Pertanyaan-pertanyaan tentang perkahwinan
Soalan: Apakah yang dikatakan Alkitab tentang perkahwinan?

Jawapan: Ini satu pertanyaan yang sukar dijawab sebab Alkitab tidak ada menyebut tentang pada tahap mana Tuhan mengatakan pasangan sebagai ?sudah berkahwin?. Terdapat tiga pandangan umum yang utama: 1) Tuhan menganggap pasangan sudah berkahwin apabila mereka telah berkahwin menurut undang-undang. 2) Pasangan telah berkahwin di mata Tuhan apabila mereka telah melangsungkan satu upacara perkahwinan yang rasmi. 3) Tuhan menganggap pasangan telah berkahwin apabila perkahwinan disempurnakan dengan hubungan seks. Mari kita lihat satu persatu daripada pandangan ini dan memperhati kekuatan dan kelemahan yang ada pada tiap-tiap satu.

1) Tuhan menganggap pasangan telah berkahwin setelah mereka berkahwin menurut undang-undang. Ayat yang diambil untuk menyokong pandangan ini adalah ayat yang menasihatkan kita untuk tunduk kepada kerajaan (Roma 13:1-7; 1 Petrus 2:17). Hujah ini berkata, sekiranya pihak kerajaan memerlukan satu bentuk ?kertas kerja? untuk diselesaikan sebelum perkahwinan itu diakui, pasangan perlulah tunduk kepada semua proses yang dituntut oleh pihak kerajaan. Memang sangat Alkitabiah bagi pasangan untuk tunduk kepada kerajaan asalkan tuntutan yang dikenakan ke atas mereka masuk akal dan tidak bertentangan dengan Firman Tuhan. Roma 13:1-2 berkata, ?Tiap-tiap orang harus takluk kepada pemerintah yang di atasnya, sebab tidak ada pemerintah, yang tidak berasal dari Allah; dan pemerintah-pemerintah yang ada, ditetapkan oleh Allah. Sebab itu barangsiapa melawan pemerintah, ia melawan ketetapan Allah dan siapa yang melakukannya, akan mendatangkan hukuman atas dirinya.?

Terdapat beberapa kelemahan dan masalah yang diakibatkan oleh pandangan ini. Pertama, terdapat begitu banyak perkahwinan sebelum mana-mana kerajaan dibentuk. Selama ribuan tahun orang telah berkahwin tanpa memerlukan lesen perkahwinan. Kedua, sekarang ini juga terdapat negara-negara di mana kerajaannya tidak mengenal perkahwinan dan tidak ada tuntutan perundangan terhadap perkahwinan. Ketiga, terdapat kerajaan yang meletakkan syarat-syarat tidak Alkitabiah ke atas perkahwinan sebelum perkahwinan itu dapat diakui oleh pihak kerajaan. Sebagai contoh, terdapat negara-negara di mana perkahwinan harus diadakan dalam Gereja Katolik, mengikut ajaran Katolik dan diperhatikan oleh seorang rahib Katolik. Bagi mereka yang tidak bersetuju dengan Gereja Katolik dan pemahaman Katolik yang mengatakan perkahwinan sebagai satu sakramen, maka berkahwin dalam Gereja Katolik adalah tidak Alkitabiah.

2) Pasangan telah berkahwin di mata Tuhan apabila mereka telah melangsungkan satu upacara perkahwinan yang rasmi. Ada banyak persamaan dalam banyak budaya di mana seorang bapa memberikan anaknya dalam satu upacara perkahwinan, yang diertikan beberapa penterjemah seperti Tuhan membawa Hawa kepada Adam (Kejadian 2:22) dan Tuhan telah memperhatikan ?upacara? perkahwinan yang pertama itu. Yesus tidak akan hadir ke pesta yang serupa itu sekiranya dia tidak bersetuju dengan apa yang sedang berlaku. Kehadiran Yesus dalam satu upacara perkahwinan bukan semestinya memberikan petanda bahawa Allah mengkehendaki satu majlis perkahwinan, tetapi dengannya kita boleh melihat bahawa satu upacara perkahwinan dapat diterima di mata Tuhan. Hampir setiap budaya manusia dalam sejarah manusia mempunyai satu bentuk upacara perkahwinan yang formal. Dalam setiap kebudayaan terdapat satu acara, tindakan, perjanjian atau pengisytiharan yang dikenali sebagai pengisytiharan pasangan lelaki dan wanita yang akan berkahwin.

