Pertanyaan-pertanyaan tentang keluarga dan peranan ibubapa
Soalan: Apakah yang dikatakan Alkitab tentang menjadi ibubapa yang baik?

Jawapan: Ibubapa boleh menjadi satu usaha yang susah dan mencabar, tetapi pada masa yang sama ia boleh menjadi suatu perkara yang sangat berbaloi dan memuaskan. Alkitab bercakap banyak tentang bagaimana kita dapat membesarkan anak-anak dengan berjaya agar mereka menjadi orang-orang yang beriman. Perkara pertama yang kita perlu lakukan adalah memberitahu mereka tentang kebenaran Firman Tuhan.

Seiring dengan mengasihi Tuhan dan menjadi teladan yang baik dengan jalan berpegang teguh kepada perintah-perintah-Nya, kita pelu mentaati perintah yang terdapat dalam Ulangan 6:7-9 tentang mengajar anak-anak untuk melakukan perkara yang sama. Bahagian Firman Tuhan ini menegaskan satu sifat pengajaran yang berterusan. Ia perlu dijalankan pada setiap waktu di rumah, dalam perjalanan, di malam hari dan di waktu pagi. Kebenaran Alkitabiah perlu menjadi dasar bagi keluarga kita. Dengan menuruti prinsip-prinsip yang terdapat dalam perintah ini, kita mengajar anak-anak kita bahawa penyembahan kepada Tuhan perlu bersifat tetap dan berterusan bukan terhad hanya pada pagi Ahad dan masa-masa berdoa di malam hari.

Walaupun anak-anak kita belajar banyak melalui pengajaran secara langsung, mereka lebih banyak belajar dengan memperhatikan kita. Inilah sebabnya kita perlu berhati-hati dalam semua yang kita lakukan. Pertama sekali kita perlu akui peranan yang Tuhan telah berikan kepada kita. Suami dan isteri perlu saling menghormati dan tunduk terhadap satu sama lain (Efesus 5:21). Pada masa yang sama Tuhan telah menentukan garis wibawa untuk menjaga ketertiban. ?Tetapi aku mau, supaya kamu mengetahui hal ini, yaitu Kepala dari tiap-tiap laki-laki ialah Kristus, kepala dari perempuan ialah laki-laki dan Kepala dari Kristus ialah Allah.? (1 Korintus 11:3). Kita tahu bahawa Kristus bukan lebih kecil daripada Allah, sebagaimana isteri juga bukan lebih rendah daripada suami. Tuhan tahu apabila tidak ada sikap tunduk kepada suatu kewibawaan maka keadaan akan menjadi huru hara. Sebagai kepala rumahtangga, tugas seorang suami adalah untuk mengasihi isterinya sebagaimana dia mengasihi tubuhnya sendiri dalam sikap kasih Kristus yang penuh pengorbanan terhadap gereja-Nya.

Sebagai tindakbalas kepada kepimpinannya yang penuh kasih, tidak sulit bagi seorang isteri untuk tunduk kepada kewibawaan suaminya (Efesus 5:24; Kolose 3:18). Tugas utamanya adalah untuk mengasihi dan menghormati suaminya, hidup dalam hikmat dan kesucian dan mengurus rumahtangganyanya (Titus 2:4-5). Wanita lebih bersifat memelihara berbanding lelaki sebab mereka telah ditentukan untuk menjadi penjaga anak-anak yang utama.

