Pertanyaan-pertanyaan tentang pengajaran palsu
Soalan: Apakah ateisme?

Jawapan: Ateisme adalah pandangan yang mengatakan Tuhan tidak wujud. Ateisme bukanlah satu perkembangan yang baru. Mazmur 14:1 yang ditulis oleh Daud sekitar tahun 1000 S.M. berkata tentang ateisme: ?Orang bebal berkata dalam hatinya: "Tidak ada Allah.?? Perangkaan terbaru menunjukkan pertambahan pada jumlah orang yang mengaku sebagai ateis mencecah 10% di seluruh dunia. Mengapakah semakin ramai orang menjadi ateis?Adakah ateisme merupakan pandangan yang paling masuk akal seperti yang dituntut golongan ateis?

Mengapa ateisme ini boleh wujud? Mengapakah Tuhan tidak menyatakan diri-Nya kepada orang ramai untuk membuktikan kewujudan-Nya? Kita sering berfikir sekiranya Tuhan menampakkan diri-Nya sudah pasti semua orang akan percaya kepada-Nya! Masalahnya bukan kehendak Tuhan untuk hanya meyakinkan orang tentang kewujudan-Nya. Tuhan mengkehendaki supaya orang-orang mempercayai-Nya dengan iman (2 Petrus 3:9) dan menerima juga dengan iman pemberian keselamatan daripada-Nya (Yohanes 3:16). Tuhan telah menyatakan kewujudan-Nya berkali-kali dalam Perjanjian Lama (Kejadian 6-9; Keluaran 14:21-22; 1 Raja-Raja 18:19-31). Adakah orang-orang pada masa itu percaya kepada kewujudan Tuhan? Ya. Adakah mereka berpaling daripada jalan-jalan mereka yang jahat dan mentaati Tuhan? Tidak. Sekiranya seseorang tidak bersedia menerima kewujudan Tuhan dengan iman, maka orang itu pasti tidak akan bersedia untuk menerima Yesus Kristus dengan iman (Efesus 2:8-9). Tuhan mengkehendaki agar orang-orang menjadi pengikut-pengikut-Nya dan bukan setakat percaya kepada kewujudan-Nya.

Alkitab berkata kewujudan Tuhan mestilah diterima dengan iman. Ibrani 11:6 berkata, ?Tetapi tanpa iman tidak mungkin orang berkenan kepada Allah. Sebab barangsiapa berpaling kepada Allah, ia harus percaya bahwa Allah ada dan bahwa Allah memberi upah kepada orang yang sungguh-sungguh mencari Dia.? Alkitab memperingatkan bahawa kita diberkati apabila mempercayai dan berpegang pada Tuhan dengan iman: "Karena engkau telah melihat Aku, maka engkau percaya. Berbahagialah mereka yang tidak melihat, namun percaya.? (Yohanes 20:29).

Kewujudan Tuhan mestilah diterima dengan iman, tetapi ini bukan bererti kepercayaan kepada Tuhan itu sesuatu yang tidak masuk akal. Terdapat banyak hujah yang baik untuk menyokong kewujudan Allah. Alkitab mengajarkan bahawa kewujudan Tuhan dapat dilihat dengan sangat jelas di alam semesta (Mazmur 19:1-4) dalam alam semulajadi (Roma 1:18-22) dan di dalam hati kita (Pengkhotbah 3:11). Dengan semua yang diperkatakan ini kewujudan Tuhan masih tidak dapat dibuktikan sebab ia mestilah diterima dengan iman.

Pada masa yang sama ateisme juga menuntut iman. Apabila seseorang membuat satu kenyataan mutlak seperti ?Tuhan tidak wujud? itu adalah pengakuan bahawa ia sudah mengetahui semua yang perlu diketahui tentang segala sesuatu dan telah berada di serata alam semesta dan telah melihat semua yang dapat dilihat. Tentu saja tidak akan ada orang-orang ateis yang akan membuat pengakuan sebegitu. Bagaimanapun itulah sebenarnya yang mereka tuntut dan akui apabila mereka membuat kenyataan bahawa Tuhan benar-benar tidak wujud. Orang-orang ateis tidak dapat membuktikan yang Tuhan bukan tinggal di pusat matahari atau di bawah awan planet Musytari atau disebuah nebula yang jauh sekali dari bumi. Memandangkan tempat-tempat ini berada di luar kemampuan kita untuk menyelidikinya, maka tidak dapat dibuktikan bahawa Tuhan itu tidak wujud. Ianya menuntut sebanyak iman untuk menjadi seorang ateis sebagaimana yang dituntut untuk menjadi seorang yang percaya kepada kewujudan Tuhan.