3) Tuhan menganggap pasangan telah berkahwin apabila perkahwinan disempurnakan dengan hubungan seks. Terdapat pendapat yang mengatakan apabila seorang lelaki dan seorang wanita telah melakukan hubungan seks maka Tuhan melihat mereka sebagai sudah berkahwin. Pandangan seperti ini tidak Alkitabiah. Dasar bagi pandangan ini adalah hubungan seksual merupakan kepenuhan tertinggi kepada prinsip ?menjadi satu daging? (Kejadian 2:24; Matius 19:5; Efesus 5:31). Dalam pengertian ini hubungan seks merupakan ?meterai? terakhir ke atas perjanjian perkahwinan. Bagaimanapun, sekiranya sepasang suami isteri telah sah berkawin dari segi undang-undang tetapi atas sebab-sebab tertentu tidak dapat mengadakan hubungan seks, pasangan itu masih dikatakan sebagai pasangan yang telah berkahwin.

Pasangan yang telah melakukan hubungan seks tetapi belum memenuhi segi perkahwinan yang lain tidak dapat dikatakan telah berkahwin secara Alkitabiah. Ayat-ayat Firman Tuhan seperti 1 Korintus 7: 2 memberitahu bahawa hubungan seks sebelum berkahwin sebagai tidak bermoral. Sekiranya dengan melakukan hubungan seks dapat membolehkan mana-mana pasangan disebut sebagai pasangan suami isteri maka ianya tidak dapat disebut sebagai perbuatan tidak bermoral, sebab pasangan itu akan dianggap sudah berkahwin sebaik saja mereka mengadakan hubungan seks. Tidak ada dasar Alkitabiah untuk pasangan belum berkahwin untuk mengadakan hubungan seks kemudian mengisytiharkan diri mereka sebagai sudah berkahwin. Perbuatan ini akan mengisytiharkan semua hubungan seks sebelum berkahwin yang akan datang sebagai bermoral dan menghormati Tuhan.

Jadi apakah yang dikatakan sebagai perkahwinan di mata Tuhan? Prinsip-prinsip yang berikut perlu diikuti: 1) Asalkan tuntutan perkahwinan itu berpatutan dan tidak bertentangan dengan Alkitab, pasangan yang hendak berkahwin perlu mendapatkan apa juga perakuan dari pihak kerajaan. 2) Pasangan harus mengikuti apa juga amalan budaya dan keluarga yang mengakui satu pasangan sebagai ?berkahwin secara rasmi.? 3) Sekiranya dapat, pasangan perlu menyempurnakan perkahwinan itu secara seksual untuk memenuhi prinsip ?satu daging?.

Bagaimana sekiranya salah satu atau lebih daripada prinsip-prinsip ini tidak diikuti?Adakah pasangan masih dianggap telah berkahwin di mata Tuhan? Akhirnya itu merupakan urusan pasangan dengan Tuhan. Tuhan mengenal hati kita (1 Yohanes 3:20). Tuhan tahu perbezaan di antara hubungan perkahwinan yang benar dengan perkahwinan yang sekadar membenarkan hubungan seksual yang tidak bermoral.

Soalan: Mengekalkan perkahwinan ?apakah kuncinya?

Jawapan: Rasul Paulus berkata, seorang isteri ?terikat? kepada suaminya selagi suaminya masih hidup (Roma 7:2). Prinsip di sini adalah kematian harus berlaku di antara pasangan suami isteri sebelum ikatan perkahwinan itu terputus. Ini merupakan perintah Tuhan tetapi di dalam masyarakat moden kita, 51% daripada perkahwinan berakhir dengan perceraian. ini bererti lebih separuh daripada pasangan yang bersumpah ?sehingga kematian menceraikan kita? telah melanggar sumpah tersebut.

Apakah yang dapat dilakukan pasangan untuk mempastikan perkahwinan mereka berkekalan? Isu pertama dan terutama merupakan ketaatan kepada Tuhan. Inilah prinsip yang perlu berkuatkuasa sebelum berkahwin. Tuhan berkata, ?Berjalankah dua orang bersama-sama, jika mereka belum berjanji?? (Amos 3:3). Bagi mereka yang telah dilahirkan kembali ini bererti tidak memulakan hubungan yang rapat dengan orang yang belum percaya. ?Janganlah kamu merupakan pasangan yang tidak seimbang dengan orang-orang yang tak percaya. Sebab persamaan apakah terdapat antara kebenaran dan kedurhakaan? Atau bagaimanakah terang dapat bersatu dengan gelap?? (2 Korintus 6:14). Sekiranya prinsip ini dituruti, ia dapat mengelak banyak sakit hati dan penderitaan dalam perkahwinan di kemudian hari.

