Pertanyaan-pertanyaan tentang pilihan kehidupan
Soalan: Apakah Makna kehidupan?

Jawapan: Apakah makna kehidupan? Bagaimana saya dapat mencari tujuan dan kepuasan hidup? Adakah saya mampu mencapai sesuatu yang senantiasa bermakna? Begitu ramai orang tidak berhenti bertanya mengenai makna kehidupan. Mereka mengimbas kembali selepas beberapa tahun dan bingung mengapa hubungan telah terputus dan mengapa masih terasa kekosongan jiwa walaupun telah mencapai tujuan mereka. Seorang pemain besbol yang berjaya telah ditanya apakah nasihat yang dia hendak terima daripada orang lain semasa dia mula-mula bermain besbol? Dia menjawab, ?Saya harap ada orang yang memberitahu saya bahawa apabila kamu sudah mencapai tahap tertinggi, kamu akan dapati bahawa tiada apa-apa pun di sana!? Banyak orang masih terasa kekosongan jiwa selepas beberapa tahun berusaha mencapai tujuan mereka.

Dalam masyarakat kita, ramai orang yang mengejar tujuan mereka dan berpendapat bahawa mereka akan mencapai makna kehidupan melalui usaha mereka. Segala yang mereka kejar termasuklah: kejayaan dalam perniagaan, kekayaan, hubungan yang baik, seks, hiburan, berbuat baik terhadap orang lain dan sebagainya. Tetapi terdapat ramai orang memberi saksi bahawa setelah mereka mencapai tujuan, kekayaan, hubungan yang baik dan keseronokan, masih terdapat kekosongan dalam hati ? satu perasaan yang tidak dapat dipenuhi oleh apa-apa pun.

Penulis buku Pengkhotbah mengatakan bahawa perasaan kekosongan inilah yang dialami olehnya, ?Semuanya sia-sia, kata Pengkhotbah, semuanya sia-sia dan tidak bermakna.? Penulis ini telah mendapat kekayaan, kepandaian yang jauh lebih tinggi daripada orang lain, beratus-ratus perempuan, istana dan kebun bunga yang cantik, makanan dan minuman yang sedap, dan memiliki semua jenis hiburan yang diingini. Tetapi dia membuat keputusan bahawa ?kehidupan di dunia ini? (kehidupan ialah segala yang kita boleh lihat dan rasa dengan deria kita) adalah tidak bermakna! Mengapa terdapat kekosongan? Hal ini adalah disebabkan Tuhan mencipta kita bagi sesuatu yang melebihi segala yang kita boleh alami buat masa sekarang. Solomon mengatakan mengenai Tuhan, ?Dia menanam keabadian di dalam hati semua manusia?? Hati kita mengetahui dengan ketara bahawa segala yang ada sekarang tidak sempurna lagi.

Dalam buku Kejadian, buku pertama Kitab Injil, kita mendapati bahawa Tuhan mencipta manusia mengikut rupa bentuknya sendiri (Kejadian 1:26). Hal ini bermakna kita lebih mirip Tuhan daripada benda-benda lain. Kita dapati bahawa sebelum manusia berdosa dan dunia ini dikutuk oleh Tuhan, perkara berikut adalah benar: (1) Tuhan mencipta manusia sebagai makhluk sosial (Kejadian 2:18-25); (2) Tuhan memberi manusia kerja (Kejadian 2:15); (3) Tuhan mempunyai hubungan yang baik dengan manusia (Kejadian3:8); (4) Tuhan memberi manusia kuasa untuk memerintah dunia (Kejadian 1:26). Apakah makna semua ini? Saya yakin bahawa semua ini adalah cara Tuhan menambah makna ke dalam hidup manusia, tetapi kesemua ini (khasnya hubungan baik dengan Tuhan) telah termusnah setelah manusia berdosa dan membawa kutukan ke atas dunia (Kejadian 3).

