Pertanyaan-pertanyaan tentang syurga dan neraka
Soalan: Terdapatkah kehidupan selepas mati?

Jawapan: Terdapatkah kehidupan selepas mati? Kitab Injil memberitahu kita bahawa, "Manusia dilahirkan lemah dan tidak berdaya, hidup mereka singkat dan susah. Manusia tumbuh lalu layu seperti bunga-bungaan dan menghilang seperti bayangan? Jika manusia mati, dapatkah mereka hidup lagi? (Ayub 14:1-2, 14)

Seperti Ayub, ramai antara kita dicabar oleh soalan ini. Apakah sebenarnya yang akan berlaku kepada kita selepas mati? Adakah kita tidak akan wujud lagi? Adakah kehidupan merupakan sebuah pintu berputar yang membenarkan kita untuk kembali ke dunia ini bagi mencapai kebesaran diri? Adakah semua orang akan pergi ke tempat yang sama, atau ke tempat yang berlainan? Adakah neraka dan syurga nyata, atau hanya khayalan sahaja?

Kitab Injil bukan hanya mengatakan bahawa terdapat kehidupan selepas mati, tetapi juga kehidupan kekal yang mulia iaitu ?Apa yang belum pernah dilihat atau didengar, atau terlintas dalam fikiran manusia, itulah yang disediakan oleh Allah untuk orang yang mengasihi Dia? (1 Korintus 2:9). Yesus Kristus, Tuhan dalam bentuk manusia, datang ke dunia ini untuk memberi kita hadiah dalam bentuk kehidupan kekal. ?Tetapi dia dilukai kerana dosa kita, dia diseksa kerana perbuatan jahat kita. Kita diselamatkan kerana hukuman yang ditanggungnya, kita disembuhkan kerana luka-lukanya.? (Yesaya 53:5).

Yesus menggantikan kita untuk menerima hukuman dan mengorbankan nyawa-Nya. Tiga hari selepas kematian-Nya, Dia membuktikan kemenangan-Nya ke atas kematian dengan kebangkitan-Nya, dari segi rohani dan fizikal. Dia berada di dunia selama empat puluh hari dan ribuan orang menjadi saksi-Nya sebelum Dia naik ke Syurga, tempat kediaman kekal-Nya. Roma 4:25 menyatakan, ?Yesus diserahkan untuk dibunuh kerana dosa kita; Dia dibangkitkan supaya kita boleh berbaik semula dengan Allah?.

Kebangkitan Yesus ialah peristiwa yang tercatat dalam sejarah. Rasul Paulus mencabar mereka yang meragui kebangkitan Yesus, tetapi tiada sesiapa yang dapat mencabar kebenaran-Nya. Kebangkitan Yesus ialah dasar kepercayaan orang Kristian; kerana Kristus hidup semula, maka kita percaya kita akan hidup semula juga.

Paulus menasihati orang Kristian terawal yang tidak percaya dengan kebangkitan Yesus: ?Kami mengisytiharkan bahawa Kristus sudah dibangkitkan daripada kematian. Mengapa beberapa orang di kalangan kamu berkata bahawa orang mati tidak akan dibangkitkan? Jika orang mati tidak dibangkitkan, hal itu bererti Kristus pun tidak dibangkitkan.? (1 Korintus 15:12-13).

Tetapi sebenarnya Kristus sudah dibangkitkan daripada kematian. Itulah jaminan bahawa mereka yang sudah mati akan dibangkitkan juga. Hal itu demikian kerana sebagaimana kematian datang ke dunia melalui satu orang, begitu juga kebangkitan daripada kematian diberikan melalui satu orang. Sebagaimana semua orang mati kerana tergolong satu dengan Adam, begitu juga semua orang akan dihidupkan semula kerana tergolong satu dengan Kristus (1 Korintus 15:20-22). Allah sudah membangkitkan Tuhan Yesus daripada kematian, demikian juga Allah akan membangkitkan kita daripada kematian dengan kuasa-Nya (1Korintus 6:14).

Walaupun kita semua akan dibangkitkan, tetapi bukan semua orang akan pergi ke syurga. Satu keputusan mesti dibuat sekarang untuk menentukan destinasi kita selepas mati. Kita Injil menyatakan ?Semua orang mesti mati satu kali dan setelah itu dihakimi oleh Allah? (Ibrani 9:27). Kemudian semua orang itu akan menderita hukuman yang kekal, sedangkan mereka yang melakukan kehendak Allah akan menerima hidup sejati dan kekal. (Matius 25:46).