Ateisme tidak dapat dibuktikan dan kewujudan Allah harus diterima dengan iman. Jelas sekali orang-orang Kristian sangat percaya kepada kewujudan Tuhan dan mengaku kewujudan Tuhan sebagai perkara keimanan. Pada masa yang sama kita menolak pendapat yang berkata kepercayaan kepada Tuhan sebagai tidak masuk akal. Kita percaya kewujudan Tuhan dapat dilihat dengan jelas, dirasai dan dapat dibuktikan secara filsafat dan secara saintifik bila diperlukan. ? Langit menceritakan kemuliaan Allah, dan cakrawala memberitakan pekerjaan tangan-Nya;hari meneruskan berita itu kepada hari, dan malam menyampaikan pengetahuan itu kepada malam.Tidak ada berita dan tidak ada kata, suara mereka tidak terdengar.? (Mazmur 19:2-4).

Soalan: Apakah agnostisisme?

Jawapan: Agnostisisme merupakan pandangan yang berkata kewujudan Tuhan mustahil untuk diketahui atau dibuktikan. Perkataan ?agnostik? bererti ?tanpa pengetahuan.? Agnostisisme merupakan satu bentuk ateisme yang bersifat intelek. Ateisme mengatakan Tuhan tidak wujud. Kedudukan ateisme tidak dapat dibuktikan. Agnostik berkeras berkata kewujudan Tuhan tidak dapat dibuktikan atau dibuktikan palsu dan mustahil untuk kita mengetahui samada Tuhan wujud ataupun tidak. Dalam hal ini pendapat orang-orang agnostik adalah benar. Kewujudan Tuhan tidak dapat dibuktikan atau dibuktikan palsu berdasarkan pemerhatian dan ujikaji.

Alkitab berkata kita perlu menerima kewujudan Tuhan dengan iman. Ibrani 11:6 berkata ?tanpa iman tidak mungkin orang berkenan kepada Allah. Sebab barangsiapa berpaling kepada Allah, ia harus percaya bahwa Allah ada, dan bahwa Allah memberi upah kepada orang yang sungguh-sungguh mencari Dia.? Allah adalah roh (Yohanes 4:24) oleh sebab itu Dia tidak dapat dilihat atau disentuh. Kita tidak dapat melihat Tuhan Kecuali Dia memilih untuk menyatakan diri-Nya(Roma 1:20). Alkitab mengisytiharkan bahawa kewujudan Tuhan dapat dilihat dengan jelas dalam alam semesta ini (Mazmur 19:1-4), dapat dirasakan dalam alam semulajadi(Roma 1:18-22) dan dipastikan di dalam hati kita (Pengkhotbah 3:11).

Orang-orang agnostik tidak bersedia membuat keputusan samada menyokong atau membantah kewujudan Tuhan. Mereka berdiri di atas pagar. Golongan teisme percaya kepada kewujudan Tuhan. Ateisme percaya Tuhan tidak wujud. Orang-orang agnostik berpendapat bahawa kita tidak harus percaya kepada kewujudan Tuhan atau percaya kepada ketidakwujudan Tuhan sebab mustahil untuk mengetahui tentang kedua-duanya.

