Home All Languages

KENAPA KITA HARUS BERDOA?
oleh Hollie L. Moody
(Why Should We Pray?)
(Diterjemahkan dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia)

Berikutnya adalah sesuatu yang saya alami 28hb Januari 2000/ 8.15 pm/ Hollie L. Moody

PDF  DOC    [English/Main]

Saya nampak Tuhan duduk di atas satu takhta putih yang besar. Satu barisan yang sangat panjang berkumpul di depanNya. Saya sedang berdiri di tepi memerhatikan semua ini. Saya bingung pada hakikatnya bahawa semua orang ini tiada muka. Di mana muka mereka seharusnya berada, hanya ada satu kekosongan.

Setiap kali seorang datang di hadapan Tuhan, Dia akan membuka sebuah buku dan membaca darinya semua yang orang ini telah lakukan. Segala-galanya telah direkodkan; dan Tuhan membaca seluruh buku tersebut dari mula hingga hujung. Setiap orang di dalam barisan khusus ini sedang dihakimi, dan dihukum ke neraka. Setiap kali Tuhan akan memberitahu setiap orang yang mereka dihukum, orang tersebut akan mula menjerit, dan menangis, dan merayu kepada Tuhan untuk hanya satu lagi peluang. Tuhan ada air mata bercucuran ke bawah pipi-pipiNya sendiri, tetapi akan menggoncangkan kepalaNya, memberitahu setiap orang yang mereka sudah ada banyak peluang untuk bertaubat dan hidup untukNya. Ini berterusan untuk masa yang agak lama (“quite some time”).

Akhirnya, Tuhan melihat pada saya, dan bertanya kepada saya, “Kenapa kamu tidak berbuat apa-apa?” Saya bingung. “Apa yang Engkau mahu saya lakukan, Tuhan?”, saya menjawab. “Berdoa”, Tuhan menjawab. Jadi, saya mula berdoa, tetapi tidaklah benar-benar dengan sebarang kesungguhan. Selepas suatu masa yang pendek ini, Tuhan berpaling terhadap saya dengan perasaan bimbang dan berkata, “Lihatlah pada orang ini. Benar-benar lihat pada mereka.” Apabila saya berbuat begitu, wajah-wajah mereka datang ke dalam fokus. Mereka menjadi orang yang saya kenali secara kabur. Mereka adalah kenalan-kenalan. Saya mula berdoa dengan lebih bersungguh-sungguh untuk mereka. Selepas satu masa, Tuhan berpaling kepada saya lagi dengan lebih tegas dan serius berkata, “Lihatlah pada orang ini sekali lagi.” Sekarang orang tersebut menjadi kawan-kawan. “Kamu haruslah berdoa lebih kuat,” Tuhan menegur saya. Saya mula berdoa lebih kuat sedikit. Tetapi masih lagi, barisan orang yang panjang akan datang di depan Tuhan, Dia akan membaca kisah hidup mereka dari buku peribadi mereka sendiri, dan kemudian dihukum.

Sekali lagi Tuhan berpaling terhadap saya, kali ini dalam kemarahan. Dia masih lagi menangis untuk jiwa-jiwa yang sedang dihukum. “Adakah kamu benar-benar memahami dan mengerti apa yang berlaku di sini?” Tuhan bertanyakan saya. “Lihatlah!!” Kemudian, satu lubang membuka di belakang barisan orang yang panjang tersebut. Saya memandang sepintas lalu ke arah lubang tersebut. Ada suatu kegelapan yang dahysat yang datang darinya. Saya dengar jeritan-jeritan, dan teriakan-teriakan, dan ratapan-ratapan, dan rintihan-rintihan datang dari lubang tersebut. “Pergi dan lihat,” Tuhan memerintahkan saya. Saya tidak mahu berbuat demikian. Saya ketakutan, tetapi ia seolah-olah ada satu tangan di belakang saya yang memaksa saya ke pinggir lubang hitam ini. Apabila saya sampai ke pinggir lubang hitam ini, saya memandang sepintas lalu ke bawah dan ke dalamnya. Kemudian, saya berundur dengan ketakutan yang amat sangat dan perasaan gerun yang amat sangat. Saya boleh melihat ke bawah lubang hitam ini. Ia kelihatan seperti satu terowong yang panjang dan menurun. Saya boleh nampak ramai orang penuh sesak dan terhuyung-hayang di bahagian bawah lubang ini. Mereka begitu sesak berkerumun, mereka nampaknya tiada ruang langsung di antara mereka. Ada lidah-lidah api, dan satu cahaya merah oren datang dari bahagian bawah lubang hitam ini. Saya terbau sulfur (seperti mancis-mancis). Saya nampak api dan lidah-lidah api. Saya merasa bahang api yang amat kuat. Saya nampak ulat-ulat merangkak di seluruh tubuh-tubuh orang di dasar lubang hitam tersebut. Orang tersebut terbakar, tetapi tidak dibinasakan oleh api. Tetapi, mereka sedang menjerit dalam kesengsaraan dan kesakitan dari api tersebut. Mereka sedang melihat ke atas ke arah pembukaan lubang hitam tersebut. Tangan-tangan dan lengan-lengan mereka diangkat ke atas. Mereka sedang berganjak dan bergerak dengan gelisah seperti ombak-ombak yang sangat besar. Dan mereka sedang menjerit. Mereka menjerit untuk pembebasan, untuk belas kasihan. Tetapi tiada belas kasihan. Tiada pembebasan.

