Pertanyaan topikal Alkitab
Soalan: Apakah yang dikatakan Alkitab tentang pengguguran?

Jawapan: Alkitab tidak pernah dengan secara khusus bercakap tentang isu pengguguran. Bagaimanapun, terdapat banyak pengajaran dalam Alkitab yang jelas memberikan pandangan Tuhan berhubung perkara ini. Yeremia 1:5 memberitahu bahawa Tuhan sudah mengenal kita sebelum terbentuk dalam rahim ibu. Mazmur 139:13-16 bercakap peranan Tuhan yang aktif dalam penciptaan dan pembentukan bayi di dalam rahim. Keluaran 21:22-25 menentukan hukuman mati terhadap seseorang yang telah mengakibatkan kematian bayi di dalam rahim sama seperti hukuman yang dikenakan ke atas seseorang yang telah melakukan kesalahan membunuh. Ini dengan jelas menunjukkan kepada kita bahawa Tuhan menganggap bayi dalam kandungan sebagai seorang manusia sama seperti seorang manusia dewasa. Bagi orang Kristian, pengguguran bukan hak pilihan peribadi seorang wanita. Pengguguran merupakan soal hidup dan mati seorang manusia yang telah diciptakan dalam gambar dan rupa Tuhan (Kejadian 1:26-27; 9:6).

Pertikaian pertama yang sentiasa timbul terhadap pendirian Kristian tentang pengguguran adalah pertanyaan yang berkata ?Bagaimana dengan kes rogol dan sumbang muhrim?? Sebegitu dasyat akibat rogol dan sumbang muhrim, adakah pengguguran sebagai jalan penyelesaiannya? Dua perkara yang salah tidak akan menghasilkan satu perbuatan yang betul. Anak yang terhasil oleh perbuatan rogol boleh diberikan kepada keluarga yang tidak mampu mendapatkan anak sendiri dan sedia untuk mengambilnya sebagai anak angkat. Anak itu juga boleh dibesarkan oleh ibunya. Bayi itu sesungguhnya tidak bersalah dan tidak patut dihukum kerana perbuatan-perbuatan bapanya yang jahat.

Hujah kedua adalah ?Bagaimana dengan keadaan di mana nyawa si-ibu sedang terancam?" Secara jujur, ini merupakan soalan yang sangat sulit untuk dijawab berhubung isu ini. Pertama, mari kita ingat bahawa keadaan ini kurang daripada satu per sepuluh daripada satu peratus pengguguran yang dilakukan dalam dunia pada hari ini. Lebih ramai wanita melakukan pengguguran untuk kesenangan peribadi mereka berbanding wanita yang melakukannya untuk menyelamatkan nyawa mereka. Kedua, marilah kita ingat bahawa Tuhan kita dapat melakukan keajaiban-keajaiban. Dia dapat menjaga nyawa ibu dan anak walaupun semua kemungkinan perubatan bertentangan dengan kemungkinan itu. Akhirnya perkara ini hanya dapat diputuskan pasangan suami isteri dengan Tuhan. Pasangan yang berhadapan dengan masalah yang rumit ini harus berdoa meminta hikmat daripada Tuhan (Yakobus 1: 5) tentang apa yang Dia mahu supaya mereka lakukan.

Lebih daripada 95 peratus pengguguran yang dilakukan pada hari ini melibatkan wanita-wanita yang sekadar tidak mahu mempunyai anak. Kurang daripada 5 peratus pengguguran yang dilakukan disebabkan kes rogol, sumbang muhrim atau nyawa ibu yang terancam. Namun dalam contoh-contoh 5 peratus yang lebih sukar ini, pengguguran tidak sepatutnya menjadi pilihan pertama. Nyawa manusia dalam rahim itu berbaloi mendapat usaha untuk membenarkan dia dilahirkan.

Bagi mereka yang pernah terlibat dengan pengguguran, ingatlah bahawa dosa pengguguran juga dapat diampuni sama seperti dosa-dosa yang lain. Melalui iman dalam Kristus, semua dosa dapat diampuni (Yohanes 3: 16; Roma 8: 1; Kolose 1: 14). Seorang wanita yang telah melakukan pengguguran, seorang lelaki yang telah menggalakkan pengguguran dan seorang dokter yang telah menjalankan pengguguran, semuanya dapat diampuni dengan iman dalam Tuhan Yesus Kristus.