Disiplin dan pengajaran merupakan bahagian penting sebagai ibubapa. Amsal 13:24 berkata, ?Siapa tidak menggunakan tongkat, benci kepada anaknya; tetapi siapa mengasihi anaknya, menghajar dia pada waktunya.? Kanak-kanak yang membesar dalam keluarga yang tidak berdisiplin merasa tidak disayangi dan tidak layak. Mereka tidak mempunyai arah dan penguasaan diri. Apabila membesar mereka memberontak dan tidak menghormati apa juga bentuk wibawa, termasuklah kewibawaan Tuhan. ?Hajarlah anakmu selama ada harapan, tetapi jangan engkau menginginkan kematiannya.? (Amsal 19:18) Pendisiplinan perlu diimbangi dengan kasih, sekiranya tidak anak-anak akan membesar dengan sakit hati, lemah semangat, dan memberontak (Kolose 3:21). Tuhan sedar disiplin itu menyakitkan bila dilaksanakan (Ibrani 12:11), tetapi sekiranya disusuli dengan ajaran yang mengasihi, ia akan sangat menguntungkan seorang anak. ?Dan kamu, bapa-bapa, janganlah bangkitkan amarah di dalam hati anak-anakmu, tetapi didiklah mereka di dalam ajaran dan nasihat Tuhan.? (Efesus 6:4).

Penglibatan anak-anak dalam keluarga dan pelayanan gereja adalah sangat penting ketika mereka masih muda. Tetap menghadiri gereja yang percaya kepada Alkitab (Ibrani 10:25), membiarkan mereka melihat anda menyelidiki Firman Tuhan dan juga mengkajinya bersama mereka. Berbincang dengan mereka keadaan dunia persekitaran sebagaimana mereka melihatnya dan ajarlah mereka tentang kemuliaan Allah melalui kehidupan sehari-hari. ?Didiklah orang muda menurut jalan yang patut baginya, maka pada masa tuanya pun ia tidak akan menyimpang dari pada jalan itu.? (Amsal 22:6) Menjadi ibubapa yang baik adalah soal membesarkan anak-anak yang akan mengikuti teladan anda dalam mentaati dan menyembah Tuhan.

Soalan: Apakah yang dikatakan Alkitab tentang bapa-bapa Kristian?

Jawapan: Hukum terbesar dalam Firman Tuhan adalah ini: ?Kasihilah TUHAN, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap kekuatanmu? (Ulangan 6:5). Dalam ayat 2 kita membaca, ?supaya seumur hidupmu engkau dan anak cucumu takut akan TUHAN, Allahmu, dan berpegang pada segala ketetapan dan perintah-Nya yang kusampaikan kepadamu, dan supaya lanjut umurmu.? Menyusuli Ulangan 6:5, kita membaca, ?Apa yang kuperintahkan kepadamu pada hari ini haruslah engkau perhatikan,haruslah engkau mengajarkannya berulang-ulang kepada anak-anakmu dan membicarakannya apabila engkau duduk di rumahmu, apabila engkau sedang dalam perjalanan, apabila engkau berbaring dan apabila engkau bangun.? (Ay. 6-7).

Sejarah Israel menyatakan bahawa bapa-bapa perlu rajin dalam mengajar anak-anak dalam jalan-jalan dan Firman Tuhan demi pertumbuhan rohani dan kebaikan mereka. Itulah yang dilakukan oleh seorang bapa yang taat kepada perintah Firman. Ini membawa kita kepada Amsal 22:6 yang berkata, ?Didiklah orang muda menurut jalan yang patut baginya, maka pada masa tuanya pun ia tidak akan menyimpang dari pada jalan itu.? Kata ?didik? menunjuk kepada didikan pertama yang diberikan ibubapa kepada seorang anak. Corak didikan yang diberikan adalah menjelaskan kepada anak-anak peraturan hidup yang ditentukan bagi mereka. Memulakan pendidikan awal seorang anak dalam cara ini adalah sangat mustahak.