Di dalam buku Wahyu, buku terakhir Kitab Injil, akhirnya selepas banyak perkara berlaku, Tuhan akan memusnahkan dunia sekarang dan mencipta sebuah dunia yang baru untuk kehidupan abadi. Pada masa itu, Dia akan memulihkan hubungan yang baik dengan manusia dan mengampuni dosa manusia. Terdapat sebahagian besar manusia yang setelah diadili dan didapati tidak layak akan dibuang ke dalam tasik berapi (Wahyu 20:11-15). Dan kutukan ke atas dosa akan dihapuskan; pada masa itu tiada lagi dosa, kesakitan, kesedihan, kematian dan tangisan (Wahyu 21:4). Semua orang yang percaya akan memperoleh restu Tuhan; Tuhan akan hidup bersama mereka, dan mereka akan menjadi anak Tuhan (Wahyu 21:7). Oleh itu, berbalik kepada semua yang kita katakan tadi, Tuhan mencipta kita untuk menikmati hubungan yang baik dengan-Nya; tetapi manusia berdosa dan merosakkan hubungan itu; Tuhan memulihkan hubungan itu sepenuhnya dan menyelamatkan mereka yang percaya kepada Berita Baik. Sekarang, kehidupan yang boleh mencapai kejayaan di dunia tetapi terpisah daripada Tuhan secara kekal adalah kehidupan yang paling buruk! Tetapi Tuhan memberi kita satu jalan untuk mendapat restu yang kekal (Lukas 23:43), dan juga kehidupan yang bermakna buat masa sekarang. Sekarang, apakah restu kekal ini dan bagaimana ?syurga di bumi? boleh dicapai?

Makna kehidupan dipulihkan melalui Yesus Kristus.

Seperti yang dikatakan tadi, makna sebenar kehidupan sekarang dan di dunia akhirat boleh didapati melalui hubungan Tuhan-manusia yang dipulihkan selepas termusnah semasa Adam dan Hawa berdosa. Sekarang, hubungan baik dengan Tuhan adalah mungkin melalui Anak Tuhan Yesus Kristus (Kisah 4:12; Yohanes 14:6; 1:12). Kehidupan abadi diperoleh apabila seseorang itu mengaku salah (tidak akan membuat salah dan membenarkan Yesus mengubah nyawanya) dan bergantung kepada Yesus sebagai Penyelamat individu-Nya (baca soalan ?Apakah rancangan penyelamatan?? untuk maklumat lanjut).

Sekarang, makna sebenar kehidupan bukan sahaja didapati apabila seseorang menerima Yesus sebagai Penyelamat individu, tetapi juga apabila orang itu mengikut and mematuhi ajaran Yesus dan menjadi pengikut-Nya, belajar daripada Yesus, membaca Kitab Injil, berhubungan dengan Yesus melalui doa dan berjalan dengan Yesus dan mematuhi semua perintah-Nya. Jika kamu belum percaya (atau baru percaya), kamu mungkin berkata, ?Hal ini tidak kelihatan menakjubkan dan memuaskan bagi saya!? Tetapi sila terus membaca, Yesus berkata bahawa:

?Marilah kepada-Ku, hai kamu semua yang lelah kerana memikul beban yang berat; Aku akan membebaskan kamu daripada beban kamu. Ikutlah perintah-Ku dan terimalah ajaran-Ku, kerana Aku ini lemah lembut dan rendah hati; kamu akan mendapat kesejahteraan. Perintah yang Aku berikan kepada kamu mudah diturut, dan beban yang Aku berikan mudah dipikul.? (Matius 11:28-30). ?Pencuri datang hanya untuk mencuri, membunuh dan merosak. Tetapi Aku datang supaya manusia mendapat hidup, iaitu hidup yang kelimpahan.?(Yohanes 10:10). ?Kemudian Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, ?Jika seseorang hendak mengikut Aku, dia mesti melupakan kepentingan sendiri, memikul salib dan mengikut Aku. Sesiapa yang mempertahankan hidupnya akan kehilangan hidup yang sejati. Tetapi sesiapa yang mengorbankan hidup untuk-Ku, akan mengalami hidup yang sejati.? (Matius 16:24-25). ?Carilah kebahagiaan yang datang daripada Tuhan, dan Dia akan memuaskan keinginan hatimu.?(Mazmur 37:4).

Maknanya ialah kita mempunyai pilihan. Kita boleh mencari jalan sendiri untuk menjalani hidup kita (akibatnya ialah hidup yang kekosongan) atau kita boleh memilih untuk mengikut Tuhan dan membiarkan Tuhan memimpin kita (akibatnya ialah kita akan berasa puas hati dengan seluruh hidup kita, keinginan kita dipenuhi dan hidup penuh bermakna). Hal ini boleh dicapai kerana Tuhan mengasihi kita dan memberikan kita restu (bukan kehidupan yang senang, tetapi kehidupan yang penuh bermakna).