Neraka, seperti syurga, bukan hanya wujud, tetapi merupakan suatu tempat yang nyata. Neraka ialah satu tempat di mana orang yang berdosa akan merasai kemarahan kekal daripada Tuhan. Mereka akan mengalami penyeksaan emosi, mental dan fizikal, menanggung kemaluan, penyesalan dan kehinaan secara sedar.

Neraka dijelaskan sebagai lubang yang sangat dalam (Lukas 8:31, Wahyu 9:1), dan suatu kolam berapi, yang dibakar dengan sulfur, di mana manusia di dalamnya akan diseksa siang malam selama-lamanya (Wahyu 20:10). Mereka semua akan dibuang ke dalam tempat pembakaran yang berapi. Di situ mereka akan menangis dan menderita. (Matius 13:42). Neraka ialah suatu tempat ?di mana ulat tidak akan mati dan api tidak pernah padam? (Markus 9:48). Tuhan tidak suka melihat orang dosa mati. Dia lebih suka melihat mereka bertaubat dan hidup. (Yehezkiel 33:11). Namun Tuhan tidak akan memaksa kita patuh kepada-Nya; jika kita membuat pilihan untuk menolak Dia, Dia terpaksalah memberi kita hukuman yang kita mahu ? iaitu terpisah daripada-Nya.

Kehidupan di dunia ialah satu ujian ? satu persiapan bagi segala yang akan datang. Bagi penganut-penganut Kristianiti, segala yang akan datang ialah hidup kekal bersama Tuhan. Jadi bagaimana kita boleh dijadikan betul dan dapat menerima hidup kekal? Hanya satu cara ? melalui kepercayaan dan keyakinan pada anak Tuhan, Yesus Kristus. Yesus berkata kepada Marta, "Akulah yang membangkitkan orang mati dan yang memberikan hidup. Sesiapa yang percaya kepada-Ku akan hidup, meskipun dia sudah mati. Orang yang hidup dan percaya kepada-Ku, tidak akan mati selama-lamanya.?" (Yohanes 11:25-26).

Hadiah percuma hidup kekal ini diberikan kepada semua orang, tetapi kita perlu menafikan keselesaan dunia ini dan mempersembahkan diri kita kepada Tuhan.

?Sesiapa yang percaya kepada Anak itu beroleh hidup sejati dan kekal, tetapi sesiapa yang tidak taat kepada Anak itu tidak akan beroleh hidup itu, Dia akan dihukum oleh Allah selama-lamanya." (Yohanes 3:36). Kita tidak akan diberi peluang untuk menyesali dosa kita selepas mati kerana pada masa itu, kita akan melihat Tuhan dan terpaksa mengakui kebenaran Tuhan. Tuhan ingin kita menerimanya melalui iman dan kasih. Jika kita mengakui dosa kita dan menerima Yesus sebagai penyelamat yang membayar denda dosa kita, kita dijanjikan hidup yang bermakna di dunia sekarang dan juga hidup kekal bersama Kristus di syurga.

Jika kamu hendak menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat individu kamu dan dilahirkan semula, di sini ialah satu doa yang mudah. Ingat, melafazkan doa ini atau doa yang lain tidak akan menyelamatkan anda. Hanya iman ke atas Kristus yang akan menyelamatkan anda daripada dosa. Doa ini hanya satu cara yang mudah untuk menunjukkan iman anda di dalam Tuhan dan mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana Dia telah memberikan kamu pengampunan. "Tuhan, saya mengaku bahawa saya telah berdosa terhadap Kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus telah menggantikan saya untuk menerima hukuman itu supaya saya dapat diampuni melalui iman di dalam Kristus. Saya bertaubat daripada dosa saya dan percaya bahawa hanya Yesus Kristus dapat memberi saya pengampunan dosa. Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan Kamu ? iaitu hadiah kehidupan abadi! Amen!"

Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang di bawah ?Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini?.
Soalan: Apa yang akan berlaku selepas mati?