Demi perbincangan, mari ketepikan bukti-bukti jelas dan yang tidak dapat disangkal berhubung kewujudan Tuhan. Sekiranya kita meletakkan kedudukan fahaman ketuhanan golongan teisme dan agnostik pada dasar sama rata, yang mana satukah paling ?masuk akal? untuk dipercayai berhubung adanya kehidupan selepas kematian? Sekiranya Tuhan tidak wujud, golongan teisme dan agnostic akan lenyap begitu sahaja apabila mereka meninggal dunia. Sekiranya Tuhan itu wujud, golongan teisme dan agnostik sama-sama akan mempertanggungjawabkan hidup mereka kepada satu Peribadi. Dari sudut ini, jelas sekali bahawa lebih masuk akal untuk tergolong dalam golongan teisme berbanding agnostik. Jika kedua-dua kedudukan tidak dapat dibukti atau dibuktikan palsu, ia kelihatan bijaksana membuatkan setiap usaha untuk betul-betul memeriksa kedudukan yang bersifat infiniti dan kekal pada kesan akhirnya.

Mempunyai keragu-raguan adalah normal. Terdapat banyak perkara dalam dunia ini yang kita tidak mengerti. Seringkali manusia meragui kewujudan Tuhan sebab tidak mengerti atau bersetuju dengan perkara-perkara yang Dia lakukan atau benarkan. Bagaimanapun sebagai manusia yang terbatas, kita tidak boleh berfikir akan dapat memahami Tuhan Allah yang tidak terbatas. Roma 11:33-34 berseru, ?O, alangkah dalamnya kekayaan, hikmat dan pengetahuan Allah! Sungguh tak terselidiki keputusan-keputusan-Nya dan sungguh tak terselami jalan-jalan-Nya! Sebab, siapakah yang mengetahui pikiran Tuhan? Atau siapakah yang pernah menjadi penasihat-Nya??? Kita harus percaya Tuhan dengan iman dan berpegang pada jalan-jalan-Nya dengan iman. Tuhan bersedia dan mahu menyatakan diri-Nya dalam cara yang luarbiasa kepada mereka yang mahu percaya kepada-Nya. Ulangan 4:29 berkata, ?Dan baru di sana engkau mencari TUHAN, Allahmu, dan menemukan-Nya, asal engkau menanyakan Dia dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu.?

Soalan: Adakah universalisme/keselamatan sejagat itu Alkitabiah?

Jawapan: Universalisme adalah kepercayaan yang mengatakan semua orang akan diselamatkan. Terdapat ramai orang yang berpegang kepada universalisme dan percaya semua orang akhirnya akan masuk ke syurga. Mungkin gambaran dalam fikiran tentang manusia yang menderita sengsara dalam neraka telah menyebabkan ramai orang menolak pengajaran Alkitab berhubung isu ini. Bagi beberapa orang universalisme merupakan penekanan yang berlebihan terhadap kasih dan kemurahan hati Tuhan namun mengabaikan kebenaran dan keadilan Allah sehingga menyebabkan mereka percaya Tuhan akan mengasihi dan bermurah hati terhadap semua orang. Tetapi Alkitab jelas mengajar bahawa ada orang yang akan menjalani kekekalan di dalam neraka.

Pertama sekali, Alkitab dengan jelas mengatakan jiwa-jiwa yang belum ditebus Tuhan akan diam selama-lamanya dalam neraka. Kata-kata Yesus sendiri meneguhkan tempoh yang dijalani orang-orang yang telah ditebus dalam syurga adalah sama dengan masa yang dijalani oleh orang-orang yang tidak ditebus dalam neraka. Matius 25:46 berkata, ?Dan mereka ini akan masuk ke tempat siksaan yang kekal, tetapi orang benar ke dalam hidup yang kekal.? Menurut ayat ini penghukuman bagi orang yang tidak diselamatkan juga bersifat kekal sama seperti kehidupan yang dinikmati orang-orang benar. Beberapa orang mempercayai mereka yang berada dalam neraka akan lenyap suatu masa nanti, tetapi Tuhan sendiri meneguhkan bahawa ianya kekal selama-lamanya. Matius 25:41 dan Markus 9:44 menggambarkan neraka sebagai ?api kekal? dan ?api yang tidak terpadamkan.?