Sebagai penutup, saya hendak memberi satu contoh daripada seorang rakan saya yang merupakan pastor. Jika kamu seorang peminat sukan dan hendak menonton satu perlawanan profesional, kamu boleh membeli tiket yang murah iaitu sebanyak beberapa ringgit dan duduk di bahagian belakang stadium, atau kamu boleh membayar beratus ringgit dan duduk di hadapan supaya dekat dengan perlawanan itu. Begitu juga dengan kehidupan Kristian. Melihat Tuhan secara dekat bukan untuk orang yang hanya menjadi Kristian pada hari Ahad. Mereka tidak membayar harga yang tinggi. Melihat Tuhan secara dekat adalah bagi pengikut Yesus yang ikhlas yang berhenti mengejar tujuan sendiri dan mengejar tujuan yang diajar oleh Tuhan. Mereka membayar harga tiket yang tinggi (meletakkan diri di tangan Kristus dan mematuhi ajaran-Nya); mereka menikmati hidup yang bermakna; dan mereka bangga melihat diri mereka, orang lain dan Tuhan tanpa perasaan kesal! Sudahkah kamu membayar harga itu? Sudikah kamu berbuat begitu? Jika Ya, kamu tidak akan berasa kekosongan atau mengalami kelaparan mencari makna kehidupan lagi.

Soalan: Apakah yang dikatakan Alkitab tentang seorang Kristian yang berhutang? Haruskah seorang Kristian meminjam atau memberi pinjaman wang?

Jawapan: Dalam Roma 13: 8, Paulus memberi nasihat supaya kita jangan berhutang apa-apa kepada sesiapa dan kasih merupakan peringatan yang baik tentang betapa Tuhan tidak menyenangi semua bentuk hutang yang tidak dibayar pada waktunya (Mazmur 37: 21). Pada masa yang sama, Alkitab tidak mengandungi perintah yang jelas menentang semua bentuk hutang. Alkitab memberi amaran terhadap hutang dan memuji nilai mulia mereka yang tidak mahu berhutang tetapi tidak melarang hutang itu sendiri. Alkitab mempunyai kata-kata kutukan yang kesat untuk peminjam-peminjam yang menindas orang-orang yang terikat dengan hutang, tetapi ia tidak mengutuk mereka yang berhutang.

Sesetengah orang mempersoalkan tindakan mengenakan bayaran faedah ke atas pinjaman yang diberikan. Namun Alkitab berkali-kali bercakap tentang satu kadar faedah berpatutan yang dijangka akan diterima terhadap wang yang telah dipinjamkan (Amsal 28:8; Matius 25:27). Dalam Israel kuno Hukum Taurat mempunyai satu kategori pinjaman yang melarang mengenakan bayaran faedah iaitu pinjaman kepada fakir miskin (Imamat 25:35-38). Undang-undang ini mempunyai banyak implikasi sosial, kewangan dan rohani, tetapi dua daripadanya patut disebutkan di sini. Pertama, ketetapan ini benar-benar membantu orang-orang miskin dengan tidak memburukkan lagi keadaan mereka. Sudah cukup teruk untuk jatuh miskin dan tambah memalukan lagi untuk perlu meminta bantuan. Tetapi jika tambahan dikenakan terhadap bayaran balik pinjaman, orang miskin akan terpaksa membuat bayaran faedah yang akan menindas mereka. Kewajipan itu akan lebih melukakan daripada membantu.

Kedua, undang-undang itu mengajar satu pelajaran rohani yang penting. Untuk memberi pinjaman tanpa bayaran faedah kepada orang miskin merupakan satu tindakan belas kasihan. Pemberi pinjaman akan kehilangan penggunaan wang sewaktu wang dipinjam. Namun itu dapat menjadi satu cara yang jelas untuk menyatakan kesyukuran terhadap belas kasihan Tuhan yang tidak mengenakan ?faedah? ke atas kasih yang telah dilanjutkan-Nya terhadap mereka. Sebagaimana Tuhan dalam belas kasihan-Nya telah membawa orang-orang Israel keluar daripada Mesir sewaktu mereka merupakan hamba abdi yang tidak mempunyai apa-apa dan memberikan tanah untuk menjadi milik mereka sendiri (Imamat 25: 38), demikian juga Dia berharap supaya mereka menyatakan belas kasihan yang sama kepada orang-orang miskin.

Orang-orang Kristian berada dalam satu situasi yang sama. Kehidupan, kematian dan kebangkitan Yesus telah membayar kesemua hutang dosa kita terhadap Tuhan. Sekarang apabila berpeluang, kita dapat menolong mereka yang memerlukan, terutama sekali saudara seiman, dengan memberi pinjaman yang tidak akan membebani mereka. Yesus telah memberikan satu perumpamaan berhubung perkara ini dalam Matius 18: 23-35 iaitu tentang dua orang yang berhutang dan sikap terhadap pengampunan.

Alkitab tidak mempunyai larangan atau kebenaran yang jelas tentang meminjam wang. Hikmat Alkitab mengajar kita bahawa menanggung hutang bukan satu perkara yang baik. Hutang pada dasarnya menjadikan kita seorang hamba kepada orang yang memberikan pinjaman itu. Pada waktu yang sama berhutang juga merupakan ?kesusahan yang diperlukan?. Selagi wang sedang diurus dengan bijak dan pembayaran hutang dapat diurus, seorang Kristian dapat mengambil beban hutang apabila itu memang sangat diperlukan.

