan Roma 3:23). Hukuman bagi dosa kita ialah kematian. Roma 6:23 berkata, ?Kematian adalah upah dosa, tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus Tuhan kita adalah anugerah Tuhan.?

Ayat-ayat ini mengajar kita beberapa perkara. Kita semua akan mati dan hidup kekal di neraka sebagai hukuman bagi dosa kita. Kematian dalam Alkitab merujuk kepada ?perpisahan.? Semua orang pasti akan mati dan sesetengah orang akan hidup kekal bersama Tuhan di syurga manakala, yang lain akan hidup kekal di neraka. Kematian di sini merujuk kepada kehidupan di neraka. Walau bagaimanapun, perkara kedua yang diajar dalam ayat ini ialah hidup sejati dan kekal yang boleh didapati melalui Yesus Kristus. Inilah penggantian sebagai tebusan dosa.

Yesus Kristus mati bagi pihak kita semasa Dia disalib pada salib. Kita memang patut mati atas salib kerana kita yang hidup berdosa. Tetapi Kristus menerima hukuman bagi pihak kita. ?Kristus tidak berdosa, tetapi demi kebaikan kita, Tuhan meletakkan dosa kita pada Dia. Dengan demikian kita berbaik semula dengan Tuhan apabila kita bersatu dengan Kritus? (2 Korintus 5:21). Dia mengambil tempat kita sebagai pengganti bagi hukuman yang sepatutnya kita terima.

?Kristus sendiri memikul dosa kita pada tubuh-Nya di kayu salib, supaya kita bebas daripada kuasa dosa, lalu hidup menurut kehendak Tuhan. Luka-luka Kristuslah yang menyembuhkan kamu? (1 Petrus 2:24). Sekali lagi, kita dapat melihat di sini bahawa Kristus memikul dosa kita pada tubuh-Nya bagi membayar hukuman kita. Kita juga akan membaca ayat-ayat seperti, ?Hal itu demikian kerana Kristus sendiri mati sekali sahaja dan untuk selama-lamanya, supaya dosa kita diampunkan. Dia tidak bersalah tetapi mati untuk orang yang bersalah, supaya Dia boleh memimpin kamu kepada Tuhan. Dia dbunuh dalam keadaan jasmani, tetapi dihidupkan semula dalam keadaan rohani.? (1 Petrus 3:18). Ayat-ayat ini bukan sahaja mengajar kita bahawa Kristus ialah ?pengganti? kita, tetapi juga ?tebusan dosa?, bermakna Dia sudah memadai sebagai bayaran bagi dosa manusia.

Satu lagi perenggan yang menceritakan ?pengganti bagi tebusan dosa? ialah Yesaya 53:5. Ayat ini bercerita tentang Kristus yang akan datang dan mati di atas salib bagi dosa kita; perenggan ini sangat terperinci dan penyaliban berlaku seperti yang diramalkan. Perhatikan perkataan-perkataan ini semasa kamu baca. ?Tetapi Dia dilukai kerana dosa kita, dia diseksa kerana perbuatan jahat kita. Kita diselamatkan kerana hukuman yang ditanggungnya, kita disembuhkan kerana luka-lukanya.? Dapat dilihat di sini bahawa berlaku penggantian. Di sini, sekali lagi kita dapat melihat bahawa Kristus membayar hukuman dosa kita.

Kita tidak dapat membayar harga hukuman dosa kita. Jika kita berbuat demikian, kita akan dihukum dan dimasukkan ke neraka selama-lamanya. Tetapi Kristus mengambil initiatif untuk datang ke bumi dalam bentuk Anak Tuhan, Yesus Kristus, untuk membayar hukuman dosa kita. Kerana segala yang dilakukan-Nya bagi kita, sekarang kita mendapat peluang bukan sahaja untuk mendapat pengampunan dosa malah peluang untuk hidup sejati dan kekal bersama-Nya. Kita mesti mempunyai iman pada segala yang dilakukan oleh Kristus pada salib. Kita tidak dapat menyelamatkan diri sendiri; kita memerlukan pengganti untuk mengambil alih tempat kita.