Bagaimanakah seseorang dapat mengelak api yang tidak terpadamkan ini? Ramai orang percaya setiap jalan (semua agama dan kepercayaan) menuju ke syurga. Mereka berkata Tuhan itu sebagai penuh dan berkelimpahan dengan kasih dan kemurahan sehingga membenarkan semua orang masuk ke syurga. Tuhan itu memang penuh kasih dan kemurahan dan kualiti inilah yang telah menyebabkan Dia mengutus Anak-Nya Yesus Kristus ke dalam dunia untuk mati di salib bagi kita. Yesus Kristus merupakan satu-satunya jalan menuju kekekalan dalam syurga. Kisah 4:12 berkata, ?Dan keselamatan tidak ada di dalam siapa pun juga selain di dalam Dia, sebab di bawah kolong langit ini tidak ada nama lain yang diberikan kepada manusia yang olehnya kita dapat diselamatkan.? ?Karena Allah itu esa dan esa pula Dia yang menjadi pengantara antara Allah dan manusia, yaitu manusia Kristus Yesus? (1 Timotius 2:5). Dalam Yohanes 14:6 Yesus berkata, ?Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku.? Yohanes 3:16, ?Karena begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal.? Sekiranya kita memilih untuk menolak Anak Tunggal Allah, maka syarat untuk kita menerima keselamatan tidaklah mencukupi (Yohanes 3:16, 18, 36).

Dengan ayat-ayat ini, maka jelas bahawa universalisme dan keselamatan sejagat sebagai kepercayaan yang tidak Alkitabiah. Universalisme bertentangan dengan apa yang diajarkan oleh Alkitab. Ramai orang menuduh orang Kristian sebagai tidak bertoleransi dan ?bersifat eksklusif?, tetapi penting untuk diingati bahawa ini adalah perkataan Kristus sendiri. Pandangan ini bukan telah dibuat-buat oleh orang-orang Kristian. Orang-orang Kristian hanya menyatakan apa yang telah dikatakan oleh Tuhan. Manusia menolak mesej tersebut sebab mereka tidak mahu berhadapan dengan dosa mereka dan mengaku bahawa mereka memerlukan Tuhan untuk menyelamatkan mereka. Orang yang berkata akan ada keselamatan bagi mereka yang menolak keselamatan yang disediakan dalam Yesus Kristus memperkecil-kecilkan kekudusan dan keadilan Tuhan serta menafikan keperluan akan pengorbanan Kristus bagi pihak kita.

Soalan: Adakah teori penghapusan itu Alkitabiah?

Jawapan: Teori penghapusan merupakan kepercayaan yang berkata orang-orang yang tidak percaya tidak akan mengalami penderitaan kekal dalam neraka, melainkan mereka akan ?dihapuskan? selepas mereka meninggal dunia. Bagi ramai orang, pandangan teori penghapusan sangat menarik sebab kedasyatan memikirkan tentang orang-orang yang menderita kekal selama-lamanya dalam neraka. Walaupun terdapat beberapa bahagian Firman Tuhan yang kelihatannya bercakap tentang teori penghapusan, satu pandangan yang komprehensif terhadap apa yang dikatakan Alkitab tentang destinasi orang-orang berdosa menyatakan bahawa penghukuman orang-orang berdosa dalam neraka itu memang bersifat kekal. Kepercayaan teori penghapusan telah diakibatkan oleh salah faham terhadap beberapa pengajaran yang berikut ini: 1) Akibat-akibat dosa 2) keadilan Allah 3) sifat neraka.

Bercakap tentang sifat neraka, golongan teori penghapusan mempunyai pengertian yang salah tentang tentang lautan api. Sekiranya seseorang dibuang ke dalam lahar, jelas sekali orang itu akan hapus serta merta. Bagaimanapun lautan api merupakan suatu tempat fizikal dan rohani. Manusia akan dibuang ke dalam api bukan hanya secara tubuh, tetapi juga bersama jiwa dan rohnya. Sesuatu yang bersifat rohani tidak dapat dihapuskan oleh api. Orang-orang yang tidak diselamatkan juga akan dibangkitkan dengan tubuh yang disediakan untuk kekekalan sama seperti orang-orang yang telah diselamatkan (Wahyu 20:13; Kisah 24:15). Tubuh-tubuh ini disediakan untuk nasib kekal mereka.