Soalan: Haruskah orang Kristian berjumpa dokter?

Jawapan: Ada beberapa orang Kristian yang berpendirian bahawa mendapat khidmat dokter sebagai suatu perkara yang menunjukkan kurangnya iman terhadap Tuhan. Dalam satu pergerakan yang disebut Word-Faith (Firman dan Iman), dikatakan bahawa bertemu dengan seorang dokter merupakan satu petanda kurangnya iman dan itu akan menghalang Tuhan menyembuhkan anda. Dalam kumpulan-kumpulan seperti Christian Science, mendapatkan pertolongan seorang dokter dipandang sebagai satu halangan untuk menggunakan kuasa rohani yang Tuhan telah berikan kepada kita. Pandangan ini sama sekali tidak masuk akal. Sekiranya kereta anda rosak adakah anda membawa kereta anda berjumpa mekanik atau menunggu Tuhan untuk melakukan mukjizat dan menyembuhkan kereta anda? Sekiranya paip di rumah anda bocor, adakah anda menunggu Tuhan untuk datang dan mengurus kebocoran itu? Tuhan memang dapat membaiki kereta atau kebocoran paip sebagaimana Dia dapat menyembuhkan tubuh kita tetapi kenyataan bahawa Tuhan dapat dan melakukan keajaiban kesembuhan bukan bererti kita mengharapkan keajaiban berlaku dan tidak mendapatkan pertolongan daripada mereka yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk menolong kita.

Para dokter disebut lebih kurang 12 kali dalam Alkitab. Satu-satunya ayat yang dapat diambil keluar daripada konteksnya dan digunakan untuk mengajar bahawa kita ini tidak perlu berjumpa dan mendapatkan pertolongan dokter terdapat dalam 2 Tawarikh 16:12 yang berkata ?Pada tahun ketiga puluh sembilan pemerintahannya Asa menderita sakit pada kakinya yang kemudian menjadi semakin parah. Namun dalam kesakitannya itu ia tidak mencari pertolongan TUHAN, tetapi pertolongan tabib-tabib.? Isu dalam ayat ini bukan pada soal Asa mendapatkan pertolongan daripada dokter-dokter melainkan pada sikap dan tindakannya yang tidak meminta pertolongan daripada Tuhan.?

Terdapat banyak ayat Firman tentang penggunaan ?rawatan-rawatan perubatan? seperti menggunakan kain pembalut(Yesaya 1:6), minyak (Yakobus 5:14), minyak dan anggur (Lukas 10:34), daun-daun (Yehezkiel 47:12),anggur (1 Timotius 5:23) dan minyak salap terutama sekali minyak ?balsam dari Gilead? (Yeremia 8:22). Lukas juga, iaitu penulis Kisah Para Rasul dan Injil Lukas dirujuk oleh Paulus sebagai ?tabib yang dikasihi? (Kolose 4:14).

Markus 5:25-30 bercerita tentang seorang wanita yang bermasalah sakit pendarahan yang tidak berhenti. Masalah kesihatan ini tidak dapat disembuhkan oleh dokter walaupun dia telah sering kali berjumpa dengan mereka dan telah menghabiskan wangnya. Sewaktu mendekati Yesus, wanita itu berfikir sekiranya dia setakat dapat menyentuh jubah-Nya maka dia akan sembuh. Dia dapat menyentuh jubah Yesus dan menjadi sembuh. Apabila orang-orang Farisi yang bertanya mengapa Yesus menghabiskan masa dengan orang-orang berdosa, Dia menjawab "Bukan orang sihat yang memerlukan tabib, tetapi orang sakit? (Matius 9:12). Ada beberapa prinsip dapat diambil daripada ayat ini;

1) Para dokter bukan Tuhan dan tidak boleh dipandang seperti itu. Kadangkala mereka dapat membantu tetapi pada waktu yang lain perkara yang mereka dapat lakukan hanyalah menghabiskan wang .

2) Bberjumpa dan mendapatkan khidmat dokter dan menggunakan kaedah-kaedah ?dalam dunia? tidak dipersalahkan dalam Firman Tuhan. Sebenarnya, rawatan-rawatan perubatan dipandang baik.

3) Perlu mendapatkan campurtangan Tuhan dalam setiap masalah fizikal (Yakobus 4:2; 5:13). Tuhan tidak berjanji akan menjawab setiap kali dengan cara yang kita inginkan (Yesaya 55: 8-9), tetapi kita boleh yakin bahawa semua yang dilakukan-Nya akan dilakukan dalam kasih dan demi kebaikan kita (Mazmur 145: 8-9) .