Jawapan: Soalan mengenai perkara yang akan berlaku selepas mati adalah mengelirukan. Kitab Injil bukan sangat jelas tentang masa seseorang akan menemui takdir muktamadnya. Kitab Injil memberitahu kita bahawa selepas seseorang mati, dia akan diangkat ke syurga atau dihantar ke neraka bergantung kepada sama ada dia percaya kepada Yesus sebagai Penyelamat Individu atau tidak? Bagi orang yang percaya kepada Yesus, selepas kematian dia akan meninggalkan badan fizikal ini dan berada bersama dengan Tuhan Yesus (2 Korintus 5:6-8; Filipi 1:23). Untuk mereka yang tidak percaya, selepas kematian mereka akan menerima hukuman abadi di neraka (Lukas 16:22-23).

Hal ini yang mengelirukan kita mengenai perkara yang berlaku selepas mati. Wahyu 20:11-15 menyatakan bahawa mereka yang berada di neraka adalah dicampak ke dalam tasik berapi. Wahyu bab 21-22 menyatakan bahawa terdapat satu Syurga Baru dan Bumi Baru. Oleh itu, nampaknya sebelum kebangkitan terakhir, selepas mati roh manusia akan berada di satu Syurga atau Neraka sementara terlebih dahulu. Takdir muktamad seseorang tidak akan diubah tetapi lokasi takdir akhirnya mungkin akan bertukar. Suatu ketika nanti selepas mati, mereka yang percaya kepada Yesus akan dihantar ke Syurga Baru dan Bumi Baru (Wahyu 21:1). Suatu ketika nanti selepas mati, mereka yang tidak percaya kepada Yesus akan dicampak ke dalam tasik berapi (Wahyu 20:11-15). Tempat itulah destinasi terakhir dan abadi untuk semua orang ? bergantung sepenuhnya kepada sama ada mereka percaya kepada Yesus untuk mendapat penyelamatan dan pengampunan dosa atau tidak.

Soalan: Dapatkah orang di syurga memandang ke bawah dan melihat kita yang masih di bumi?

Jawapan: Ibrani 12:1 menyatakan, ?Karena kita mempunyai banyak saksi, bagaikan awan yang mengelilingi kita...? Beberapa orang memahami kata-kata ?saksi bagaikan awan? ini sebagai orang-orang yang melihat kita dari syurga. Itu bukan penafsiran yang betul. Ibrani 11 merekodkan iman ramai orang yang dipuji oleh Tuhan. Orang-orang inilah yang dimaksudkan sebagai ?saksi bagaikan awan.? Mereka merupakan ?saksi-saksi? bukan kerana mereka sedang memperhatikan kita melainkan mereka telah memberikan teladan kepada kita. Mereka merupakan saksi-saksi Kristus, Allah dan kebenaran. Ibrani 12:1 seterusnya menyatakan, ?...marilah kita menanggalkan semua beban dan dosa yang begitu merintangi kita, dan berlomba dengan tekun dalam perlombaan yang diwajibkan bagi kita.? Disebabkan ketekunan iman orang-orang percaya yang terlebih dahulu, kita terdorong untuk meneladani mereka.

Secara khusus Alkitab tidak ada mengatakan bahawa orang-orang di syurga dapat melihat kepada kita yang di bumi. Besar kemungkinan mereka tidak dapat. Kenapa? Sebab pertama, sekiranya mereka melihat ke bumi, mereka akan nampak perkara-perkara yang akan menyedihkan dan menyakitkan mereka seperti perbuatan-perbuatan dosa dan kejahatan. Memandangkan tidak ada kesakitan, airmata dan kesedihan di syurga maka memperhati peristiwa-peristiwa dunia ini adalah sesuatu yang tidak mungkin. Kedua, orang-orang di syurga sangat sibuk menikmati suasana syurga dan penyembahan kepada Tuhan sehingga mereka sudah tidak berminat lagi dengan apa yang berlaku di atas bumi ini. Keadaan mereka yang sudah bebas daripada dosa dan mengalami hadirat Tuhan di syurga sudah lebih daripada cukup untuk menangkap perhatian mereka. Memang tidak mustahil bagi Tuhan untuk membenarkan orang-orang di syurga melihat orang-orang yang mereka kasihi di bumi, namun Alkitab tidak memberi landasan kepada kita untuk percaya bahawa ianya berlaku demikian.

Soalan: Dapatkah kita melihat dan mengenal sahabat-sahabat dan ahli keluarga kita di syurga?