Efesus 6:4 merupakan rumusan kepada semua arahan kepada seorang bapa. Nasihat ini dinyatakan dari segi positif dan negatif, ?bapa-bapa, janganlah bangkitkan amarah di dalam hati anak-anakmu, tetapi didiklah mereka di dalam ajaran dan nasihat Tuhan.? Bahagian negatif daripada ayat ini menunjukkan bahawa seorang bapa jangan sampai memberikan kesan negatif dalam diri anak-anak melalui kekerasan, ketidakadilan,berat sebelah atau dengan penggunaan wibawa yang tidak masuk akal. Perlakuan kasar, tindakan tidak menentu terhadap seorang anak hanya akan memupuk kejahatan dalam hatinya. Kata-kata ?bangkitkan kemarahan? bererti ?membuat rasa tidak senang, sangat menimbulkan kemarahan, layanan yang salah, atau mengapi-apikan.? Ini dilakukan dengan roh dan cara yang salah?kekerasan, perkara tidak masuk akal, ketegasan yang keterlaluan, kekasaran, tuntutan-tuntutan kejam, larangan-larangan yang tidak perlu, dan ketegasan berdasarkan wibawa kuku besi. Pembangkitan amarah seperti itu akan menghasilkan tindakbalas yang sangat teruk, mematikan perasaan anak-anak, mengurangkan keinginan mereka terhadap kekudusan, dan membuatkan mereka merasa mustahil untuk dapat menyenangkan ibubapa mereka. Ibubapa yang bijaksana berusaha membuatkan ketaatan daripada pihak anak-anak sesuatu yang diingini dan dapat dicapai dengan kasih dan kelemahlembutan.

Bahagian positif Efesus 6:4 dinyatakan dalam arah yang lebih bersifat menyeluruh - ajarkanlah mereka, bangunkan mereka, bentuk tindak tanduk mereka dalam seluruh bahagian hidup dengan ajaran dan nasihat daripada Tuhan. Inilah proses menyeluruh berhubung didikan dan disiplin. Perkataan ?nasihat? bercakap tentang memperingatkan anak-anak tentang kesalahan dan kesilapan (secara membangun) dan tugas-tugas (tanggungjawab) mereka.

Seorang bapa Kristian adalah alat di tangan Tuhan. Keseluruhan proses pengajaran dan pendisiplinan mestilah berdasarkan apa yang diperintah dan dikehendaki Tuhan, supaya kewibawaan-Nya sentiasa berada dalam minda, hati dan nurani kanak-kanak. Seorang bapa tidak harus memperlihatkan dirinya sebagai wibawa terakhir bagi menentukan tanggungjawab dan apa yang benar. Hanya dengan menjadikan Tuhan sebagai Guru dan Penguasa yang di dalam kewibawaan-Nya semua perkara berjalan, maka sasaran pendidikan akan dapat dicapai dengan lebih baik.

Martin Luther berkata, ?Sediakan sebiji epal di samping rotan apabila dia melakukan yang baik.? Disiplin mesti dijalankan dengan pemerhatian penuh hati-hati dan latihan berterusan disertakan banyak berdoa. Mengajar, displin, nasihat berdasarkan Firman Tuhan, memberikan teguran dan dorongan pada masa yang sama merupakan inti kepada ?memberikan nasihat.? Pengajaran-pengajaran datang daripada Tuhan, dipelajari dalam sekolah pengalaman seorang Kristian dan dikelolakan oleh ibubapa?terutamanya oleh si bapa dan oleh si ibu di bawah arahannya. Disiplin Kristian sangat diperlukan bagi membolehkan anak-anak membesar dengan rasa hormat kepada Tuhan, menghormati kewibawaan keluarga, memiliki pengetahuan tentang nilai-nilai seorang Kristian dan penguasaan diri.

?Segala tulisan yang diilhamkan Allah memang bermanfaat untuk mengajar, untuk menyatakan kesalahan, untuk memperbaiki kelakuan dan untuk mendidik orang dalam kebenaran. Dengan demikian tiap-tiap manusia kepunyaan Allah diperlengkapi untuk setiap perbuatan baik? (2 Timotius 3:16-17). Satu tanggungjawab utama setiap bapa adalah untuk membiasakan anak-anak dengan Firman Tuhan.Kaedah dan pendekatan yang digunakan bapa-bapa dalam mendidik anak-anak tidak sama. Apabila seorang ayah setia dalam memberikan teladan,maka apa yang dipelajari anak-anak tentang Tuhan akan membuat mereka mendapat tempat berpijak yang baik dalam hidup di atas muka bumi ini, dalam apa juga yang mereka lakukan atau ke manapun mereka pergi.