Soalan: Bagaimanakah saya boleh mendapat jaminan penyelamatan saya?

Jawapan: Bagaimana kamu boleh pasti bahawa kamu telah diselamatkan? Pertimbangkan 1 Yohanes 5:11-13 : ?Inilah kesaksian itu: Tuhan sudah memberi kita hidup sejati dan kekal, dan hidup itu berasal daripada Anak-Nya. Sesiapa yang mempunyai Anak Tuhan, mempunyai hidup itu; dan sesiapa yang tidak mempunyai Anak Tuhan, tidak mempunyai hidup itu. Aku menulis surat ini kepada kamu yang percaya kepada Anak Tuhan, supaya kamu tahu bahawa kamu sudah mempunyai hidup sejati dan kekal.? Siapakah yang mempunyai Anak Tuhan? ?Tetapi kepada mereka yang menyambut Dia dan percaya kepada-Nya, mereka diberikan-Nya hak menjadi anak Tuhan? (Yohanes 1:12). Jika kamu mempunyai Yesus, kamu mempunyai hidup itu. Hidup sejati dan kekal. Bukan sementara tetapi kekal.

Tuhan mahu kita semua pasti akan penyelamatan kita. Kita tidak boleh meneruskan kehidupan Kristian kita setiap hari sambil tertanya-tanya dan bimbang samada kita benar-benar telah diselamatkan atau tidak. Maka, inilah sebabnya kitab Injil memastikan rancangan penyelamatan begitu jelas. Percayalah kepada Yesus Kristus dan kamu akan diselamatkan (Yohanes 3:16; Kisah Para Rasul 16:31) Adakah kamu percaya bahawa Yesus ialah Penyelamat; Dia mati demi membayar hukuman dosa-dosa kamu (Roma 5:8; 2 Korintus 5:21)? Adakah kamu percaya bahawa Dia sahaja penyelamat kamu? Jika jawapan kamu ialah ya, kamu telah diselamatkan! Keyakinan bermakna ?tidak mempunyai sebarang keraguan?. Jika kamu percaya sepenuhnya pada Firman Tuhan, kamu akan ?tidak mempunyai sebarang keraguan? mengenai fakta dan realiti penyelamatan sejati dan kekal kamu.

Yesus sendiri mengatakan bahawa bagi mereka yang percaya kepada-Nya: ?Aku memberi mereka hidup sejati dan kekal, dan mereka tidak akan binasa. Tidak seorang pun dapat merampas mereka dari tangan-Ku. Apa yang diberikan oleh Bapa-Ku kepada-Ku lebih besar daripada segala-galanya. Tidak seorang pun dapat merampas mereka daripada tangan Bapa." (Yohanes 10:28-29). Sekali lagi, firman ini memberi penekanan pada ?sejati dan kekal?. Hidup sejati dan kekal sememangnya ?sejati dan kekal. Tiada sesiapa pun termasuk kamu sendiri dapat merampas pemberian hidup sejati dan kekal daripada Tuhan Yesus.

Hafal ayat-ayat ini. Kita menyimpan hukum Tuhan dalam hati kita, supaya kita tidak berdosa terhadap Tuhan (Mazmur 119:11), dan hal ini termasuk keraguan. Bergembiralah dengan segala yang dikatakan oleh Firman Tuhan kepada kamu: Kita tidak perlu ragu sebaliknya hidup dengan penuh keyakinan! Kita menerima jaminan daripada Firman Tuhan sendiri yang menyatakan bahawa penyelamatan kita tidak boleh dipersoalkan. Keyakinan kita berdasarkan kasih Tuhan kepada kita melalui Yesus Kristus. Yudas 24-25, "Tuhan, yang dapat menjaga kamu supaya tetap beriman, dan yang dapat membawa kamu ke hadirat-Nya yang mulia dengan sukacita dan tanpa cela. Dialah satu-satunya Tuhan, Penyelamat kita melalui Yesus Kristus Tuhan kita. Dialah Tuhan yang mulia, agung, berkuasa, dan berwibawa sejak dahulu kala sehingga sekarang dan selama-lamanya! Amin."