Soalan: Apakah yang dikatakan Alkitab tentang hukuman mati?

Jawapan: Perjanjian Lama memperkenalkan hukuman mati untuk beberapa kesalahan seperti membunuh (Keluaran 21:12), menculik (Keluaran 21:16), hubungan seks dengan binatang (Keluaran 22:19), perzinahan (Imamat 20:10), homoseksual (Imamat 20:13), menjadi nabi palsu (Ulangan 13:5), pelacuran dan merogol (Ulangan 22:4) serta beberapa jenayah yang lain. Bagaimanapun Tuhan seringkali menunjukkan belas kasihan apabila hukuman bunuh sepatutnya dijalankan. Daud telah berzinah dan membunuh tetapi Tuhan tidak menuntut agar nyawanya diambil (2 Samuel 11:1-5, 14-17; 2 Samuel 12:13). Akhirnya semua dosa akan berakhir dengan hukuman maut sebab upah dosa adalah maut (Roma 6:23). Syukurlah, Tuhan menyatakan kasih-Nya dengan tidak menghukum kita (Roma 5:8).

Apabila orang-orang Farisi membawa kepada Yesus seorang wanita yang telah tertangkap basah dan bertanya samada wanita itu harus direjam dengan batu, Yesus menjawab, "Barangsiapa di antara kamu tidak berdosa, hendaklah ia yang pertama melemparkan batu kepada perempuan itu? (Yohanes 8:7). Ayat ini tidak boleh digunakan untuk mengatakan Yesus menolak hukuman mati dalam setiap perkara. Dalam ayat ini Yesus hanya memperlihatkan kemunafikan orang-orang Farisi. Orang-orang Farisi sedang berusaha memperdaya Yesus agar melanggar Hukum Taurat dan mereka sebenarnya bukan mementingkan tentang wanita yang tertangkap basah itu(di manakah lelaki yang dengannya wanita itu telah tertangkap basah?). Tuhan sendiri telah memperkenalkan hukuman mati: ?Siapa yang menumpahkan darah manusia, darahnya akan tertumpah oleh manusia, sebab Allah membuat manusia itu menurut gambar-Nya sendiri? (Kejadian 9:6). Yesus menyokong hukuman mati dalam beberapa perkara. Yesus juga menyatakan anugerah apabila hukuman mati mahu dilaksanakan(Yohanes 8:1-11). Rasul Paulus mengiktiraf kuasa kerajaan untuk melaksanakan hukuman mati di tempat yang bersesuaian (Roma 13:1-7).

Bagaimanakah seorang Kristian memandang kepada hukuman mati? Pertama, kita mesti ingat Tuhan telah memperkenalkan hukuman mati dalam Firman-nya. Oleh sebab itu, kita memandai-mandai apabila berfikir dapat menubuhkan satu piawaian yang lebih tinggi. Tuhan mempunyai taraf piawai yang tertinggi, Dia Tuhan yang sempurna. Piawaian ini bukan hanya diterapkan kepada kita tetapi terhadap diri-Nya juga. Dia mengasihi dengan kasih yang tidak ada batasannya, Dia juga bermurah hati dengan kemurahan yang tiada batasannya. Kita juga melihat bahawa Dia mempunyai murka yang tiada batasannya dan semua ini berada dalam satu keseimbangan yang sempurna.

Kedua, kita harus mengiktiraf Tuhan telah memberikan kepada pihak kerajaan yang memerintah kuasa untuk menentukan bilakah hukuman mati perlu dilaksanakan (Kejadian 9:6; Roma 13:1-7). Pandangan yang mengatakan Tuhan menentang semua bentuk hukuman mati adalah tidak Alkitabiah. Orang-orang Kristian tidak harus bersukacita apabila hukuman mati dijalankan tetapi pada masa yang sama mereka juga tidak perlu menentang hak kerajaan untuk menghukum pesalah-pesalah yang telah melakukan kejahatan-kejahatan yang amat kejam.

Soalan: Apakah yang dikatakan Alkitab tentang kemurungan? Bagaimanakah seorang Kristian mengatasi kemurungan?