Jadi haruskah orang-orang Kristian berjumpa dokter? Tuhan mencipta kita sebagai mahluk yang pintar dan memberikan kita kebolehan untuk membuat ubat dan belajar bagaimana untuk memperbaiki diri kita. Bukan menjadi kesalahan untuk menggunakan pengetahuan dan kebolehan ini untuk mendapatkan kesembuhan jasmani. Para dokter dapat dilihat sebagai pemberian Tuhan kepada kita yang mana melalui mereka Tuhan membawa kesembuhan dan pemulihan. Pada akhirnya iman kita terletak pada Tuhan, dan bukannya terhadap dokter dan ubat-ubatan. Sebagaimana membuat keputusan-keputusan yang sukar, kita perlu mencari Tuhan yang berjanji akan memberikan hikmat apabila kita memintanya (Yakobus 1: 5).

Soalan: Haruskah seorang Kristian bersenam? Apakah yang dikatakan Alkitab tentang kesihatan?

Jawapan: Sebagaimana dengan pekara lain dalam kehidupan terdapat juga keterlaluan dalam soal bersenam. Ada orang yang hanya memberi penumpuan kepada perkara-perkara rohani sehingga melalaikan tubuh jasmani mereka. Orang lain pula mengutamakan bentuk tubuh sehingga melalaikan pertumbuhan dan kematangan rohani mereka. Kedua-duanya tidak menampakkan keseimbangan yang Alkitabiah. 1 Timothy 4:8 memberitahu kita, ?Latihan badani terbatas gunanya, tetapi ibadah itu berguna dalam segala hal, karena mengandung janji, baik untuk hidup ini maupun untuk hidup yang akan datang.? Perhatikan ayat ini tidak menafikan keperluan untuk bersenam. Sebaliknya ayat ini berkata bersenam itu berharga, tetapi ia memberikan keutamaan yang tepat dengan mengatakan ibadah itu lebih berguna dalam segala hal.

Rasul Paulus menggunakan latihan jasmani sebagai contoh dalam menyampaikan kebenaran rohani dalam 1 Korintus 9: 24-27. Dia menyamakan perjalanan kehidupan Kristian dengan satu perlumbaan untuk mendapatkan ?hadiah?. Tetapi hadiah yang kita ingin dapatkan merupakan mahkota kekal yang tidak akan luntur ataupun lenyap. Dalam 2 Timotius 2:5, Paulus berkata, ?Seorang olahragawan hanya dapat memperoleh mahkota sebagai juara, apabila ia bertanding menurut peraturan-peraturan olahraga.? Sekali lagi Paulus menggunakan gambaran seorang pelumba dalam 2 Timotius 4:7 apabila dia berkata ?Aku telah mengakhiri pertandingan yang baik, aku telah mencapai garis akhir dan aku telah memelihara iman.? Manakala ayat-ayat Firman ini bukan berfokus terhadap latihan jasmani, namun istilah olahraga yang Paulus gunakan untuk menyampaikan pelajaran rohani menunjukkan bahawa Paulus melihat latihan jasmani dan pertandingan dari satu sudut yang positif. Kita merupakan mahluk jasmani dan rohani. Manakala aspek kerohanian itu lebih penting secara Alkitabiah, namun lebih penting kita tidak mengabaikan kerohanian atau aspek fizikal kesihatan kita.

Jadi jelas bahawa tidak salah bagi seorang Kristian untuk bersenam. Bahkan Alkitab jelas meminta supaya kita menjaga tubuh dengan baik (1 Korintus 6: 19-20). Alkitab pada masa yang sama memberi amaran tentang perkara yang sia-sia (1 Samuel 16:7; Amsal 31:30; 1 Petrus 3:3-4). Sasaran senaman bukan untuk mempertingkatkan kualiti tubuh supaya diperhati dan disukai oleh orang lain. Sebaliknya ia bertujuan mempertingkatkan tahap kesihatan supaya kita dapat memiliki lebih banyak tenaga untuk dapat mengabdi kepada perkara-perkara rohani.

Soalan: Apakah yang dikatakan Alkitab tentang tindakan undang-undang/menyaman?