Satu lagi prinsip yang dapat menjaga keutuhan perkahwinan adalah seorang suami harus mentaati Tuhan dan mengasihi, menghormati dan menjaga isterinya seperti dirinya sendiri (Efesus 5:25-31). Prinsip yang sehubungan dengan itu adalah seorang isteri perlu mentaati Tuhan dan tunduk kepada suaminya ?seperti kepada Tuhan? (Efesus 5:22). Perkahwinan di antara seorang lelaki dan seorang wanita merupakan gambaran perhubungan di antara Kristus dengan gereja. Kristus memberikan diri-Nya kepada gereja dan Dia mengasihi, menghormati dan melindungi ?pengantin-Nya? (Revelation 19:7-9).

Apabila Tuhan membawa Hawa kepada Adam dalam perkahwinan yang pertama, perempuan telah dijadikan daripada ?tulang dari tulangku dan daging dari dagingku? (Kejadian 2:21) dan mereka menjadi ?satu daging? (Kejadian 2:23-24). Menjadi satu daging membawa erti yang lebih jauh daripada setakat kesatuan jasmani. Ianya bermaksud pertemuan dan penyatuan minda dan jiwa. Perhubungan ini menjangkau jauh ke dalam melebihi deria dan tarikan perasaan sehingga masuk ke dalam ?kesatuan? rohani. Perhubungan ini tidak lagi berkisar sekitar ? saya dan milikku? tetapi ?kita dan kepunyaan kita?. Ini merupakan salah satu rahsia untuk perkahwinan yang berkekalan. Kedua-dua pasangan suami isteri harus mengutamakan usaha menjadikan perkahwinan mereka berkekalan sehingga kematian. Meneguhkan hubungan peribadi kita dengan Tuhan sangat membantu dalam mempastikan hubungan di antara suami isteri menjadi satu hubungan yang kekal dan menghormati Tuhan.

Soalan: Apakah yang dikatakan oleh Kitab Injil mengenai perceraian dan perkahwinan semula?

Jawapan: Terlebih dahulu, tidak kira apakah pendapat peribadi setiap orang mengenai perceraian, adalah penting bagi kita untuk mengingat kembali ayat-ayat di Maleakhi 2:16: ?Tuhan Allah Israel berfirman, ?Aku membenci perceraian. Aku tidak suka apabila salah seorang daripada kamu berbuat hal sekejam itu terhadap isterinya. Pastikanlah supaya kamu tidak memungkiri janji untuk tetap setia kepada isteri kamu.?? Mengikut Kitab Injil, perkahwinan ialah perjanjian untuk seumur hidup. ?Dengan demikian mereka bukan lagi dua orang, tetapi satu. Oleh itu, mereka yang telah disatukan oleh Allah, tidak boleh dipisahkan oleh manusia.? (Matius 19:6) Tuhan mengetahui bahawa perkahwinan membabitkan dua orang manusia yang berdosa, oleh itu perceraian mesti akan berlaku. Dalam Perjanjian Lama, Tuhan menetapkan undang-undang tertentu untuk melindungi hak perempuan yang diceraikan (Ulangan 24:1-4). Yesus berkata bahawa undang-undang tersebut diberi kerana kekerasan hati manusia, bukan kerana Tuhan bersetuju dengannya (Matius 19:8).

Percanggahan antara perceraian dan perkahwinan semula dibincang di dalam Kitab Injil khasnya dalam ayat-ayat Matius 5:32 dan 19:9. Ungkapan ?kecuali kerana ketidaksetiaan perkahwinan? mungkin adalah alasan tunggal dalam Kitab Injil yang membenarkan perceraian dan perkahwinan semula. Ramai orang percaya bahawa ?alasan tunggal? adalah merujuk kepada ?ketidaksetiaan perkahwinan?. Mengikut adat resam Yahudi, lelaki dan perempuan dianggap sudah berkahwin apabila mereka sudah bertunang. Ketidaksetiaan setelah bertunang boleh mengakibatkan perceraian.