Jawapan: Kemurungan merupakan satu perkara yang meluas, mempengaruhi berjuta-juta termasuklah orang-orang bukan Kristian dan bukan Kristian. Mereka yang menderita kemurungan dapat merasa kesedihan, kemarahan, kehampaan, keletihan dan beberapa gejala perasaan yang sangat dalam. Mereka mungkin merasa tidak berguna dan berfikir ingin membunuh diri. Mereka kehilangan rasa minat pada perkara-perkara dan orang-orang yang pernah disenangi. Kemurungan ini sering diakibatkan oleh keadaan-keadaan hidup seperti kehilangan pekerjaan, kematian orang tersayang, perpisahan atau masalah psikologi contohnya penderaan dan perasaan rendah harga diri.

Alkitab memberitahu supaya kita dipenuhi dengan sukacita dan pujian (Filipi 4: 4; Roma 15:11). Nampaknya Tuhan bermaksud supaya kita dapat menjalani kehidupan yang penuh dengan sukacita. Ini tidak mudah bagi seseorang yang menderita kemurungan daripada keadaan, tetapi ia dapat dibaiki dengan doa, penyelidikan Alkitab dan penerapan, kumpulan kecil yang member sokongan, persekutuan sesama orang-orang percaya, pengakuan, pengampunan dan kaunseling. Kita mesti berusaha supaya kita tidak tenggelam dengan diri kita sendiri tetapi harus mengalihkan semua usaha kita kepada sesuatu yang berada di luar daripada diri kita. Kemurungan seringkali dapat diselesaikan apabila mereka yang menderita olehnya dapat mengalihkan fokus daripada diri mereka kepada Kristus dan orang lain.

Tekanan jiwa merupakan satu keadaan jasmani yang perlu didiagnosis oleh seorang doktor. Keadaan itu tidak semestinya telah diakibatkan keadaan hidup yang kurang bernasib baik dan gejala itu juga tidak dapat diangkat oleh kehendak seseorang. Bertentangan dengan kepercayaan beberapa orang dalam masyarakat Kristian, tekanan jiwa bukan semuanya diakibatkan oleh dosa. Tekanan jiwa kadang-kadang boleh diakibatkan gangguan fizikal yang perlu diubati dan mendapat layanan kaunseling. Sudah tentu, Tuhan berupaya menyembuhkan apa juga jenis penyakit dan gangguan. Bagaimanapun dalam beberapa kes, berjumpa seorang doktor untuk kemurungan tidak ada bezanya dengan berjumpa dengan seorang doktor untuk merawat suatu kecederaan.

Terdapat beberapa perkara yang dapat dilakukan oleh mereka yang menderita kemurungan bagi mengurangkan kebimbangan mereka. Mereka harus mempastikan mereka tinggal dalam Firman, walaupun mereka tidak merasa seperti itu. Perasaan murung dapat menyebabkan kita tersasar tetapi Firman Tuhan berdiri teguh dan tidak berubah. Kita mesti mempertahankan iman yang kuat di dalam Tuhan dan semakin tetap serta kuat berpegang kepada-Nya apabila kita sedang menjalani dugaan dan cobaan hidup. Alkitab berkata Tuhan tidak akan mengizinkan pencobaan yang datang ke dalam kehidupan melampaui tahap kemampuan kita untuk menghadapinya (1 Korintus 10:13). Walaupun kemurungan bukan dosa, namun seseorang itu masih bertanggungjawab terhadap respon terhadap penderitaan itu termasuk mendapatkan bantuan pakar yang diperlukan. ?Sebab itu marilah kita, oleh Dia, senantiasa mempersembahkan korban syukur kepada Allah, yaitu ucapan bibir yang memuliakan nama-Nya? (Ibrani 13:15).

Soalan: Apakah yang dikatakan Alkitab tentang pengurusan kewangan anda?