Jawapan: Rasul Paulus menasihati orang-orang percaya di Korintus supaya jangan membawa masalah sesama seiman ke mahkamah (1 Korintus 6:1-8). Apabila orang Kristian tidak dapat memaafkan sesama dan berdamai terhadap perbezaan yang ada, mereka sebenarnya menampakkan kekalahan mereka. Mengapakah seseorang mahu menjadi seorang Kristian sekiranya orang-orang Kristian juga mempunyai banyak masalah dan tidak berkemampuan untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang ada? Bagaimanapun ada waktunya di mana tindakan undang-undang boleh menjadi jalan penyelesaian yang terbaik. Sekiranya cara perdamaian Alkitab sudah dituruti (Matius 18: 15-17) dan yang orang yang berbuat salah masih bersalah, kadangkala tindakan undang-undang boleh dibenarkan. Ini perlu dilakukan setelah banyak perdoa untuk mendapatkan hikmat (Yakobus 1:5) serta mendapat nasihat bimbingan daripada kepimpinan rohani.

Keseluruhan konteks 1 Korintus 6:1-6 bercakap tentang pertikaian yang berlaku dalam gereja, tetapi Paulus merujuk kepada sistem mahkamah apabila dia bercakap tentang pengurusan-pengurusan yang berlaku dalam kehidupan ini. Paulus bermaksud sistem mahkamah wujud untuk perkara-perkara dunia yang berada di luar daripada gereja. Masalah gereja tidak harus dibawa ke mahkamah, sebaliknya perlu diselesaikan di dalam gereja.

Kisah 21?22 bercakap tentang Paulus yang telah disalah tuduh dengan kesalahan jenayah yang tidak dilakukannya. Orang-orang Rum menangkapnya dan ketua membawanya ke dalam dan memberi perintah supaya Paulus dirotan dengan tali untuk membuatkannya mengakui kesalahan jenayahnya. Dia mahu tahu mengapa orang ramai telah menjadi begitu marah. Apabila mereka mahu mengikatnya, Paulus berkala kepada pegawai yang berdiri di dekatnya, "Bolehkah kamu merotan seorang warganegara Rum, apalagi tanpa diadil?? Paulus menggunakan undang-undang Rum dan kewarganegaraannya untuk melindungi diri-Nya. Sistem perundangan tidak salah apabila digunakan dengan motif yang betul dan hati yang murni.

Seterusnya Paulus mengumumkan, ?Adanya perkara di antara kamu yang seorang terhadap yang lain telah merupakan kekalahan bagi kamu. Mengapa kamu tidak lebih suka menderita ketidakadilan? Mengapakah kamu tidak lebih suka dirugikan?? (1 Korintus 6:7). Perkara yang dibimbangkan Paulus di sini adalah kesaksian orang percaya. Lebih baik membiarkan orang mengambil kesempatan ke atas kita dan kita disalahgunakan daripada diri kita dengan sengaja menolak seorang peribadi sehingga semakin jauh daripada Kristus dengan membawanya ke mahkamah. Yang manakah yang lebih penting, satu peperangan berdasarkan undang-undang atau perjuangan untuk mendapatkan jiwa seseorang?

Sebagai rumusan, haruskah seorang Kristian mengheret sesama seiman ke mahkamah berhubung masalah dalam gereja? Tentu sekali tidak! Haruskah seorang Kristian membawa sesama Kristian ke mahkamah berhubung perkara yang bersangkutan undang-undang awam? Sekiranya dapat dielakkan, jangan. Haruskah seorang Kristian membawa seorang bukan Kristian ke mahkamah? Sekali lagi, sekiranya dapat dielakkan jangan berbuat begitu. Bagaimanapun dalam perkara tertentu seperti melindungi hak-hak kita (seperti teladan Paulus), mungkin adalah lebih sesuai untuk mengambil jalan perundangan untuk menyelesaikannya.

Soalan: Apakah yang dikatakan Alkitab tentang orang Kristian yang berkhidmat dalam tentera?

Jawapan: Alkitab mempunyai banyak maklumat tentang perkhidmatan tentera. Manakala kebanyakan rujukan Alkitab yang bercakap tentang tentera hanya merupakan analogi, namun beberapa ayat berkait langsung kepada pertanyaan ini. Alkitab tidak ada menyebut secara khusus samada seseorang itu harus berkhidmat dalam tentera atau sebaliknya. Pada masa yang sama orang-orang Kristian perlu yakin bahawa tentera sangat dihormati di seluruh bahagian Firman Tuhan dan ketahuilah bahawa khidmat sedemikian adalah selaras dengan pandangan Alkitab.

Contoh perkhidmatan tentera yang pertama terdapat dalam Kejadian 14, iaitu sewaktu Lot, anak saudara Abraham telah diculik oleh Kedorlaomer, raja Elam dan sekutu-sekutunya. Abraham telah mengumpulkan seramai 318 orang yang terlatih dan pergi berperang mengalahkan orang-orang Elam. Di sini kita melihat satu angkatan bersenjata yang terlibat dalam tugas yang murni iaitu menyelamat dan melindungi mereka yang tidak bersalah.