Jawapan: Ramai orang berkata perkara pertama mereka mahu lakukan di syurga adalah melihat sahabat-sahabat dan ahli keluarga yang telah mendahului mereka. Dalam kekekalan akan ada banyak masa untuk melihat, mengenal dan meluangkan masa bersama sahabat-sahabat dan ahli keluarga kita. Bagaimanapun itu bukanlah tumpuan utama kita di syurga. Akan ada lebih banyak masa kita dalam menyembah Tuhan dan menikmati keindahan syurga. Perjumpaan semula dengan orang-orang yang kita kasihi akan dipenuhi imbasan kembali terhadap anugerah dan kemuliaan Tuhan dalam kehidupan kita, tentang kasih-Nya yang luarbiasa dan perbuatan-perbuatan-Nya yang besar. Kita akan lebih bersukacita sebab kita dapat menyembah Tuhan bersama dengan orang-orang percaya yang lain, terutama sekali bersama dengan orang-orang yang kita kasihi semasa di bumi.

Apakah yang dikatakan Alkitab tentang mengenali orang-orang di sebalik kehidupan ini? Raja Saul mengenal Samuel apabila dukun wanita di Endor itu memanggil Samuel keluar dari dunia orang mati (1 Samuel 28:8-17). Ketika bayi Daud meninggal, Daud berkata, ?Aku yang akan pergi kepadanya, tetapi ia tidak akan kembali kepadak? (2 Samuel 12:23). Daud menganggap dia akan mengenal anaknya di syurga. Dalam Lukas 16:19-31, Abraham, Lazarus, dan orang kaya semuanya dapat dikenali selepas kematian. Di gunung kemuliaan, Musa dan Elia dapat dikenali (Matius 17:3-4). Melalui contoh-contoh ini Alkitab memberikan petanda bahawa kita akan dapat saling kenal mengenali selepas kematian.

Alkitab berkata apabila tiba di syurga, kita akan ?menjadi sama seperti Dia, sebab kita akan melihat Dia dalam keadaan-Nya yang sebenarnya.? (1 Yohanes 3:2). Sama seperti tubuh pertama kita berasal dari manusia pertama Adam, demikian juga tubuh kemuliaan kita akan menjadi sama dengan tubuh Kristus (1 Korintus 15:47). ?Sama seperti kita telah memakai rupa dari yang alamiah, demikian pula kita akan memakai rupa dari yang syurgawi. Karena yang dapat binasa ini harus mengenakan yang tidak dapat binasa, dan yang dapat mati ini harus mengenakan yang tidak dapat mati.? (1 Korintus 15:49, 53). Ramai orang mengenali Yesus selepas kebangkitan-Nya (Yohanes 20:16, 20; 21:12; 1 Korintus 15:4-7). Jikalau Yesus dapat dikenali dalam tubuh kebangkitan-Nya, kita juga akan dikenali dalam tubuh kemuliaan kita. Dapat melihat dan berjumpa orang-orang yang kita kasihi merupakan satu aspek penuh kemuliaan di syurga, tetapi syurga jauh lebih banyak bercakap tentang Tuhan, dan sedikit tentang kita. Betapa indah dan nikmat-Nya kelak apabila dapat berkumpul dengan orang-orang yang kita kasihi dan menyembah Tuhan bersama dengan mereka.

Soalan: Apakah langit yang baru dan bumi yang baru?

Jawapan: Ramai orang mempunyai konsep yang salah tentang syurga. Wahyu 21-22 memberikan kepada kita gambaran yang terperinci tentang langit yang baru dan bumi yang yang baru. Selepas peristiwa-peristiwa akhir zaman langit dan bumi yang ada sekarang akan berlalu dan akan digantikan dengan langit yang baru dan bumi yang baru. Tempat tinggal kekal orang-orang percaya adalah bumi yang baru. Bumi yang baru adalah ?syurga? tempat di mana kita akan menjalani kehidupan kekal. Ia adalah bumi yang baru di mana terletaknya kota syurgawi iaitu Yerusalem Baru. Ianya bumi yang baru di mana akan ada gerbang-gerbang mutiara dan jalanraya-jalanraya yang diperbuat daripada emas.