Jawapan: Alkitab banyak bercakap tentang pengurusan kewangan. Secara umum Alkitab tidak menggalak kita untuk meminjam wang. Lihat Amsal 6:1-5; 20:16; 22:7, 26-27 (?Orang kaya memerintah ke atas orang miskin, yang meminjam menjadi hamba kepada peminjam ...Jangan engkau termasuk orang yang membuat persetujuan, dan yang menjadi penanggung hutang; Mengapa orang akan mengambil tempat tidurmu dari bawahmu, bila engkau tidak mempunyai apa-apa untuk membayar kembali??). Alkitab berkali-kali memberi amaran terhadap pengumpulan harta tetapi sebaliknya mendorong kita supaya mengumpulkan kekayaan rohani. Amsal 28:20: ?Orang yang dapat dipercaya mendapat banyak berkat, tetapi orang yang ingin cepat menjadi kaya, tidak akan luput dari hukuman.? Lihat juga Amsal 10:15; 11:4; 18:11; 23:5.

Amsal 6:6-11 menawarkan hikmat kerajinan. Kemiskinan yang teruk adalah akibat yang tidak dapat dielakkan oleh kemalasan. Kita dinasihatkan untuk melihat kepada semut yang rajin berusaha untuk menyimpan makanan bagi dirinya. Bahagian Firman Tuhan ini juga memberi amaran supaya jangan tidur pada waktu di mana kita sepatutnya mengerjakan sesuatu yang menguntungkan. Seorang ?pemalas? merupakan seorang yang lembab, lamban dan seorang yang lebih menyukai tidur daripada bekerja. Masa depan untuk seorang pemalas sudah cukup jelas, iaitu kemiskinan dan kekurangan. Di suatu tahap pula terdapat orang yang pada fikirannya hanya untuk mendapatkan wang. Menurut Pengkhotbah 5: 10, orang yang seperti itu tidak akan dapat dipuaskan dengan kekayaan dan terus mahu mendapat lebih banyak lagi. 1 Timotius 6: 6-11 memberikan kita amaran terhadap perangkap mengingini kekayaan.

Daripada melonggokkan kekayaan ke atas diri kita, model Alkitab adalah memberi, bukannya menerima. ?Camkanlah ini: Orang yang menabur sedikit, akan menuai sedikit juga dan orang yang menabur banyak, akan menuai banyak juga. Hendaklah masing-masing memberikan menurut kerelaan hatinya, jangan dengan sedih hati atau karena paksaan, sebab Allah mengasihi orang yang memberi dengan sukacita.? (2 Korintus 9:6-7). Kita didorong untuk menjadi pengurus yang baik ke atas semua pemberian Tuhan kepada kita. Dalam Lukas 16:1-13, Yesus memberitahu tentang hamba yang tidak jujur untuk memberi amaran tentang pengurusan yang lemah. Pelajaran daripada perumpamaan tersebut adalah ini: ?Sekiranya anda tidak dapat dipercayai dengan kekayaan di dunia, bagaimanakah anda akan dipercayakan dengan kekayaan yang sebenarnya?? (v. 11). Kita juga bertanggungjawab dalam menyediakan keperluan seisi rumah kita seperti yang diperingatkan dalam 1 Timotius 5:8: ?Tetapi jika ada seorang yang tidak memeliharakan sanak saudaranya, apalagi seisi rumahnya, orang itu murtad dan lebih buruk dari orang yang tidak beriman.?

Secara ringkas, apakah yang dikatakan Alkitab tentang pengurusan wang? Jawabannya dapat dirumuskan dengan satu perkataan iaitu ?hikmat?. Kita perlu bijak dengan wang. Kita perlu menyimpan wang tetapi bukan sampai membuatnya menjadi suatu khazanah. Kita perlu membelanjakan wang tetapi dengan budi bicara dan penguasaan diri. Kita perlu memberi kembali kepada Tuhan dengan sukacita dan hati yang berkorban.Kita perlu menggunakan wang kita untuk menolong orang lain tetapi dengan kebijaksanaan dan bimbingan Roh Kudus. Tidak salah untuk menjadi kaya, tetapi salah untuk mencintai wang. Tidak salah untuk menjadi miskin tetapi salah untuk berbelanja pada perkara yang remeh. Mesej konsisten Alkitab tentang pengurusan wang adalah supaya kita berlaku bijak.

Soalan: Apakah yang dikatakan Alkitab tentang kesembuhan? Adakah terdapat penyembuhan dalam penebusan Kristus?