Soalan: Apakah yang dikatakan Alkitab tentang seorang ibu Kristian?

Jawapan: Menjadi seorang ibu merupakan peranan sangat penting yang dipilih Tuhan untuk diberikan kepada ramai wanita. Seorang ibu Kristian diarahkan untuk mengasihi anak-anaknya (Titus 2:4-5) supaya jangan sampai nama Tuhan dan Penyelamat dihujat orang.

Anak-anak merupakan pemberian Tuhan (Mazmur 127:3-5). Dalam Titus 2:4, perkataan Yunani phileoteknos muncul sebagai merujuk kepada ibu-ibu yang mengasihi anak-anak mereka. Perkataan ini bercakap tentang sejenis ?kasih ibu? yang istimewa. Perkataan itu memberi pengertian tentang memperhatikan anak-anak, memupuk, memeluk dengan sepenuh perasaan, memberikan keperluan dan menjadi sahabat lemah lembut kepada setiap anak yang merupakan pemberian unik daripada Tuhan.

Ada beberapa perkara yang diperintahkan dalam Firman Tuhan tentang ibu-ibu Kristian:

Kelapangan masa ? pagi, tengahari, dan malam (Ulangan 6:6-7)

Penglibatan ? berinteraksi, berbincang, berfikir, dan memproses kehidupan bersama-sama (Efesus 6:4)

Mengajar ? Firman Tuhan dan sudut pandangan Alkitabiah tentang dunia (Mazmur 78:5-6; Ulangan 4:10; Efesus 6:4)

Melatih ? membantu seorang anak membentuk kemahiran dan menemukan kekuatannya (Amsal 22:6) dan kurniaan-kurniaan rohani (Roma 12:3-8 dan 1 Korintus 12)

Disiplin ? mengajar tentang takut akan Tuhan, menetapkan sempadan benar-salah, boleh-tidak boleh secara konsisten, pengasih, bertegas (Efesus 6:4; Ibrani 12:5-11; Amsal 13:24; 19:18; 22:15; 23:13-14; 29:15-17)

Memupuk ? memberikan suasana sokongan lisan yang berterusan, kebebasan untuk berbuat kesilapan dan gagal, penerimaan, perasaan kasih sayang, kasih yang tidak bersyarat (Titus 2:4; 2 Timotius 1:7; Efesus 4:29-32; 5:1-2; Galatia 5:22; 1 Peter 3:8-9).

Teladan dengan ketulusan ? melakukan apa yang anda katakan. Menjadi teladan yang dapat dipelajari seorang anak dengan membantu anak ?menangkap? inti kepada kehidupan yang beriman (Ulangan 4:9, 15, 23; Amsal 10:9; 11:3; Mazmur 37:18, 37).

Alkitab tidak pernah berkata bahawa setiap wanita harus menjadi seorang ibu. Bagaimanapun Alkitab berkata kepada sesiapa yang telah diberkati Tuhan untuk menjadi seorang ibu, haruslah mengambil tanggungjaawab itu dengan serius. Ibu-ibu mempunyai peranan unik dan sangat penting dalam kehidupan anak-anak mereka. Menjadi ibu bukan satu rutin atau kerja yang tidak menyenangkan. Sebagaimana seorang ibu membawa anak sewaktu mengandung, menjaga dan memelihara anak sewaktu masih bayi, maka ibu-ibu akan terus memainkan peranan yang berterusan dalam kehidupan anak-anak mereka, samada sewaktu remaja, belasan tahun, pemuda-pemudi, ataupun orang dewasa yang sudah mempunyai anak-anak mereka sendiri. Peranan ibu berubah dan berkembang, namun kasih, pemeliharaan, pemupukan, dan dorongan seorang ibu tidak akan pernah berakhir.

Soalan: Bagaimanakah orang-orang Krsitian harus mendisiplinkan anak-anak mereka? Apakah yang dikatakan Alkitab?

