6
Kami bekerja bersama-sama Allah. Oleh itu kami menggesa kamu supaya tidak mensia-siakan rahmat Allah yang sudah kamu terima. Di dalam Alkitab, Allah berfirman,
“Pada masa yang diperkenankan, Aku sudah mendengarkan engkau,
dan pada hari penyelamatan, Aku sudah menolong engkau.”
Ketahuilah bahawa sekaranglah masa yang diperkenankan Allah, dan sekaranglah hari kamu diselamatkan! +
Kami tidak mahu seorang pun mencela kerja kami. Oleh itu kami berusaha supaya orang tidak mempunyai alasan untuk mencela kami. Sebaliknya, dalam segala hal kami menunjukkan bahawa kami hamba Allah, yang dengan sabar menanggung segala macam kesusahan. Kami telah disesah, dipenjarakan, dan diserang oleh orang ramai; kami bekerja keras, kurang tidur, dan kurang makan. + 6-7 Dengan berlaku tulus, dengan menggunakan pengetahuan tentang Berita Baik, dengan bersabar, dengan kebaikan hati, dengan pertolongan Roh Allah, dengan kasih yang ikhlas, dengan memberitakan khabar daripada Allah, dan dengan kuasa Allah, kami menunjukkan bahawa kami ini hamba Allah. Kami berpegang pada cara hidup yang menurut kehendak Allah,h sebagai senjata untuk menyerang mahupun untuk membela diri. Kami dihormati tetapi juga dihina; kami dipuji tetapi juga diumpat. Kami dianggap sebagai pembohong, walaupun kami jujur. Kami dianggap tidak terkenal, tetapi kami dikenal semua orang. Kami disangka mati, tetapi ternyata kami masih hidup. Meskipun kami dianiaya, kami tidak mati. 10 Walaupun kami menanggung sengsara, kami sentiasa bersukacita. Kami nampaknya miskin, tetapi kami sudah mengayakan kehidupan rohani banyak orang. Nampaknya kami tidak memiliki apa-apa, tetapi sebenarnya kami memiliki segala-galanya.
11 Sahabat-sahabatku di Korintus, kami sudah berterus-terang kepada kamu. Kami sudah mengutarakan segala isi hati kami. 12 Kami tidak menahan diri daripada mengasihi kamu; kamulah yang menahan diri daripada mengasihi kami. 13 Sekarang aku berkata-kata seperti kepada anak-anakku sendiri. Tunjukkanlah kasih kamu kepada kami. Bukalah hati kamu untuk kami!
Amaran tentang Pengaruh Orang Bukan Kristian
14 Janganlah cuba bekerjasama dengan orang yang tidak percaya kepada Kristus, kerana hal itu tidak sesuai. Kebaikani dan kejahatan tidak dapat bekerjasama. Cahaya dan kegelapan tidak dapat bersama-sama. 15 Kristus tidak dapat bersetuju dengan Iblis. Orang Kristian tidak mempunyai hal yang sama dengan orang bukan Kristian. 16 Tempat kediaman Allah tidak ada hubungannya dengan berhala. Kita ini tempat kediaman Allah yang hidup. Allah sendiri berfirman,
“Aku akan tinggal bersama-sama mereka,
dan hidup antara mereka;
Aku akan menjadi Allah mereka,
dan mereka akan menjadi umat-Ku. +
17 Oleh itu,
tinggalkanlah orang yang tidak mengenal Allah,
dan asingkan diri daripada mereka.
Janganlah berhubungan
dengan sesuatu pun yang najis,
maka Aku akan menerima kamu. +
18 Aku akan menjadi Bapa kamu,
dan kamu akan menjadi anak-anak-Ku lelaki dan perempuan,
demikianlah firman Tuhan Yang Maha Kuasa.” +
+ 6:2 Yes 49.8 + 6:5 Kis 16.23 h 6:6-7 cara hidup yang menurut kehendak Allah; Harfiah: kebenaran. i 6:14 Kebaikan; Harfiah: kebenaran. + 6:16 Im 26.12; Yeh 37.27; 1 Kor 3.16, 6.19 + 6:17 Yes 52.11 + 6:18 2 Sam 7.14; 1 Taw 17.13; Yes 43.6; Yer 31.9