Jawapan: Yesaya 53:5 yang dipetik dalam 1 Peter 2:24, merupakan ayat kunci tentang kesembuhan, tetapi sering disalahmengerti dan disalahguna. ?Tetapi dia tertikam oleh karena pemberontakan kita, dia diremukkan oleh karena kejahatan kita; ganjaran yang mendatangkan keselamatan bagi kita ditimpakan kepadanya, dan oleh bilur-bilurnya kita menjadi sembuh.? Perkataan yang diterjemahkan sebagai ?sembuh? dapat membawa maksud kesembuhan rohani atau jasmani. Bagaimanapun konteks Yesaya 53 dan 1 Petrus 2 jelas sekali bercakap tentang kesembuhan rohani. ?Ia sendiri telah memikul dosa kita di dalam tubuh-Nya di kayu salib, supaya kita, yang telah mati terhadap dosa, hidup untuk kebenaran. Oleh bilur-bilur-Nya kamu telah sembuh.? (1 Petrus 2:24) Ayat ini bercakap tentang dosa dan kebenaran bukan tentang kesakitan dan penyakit. Oleh sebab itu ?disembuhkan? dalam ayat-ayat ini bercakap tentang diampuni dan diselamatkan dan bukan disembuhkan secara jasmani.

Alkitab secara khusus tidak menghubungkan kesembuhan fizikal dengan kesembuhan rohani. Kadangkala orang akan disembuhkan secara jasmani apabila mereka meletakkan iman di dalam Kristus, tetapi perkara ini bukan sentiasa berlaku. Kadangkala Tuhan berkehendak untuk menyembuhkan, tetapi kadangkala pula tidak. Rasul Yohanes memberikan kepada kita sebuah sudut pandangan yang tepat: ?Dan inilah keberanian percaya kita kepada-Nya, yaitu bahwa Ia mengabulkan doa kita, jikalau kita meminta sesuatu kepada-Nya menurut kehendak-Nya. Dan jikalau kita tahu, bahwa Ia mengabulkan apa saja yang kita minta, maka kita juga tahu, bahwa kita telah memperoleh segala sesuatu yang telah kita minta kepada-Nya? (1 Yohanes 5:14-15). Tuhan masih melakukan keajaiban. Tuhan masih menyembuhkan orang. Penyakit,kesakitan dan kematian merupakan reality dunia ini. Selagi Tuhan belum datang kembali, setiap orang yang hidup pada hari ini akan mati dan kebanyakan daripada mereka (termasuk orang Kristian) akan mati akibat masalah jasmani (penyakit, kecederaan). Bukan kehendak Tuhan untuk sentiasa menyembuhkan kita secara jasmani.

Akhirnya kesembuhan jasmani menanti kita di syurga. Di syurga tidak akan ada lagi kesakitan, penyakit, penderitaan atau kematian (Wahyu 21). Kita janganlah terlalu asyik dengan keadaan jasmani kita di dalam dunia ini melainkan kita lebih perlu memperhatikan keadaan rohani kita (Roma 12:1-2).

Apabila kita tidak lagi perlu berurusan dengan dengan perkara-perkara jasmani maka kita dapat menumpukan hati ke syurga. Wahyu 21:4 menggambarkan kesembuhan sebenar yang kita harus inginkan: ?Dan Ia akan menghapus segala air mata dari mata mereka, dan maut tidak akan ada lagi; tidak akan ada lagi perkabungan, atau ratap tangis, atau dukacita, sebab segala sesuatu yang lama itu telah berlalu.?

Soalan: Apakah yang dikatakan Alkitab tentang peperangan?

Jawapan: Ramai orang melakukan kesilapan apabila membaca ayat Alkitab dalam Keluaran 20:13 ?Jangan membunuh,? dan menerapkan perintah ini terhadap peperangan. Bagaimanapun, maksud harfiah perkataan Ibrani itu adalah ?pembunuhan yang dirancang terlebih awal, disengajakan dengan niat jahat hendak membunuh.? Tuhan sering memerintahkan bangsa Israel untuk pergi berperang dengan bangsa-bangsa lain (1 Samuel 15:3; Yosua 4:13). Tuhan memerintahkan hukuman bunuh ke atas banyak kesalahan jenayah (Keluaran 21:12, 15; 22:19; Imamat 20:11). Jadi Tuhan hanya menentang pembunuhan berniat jahat yang sengaja dilakukan tetapi tidak menentang pembunuhan dalam keadaan yang lain. Peperangan tidak pernah baik, tetapi kadangkala ia merupakan sesuatu yang diperlukan. Dalam dunia yang dipenuhi dengan orang-orang berdosa (Roma 3: 10-18), peperangan tidak dapat dielakkan. Kadangkala satu-satunya cara untuk menghalang orang berdosa daripada mengakibatkan kerosakan yang lebih besar kepada orang yang tidak bersalah adalah dengan berperang.