Jawapan: Memang sangat sulit untuk mempelajari cara-cara untuk mendisiplinkan anak-anak, tetapi perkara ini amat penting. Beberapa orang berkata cara pendisiplinan contohnya merotan, sebagai satu-satunya cara yang dipersetujui oleh Alkitab. Orang lain menegaskan jenis hukuman yang tidak melibatkan sentuhan fizikal sebagai lebih berkesan. Apakah yang dikatakan oleh Alkitab? Alkitab mengajar disiplin fizikal itu bersesuaian, menguntungkan dan diperlukan.

Jangan salah faham?kami sama sekali tidak menyokong penderaan kanak-kanak. Seorang anak tidak boleh diberi tindakan disiplin secara fizikal sehingga mengakibatkan kecedaraan fizikal. Namun menurut Alkitab, pendisiplinan fizikal yang bertepatan dan terkawal ke atas anak-anak merupakan satu perkara yang baik dan menyumbang kepada pembentukan sihat seorang anak.

Banyak ayat Firman Tuhan yang menyokong pendisiplinan fizikal. ?Jangan menolak didikan dari anakmu ia tidak akan mati kalau engkau memukulnya dengan rotan. Engkau memukulnya dengan rotan, tetapi engkau menyelamatkan nyawanya dari dunia orang mati.? (Amsal 23:13-14; lihat juga 13:24; 22:15; 20:30). Alkitab sangat menegaskan kepentingan disiplin; ianya sesuatu yang mesti ada pada semua kita sekiranya kita mahu menjadi orang-orang yang produktif dan ianya mudah dipelajari ketika kita masih muda. Kanak-kanak yang tidak didisiplinkan biasanya akan membesar menjadi seorang pemberontak, tidak mempunyai rasa hormat terhadap peraturan dan undang-undang dan akibat daripada itu sukar untuk mentaati dan mengikuti Tuhan dengan rela hati. Tuhan sendiri sering menggunakan disiplin untuk memperbetulkan kita, menuntun kita di jalan yang benar dan mendorong kita untuk bertaubat daripada perbuatan-perbuatan kita yang salah (Mazmur 94:12; Amsal 1:7; 6:23; 12:1; 13:1; 15:5; IYesaya 38:16; Ibrani 12:9).

Ibubapa perlu memahami nasihat Firman Tuhan berhubung pendisiplinan untuk dapat menerapkannya dengan betul menurut prinsip-prinsip yang diajarkan oleh Alkitab. Kitab Amsal mengandungi banyak sekali nasihat tentang mendidik dan membesarkan anak-anak contohnya, ?Tongkat dan teguran mendatangkan hikmat, tetapi anak yang dibiarkan mempermalukan ibunya.? (Amsal 29:15). Ayat ini menggariskan akibat apabila anak-anak tidak didisiplinkan iaitu ibubapa akan mendapat malu. Pendisiplanan mestilah digunakan untuk kebaikan anak dan tidak boleh digunakan untuk membenarkan penderaan dan layanan buruk terhadap anak. Kita sama sekali jangan menggunakannya untuk melampiaskan kemarahan dan kekecewaan kita.

Disiplin digunakan untuk memperbetul dan melatih orang untuk berjalan di jalan yang betul. ?Memang tiap-tiap ganjaran pada waktu ia diberikan tidak mendatangkan sukacita, tetapi dukacita. Tetapi kemudian ia menghasilkan buah kebenaran yang memberikan damai kepada mereka yang dilatih olehnya.? (Ibrani 12:11). Pendisiplinan Tuhan itu mengasihi, demikian juga seharusnya di antara ibubapa dan anak. Pendisiplinan fizikal tidak boleh digunakan sehingga menyebabkan kecederaan dan kesakitan yang berpanjangan. Pendisipilinan fizikal haruslah sentiasa disusuli dengan menghiburkan dan meyakinkan anak-anak bahawa dia sangat disayani. Inilah masa yang paling sesuai untuk mengajar anak-anak tentang Tuhan yang mendisiplinkan orang kerana kasih-Nya kepada kita, dan selaku ibubapa itulah yang kita lakukan terhadap anak-anak kita.

