Utusan Yohanes Pembaptis
(Luk 7.18-35)
11
Setelah Yesus memberikan petunjuk kepada dua belas orang pengikut-Nya, Dia meninggalkan tempat itu lalu pergi mengajar serta memberitakan perkhabaran daripada Allahs di bandar-bandar yang berdekatan.
Apabila Yohanes Pembaptis yang berada di penjara mendengar tentang apa yang dilakukan oleh Kristus, dia menghantar beberapa orang pengikutnya kepada Yesus. Mereka bertanya, “Adakah Guru orang yang dikatakan akan datang menurut janji Allah, atau adakah kami harus menantikan seorang lain?”
Yesus menjawab, “Baliklah dan beritahu Yohanes apa yang kamu dengar dan nampak: orang buta melihat, orang lumpuh berjalan, orang berpenyakit kulit yang mengerikant sembuh, orang tuli mendengar, orang mati dibangkitkan semula, dan Berita Baik daripada Allah dikhabarkan kepada orang miskin. + Berbahagialah orang yang tidak mempunyai keraguan terhadap Aku!”
Sementara pengikut-pengikut Yohanes meninggalkan tempat itu, Yesus berkata kepada orang ramai tentang Yohanes, “Apabila kamu pergi kepada Yohanes di padang gurun, apakah yang mahu kamu lihat? Sehelai rumput yang ditiup anginkah? Kamu keluar mahu melihat apa? Seorang yang berpakaian mewah? Orang yang berpakaian demikian tinggal di istana! Katakanlah, kamu keluar mahu melihat apa? Seorang nabikah? Betul, bahkan lebih daripada seorang nabi! 10 Yohanes Pembaptis itulah yang dikatakan dalam ayat Alkitab, ‘Allah berfirman: Inilah utusan-Ku. Aku akan mengutus dia dahulu daripada-Mu untuk menyediakan jalan bagi-Mu.’ + 11 Ketahuilah! Yohanes Pembaptis lebih besar daripada semua orang yang pernah hidup di dunia ini. Namun demikian orang yang terkecil antara mereka yang menikmati Pemerintahan Allah, lebih besar daripada Yohanes. 12 Sejak Yohanes Pembaptis mengkhabarkan beritanya sehingga saat ini, Pemerintahan Allah telah dilawan oleh orang ganas yang berusaha menguasainya dengan kekerasan.u 13 Sehingga kedatangan Yohanes, semua nabi dan Taurat Musa bernubuat tentang Pemerintahan itu. + 14 Jika kamu mahu percaya kepada perkhabaran mereka, Yohanes itulah Elia yang kedatangannya sudah dinubuatkan. + 15 Jika kamu bertelinga, dengarlah!
16 Dengan apakah dapat Aku bandingkan orang zaman ini? Mereka seperti anak-anak yang duduk di pasar. Kumpulan yang satu berseru kepada yang lain, 17 ‘Kami memainkan lagu perkahwinan untuk kamu, tetapi kamu tidak mahu menari! Kami meratap, tetapi kamu tidak mahu menangis!’ 18 Apabila Yohanes datang, dia berpuasa dan tidak minum wain; lalu semua orang berkata, ‘Dia dirasuk syaitan!’ 19 Apabila Anak Manusia datang, Dia makan dan minum; lalu semua orang berkata, ‘Lihatlah orang ini! Dia rakus, pemabuk, sahabat pemungut cukai, dan sahabat orang berdosa!’ Walaupun demikian kebijaksanaan Allah dibuktikan benar oleh perbuatan orang yang menerima kebijaksanaan itu.”
Bandar-Bandar yang Tidak Percaya
(Luk 10.13-15)
20 Lalu Yesus mula mencela bandar-bandar tempat Dia paling banyak melakukan mukjizat, kerana penduduk di sana tidak mahu bertaubat daripada dosa mereka. 21 “Alangkah malangnya kamu, hai Korazin! Alangkah malangnya kamu, hai Betsaida! Jika mukjizat-mukjizat yang dilakukan di kalangan kamu itu Aku lakukan di Tirus dan Sidon, penduduk di sana pasti sudah lama bertaubat daripada dosa mereka, lalu mengenakan kain guni dan menaruh abu di kepala. + 22 Ketahuilah! Pada Hari Kiamat, Allah akan lebih mengasihani penduduk Tirus dan Sidon daripada kamu! 23 Dan kamu, hai Kapernaum! Adakah kamu hendak meninggikan diri sampai ke syurga? Kamu akan dibuang ke neraka! Jika mukjizat-mukjizat yang dilakukan di kalangan kamu itu Aku lakukan di Sodom, tentu Sodom masih ada sehingga saat ini! + 24 Ketahuilah! Pada Hari Kiamat, Allah akan lebih mengasihani Sodom daripada kamu!” +
Marilah kepada-Ku
(Luk 10.21-22)
25 Pada masa itu Yesus berkata, “Ya Bapa, Tuhan langit dan bumi! Aku bersyukur kepada-Mu kerana apa yang Engkau rahsiakan daripada orang yang bijak pandai, Engkau tunjukkan kepada orang yang tidak terpelajar. 26 Ya Bapa, memang hal inilah yang Engkau kehendaki.”
27 Yesus berkata lagi, “Bapa-Ku telah menyerahkan segala sesuatu kepada-Ku. Tidak seorang pun mengenal Anak kecuali Bapa, dan tidak seorang pun mengenal Bapa kecuali Anak dan mereka yang diberitahu oleh Anak tentang Bapa. +
28 Marilah kepada-Ku, hai kamu semua yang lelah kerana memikul beban yang berat; Aku akan membebaskan kamu daripada beban kamu. 29 Ikutlah perintah-Ku dan terimalah ajaran-Ku, kerana Aku ini lemah lembut dan rendah hati; kamu akan mendapat kesejahteraan. + 30 Perintah yang Aku berikan kepada kamu mudah diturut, dan beban yang Aku berikan mudah dipikul.”
s 11:1 perkhabaran daripada Allah; Harfiah: Injil. t 11:5 penyakit kulit yang mengerikan: Lihat 8.2. + 11:5 Yes 35.5-6, 61.1 + 11:10 Mal 3.1 u 11:12 dilawan oleh orang ganas yang berusaha menguasainya dengan kekerasan atau datang dengan kekerasan. + 11:13 Luk 16.16 + 11:14 Mal 4.5; Mat 17.10-13; Mrk 9.11-13 + 11:21 Yes 23.1-18; Yeh 26.1—28.26; Yl 3.4-8; Am 1.9-10; Za 9.2-4 + 11:23 Yes 14.13-15; Kej 19.24-28 + 11:24 Mat 10.15; Luk 10.12 + 11:27 Yoh 3.35, 1.18, 10.15 + 11:29 Yer 6.16