Dalam Perjanjian Lama Tuhan memerintahkan orang-orang Israel untuk : ?Lakukanlah pembalasan orang Israel kepada orang Midia? (Bilangan 31:2). Ulangan 20:16-17 berkata, ?Tetapi dari kota-kota bangsa-bangsa itu yang diberikan TUHAN, Allahmu, kepadamu menjadi milik pusakamu, janganlah kaubiarkan hidup apa pun yang bernafas, melainkan kautumpas sama sekali? seperti yang diperintahkan kepadamu oleh TUHAN, Allahmu.? 1 Samuel 15:18 juga berkata, ?TUHAN telah menyuruh engkau pergi, dengan pesan: Pergilah, tumpaslah orang-orang berdosa itu, yakni orang Amalek, berperanglah melawan mereka sampai engkau membinasakan mereka.? Jelas sekali bahawa Tuhan tidak menentang semua jenis peperangan. Yesus sentiasa bersetuju dengan Bapa Syurgawi (Yohanes 10: 30), jadi kita tidak boleh berkata bahawa peperangan merupakan kehendak Tuhan hanya dalam Perjanjian Lama. Tuhan tidak berubah (Maleakhi 3:6; Yakobus 1: 17).

Peristiwa kedatangan Yesus yang kedua kali akan berlaku dengan sangat ganas. Wahyu 19:11-21 bercakap tentang peperangan terakhir bersama Kristus pemerintah perang yang akan berperang ?dengan keadilan? (ayat 11). Ianya akan menjadi suatu peristiwa yang berdarah (ayat 13). Burung-burung akan memakan daging mereka yang menentang-Nya (ayat 17-18). Dia tidak akan menunjukkan belas kasihan terhadap musuh-musuh yang akan ditakluki-Nya. Dia akan menyerahkan musuh-musuh-Nya ke dalam ?lautan api yang menyala-nyala oleh belerang? (ayat. 20).

Pendapat yang berkata Tuhan tidak menyokong peperangan adalah salah. Yesus bukan seorang yang menentang peperangan. Dalam dunia yang dipenuhi dengan orang-orang jahat, kadangkala peperangan diperlukan untuk menghalang kejahatan yang lebih besar lagi daripada berlaku. Sekiranya Hitler tidak dikalahkan dalam Perang Dunia Kedua, berapa juta orang lagikah yang akan terkorban? Sekiranya Perang Saudara Amerika tidak berlaku, berapa ramai lagikah orang-orang berkulit hitam yang akan menderita sebagai hamba abdi?

Peperangan adalah perkara yang dasyat. Beberapa peperangan lebih ?benar? daripada yang lain, tetapi peperangan sentiasa diakibatkan oleh dosa (Roma 3: 10-18). Pada masa yang sama Pengkhotbah 3: 8 berkata, ?ada waktu untuk mengasihi, ada waktu untuk membenci; ada waktu untuk perang, ada waktu untuk damai.? Dalam dunia yang dipenuhi dosa, kebencian dan kejahatan (Roma 3: 10-18), peperangan tidak dapat dielakkan. Orang-orang Kristian jangan menginginkan peperangan tetapi orang-orang Kristian juga tidak boleh menentang kerajaan yang telah diletakkan Tuhan untuk berkuasa di atas mereka (Roma 13: 1-4; 1 Petrus 2: 17). Perkara yang terpenting kita dapat lakukan sewaktu berlakunya peperangan adalah berdoa supaya Tuhan memberikan hikmat kepada pemimpin-pemimpin, mendoakan keselamatan angkatan tentera kita, berdoa untuk penyelesaian konflik yang cepat dan berdoa agar kerosakan berlaku pada tahap minima di kalangan kaum awam di kedua-dua belah pihak (Filipi 4:6-7).