Negara Israel mengambil masa yang lama untuk membangunkan pasukan tenteranya. Pertimbangan yang berkata Tuhan sebagai Pejuang Ilahi yang akan sentiasa melindungi umat-Nya bagaimanapun juga kekuatan ketenteraan yang bakap dihadapi merupakan alasan mengapa Israel lambat membangunkan pasukan tenteranya. Pembangunan pasukan tentera yang tetap di Israel hanya berlaku setelah pemerintahan berpusat yang kuat telah dibentuk oleh Saul, Daud dan Salomo. Saul merupakan orang yang pertama membangun pasukan tentera yang tetap (1 Samuel 13:2; 24:2; 26:2).

Apa yang dimulakan oleh Saul telah diteruskan oleh Daud. Daud memperbesarkan tenteranya. Dia mengupah tentera-tentera dari wilayah yang lain dan yang taat setia hanya kepadanya (2 Samuel 15:19-22). Daud menyerahkan kuasa ketenteraan kepada pemimpin pasukan iaitu Yoab. Di bawah Daud, Israel menjadi semakin agresif dalam polisi ketenteraannya dan mengambil negeri-negeri seperti Ammon (2 Samuel 11:1; 1 Tawarikh 20:1-3) ke dalam wilayahnya. Daud telah menetapkan jadual bertugas kepada 12 pasukan tentera yang terdiri daripada 24,000 orang yang akan menjalankan pusingan perkhidmatan selama sebulan setiap tahun (1 Tawarikh 27). Walaupun zaman pemerintahan Salomo suatu masa yang aman, dia telah memperkembangkan lagi kuasa tentera dan menambahkan dengannya pasukan berkereta kuda dan pasukan berkuda (1 Raja-Raja 10:26). Pendirian ini berterusan (walaupun dalam kerajaan yang terpisah selepas kematian Salomo) sehingga tahun 586 SM iaitu apabila Israel (Yehuda) berhenti sebagai sebuah entiti politik.

Dalam Perjanjian Baru Yesus merasa hairan apabila seorang ketua pasukan askar Rum (berkuasa ke atas seratus orang askar) datang mendekati-Nya. Respon ketua pasukan kepada Yesus menunjukkan bahawa dia mempunyai pemahaman yang jelas tentang kewibawaan, dan juga imannya di dalam Yesus (Matius 8: 5-13). Yesus tidak menolak atau menafikan kerjayanya. Ramai ketua pasukan yang disebut dalam Alkitab dipuji sebagai orang-orang Kristian yang takut akan Tuhan dan orang-orang yang berperawakan baik (Matius 8:5; 27:54; Mark 15:39-45; Lukas 7:2; 23:47; Kisah Para Rasul 10:1; 21:32; 28:16).

Tempat-tempat dan gelaran mungkin telah berubah, namun pasukan bersenjata kita harus diberi penghargaan yang sama seperti ketua-ketua pasukan yang dihargai dalam Alkitab. Kedudukan seorang tentera sangatlah dihormati. Sebagai contoh, Paulus menjelaskan tentang Epafroditus, seorang saudara dan ?teman seperjuangan? (Filipi 2: 25). Alkitab menggunakan istilah-istilah ketenteraan untuk menjelaskan tentang menjadi kuat dalam Tuhan dengan mengenakan seluruh perlengkapan senjata Allah (Efesus 6: 10-20), termasuk peralatan seorang askar iaitu topi keselamatan, perisai dan pedang.

Ya, Alkitab memang ada menyentuh perkhidmatan tentara baik secara langsung dan secara tidak langsung. Orang-orang Kristian yang berkhidmat untuk negara mereka sebagai tentera dengan menjaga perwatakan, harga diri dan hormat boleh merasa aman bahawa perkhidmatan awam mereka dipersetujui dan dihormati oleh Tuhan kita yang berdaulat. Mereka yang berkhidmat dalam ketenteraan layak menerima hormat dan kesyukuran kita.

Soalan: Apakah yang dikatakan Alkitab tentang bagaimana hendak mencari tujuan hidup?