Walau bagaimanapun, bahasa orang Yunani bagi ?ketidaksetiaan perkahwinan? boleh membawa makna segala keruntuhan akhlak dari segi seks. Hal ini boleh bermakna perbuatan berzina dan pelacuran. Maksud Yesus mengenai perceraian dibenarkan jika terdapat perbuatan seks di luar perkahwinan. Hubungan seks adalah satu unsur penting dalam perkahwinan kerana ?dua orang menjadi satu? (Kejadian 2:24; Matius 19:5; Efesus 5:31). Oleh itu, perceraian dibenarkan apabila berlaku perpecahan hubungan perkahwinan akibat hubungan seks di luar perkahwinan. Yesus juga menyatakan tentang perkahwinan semula. Ungkapan ?dan mengahwini orang lain? (Matius 19:9) menunjukkan perceraian dan perkahwinan semula adalah dibenarkan dalam keadaan tersebut. Walaupun tidak disebut dalam teks Kitab Injil, kebenaran untuk bercerai dan berkahwin semula adalah restu Tuhan untuk melindungi orang yang dilayan secara tidak adil, iaitu mangsa! Terdapat contoh pihak yang berdosa dibenarkan berkahwin semula, tetapi hal ini bukan ajaran asal Kitab Injil.

Terdapat orang yang mentafsir 1 Korintus 7:15 sebagai satu pengecualian, membenarkan perkahwinan semula jika salah satu pihak yang tidak percaya menceraikan pihak yang percaya. Tetapi konteks ini tidak menyebut tentang perkahwinan semula tetapi hanya menyatakan bahawa seorang penganut tidak semestinya meneruskan hubungan perkahwinan jika jodohnya hendak meninggalkannya. Ada orang yang berpendapat bahawa keganasan keluarga adalah alasan baik untuk perceraian walaupun hal ini tidak ditulis dalam Kitab Injil.

Alasan ketidaksetiaan perkahwinan dibenarkan untuk bercerai, tetapi bukan satu kemestian untuk bercerai. Walaupun dosa seks telah dilakukan, tetapi dengan rahmat Tuhan, kita boleh belajar mengampuni dan membina semula hubungan perkahwinan kerana Tuhan sudi memaafkan kita yang banyak berdosa. Kita mesti mengikut teladan Tuhan dan memaafkan dosa zina (Efesus 4:32). Tetapi dalam banyak kes, salah satu pihak tidak menyesal dan meneruskan dosanya. Dalam keadaan ini, Matius 19:9 boleh digunakan. Ramai orang berkahwin semula dengan cepat walaupun Tuhan ingin mereka bujang. Tuhan kadangkala inginkan seseorang bujang supaya dia boleh menumpukan perhatian pada kerja Tuhan (1 Korintus 7:32-35). Perkahwinan semula boleh menjadi satu pilihan selepas perceraian, tetapi bukannya satu pilihan tunggal.

Sungguh dukacita melihat kadar perceraian dalam kalangan penganut Kristian adalah setinggi orang yang tidak percaya. Kitab Injil menyatakan bahawa Tuhan benci kepada perceraian (Maleakhi 2:16) dan mengampuni dan memulihkan hubungan patut menjadi tanda penganut (Lukas 11:4, Efesus 4:32). Tetapi Tuhan tahu bahawa perceraian tetap akan berlaku di kalangan orang yang percaya. Penganut yang bercerai atau berkahwin semula tidak perlu merasakan dirinya kurang disayangi oleh Tuhan, walaupun perceraian mereka bukan disebabkan perbuatan berzina. Tuhan mampu menggunakan Kristian yang berdosa untuk mencapai sesuatu yang baik.

Soalan: Saya sudah bercerai. Menurut Alkitab dapatkah saya berkahwin lagi?

Jawapan: Kita sering menerima pertanyaan yang berkata ?Saya telah bercerai disebabkan perkara itu dan ini. Bolehkah saya berkahwin lagi?? ?Saya telah bercerai sebanyak dua kali-yang pertama disebabkan pasangan saya telah berzinah dan kali kedua disebabkan ketidakserasian. Sekarang saya sedang berpacaran dengan seorang lelaki yang telah bercerai sebanyak tiga kali-yang pertama disebabkan ketidakserasian, kali kedua disebabkan oleh perzinahan di pihaknya dan kali ketiga disebabkan oleh perzinahan di pihak isterinya. Dapatkah kami berkahwin?? Pertanyaan-pertanyaan seperti ini sangat sulit untuk dijawab kerana Alkitab tidak ada menyentuh secara panjang lebar berhubung perkahwinan selepas perceraian berlaku.