Syurga?iaitu bumi yang baru-merupakan satu tempat fizikal di mana kita akan diam dengan tubuh kemuliaan kita (1 Korintus 15:35-58). Konsep yang mengatakan syurga berada di awan-awan adalah tidak Alkitabiah. Juga konsep yang berkata kita akan wujud seperti roh-roh yang terapung-apung di udara juga tidak Alkitabiah. Syurga yang akan dinikmati oleh orang-orang percaya adalah sebuah planet yang baru dan yang sempurna dan itulah yang akan menjadi tempat kediaman kita. Bumi yang baru ini akan bebas daripada dosa, kejahatan,penyakit,penderitaan dan kematian. Ia mungkin sama dengan bumi yang kita ada sekarang ini atau merupakan satu bumi yang dicipta semula tetapi tidak akan ada kutuk dosa di dalamnya.

Bagaimana dengan langit yang baru? Langit dalam minda orang-orang di zaman lampau merujuk kepada angkasa lepas, juga kepada tempat kediaman Tuhan. Jadi apabila Wahyu 21:1 merujuk kepada langit yang baru, ia menunjukkan kepada kita bahawa keseluruhan alam semesta akan dicipta menjadi baru ? bumi yang baru,langit yang baru dan angkasaraya yang baru. Nampaknya seperti syurga juga akan diciptakan semula, bagi memberikan permulaan baru yang segar kepada segala sesuatu, samada jasmani mahupun rohani. Adakah kita akan masuk ke dalam langit dan bumi yang baru? Mungkin juga, tetapi kita kena tunggu untuk mengetahuinya. Semoga kita semua membenarkan Firman Tuhan untuk membentuk pemahaman kita tentang syurga.

Soalan: Apakah kerusi pengadilan Kristus?

Jawapan: Roma 14:10-12 berkata, ?setiap orang di antara kita akan memberi pertanggungan jawab tentang dirinya sendiri kepada Allah.? 2 Korintus 5:10 memberitahu kita, ?Sebab kita semua harus menghadap takhta pengadilan Kristus, supaya setiap orang memperoleh apa yang patut diterimanya, sesuai dengan yang dilakukannya dalam hidupnya ini, baik ataupun jahat.? Dalam konteks kedua-dua ayat ini, jelas bahawa Firman Tuhan merujuk kepada orang-orang percaya dan bukan orang-orang yang tidak percaya. Oleh sebab itu kerusi pengadilan Kristus melibatkan orang-orang percaya yang mempertanggungjawabkan kehidupan mereka kepada Kristus. Kerusi pengadilan bukan untuk menentukan keselamatan. Keselamatan ditentukan oleh korban Kristus bagi pihak kita (Yohanes 2:2) oleh iman kita di dalam Dia (Yohanes 3:16). Semua dosa kita telah diampuni dan kita tidak akan dihukum kerananya (Roma 8:1). Kita perlu melihat kerusi pengadilan Kristus sebagai masa di mana Allah menanugerahkan upah ke atas kita yang telah hidup bagi Dia, bukan memandangnya sebagai satu masa masa di mana kita dihakimi. Seperti yang dikatakan Alkitab, setiap kita akan memberi tanggungjawab untuk diri masing-masing. Sebahagian daripadanya adalah menjawab tentang perbuatan dosa yang kita telah lakukan. Bagaimanapun itu bukanlah fokus utama kerusi pengadilan Kristus.

Di kerusi pengadilan Kristus orang-orang percaya diberi upah berdasarkan kesetiaan mereka dalam melayani Tuhan (1 Korintus 9:4-27; 2 Timotius 2:5). Di antara perkara yang akan dihakimi adalah ketaatan kita terhadap Amanat Agung (Matius 28:18-20), tahap kemenangan kita terhadap dosa (Roma 6:1-4), dan penguasaan lidah kita (Yakobus 3:1-9). Alkitab bercakap tentang orang-orang percaya yang menerima mahkota-mahkota pelbagai jenis berdasarkan kesetiaan mereka melayani Tuhan (1 Korintus 9:4-27; 2 Timotius 2:5). Jenis-jenis mahkota digambarkan dalam 2 Timotius 2:5, 2 Timotius 4:8, Yakobus 1:12, 1 Petrus 5:4 dan Wahyu 2:10. Yakobus 1:12 merupakan rumusan yang baik tentang bagaimana kita seharusnya berfikir tentang kerusi pengadilan Kristus: ?Berbahagialah orang yang bertahan dalam pencobaan, sebab apabila ia sudah tahan uji, ia akan menerima mahkota kehidupan yang dijanjikan Allah kepada barangsiapa yang mengasihi Dia.?

Soalan: Apakah penghukuman taktha Putih yang Besar?