Dapatkah pendisiplinan dalam bentuk lain seperti ?penggantungan? digunapakai dan bukannya pendisiplinan jasmani? Beberapa orang ibubapa mendapati anak-anak mereka tidak memberi respon yang baik kepada pendisiplinan fizikal. Mereka mendapati ?penggantungan?, larangan atau mengambil/menjauhkan sesuatu daripada anak-anak adalah lebih berkesan dalam mendorong perubahan tingkah laku pada diri anak-anak. Sekiranya demikian, maka ibubapa dipersilakan untuk menggunakan kaedah yang terbaik yang diperlukan untuk mengubah perilaku anak-anak. Sementara tidak dapat dinafikan bahawa Alkitab menyokong pendisiplinan fizikal, sebenarnya Alkitab lebih mementingkan sasaran pendisiplinan iru sendiri iaitu pembentukan perwatakan yang baik dan bukannya kaedah yang digunakan untuk mencapai sasaran tersebut.

Perkara menjadi semakin rumit apabila pihak pemerintah mula mengklasifikasikan semua bentuk pendisiplinan fizikal sebagai penderaan kanak-kanak. Ramai ibubapa tidak merotan anak-anak mereka kerana takut akan dilaporkan kepada pihak pemerintah dan menghadapi risiko anak mereka diambil daripada mereka. Apakah yang perlu dilakukan pihak ibubapa apabila pemerintah menjadikan pendisiplinan fizikal satu kesalahan di sisi undang-undang? Menurut Roma 13:1-7, ibubapa perlu tunduk kepada pemerintah. Sesebuah kerajaan tidak boleh bercanggah dengan Firman Tuhan, dan secara Alkitabiah pendisiplinan fizikal dilakukan untuk kebaikan anak-anak. Bagaimanapun memelihara anak-anak dalam keluarga di mana mereka menerima sedikit bentuk pendisiplinan adalah jauh lebih baik berbanding kehilangan anak-anak kepada ?penjagaan? pihak kerajaan.

Dalam Efesus 6:4, bapa-bapa diberitahu agar jangan menimbulkan kemarahan di dalam hati anak-anak mereka. Sebaliknya mereka perlu mendidik mereka dalam ajaran dan nasihat Tuhan. Membesarkan anak-anak ?dalam ajaran dan nasihat Tuhan? melibatkan pendisiplinan fizikal terkawal bermotifkan kasih dan bertujuan untuk memperbaiki.

Soalan: Apakah yang harus dilakukan ibubapa Kristian sekiranya mereka mempunyai anak lelaki (atau anak perempuan) yang hilang?

Jawapan: Terdapat prinsip-prinsip tersirat dalam cerita anak yang hilang (Lukas 15: 11-32) yang dapat digunapakai oleh ibubapa dalam menghadapi anak-anak yang berjalan bertentangan dengan ajaran yang telah membesarkan mereka. Ibubapa perlu ingat apabila anak-anak yang telah mencapai tahap dewasa, bukan lagi di bawah kuasa mereka.

Dalam cerita anak yang hilang, anak bongsu mengambil harta warisannya dan pergi ke sebuah negara yang jauh dan menghabiskannya di sana. Dalam kasus anak yang bukan seorang percaya dan belum dilahirkan kembali, perkara ini adalah perkara yang biasa akan berlaku. Dalam kasus anak yang pernah membuat pengakuan iman dalam Kristus, kita menyebut anak ini sebagai ?anak yang hilang.? Pengertian kepada sebutan ?anak yang hilang? adalah seorang yang telah memboroskan semua yang ada pada dia,? dan merupakan suatu penjelasan yang baik tentang seorang anak yang telah meninggalkan rumah dan memboroskan semua warisan rohani yang ibubapanya telah laburkan di dalam dia. Semua tahun-tahun pembentukan, pengajaran, kasih dan perhatian dilupakan begitu saja apabila anak ini memberontak terhadap Tuhan. Semua pemberontakan dilakukan terhadap Tuhan terlebih dahulu dan dinyatakan dalam bentuk pemberontakan terhadap ibubapa dan kewibawaan mereka.