Kekekalan juga merupakan salah satu apek yang gagal dimengerti sepenuhnya oleh golongan yang berpegang pada teori penghapusan. Golongan ini bercakap benar apabila mereka mengatakan perkataan Yunani ?aionion? yang biasa diterjemahkan sebagai ?kekal? secara definisinya bukan bererti ?kekal.? Ianya secara khusus merujuk kepada satu ?umur? atau ?kurun?, iaitu satu jangkasa waktu yang tertentu. Bagaimanapun, dalam Perjanjian Baru jelas sekali bahawa ?aionion? digunakan untuk merujuk kepada masa kekal. Wahyu 20:10 bercakap tentang Iblis, binatang itu, dan nabi palsu dibuang ke dalam lautan api dan disiksa ?siang dan malam selama-lamanya?. Jelas sekali mereka bertiga tidak dihapuskan dengan pembuangan ke dalam lautan api. Mengapa pula nasib orang-orang yang belum diselamatkan akan berbeza?(Wahyu 20:14-15) Bukti yang sangat meyakinkan tentang kekekalan syurga adalah Matius 25: 46, ?Dan mereka ini akan masuk ke tempat siksaan yang kekal, tetapi orang benar ke dalam hidup yang kekal.? Dalam ayat ini perkataan Yunani yang sama digunakan untuk menyatakan destinasi orang berdosa dan orang benar. Sekiranya orang berdosa akan disiksa selama satu ?kurun?, maka orang-orang benar juga akan mengalami dan menikmati syurga hanya selama satu ?kurun?. Sekiranya orang-orang percaya akan berada dalam syurga selama-lamanya, maka orang-orang berdosa juga akan berada dalam neraka selama-lamanya.

Satu lagi bantahan yang sering dikatakan golongan teori penghapusan terhadap kekekalan neraka adalah tentang keaduilan Tuhan. Adalah tidak adil bagi Tuhan untuk menghukum orang-orang tidak percaya kekal selama-lamanya untuk dosa yang sangat terbatas. Adakah adil bagi Tuhan untuk menghukum dalam neraka seorang berdosa yang hidup hanya 70 tahun? Jawaban untuk itu adalah kerana dosa kita telah dilakukan terhadap Tuhan Allah yang kekal. Apabila Daud berbuat dosa perzinahan dan membunuh dia berkata, ?Terhadap Engkau, terhadap Engkau sajalah aku telah berdosa dan melakukan apa yang Kauanggap jahat?? (Mazmur 51:6). Daud telah berbuat dosa terhadap Batsyeba dan Uria; bagaimana pula Daud berkata dia telah berbuat dosa terhadap Allah? Daud memahami bahawa semua dosa akhirnya dilakukan terhadap Tuhan. Tuhan itu kekal dan tak terbatas. Akibatnya, semua dosa layak menerima hukuman kekal. Persoalannya bukan pada tempoh masa berdosa tetapi sifat Tuhan yang terhadapnya kita berbuat dosa.

Satu bahagian pegangan teori penghapusan yang bersifat peribadi berkata mustahil bagi kita untuk dapat bergembira di syurga apabila kita menginagti beberapa daripada orang-orang yang kita sayangi sedang menderita penghukuman kekal dalam neraka. Bagaimanpun apabila kita tiba di syurga tidak akan ada kesedihan dan rungutkan. Wahyu 21:4 memberitahu kita, ?Dan Ia akan menghapus segala air mata dari mata mereka, dan maut tidak akan ada lagi; tidak akan ada lagi perkabungan, atau ratap tangis, atau dukacita, sebab segala sesuatu yang lama itu telah berlalu.? Sekiranya beberapa daripada orang-orang yang kita kasihi tidak berada di syurga, kita akan bersetuju 100% bahawa mereka tidak seharusnya berada di sana kerana mereka menerima hukuman setimpal akibat ketidakpercayaan dan telah tidak menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat dan Tuhan mereka (Yohanes 3:16; 14:6). Perkara ini sukar untuk dimengerti, tetapi kita tidak akan bersedih dengan ketiadaan mereka nanti. Tumpuan kita sekarang bukanlah bagaimana dapat menikmati syurga dengan ketiadaan orang-orang yang kita sayangi tetapi bagaimana untuk menunjukkan arah syurga kepada orang-orang yang kita sayangi agar mereka juga akan berada di sana.