Jawapan: Penghukuman di taktha putih yang besar disebut dalam Wahyu 20:11-15. Berdasarkan Wahyu 20: 7-15 didapati bahawa penghukuman ini akan berlaku selepas kerajaan 1000 tahun iaitu selepas ketiga-tiga Iblis, binatang itu dan nabi palsu telah dibuang ke dalam lautan api (Wahyu 20: 7-10). Pada waktu itu kitab-kitab yang merekodkan perbuatan semua orang akan dibuka (Wahyu 20:12). Tuhan mengetahui semua yang telah dikatakan, dilakukan atau difikirkan dan Dia akan memberi upah atau menghukum setiap orang berdasarkan rekod perbuatan dan pembawaan masing-masing (Mazmur 28:4; 62:13; Roma 2:6; Wahyu 2:23; 18:6; 22:12).

Pada masa yang sama sebuah kitab lain akan dibuka (Wahyu 20:12). Kitab ini akan menentukan samada seseorang itu akan mewarisi kehidupan kekal bersama dengan Tuhan atau menerima penghukuman kekal dalam lautan api. Walaupun orang-orang Kristian harus bertanggungjawab ke atas tindakan-tindakan mereka, Yesus Kristus telah mengampuni mereka dan nama mereka telah tertulis dalam ?buku kehidupan? sejak dunia ini diciptakan (Wahyu 17:8). Firman Tuhan juga mengajar kita bahawa pada masa inilah orang-orang mati akan dijatuhkan hukuman menurut apa yang telah mereka lakukan? (Wahyu 20:12). Orang yang nama-nya tidak ada tertulis dalam Kitab Kehidupan akan dibuang ke dalam ?lautan api? (Wahyu 20:15).

Kenyataan tentang akan ada hari penghukuman untuk semua orang percaya dan yang tidak percaya sangat jelas dalam Firman Tuhan. Suatu hari kelak setiap orang akan berdiri di hadapan Kristus dan akan dihakimi menurut perbuatan-perbuatan masing-masing. Penghukuman di taktha putih jelas merupakan penghukuman yang terakhir namun terdapat perbezaan pendapat tentang hubungannya dengan penghakiman-penghakiman lain yang disebut dalam Alkitab, terutama sekali tentang siapa yang akan dihakimi ketika itu.

Beberapa orang Kristian percaya Firman Tuhan menyebut tentang tiga penghukuman berbeza yang akan datang. Pertama tentang penghakiman di antara domba dan kambing atau penghakiman bangsa-bangsa (Matius 25:31-36). Ini berlaku selepas masa kesengsaraan besar tetapi sebelum kerajaan 1000 tahun; bertujuan menentukan siapa yang berhak masuk Kerajaan 1000 tahun. Penghakiman kedua adalah penghakiman ke atas perbuatan orang-orang percaya. Penghakiman ini sering disebut sebagai ?taktha pengadilan [bema] Kristus? (2 Korintus 5: 10). Pada waktu ini orang-orang Kristian akan mendapat upah untuk semua yang telah mereka kerjakan untuk Tuhan. Penghukuman ketiga adalah penghukuman di taktha putih yang besar di akhir kerajaan 1000 tahun (Wahyu 20:11-15). ini merupakan penghukuman ke atas orang-orang yang tidak percaya di mana mereka dihakimi menurut perbuatan-perbuatan mereka dan dihukum ke dalam lautan api.

Orang-orang Kristian yang lain percaya bahawa ketiga-tiga penghakiman dan penghukuman ini bercakap tentang perkara yang sama dan bukan tiga penghakiman dan penghukuman yang berbeza. Dengan kata lain, masa penghukuman di taktha putih yang besar itu juga merupakan masa di mana orang-orang percaya dan yang tidak percaya dihakimi. Mereka yang namanya tertulis dalam Kitab Kehidupan akan dihakimi menurut perbuatan mereka bagi menentukan bentuk upah yang akan diterima atau akan kehilangan upah. Mereka yang namanya tidak tertulis dalam kitab kehidupan akan dihakimi menurut perbuatan mereka untuk menentukan tahap penghukuman yang akan mereka terima dalam lautan api. Mereka yang berpegang kepada pandangan ini percaya bahawa Matius 25: 31-46 merupakan satu gambaran tentang apa yang akan berlaku sewaktu penghukuman di taktha putih yang besar itu. Mereka menggunakan jalan cerita penghukuman ini sama dengan apa yang berlaku setelah selesai penghukuman di taktha putih yang besar dalam Wahyu 20: 11-15. Domba-domba (orang-orang percaya) masuk ke dalam kehidupan kekal, sementara kambing-kambing (orang-orang tidak percaya) dibuang ke dalam ?penghukuman kekal? (Matius 25:46).