Soalan: Bagaimanakah keagungan Tuhan dan kerelaan umat manusia berfungsi bersama dalam penyelamatan?

Jawapan: Tidak mungkin kita dapat memahami sepenuhnya hubungan antara keagungan Tuhan dan kerelaan manusia. Hanya Tuhan yang mengetahui cara kedua-dua unsur ini berfungsi bersama.

Ayat suci jelas menunjukkan bahawa Tuhan mengetahui mereka yang akan diselamatkan (Roma 8:29; 1 Petrus 1:2). Efesus 1:4 memberitahu kita bahawa Tuhan memilih kita ?sebelum dunia diciptakan.? Kitab Injil berulangkali mengambarkan bahawa para penganut adalah ?terpilih? (Roma 8:33; 11:5; Efesus 1:11; Kolose 3:12; 1 Tesalonika 1:4; 1 Petrus 1:2; 2:9) dan ?pilihan? (Matius 24:22, 31; Markus 13:20, 27; Roma 11:7; 1 Timotius 5:21; 2 Timotius 2:10; Titus 1:1; 1 Petrus 1:1). Kenyataan bahawa para penganut adalah ditakdirkan (Roma 8:29-30; Efesus 1:5, 11) dan terpilih (Roma 9:11; 11:28; 2 Petrus 1:10) bagi penyelamatan ternyata jelas.

Kitab Injil juga menyatakan bahawa kerelaan kita adalah pilihan sendiri ? kita hanya perlu percaya kepada Yesus Kristus dan kita akan diselamatkan (Yohanes 3:16; Roma 10:9-10). Tuhan mengetahui mereka yang akan diselamatkan, Tuhan memilih siapakah yang akan diselamatkan, dan kita mesti memilih Kristus untuk menerima penyelamatan. Cara ketiga-tiga fakta ini berfungsi bersama tidak mungkin dapat difahami oleh minda kita yang terbatas (Roma 11:33-36). Tanggungjawab kita adalah menyebarkan Berita Baik kepada semua bangsa (Matius 28:18-20; Kisah Para Rasul 1:8). Kita patut membiarkan Tuhan menyelesaikan masalah pengetahuan terlebih dahulu, pilihan atau takdir dan hanya patuh kepada suruhan menyebarkan Berita Baik.

Soalan: Adakah keselamatan sejati ?memberi kebenaran? untuk berdosa?

Jawapan: Bantahan yang paling kerap diberikan kepada doktrin keselamatan sejati ialah doktrin ini menggalakkan idea Kristian boleh mempunyai sebarang cara hidup yang mereka ingini dan masih diselamatkan. Walaupun hal ini benar secara ?teknikal?, tetapi bukan ?inti? keselamatan sejati. Seorang manusia yang benar-benar menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamatnya ?boleh? hidup berdosa tetapi orang itu tidak akan berbuat demikian. Kita mesti membezakan antara cara Kristian patut hidup dan segala yang mesti dilakukan bagi menerima penyelamatan.

Kitab Injil sungguh jelas menunjukkan bahawa penyelamatan ialah rahmat Tuhan, melalui iman pada Yesus Kristus sahaja (Yohanes 3:16; Efesus 2:8-9; Yohanes 14:6). Seorang manusia diselamatkan melalui iman sahaja. Pada saat seseorang benar-benar percaya pada Yesus Kristus, dia diselamatkan dan penyelamatannya terjamin. Tetapi hal ini bukan bermakna penyelamatan didapati melalui iman dan kemudian dikekalkan melalui usaha sendiri. Rasul Paulus membincangkan isu ini di Galatia 3:3, "Mengapa kamu menjadi begitu bodoh? Setelah kamu memulakan hidup baru dengan Roh Tuhan, adakah kamu mahu menamatkannya dengan kekuatan sendiri?" Jika kita diselamatkan melalui iman, penyelamatan kita juga dikekalkan dan terjamin melalui iman. Kita tidak boleh mengerjakan penyelamatan sendiri. Maka, kita juga tidak dapat berusaha sendiri untuk mengekalkan penyelamatan kita. Tuhan yang mengekalkan penyelamatan kita (Yudas ayat 24). Tangan Tuhan yang memegang kita dengan kukuh dalam pegangannya (Yudas 10:28-29). Tiada sebarang benda yang dapat memisahkan kasih Tuhan daripada kita (Roma 8:38-39).