Neraka merupakan sebab utama Allah mengutus Yesus Dia diutus untuk membayar hukuman dosa-dosa kita. Keadaan yang ?dihapuskan? selepas kematian tidak menakutkan, tetapi menederita kekal selama-lamanya dalam neraka itu pasti menakutkan. Kematian Yesus merupakan kematian yang tak terbatas, membayar semua hutang dosa-dosa kita yang tidak terbatas supaya kita tidak perlu membayar dosa kita dalam neraka kekal (2 Korintus 5:21). Apabila kita meletakkan iman kita di dalam Dia, kita diselamatkan, diampuni, disucikan dan dijanjikan rumah kekal di syurga. Sekiranya kita menolak kehidupan kekal kurniaan Tuhan, kita berhadapan dengan akibat kekal daripada keputusan itu.

Soalan: Apakah pandangan preteris tentang akhir zaman?

Jawapan: Penafsiran preteris terhadap Firman Tuhan mengatakan kitab Wahyu sebagai simbolik kepada konflik gereja yang awal dan bukan penghuraian tentang apa yang akan berlaku di akhir zaman. Preterisme menyangkal kualiti nubuatan masa depan kitab Wahyu. Preterisme menggabungkan penafsiran secara lambang dan simbolik dengan konsep yang mengatakan kitab Wahyu tidak bercakap tentang peristiwa masa depan secara khusus. Gerakan preteris mengajar bahawa semua nubuatan akhir zaman dalam Perjanjian Baru telah digenapi dalam tahun 70 masehi sewaktu Rum menyerang dan menghancurkan Yerusalem dan Israel.

Surat kepada gereja-gereja dalam Wahyu 2-3 telah ditulis kepada gereja yang benar-benar wujud dalam abad yang pertama dan mempunyai nilai-nilai penerapan untuk gereja-gereja masa kini. Tetapi apabila bab 6-22 ditafsir dalam cara yang sama dengan nubuatan-nubuatan Alkitab yang lain, penulisannya adalah tentang peristiwa-peristiwa yang masih berada di masa depan. Tidak ada alasan untuk menafsirkan kitab Wahyu secara lambang. Nubuatan yang telah dinubuatkan telah digenapi secara harfiah. Sebagai contoh, semua ayat-ayat dalam Perjanjian Lama yang menubuatkan tentang kedatangan Kristus telah digenapi secara harfiah di dalam Yesus. Kristus datang pada waktu yang Dia diramalkan akan datang (Daniel 9:25-26). Kristus dilahirkan oleh seorang perawan (Yesaya 7:14). Dia menderita dan mati kerana dosa-dosa kita(Yesaya 53:5-9). Ayat-ayat ini adalah sebahagian daripada ratusan nubuatan dalam Perjanjian Lama yang Tuhan telah berikan kepada nabi-nabi yang telah tercantum dalam Firman Tuhan dan telah digenapi secara harfiah. Sama sekali tidak masuk akal untuk melambangkan nubuatan yang belum digenapi atau mencuba memahami nubuatan yang belum digenapi dengan cara selain daripada cara pembacaan yang biasa.

Tambahan lagi, penafsirannya preterisme ke atas kitab Wahyu bersifat tidak tetap. Menurut pandangan golongan preteris tentang akhir zaman, Wahyu 6-18 merupakan simbolik dan lambang. Wahyu 6-18 bukan bercakap tentang suatu peristiwa harfiah. Bagaimanapun menurut mereka bab 19 perlu difahami secara harfiah. Yesus akan datang secara harfiah dan jasmani. Kemudian bab 20 ditafsir secara lambang oleh preteris dan bab 21-22 kembali difahami secara harfiah. Sekurang-kurangnya langit dan bumi yang baru benar-benar akan ada. Tidak ada yang menyangkal bahawa kitab Wahyu mengandungi penglihatan-penglihatan yang mengkagumkan dan kadangkala mengelirukan. Tiada siapa menafikan bahawa kitab Wahyu menjelaskan beberapa perkara secara kiasan. Bagaimanapun penyangkalan bahagian yang bersifat harfiah dalam kitab Wahyu telah menghancurkan dasar untuk menafsirkan kitab itu secara harfiah. Sekiranya meterai, terompet, piala, saksi-saksi, 144000, binatang itu, nabi palsu dan kerajaan 1000 tahun merupakan lambang atau simbolik, maka atas dasar apakah kita hendak mengatakan bahawa kedatangan Kristus yang kedua kali dan bumi yang baru sebagai harfiah? Itulah kegagalan preterisme. Ia menyerahkan penafsiran kitab Wahyu kepada pendapat penafsir. Sebenarnya kita perlu membaca,mempercayai dan mentaatinya secara harfiah dan dengan setepat-tepatnya.