Apa yang jelas kita ketahui untuk pasangan yang sudah berkahwin adalah Tuhan mahu agar tetap tinggal dalam perkahwinan itu selagi pasangan masih hidup (Kejadian 2:24; Matius 19:6). Satu-satunya peruntukan untuk berkahwin selepas bercerai adalah perceraian yang disebabkan perzinahan (Matius 19:9) dan ini diperdebat di kalangan orang-orang Kristian. Satu lagi kemungkinan adalah apabila pasangan yang masih hidup meninggalkan pasangannya (1 Korintus 7:12-15). Ayat ini tidak menyebut secara khusus tentang berkahwin lagi sebaliknya ia memberi nasihat untuk tetap bertahan dalam pernikahan itu. Penderaan seks dan emosi yang teruk juga boleh menjadi dasar untuk berpisah dan kemungkinan untuk berkahwin lagi. Walau bagaimanapun perkara ini tidak diajar oleh Alkitab dengan secara khusus.

Ada dua perkara yang pasti. Tuhan membenci perceraian (Maleakhi 2:16), dan Tuhan maha pengasih dan pengampun. Setiap perceraian telah diakibatkan oleh dosa, samada ianya disebabkan oleh satu pihak atau kedua-duanya pihak. Adakah Tuhan mengampuni perceraian? Sudah pasti! Perceraian dapat diampuni sama seperti dengan dosa yang lain. Kita menerima pengampunan untuk semua dosa melalui iman di dalam Yesus Kristus (Matius 26:28; Efesus 1:7). Sekiranya Tuhan mengampuni dosa perceraian adakah itu bermakna anda yang terlibat dalam perceraian bebas untuk berkahwin? Tidak semestinya. Tuhan pada waktu tertentu memanggil orang untuk tetap tidak berkahwin (1 Korintus 7:7-8). Keadaan yang tidak berkahwin jangan dipandang sebagai satu kutukan atau hukuman melainkan satu peluang untuk melayani Tuhan dengan sepenuh hati (1 Korintus 7:32-36). Namun Firman Tuhan berkata, adalah lebih baik berkahwin daripada dihanguskan oleh nafsu (1 Korintus 7:9). Barangkali ini dapat dipakai sebagai alasan untuk berkahwin selepas bercerai.

Jadi dapatkah dan haruskah anda berkahwin lagi? Kami tidak dapat menjawab soalan itu. Akhirnya itu di antara anda,pasangan anda dan yang paling penting di antara anda dengan dengan Tuhan. Kami menasihatkan supaya anda berdoa meminta hikmat daripada Tuhan berhubung apa yang harus anda lakukan (Yakobus 1:5). Berdoalah dengan hati yang terbuka dan bersungguh-sungguh meminta supaya Tuhan meletakkan kehendak-Nya dalam hati anda (Mazmur 37:4). Carilah kehendak Tuhan (Amsal 3:5-6) dan turutilah pimpinan-Nya.

Soalan: Adakah betul bagi seorang Kristian mengadakan temu-janji atau berkahwin dengan seorang yang bukan Kristian?

Jawapan: Bagi seorang Kristian, mengadakan temu-janji dengan seorang bukan Kristian adalah tidak bijak dan berkahwin dengan seorang bukan Kristian bukanlah satu pilihan. 2 Korintus 6:14 memberitahu kita agar jangan menjadi ?pasangan tidak seimbang ? dengan orang yang tidak percaya. Gambaran dalam nasihat ini adalah dua ekor lembu yang tidak sepadan ukuran badan berkongsi kuk yang sama. Pasangan lembu yang tidak seimbang tidak akan bekerjasama untuk menarik beban melainkan akan menentang satu sama lain. Walaupun bahagian ini bukan bercakap tentang perkahwinan secara khusus, namun ia mempunyai implikasi terhadap perkahwinan. Bahagian ini selanjutnya berkata tentang tidak ada keharmonian di antara Kristus dan Belial (Syaitan/Iblis). Tidak akan ada keharmonian rohani dalam perkahwinan di antara seorang Kristian dengan seorang bukan Kristian. Paulus memperingatkan orang-orang percaya bahawa mereka merupakan bait Roh Kudus yang mendiami hati mereka sejak hari penyelamatan (2 Korintus 6:15-17). Disebabkan hal itu mereka perlu dipisahkan daripada dunia. Mereka masih berada di dalam dunia ini, tetapi bukan berasal dari dunia. Tidak ada tempat yang lebih mementingkan kebenaran ini selain perhubungan dalam dunia yang paling intim iaitu perkahwinan.