Penafian keselamatan sejati ini pada asasnya ialah percaya bahawa kita mesti mengekalkan penyelamatan sendiri dengan melakukan perbuatan baik. Hal ini bercanggah dengan penyelamatan melalui rahmat. Kita diselamatkan kerana kebaikan Kristus bukan kebaikan kita (Roma 4:3-8). Dakwaan bahawa kita mesti mematuhi Firman Tuhan atau hidup alim untuk mengekalkan penyelamatan kita sama dengan menyatakan bahawa kematian Yesus tidak memadai untuk membayar hukuman dosa-dosa kita. Kematian Yesus sudah memadai untuk membayar semua dosa-dosa kita - dahulu, sekarang, dan pada masa hadapan, sebelum penyelamatan dan selepas penyelamatan (Roma 5:8; 1 Korintus 15:3; 2 Korintus 5:21).

Maka, melihat kepada semua yang telah dikatakan, adakah hal ini bermakna seorang Kristian boleh hidup sesuka hati dan masih diselamatkan? Soalan ini pada asasnya ialah suatu soalan andaian kerana Kitab Injil menunjukkan dengan jelas bahawa Kristian yang sebenar tidak akan hidup ?sesuka hati?." Kristian adalah ciptaan baru (2 Korintus 5:17). Kristian menunjukkan hasil daripada Roh Tuhan (Galatia 5:22-23), dan bukannya keinginan tabiat manusia (Galatia 5:19-21). 1 Yohanes 3:6-9 menyatakan dengan jelas bahawa Kristian yang sebenar tidak akan hidup berterusan dalam dosa. Rasul Paulus menyatakan bahawa, "Jika demikian, apakah yang harus kita katakan? Haruskah kita terus-menerus berbuat dosa supaya rahmat Allah semakin bertambah? Tentu tidak! Dosa tidak lagi berkuasa atas kita. Oleh itu bagaimanakah kita dapat terus-menerus melakukan dosa dalam hidup kita?" (Roma 6:1-2) sebagai jawapan kepada tuduhan bahawa rahmat menggalakkan dosa.

Keselamatan sejati bukan ?memberi kebenaran? untuk berdosa. Sebaliknya, hal ini memberi kita keselamatan dengan mengetahui jaminan kasih Tuhan bagi mereka yang percaya kepada Kristus. Mengetahui dan memahami kebesaran hadiah penyelamatan Tuhan akan mencapai hasil yang bertentangan dengan ?memberi kebenaran? untuk berdosa. Bagaimana seseorang yang mengetahui harga yang dibayar oleh Yesus Kristus bagi pihak kita boleh terus hidup berdosa (Roma 6:15-23)? Bagaimana seseorang yang memahami jaminan kasih Tuhan yang tidak bersyarat bagi mereka yang percaya, menyalahgunakan kasih itu? Orang sebegini bukan menunjukkan bahawa keselamatan sejati yang telah diberikan kepadanya membolehkannya terus berdosa tetapi menunjukkan bahawa dia tidak benar-benar mengalami penyelamatan melalui Yesus Kristus. "Oleh itu, setiap orang yang hidup bersatu dengan Kristus, tidak akan terus-menerus berbuat dosa. Sesiapa yang terus-menerus berbuat dosa, tidak pernah melihat Kristus ataupun mengenal Dia." (1 Yohanes 3:6).