Perhatikan sang bapa dalam perumpamaan ini tidak melarang anaknya daripada pergi meninggalkan rumah. Dia juga tidak mengekori anaknya untuk melindunginya. Melainkan bapa ini dengan setia tinggal di rumah dan berdoa. Apabila anak itu sedar akan perbuatannya dan berpaling kembali, bapa sedang menunggu dan melihat kepulangannya. Bapa ini berlari pergi menyambut anak itu walaupun anak itu masih jauh lagi.

Apabila anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan kita pergi atas kemahuan mereka sendiri ?dengan andaian mereka sudah cukup umur untuk berbuat demikian? dan membuat pilihan hidup yang kita tahu akan membawa akibat buruk, ibubapa mesti melepaskan dan membiarkan mereka. Ibubapa tidak mengekori dan tidak campurtangan dengan akibat yang akan berlaku. Ibubapa terus tinggal di rumah dan terus berdoa dan melihat tanda-tanda pertaubatan dan perubahan arah dalam kehidupan anak mereka yang hilang. Sehingga itu berlaku, ibubapa bertetap pada nasihat mereka, jangan sokong pemberontakan itu dan jangan campurtangan (1 Petrus 4:15).

Apabila anak-anak sudah dewasa mereka tertakluk hanya kepada kewibawaan Tuhan dan wibawa yang telah dipercayakan kepada kerajaan (Roma 13: 1-7). Sebagai ibubapa kita dapat menyokong anak-anak kita yang hilang dengan kasih, doa dan bersedia untuk berdiri di sisi mereka apabila mereka mula datang kepada Tuhan. Tuhan sering menggunakan masalah akibat kesalahan sendiri untuk memberikan hikmat kepada kita dan terpulanglah kepada setiap individu untuk membuat tindakbalas yang tepat. Kita sebagai ibubapa tidak dapat menyelamatkan anak-anak kita, hanya Tuhan yang dapat melakukan perkara itu. Sehingga hari itu tiba, kita mesti melihat, berdoa dan menyerahkan perkara itu ke dalam tangan Tuhan. Ini satu proses yang menyakitkan, tetapi apabila diterapkan secara Alkitabiah, ia akan memberi ketenangan minda dan hati. Hanya Tuhan yang dapat menghakimi anak-anak kita, bukannya kita. Dalam perkara ini terdapat satu penghiburan yang besar: ?Masakan Hakim segenap bumi tidak menghukum dengan adil?? (Kejadian 18:25b).

Soalan: Apakah yang dikatakan Alkitab tentang perancang keluarga? Haruskah orang Kristian mengamal perancang keluarga?

Jawapan: Manusia diperintahkan Tuhan supaya ?berkembang biak dan bertambah banyak? (Kejadian 1:28). Perkahwinan telah ditentukan Tuhan sebagai suasana stabil untuk menghasil dan membesarkan anak-anak. Malangnya sekarang ini kanak-kanak sering dipandang sebagai gangguan dan beban. Mereka menjadi penghalang kepada laluan kerjaya dan sasaran kewangan dan menjadi perosak gaya hidup kepada banyak orang secara sosial. Penggunaan perancang keluarga seringkali berpusatkan kepada sifat mementingkan diri yang seperti itu.