Soalan: Apakah deisme terbuka?

Jawapan: ?Deisme terbuka? yang juga dikenali sebagai ?teologi keterbukaan? dan ?keterbukaan Tuhan? merupakan satu usaha untuk menjelaskan pengetahuan ke depan Tuhan dalam hubungannya dengan kebebasan manusia. Hujah deisme terbuka adalah ini: manusia adalah benar-benar bebas. Sekiranya Tuhan benar-benar mengetahui masa depan, manusia tidak dapat mengalami kebebasan yang sebenarnya. Oleh yang demikian, Tuhan tidak tahu semua perkara berhubung masa depan. Deisme terbuka mengatakan masa depan tidak dapat diketahui. Oleh itu, Tuhan tahu segala sesuatu yang dapat diketahui tetapi Dia tidak tahu masa depan.

Deisme terbuka mendasarkan kepercayaan ini ke atas Firman Tuhan yang berkata ?maka menyesallah TUHAN..? atau seperti Tuhan ?merasa terkejut? dan ?seperti mendapat penambahan pengetahuan? (Kejadians 6:6; 22:12; Keluaran 32:14; Yunus 3:10). Memandangkan banyak bahagian Firman Tuhan yang mengatakan tentang pengetahuan Tuhan tentang masa depan, maka bahagian Firman Tuhan ini perlu difahami sebagai usaha Tuhan untuk menjelaskan diri-Nya dalam cara yang kita dapat difahami. Tuhan tahu tindak-tanduk dan keputusan yang kita akan ambil, tetapi Tuhan ?menyesal? terhadap tindakan-Nya yang akan diambil-Nya berdasarkan tindakan-tindakan kita.Kekecewaan Tuhan ke atas kejahatan manusia bukan bermakna Dia tidak menyedari bahawa sesuatu perkara itu akan berlaku.

Mazmur 139 :4, 16 sangat bertentangan dengan deisme terbuka kerana Firman Tuhan berkata ?Sebab sebelum lidahku mengeluarkan perkataan, sesungguhnya, semuanya telah Kauketahui, ya TUHA... mata-Mu melihat selagi aku bakal anak, dan dalam kitab-Mu semuanya tertulis hari-hari yang akan dibentuk, sebelum ada satu pun dari padanya.? Bagaimana mungkin Tuhan meramal dengan tepat butiran-butiran rumit tentang Yesus Kristus sekiranya Dia tidak mengetahui masa depan?Bagaimana mungkin Tuhan menjamin keselamatan kekal kita sekiranya Dia tidak tahu apa yang ada di masa depan?

Akhirnya, deisme terbuka gagal dalam usahanya untuk menjelaskan apa yang tidak dapat dijelaskan iaitu hubungan di antara pengetahuan ke depan Tuhan dengan kebebasan manusia sebagaimana Kalvinisme yang ekstrim gagal membuat manusia untuk tidak lebih daripada robot-robot yang telah diprogramkan. Deisme terbuka gagal kerana ia menolak kemahatahuan Tuhan dan kedaulatan Tuhan. Tuhan perlu difahami dengan iman, kerana ?tanpa iman tidak mungkin orang berkenan kepada Allah? (Ibrani 11:6a). Oleh yang demikian deisme terbuka tidak bersesuaian dengan Firman Tuhan. Ia satu lagi jalan manusia yang terbatas berusaha memahami Tuhan yang tidak terbatas. Deisme terbuka harus ditolak oleh pengikut-pengikut Yesus. Walaupun deisme terbuka merupakan penjelasan tentang perhubungan di antara pengetahuan ke depan Tuhan dan kebebasan manusia, ia bukanlah satu penjelasan yang Alkitabiah.