Yesus Dipermuliakan
(Mrk 9.2-13; Luk 9.28-36)
17
Enam hari kemudian Yesus membawa Petrus, Yakobus, dan Yohanes, saudaranya pergi menyendiri ke sebuah gunung yang tinggi. Sewaktu mereka memandang Yesus, rupa Yesus berubah. Muka-Nya menjadi terang seperti matahari dan pakaian-Nya putih berkilau-kilauan. Lalu ketiga-tiga orang pengikut itu nampak Elia dan Musa berkata-kata dengan Yesus. Petrus berkata kepada Yesus, “Tuhan, sungguh baik kami di sini. Jika Tuhan mahu, aku akan mendirikan tiga buah khemah: satu untuk Tuhan, satu untuk Musa, dan satu lagi untuk Elia.”
Sementara Petrus berkata-kata, awan yang bersinar-sinar meliputi mereka, dan terdengar suara dari awan berkata, “Inilah Anak-Ku yang Aku kasihi. Dia menyenangkan hati-Ku. Dengarkanlah Dia!” + +
Apabila pengikut-pengikut Yesus mendengar suara itu, mereka sangat ketakutan dan meniarap di tanah. Tetapi Yesus datang dan menyentuh mereka. “Bangunlah,” kata-Nya, “janganlah takut!” Apabila mereka memandang di sekeliling, mereka tidak nampak sesiapa pun, kecuali Yesus.
Semasa mereka turun dari gunung itu, Yesus memerintah mereka, “Jangan beritahu sesiapa pun apa yang telah kamu lihat, selagi Anak Manusia belum dibangkitkan daripada kematian.”
10 Pengikut-pengikut-Nya bertanya kepada Yesus, “Mengapakah guru Taurat berkata bahawa Elia mesti datang terlebih dahulu?” +
11 Yesus menjawab, “Elia memang datang terlebih dahulu untuk menyediakan segala-galanya. 12 Tetapi Aku berkata kepada kamu, Elia sudah datang namun orang tidak mengenal dia; mereka memperlakukan dia dengan sesuka hati mereka. Dengan cara yang sama mereka akan memperlakukan Anak Manusia.” +
13 Barulah pengikut Yesus mengerti bahawa Yesus berkata-kata tentang Yohanes Pembaptis.
Yesus Menyembuhkan Seorang Anak yang Dirasuk Roh Jahat
(Mrk 9.14-29; Luk 9.37-43a)
14 Apabila Yesus dan ketiga-tiga orang pengikut-Nya kembali kepada orang ramai, seorang lelaki datang dan berlutut di hadapan Yesus. 15 Dia berkata, “Tuan, kasihanilah anak lelaki saya! Dia menderita penyakit gila babi. Serangan sawannya begitu teruk sehingga kerap kali dia jatuh ke dalam air atau api. 16 Saya membawa dia kepada pengikut-pengikut tuan, tetapi mereka tidak dapat menyembuhkannya.”
17 Yesus menjawab, “Hai kamu orang yang tidak percaya dan yang sesat! Berapa lamakah Aku harus tinggal bersama-sama kamu? Berapa lamakah Aku harus bersabar terhadap kamu? Bawa anak itu ke mari!” 18 Yesus menengking roh jahat itu, dan roh jahat itu pun keluar daripada anak itu. Pada saat itu juga anak itu sembuh.
19 Kemudian pengikut-pengikut Yesus datang kepada Yesus, dan apabila tidak ada orang lain di situ mereka bertanya, “Mengapakah kami tidak dapat mengusir roh jahat itu?”
20 Yesus menjawab, “Kamu tidak dapat melakukannya, kerana kamu kurang percaya kepada Allah. Ketahuilah! Jika kamu mempunyai iman sebesar biji sawi, kamu dapat berkata kepada bukit ini, ‘Beralihlah ke sana!’ dan bukit ini akan beralih. Kamu dapat melakukan apa sahaja! + [ 21 Tetapi roh jahat semacam ini, hanya dapat diusir dengan doa dan puasa.]”z
Yesus Berkata-kata Lagi tentang Kematian-Nya
(Mrk 9.30-32; Luk 9.43b-45)
22 Apabila semua pengikut Yesus berkumpul di Galilea, Yesus berkata kepada mereka, “Tidak lama lagi Anak Manusia akan diserahkan ke dalam kekuasaan manusia. 23 Dia akan dibunuh, tetapi pada hari ketiga, Dia akan dibangkitkan semula.”
Oleh itu pengikut-pengikut-Nya berdukacita.
Pembayaran Cukai Rumah Tuhan
24 Apabila Yesus dan pengikut-pengikut-Nya tiba di Kapernaum, para pemungut cukai Rumah Tuhan datang kepada Petrus dan bertanya, “Adakah guru kamu membayar cukai Rumah Tuhan?” +
25 Petrus menjawab, “Tentu sahaja!”
Apabila Petrus masuk ke dalam rumah, dan sebelum dia berkata apa-apa, Yesus berkata kepadanya, “Simon, apa pendapatmu? Siapakah yang membayar cukai kepada raja-raja dunia ini? Rakyat atau orang asing?”a
26 “Orang asing,” jawab Petrus.
“Jika demikian,” kata Yesus, “rakyat tidak perlu membayar. 27 Tetapi janganlah kita singgung perasaan sesiapa pun. Pergilah ke tasik dan pancinglah ikan. Di dalam mulut ikan pertama yang engkau tangkap, engkau akan mendapati sekeping duit syiling yang cukup untuk membayar cukai Rumah Tuhan bagi kita berdua. Ambillah duit itu dan bayarlah cukai kita.”
+ 17:5 2 Ptr 1.17-18 + 17:5 Kej 22.2; Ul 18.15; Mzm 2.7; Yes 42.1; Mat 3.17, 12.18; Mrk 1.11; Luk 3.22 + 17:10 Mal 4.5 + 17:12 Mat 11.14 + 17:20 Mat 21.21; Mrk 11.23; 1 Kor 13.2 z 17:21 Beberapa buah naskhah kuno menambahkan ayat ini (lihat Mrk 9.29). + 17:24 Kel 30.13, 38.26 a 17:25 Membayar cukai: Pada zaman itu raja-raja biasanya memerintah orang yang telah ditaklukkan untuk membayar cukai, tetapi rakyat sendiri tidak perlu membayar cukai.