Alkitab juga berkata, ?Janganlah kamu sesat: Pergaulan yang buruk merosakkan kebiasaan yang baik? (1 Korintus 15:33). Dengan sangat cepat hubungan intim dengan seorang yang tidak percaya dapat menjadi penghalang kepada perjalanan hidup bersama Kristus. Kita dipanggil untuk menginjil mereka yang hilang bukan untuk mengadakan hubungan intim dengan mereka. Bukan menjadi satu kesalahan untuk menjalinkan persahabatan karib dengan seorang yang belum percaya tetapi sempadannya cukup sampai di sana. Sekiranya anda membuat temu-janji dengan seorang yang belum percaya, dengan jujur apakah yang menjadi keutamaan anda, berasmara atau memenangkan jiwa bagi Kristus? Sekiranya anda berkahwin dengan seorang yang tidak percaya, bagaimanakah mungkin anda dapat memupuk keintiman rohani dalam perkahwinan anda? Bagaimana mungkin kuaiti perkahwinan dipertahankan apabila anda sering tidak bersetuju berhubung perkara yang paling mustahak dalam dunia iaitu berkenaan Tuhan Yesus Kristus?

Soalan: Apakah yang dibenarkan dan dan yang tidak dalam hubungan seks kepada pasangan Kristian yang telah berkahwin?

Jawapan: Alkitab berkata "Hendaklah kamu semua penuh hormat terhadap perkawinan dan janganlah kamu mencemarkan tempat tidur, sebab orang-orang sundal dan pezinah akan dihakimi Allah"(Ibrani 13:4). Firman Tuhan tidak ada menyebut apa yang boleh atau yang tidak boleh dilakukan pasangan suami isteri secara seksual. Suami isteri diberitahu, ?Janganlah kamu saling menjauhi, kecuali dengan persetujuan bersama untuk sementara waktu? (1 Korintus 7:5a). Ayat ini meletakkan prinsip bagi perhubungan seksual dalam perkahwinan. Apapun yang dilakukan mestilah atas persetujuan bersama. Tidak ada seorangpun yang didorong untuk melakukan sesuatu yang tidak selesa atau yang difikirnya sebagai satu kesalahan bagi dirinya. Sekiranya pasangan suami isteri bersetuju mencuba sesuatu (contohnya seks oral, kedudukan yang berbeza, alat-alat seks, dsb.), maka Alkitab tidak memberi sebab mengapa mereka tidak diperbolehkan.

Namun ada beberapa perkara yang tidak diperbolehkan secara seksual bagi pasangan yang sudah berkahwin. Amalan ?bertukar pasangan? atau ?membawa orang tambahan? (bertiga, berempat, dsb.) adalah perzinahan terang-terangan (Galatia 5:19; Efesus 5:3; Kolose 3:5; 1 Tesalonika 4:3). Perzinahan adalah dosa walaupun pasangan anda mengizinkan, bersetuju atau terlibat dalamnya. Pornografi menarik ?keinginan daging dan keinginan mata? (1 Yohanes 2:16). Oleh sebab itu ianya dikecam. Suami isteri tidak seharusnya membawa pornografi dalam hubungan seks mereka. Selain daripada dua perkara ini, Firman Tuhan tidak ada larangan terhadap pasangan suami isteri tentang bagaimana mereka melayani satu sama lain berdasarkan persetujuan bersama.

Soalan: Adakah seorang isteri harus tunduk kepada suaminya?