Jawapan: Alkitab sangat jelas tentang apa yang harus menjadi tujuan kehidupan. Oang-orang dalam Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru telah mencari dan menemukan tujuan hidup mereka. Salomo, manusia terpintar yang pernah hidup dalam dunia ini, menyedari kesia-siaan hidup apabila hanya dijalani untuk dunia ini. Dia memberikan kata-kata yang berikut dalam kitab Pengkhotbah: "Akhir kata dari segala yang didengar ialah: takutlah akan Allah dan berpeganglah pada perintah-perintah-Nya, karena ini adalah kewajiban setiap orang. Karena Allah akan membawa setiap perbuatan ke pengadilan yang berlaku atas segala sesuatu yang tersembunyi, entah itu baik, entah itu jahat." (Pengkhotbah 12:13-14) Salomo berkata tujuan kehidupan ini adalah untuk menghormati Tuhan dengan pemikiran dan kehidupan kita dan dengan berbuat demikian kita memegang perintah-perintah-Nya kerana suatu masa nanti kita akan berdiri berhadapan dengan-Nya dalam penghakiman. Sebahagian daripada kehidupan kita adalah untuk takut kepada Tuhan dan mentaati-Nya.

Satu bahagian yang lain dalam kehidupan kita adalah untuk melihat kehidupan di atas bumi ini dalam sudut pendangan yang tepat. Berbeza dengan mereka yang berfokus kepada kehidupan sekarang, Raja Daud mencari untuk mendapatkan kepuasannya di dalam masa yang akan datang. Daud berkata, "Tetapi aku, dalam kebenaran akan kupandang wajah-Mu, dan pada waktu bangun aku akan menjadi puas dengan rupa-Mu" (Mazmur 17:15). Bagi Daud kepuasan penuh akan tiba pada hari di mana dia bangun daripada tidurnya (dalam kehidupan yang akan datang), memandang pada wajah Tuhan (bersekutu dengan Dia) dan menjadi sama dengan Dia (1 Yohanes 3:2).

Dalam Mazmur 73, Asaf bercakap tentang keadaannya yang tergoda untuk merasa iri terhadap orang-orang berdosa yang kelihatan seperti tidak mempunyai sebarang masalah dan telah mendapatkan keuntungan dengan jalan memijak dan mengambil kesempatan ke atas orang lain. Kemudian Asaf mempertimbang keadaan mereka pada akhirnya. Dalam perbandingan dengan apa yang dicari oleh orang-orang berdosa dengan dirinya, dia berkata dalam ayat 25: " Siapa gerangan ada padaku di sorga selain Engkau? Selain Engkau tidak ada yang kuingini di bumi" (ayat 25). Kepada Asaf perhubungan dengan Tuhan jauh lebih penting daripada semua yang ada dalam hidup. Tanpa perhubungan itu, kehidupan tidak mempunyai tujuan sebenar.

Rasul Paulus bercakap tentang pencapaian keagamaannya sebelum dia bertembung dengan Kristus yang telah bangkit. Dia membuat kesimpulan bahawa semua yang telah dicapainya sebelum itu seumpama sampah bila dibandingkan dengan pengenalan akan Yesus Kristus. Dalam Filipi 3:9-10, Paulus berkata tiada yang lebih diinginkannya selain mengenali-Nya dan ?menjadi serupa dengan Dia? untuk mendapatkan kebenaran-Nya dan untuk hidup beriman di dalam Dia, walaupun itu bererti penderitaan dan kematian. Tujuan Paulus adalah mengenal Kristus, mendapatkan kebenaran oleh iman di dalam Dia, hidup dalam persekutuan dengan Dia walaupun itu membawa penderitaan (2 Timotius 3:12). Alkhirnya, dia memandang kepada masa di mana dia menjadi sebahagian daripada ?orang-orang yang bangkit daripada kematian?.

Tujuan hidup pada asalnya manusia diciptakan Tuhan adalah 1) memuliakan Tuhan dan menikmati persekutuan dengan Dia, 2) mempunyai perhubungan yang baik dengan orang lain, 3) bekerja, dan 4) menguasai bumi. Tetapi manusia telah jatuh ke dalam dosa, perhubungan dengan Tuhan terputus, perhubungan dengan orang lain terjejas, pekerjaan menjadi sesuatu yang mengecewakan dan manusia bergelut bagi mengekalkan mana-mana kesamaan dengan penguasaan ke atas bumi. Tujuan hidup hanya dapat ditemukan dengan memulihkan persekutuan dengan Tuhan melalui iman dalam Yesus Kristus.

Tujuan hidup manusia adalah untuk memuliakan Tuhan dan untuk menikmati Dia selama-lamanya. Kita memuliakan Tuhan dengan takut akan Dia dan mentaati-Nya. Kita melakukan ini dengan menetapkan pandangan kita kepada rumah masa depan kita di syurga dan mengenal-nya dengan penuh keintiman. Kita menikmati Tuhan dengan mentaati tujuan-Nya dalam kehidupan kita. Ini membolehkan kita mengalami sukacita yang benar dan berkekalan iaitu kehidupan berkelimpahan yang diinginkan-Nya bagi kita.