Saya berundur dari pinggir lubang hitam tersebut dalam ketakutan yang amat sangat dan perasaan gerun yang amat sangat dan perasaan putus asa. Saya berpusing balik ke arah Tuhan yang sedang duduk di atas takhtaNya. Dia masih membaca dari buku-buku. Sekarang saya nampak satu timbunan buku-buku yang sangat besar dan tiada penghujung yang bertimbun di sebelah takhtaNya. Dan saya tahu bahawa setiap orang daripada orang-orang tersebut yang buku-buku itu tertulis mengenai mereka, akan dihukum. Saya melihat pada barisan orang yang panjang, tiada penghujung yang berkumpul di depan Tuhan, menunggu untuk dihakimi. Sekarang, saya nampak setiap wajah dengan jelas. Mereka adalah sahabat-sahabat saya, keluarga saya, saudara-mara saya. Dan mereka sedang dijatuhkan hukuman. Dan saya nampak mereka dibuang ke dalam lubang hitam tersebut, dan saya terdengar mereka sambil mereka menjerit sambil mereka jatuh ke bawah terowong yang panjang tersebut. Tuhan berpaling kepada saya, dengan air mata mengalir turun di pipi-pipiNya, dan berkata, “Berdoa sekarang.” Saya mula menangis dan menjerit kepada Tuhan untuk berbelas kasihan terhadap orang ini. Sambil setiap orang dihukum, saya berlari ke pinggir lubang hitam dan cuba menarik mereka keluar dari lubang hitam. Saya akan menyambar tangan-tangan dan lengan-lengan mereka, dan cuba memegang mereka. Tetapi mereka akan terlepas dari pegangan saya. Saya lupakan diri saya sendiri, cuba sedaya upaya menghalang orang yang saya kasihi daripada pergi ke bawah lubang hitam tersebut. Saya mencapai dan memegang pada Tuhan, dan mencapai ke bawah dengan lengan saya yang satu lagi ke dalam lubang hitam untuk cuba dan menarik orang keluar dari lubang hitam. “Lepaskanlah,” Tuhan memberitahu saya. “Jika saya lepaskan Engkau, saya sendiri akan masuk ke dalam lubang tersebut,” saya membantah. “Lepaskanlah,” Tuhan berkata lagi. Saya melepaskan. Ia seperti tangan-tangan yang tidak dapat dilihat sedang memegang saya. Saya diletakkan di sebelah pinggir lubang hitam, mencapai ke bawah ke dalamnya, cuba menyambar dan memegang pada orang yang sedang jatuh ke bawah ke dalam lubang hitam tersebut. Saya merasakan seperti saya sendiri sedang dibakar oleh api tersebut dan lidah-lidah api. Ada masanya, saya merasakan seolah-olah “kuku-kuku” mencapai keluar dari lubang hitam tersebut dan memukul saya. Saya merasakan luka-luka terbakar di lengan-lengan saya, dan nampak cakaran-cakaran muncul di lengan-lengan saya. Saya sedang menangis, dan memanggil kepada Allah untuk pembebasan mereka ini, orang saya yang dikasihi, dan tidak menghukum mereka ke lubang hitam. “Adalah lebih senang untuk berdoa untuk yang hilang apabila mereka adalah orang kamu yang dikasihi,” Tuhan berkata kepada saya. “Ingatlah, semua yang hilang adalah orang Saya yang dikasihi. Saya mahu anak-anak Saya mula berdoa untuk semua ini, anak-anak Saya yang hilang, seperti yang kamu berdoa untuk mereka sekarang. Saya akan membangkitkan satu generasi pendoa-pendoa syafaat untuk berdiri di jurang untuk anak-anak Saya yang hilang. Pendoa-pendoa syafaat ini akan merasakan bahang peperangan, dan akan dibakar olehnya. Kuasa-kuasa neraka akan datang menentang mereka, dan menyerang mereka. Namun, saya akan bersama mereka, dan akan memegang pada mereka. Sekarang, bolehkah kamu berdoa?”

--Hollie L. Moody

List of Videos