Apapun juga pandangan yang kita pegang berhubung penghukuman di taktha putih yang besar, adalah penting bagi kita untuk tetap berpegang kepada fakta tentang akan adanya hari penghakiman dan penghukuman yang akan datang. Pertama, Yesus Kristus akan menjadi Hakimnya, semua orang percaya akan dihakimi oleh Kristus, mereka akan dihukum menurut perbuatan-perbuatan yang mereka telah lakukan. Alkitab dengan jelas berkata orang-orang yang tidak percaya sedang menimbunkan murka Allah ke atas mereka (Roma 2:5) dan Tuhan akan ?membalas setiap orang menurut perbuatannya? (Roma 2:6). Orang-orang percaya juga akan dihakimi oleh Kristus, tetapi memandangkan kebenaran Kristus telah dipindahkan ke atas kita dan nama kita sudah tertulis dalam Kitab Kehidupan maka kita akan menerima upah menurut perbuatan-perbuatan kita. Kita yang percaya tidak akan menerima hukuman. Roma 14:10-12 berkata ?kita semua harus menghadap takhta pengadilan Allah dan setiap kita akan memberi pertanggunganjawab kepada Tuhan.?

Soalan: Adakah neraka nyata? adakah neraka itu kekal?

Jawapan: Kenyataan tentang lebih tinggi peratusan orang yang percaya kepada kewujudan syurga berbanding yang percaya kepada kewujudan neraka merupakan satu perkara yang menarik. Namun menurut Alkitab, neraka itu nyata sama seperti syurga itu nyata. Alkitab dengan jelas mengajar bahawa neraka merupakan sebuah tempat ke mana orang-orang berdosa dihantar selepas kematian. Kita semua telah berbuat dosa terhadap Tuhan. Hukuman yang adil untuk dosa adalah maut (Roma 6:23). Disebabkan semua dosa dilakukan terhadap Tuhan (Mazmur 51:4), dan memandangkan Tuhan itu tidak terbatas dan bersifat kekal, maka hukuman untuk dosa, iaitu maut, haruslah bersifat tidak terbatas dan kekal. Neraka adalah kematian kekal tidak terbatas yang telah diakibatkan dosa kita.

Hukuman ke atas orang-orang berdosa dalam neraka digambarkan dalam Firman Tuhan sebagai ?api kekal? (Matius 25:41), ?api yang tak terpadamkan?, (Matius 3:12), ?kehinaan dan kengerian yang kekal? (Daniel 12:2), tempat di mana ?apinya tidak akan padam? (Markus 9:44-49), tempat ?penyiksaan? dan ?api? (Lukas 16:23-24), ?hukuman kebinasaan selama-lamanya? (2 Tesalonika 1:9), tempat di mana ?asap api yang menyiksa mereka itu naik ke atas sampai selama-lamanya? (Wahyu 14:10-11), dan ?lautan api dan belerang? di mana orang berdosa ?disiksa siang malam sampai selama-lamanya? (Wahyu 20:10).

Penghukuman orang-orang berdosa dalam neraka akan tiada hentinya seperti halnya dengan kenikmatan orang-orang percaya di syurga yang juga tiada hentinya. Yesus sendiri berkata penghukuman di neraka adalah kekal sama seperti dengan kehidupan di syurga adalah kekal (Matius 25:46). Orang-orang berdosa akan berada di bawah kegeraman dan murka Allah selama-lamanya. Semua yang berada di neraka akan mengakui kesempurnaan pengadilan Tuhan (Mazmur 76:9). Mereka akan tahu bahawa hukuman yang dikenakan ke atas mereka adalah adil. Mereka sendirilah yang harus dipersalahkan (Ulangan 32:3-5). Ya, neraka itu nyata. Ya,neraka merupakan tempat penyiksaan dan penghukuman yang akan berterusan selama-lamanya tanpa berhenti. Puji Tuhan kerana melalui Yesus, kita dapat mengelakkan diri kita daripada nasib malang dan kekal ini (Yohanes 3:16, 18, 36).