Jawapan: Sikap tunduk merupakan isu yang sangat penting dalam perkahwinan. Sebelum dosa masuk ke dalam dunia sudah terdapat prinsip kepimpinan (1 Timotius 2:13). Adam telah dicipta terlebih dahulu dan Hawa diciptakan untuk menjadi ?penolong? (Kejadian 2:18-20). Pada masa yang sama, tidak ada wibawa yang perlu ditaati manusia kecuali kewibawaan Tuhan memandangkan belum ada dosa pada waktu itu. Apabila Adam dan Hawa melanggar perintah Tuhan, dosa masuk ke dalam dunia dan kewibawaan pun diperlukan. Oleh sebab itu Tuhan telah menetapkan kewibaan untuk menguatkuasakan hukum dan memberikan perlindungan yang kita perlukan. Pertama,kita perlu tunduk kepada Tuhan dan ini merupakan satu-satunya jalan untuk benar-benar mentaati-Nya (Yakobus 1:21; 4:7). Dalam 1 Korintus 11:2-3, kita dapati suamii perlu tunduk kepada Kristus sebagaimana Kristus perlu tunduk kepada Tuhan Allah. Ayat itu kemudiannya berkata isteri perlu menuruti teladan tersebut dan tunduk kepada suaminya.

Sikap tunduk merupakan respon semulajadi dalam satu perhubungan cinta kasih. Apabila seorang suami mengasihi isterinya sebagaimana Kristus mengasihi gereja (Efesus 5:25-33), maka sikap tunduk merupakan respon semulajadi seorang isteri terhadap suaminya. Perkataan Yunani yang diterjemah sebagai ?tunduk,? hupotasso, merupakan bentuk berterusan daripada kata perbuatan tersebut. Ini bererti tunduk kepada Tuhan Allah, kerajaan atau terhadap seorang suami. Ianya bukan satu tindakan sekali sahaja melainkan satu tindakan yang berterusan. Ianya berterusan sehingga menjadi corak tingkah laku. Sikap tunduk yang dibincangkan dalam Efesus 5 bukan bersifat ke satu pihak sahaja iaitu terhadap seorang yang mahu menguasai semua perkara dan mementingkan diri sendiri. Sikap tunduk yang Alkitabiah direkabentuk bagi dua orang yang dipenuhi Roh Kudus dan saling tunduk terhadap satu dengan yang lain dan terhadap Tuhan Allah. Sikap tunduk bersifat dua hala. Sikap dan tindakan tunduk merupakan satu kedudukan hormat dan yang sangat lengkap sifatnya. Apabila seorang isteri dikasihi sebagaimana gereja dikasihi oleh Kristus, sikap tunduk bukanlah perkara yang sukar dilakukan. Efesus 5:24 berkata, ?Karena itu sebagaimana jemaat tunduk kepada Kristus, demikian jugalah isteri kepada suami dalam segala sesuatu..? Ayat ini berkata seorang isteri perlu tunduk kepada suaminya dalam segala hal yang baik dan berlandaskan hukum. Oleh yang demikian seorang isteri tidak terikat untuk melanggar hukum atau mengengkari Tuhan atas alasan ?tunduk?.

Matthew Henry Menulis: ?Wanita telah diciptakan dari tulang rusuk Adam. Dia tidak diciptakan daripada kepala untuk memerintah ke atas lelaki, bukan pula diciptakan daripada kaki supaya diinjak-injak oleh lelaki, tetapi daripada sebelah sisinya supaya menjadi setaraf dengan dia, di bawah tangannya untuk dilindungi, dan berhampiran jantungnya untuk dikasihi.? Orang-orang percaya perlu tunduk terhadap satu sama lain dalam takut akan Kristus (Efesus 5:21). Dalam konteksnya, semua yang terdapat dalam Efesus 5:19-33 merupakan akibat daripada dipenuhi dengan Roh. Orang-orang percaya yang dipenuhi Roh menjadi orang-orang yang menyembah (5:19), bersyukur(5:20), dan tunduk (5:21). Paulus melanjutkan pemikirannya tentang kehidupan yang dipenuhi Roh Kudus dan menerapkannya ke dalam perhubungan suami isteri. Seorang isteri perlu tunduk kepada suaminya bukan kerana wanita lebih rendah daripada lelaki tetapi kerana corak yang telah ditentukan oleh Allah supaya perhubungan suami-isteri dapat berfungsi. Sikap tunduk bukan membuatkan seorang isteri menjadi ?tempat pijak dan menyapu kaki? seorang suami. Dengan bantuan Roh Kudus, seorang isteri tunduk kepada suaminya dan seorang suami mengasihi isterinya dengan penuh pengorbanan.