Berlawanan dengan sifat penting diri di sebalik beberapa penggunaan perancang keluarga, Alkitab mengatakan bahawa anak-anak merupakan pemberian daripada Tuhan (Kejadian 4:1; Kejadian 33:5). Anak-anak adalah milik pusaka daripada Tuhan (Mazmur 127:3-5). Anak-anak adalah berkat daripada Tuhan (Lukas 1:42). Anak-anak adalah mahkota kepada orang-orang tua (Amsal 17:6). Tuhan memberkati perempuan-perempuan mandul dengan anak-anak (Mazmur 113:9; Kejadian 21:1-3; 25:21-22; 30:1-2; 1 Samuel 1:6-8; Lukas 1:7, 24-25). Tuhan membentuk anak-anak dalam kandungan (Mazmur 139:13-16). Tuhan mengenal anak-anak sebelum mereka dilahirkan (Yeremia 1:5; Galatia 1:15).

Ayat Firman yang terdekat untuk mengatakan Tuhan mengecam perancang keluarga terdapat dalam Kejadian 38 iaitu peristiwa tentang anak-anak lelaki Yehuda Er dan Onan. Er telah mengahwini seorang perempuan bernama Tamar, tetapi Tuhan telah membunuhnya sebab ia terlalu jahat dan meninggalkan Tamar tanpa suami ataupun anak-anak. Tamar kemudian dikahwinkan kepada saudara lelaki Er yang bernama Onan menurut peraturan orang Lewi yang terdapat dalam Ulangan 25:5-6. Onan tidak mahu membahagikan hartanya dengan mana-mana anak yang akan dihasilkan bagi pihak saudara lelakinya, oleh itu dia telah menggunakan kaedah perancang keluarga yang tertua iaitu dengan mencabut keluar. Kejadian 38:10 says, ?Tetapi yang dilakukannya itu adalah jahat di mata TUHAN, maka TUHAN membunuh dia juga.? Onan telah didorong oleh sikap mementingkan diri: dia menggunakan Tamar untuk nikmat peribadinya, tetapi enggan melaksanakan tanggungjawab dalam memberikan keturunan kepada saudara lelakinya yang telah meninggal dunia. Ayat ini sering digunakan sebagai bukti untuk mengatakan Tuhan tidak bersetuju dengan penggunaan perancang keluarga. Bagaimanapun Tuhan telah membunuh Onan bukan disebabkan oleh tindakannya mengelak kehamilan melainkan oleh sikap dan dorongan mementingkan diri sendiri di sebalik tindakannya itu.

Sangat penting untuk memandang anak-anak kita sebagaimana Tuhan memandang mereka, bukan dengan cara yang dikatakan dunia kepada kita. Dalam berkata demikian, Alkitab tidak mencegah perancang keluarga. Definisi perancang keluarga adalah berlawanan dengan penghamilan. Samada betul atau salah bukan ditentukan oleh tindakan menghalang kehamilan itu. Kita dapat belajar daripada peristiwa Onan bahawa sikap di sebalik menghalang kehamilan itulah yang akan menentukan samada benar atau salah. Sekiranya sepasang suami isteri menghalang kehamilan supaya mereka akan mempunyai lebih banyak wang untuk diri mereka sendiri maka tindakan itu adalah salah. Sekiranya sepasang suami isteri mengamalkan perancang keluarga untuk melambatkan kedatangan anak-anak untuk sementara waktu sehingga mereka menjadi lebih matang dan lebih bersedia secara kewangan dan rohani maka perancang keluarga dapat digunakan untuk seketika waktu. Semuanya berbalik kepada apa yang mendorong kepada tindakan kita.

Alkitab sentiasa berkata mempunyai anak-anak sebagai sesuatu yang baik. Alkitab ?menjangka? suami dan isteri akan mempunyai anak-anak. Ketidakmampuan mendapatkan anak-anak dikatakan sebagai suatu perkara yang kurang baik dalam Alkitab. Tidak ada seorang pun dalam Alkitab pernah berkata tidak inginkan anak-anak. Pada masa yang sama kita tidak dapat membahas berdasarkan Alkita dengan jelas bahawa adalah menjadi suatu kesalahan untuk mengamalkan perancang keluarga. Semua pasangan yang telah berkahwin harus mencari kehendak Tuhan berhubung bila mereka perlu mencuba untuk mendapatkan anak-anak dan berapa ramai yang mereka inginkan.