Yesus Berkata-kata tentang Keruntuhan Rumah Tuhan
(Mrk 13.1-2; Luk 21.5-6)
24
Ketika Yesus meninggalkan Rumah Tuhan, pengikut-pengikut-Nya datang kepada-Nya dan menunjukkan bangunan-bangunan Rumah Tuhan itu. Yesus berkata kepada mereka, “Lihatlah semuanya ini! Ketahuilah bahawa satu batu pun tidak akan tinggal tersusun pada tempatnya; semuanya akan dirobohkan.”
Kesusahan dan Penganiayaan
(Mrk 13.3-13; Luk 21.7-19)
Di bukit Zaitun, semasa Yesus duduk, pengikut-pengikut-Nya datang kepada-Nya. Tiada orang lain di situ, maka mereka bertanya, “Guru, beritahulah kami bila segala perkara ini akan berlaku? Apakah tanda-tanda yang akan menunjukkan masa kedatangan Guru dan akhir zaman?”
Yesus menjawab, “Berjaga-jagalah supaya kamu tidak tertipu. Banyak orang akan datang dengan nama-Ku dan berkata, ‘Aku Penyelamat yang diutus oleh Allah!’ Mereka akan menipu banyak orang. Kamu akan mendengar riuh pertempuran dan berita peperangan, tetapi janganlah takut. Semua perkara ini mesti berlaku, tetapi hal itu tidak bererti bahawa akhir zaman telah tiba. Satu bangsa akan berperang melawan bangsa yang lain. Satu kerajaan akan menyerang kerajaan yang lain. Di mana-mana akan berlaku kebuluran dan gempa bumi. Semuanya ini hanya permulaan sahaja, sama seperti sakit yang dialami oleh wanita yang akan bersalin.
Kemudian kamu akan ditangkap dan diserahkan untuk diseksa dan dibunuh. Semua orang akan membenci kamu kerana kamu pengikut-Ku. + 10 Pada masa itu banyak antara pengikut-Ku yang tidak lagi percaya kepada-Ku. Mereka akan saling mengkhianati dan saling membenci. 11 Lalu banyak nabi palsu akan muncul dan menipu banyak orang. 12 Kejahatan semakin merebak sehingga kasih kebanyakan orang hampir lenyap. 13 Tetapi sesiapa yang bertahan sehingga akhir akan diselamatkan. + 14 Berita Baik tentang bagaimana Allah memerintah akan dikhabarkan ke seluruh dunia supaya semua orang mendengarnya. Setelah itu barulah tiba akhir zaman.”
Bencana yang Dahsyat
(Mrk 13.14-23; Luk 21.20-24)
15 “Kamu akan melihat ‘Bencana yang Dahsyat’ yang dikatakan oleh Nabi Daniel, di tempat yang suci itu. (Catatan kepada pembaca: Hendaklah kamu faham apa maknanya!) + 16 Lalu mereka yang di Yudea mesti lari ke pergunungan. 17 Orang yang di bumbung rumah janganlah turun dan masuk ke rumah untuk mengambil sesuatu. 18 Orang yang di ladang janganlah balik untuk mengambil jubah. + 19 Alangkah dahsyatnya masa itu bagi wanita yang mengandung dan ibu yang menyusui bayi! 20 Berdoalah kepada Allah supaya kamu tidak kena melarikan diri pada musim sejuk atau pada hari Sabat! 21 Kesusahan pada masa itu jauh lebih dahsyat daripada yang pernah berlaku, sejak dunia diciptakan sehingga sekarang. Perkara itu pun tidak akan berlaku lagi. + 22 Seandainya Allah tidak memendekkan masa itu, tidak seorang pun akan selamat. Tetapi kerana umat pilihan Allah, Dia memendekkan masa itu.
23 Pada masa itu, jika seseorang berkata kepada kamu, ‘Lihat, Penyelamat yang diutus oleh Allah ada di sini!’ atau ‘Lihat, Dia di situ!’ - janganlah percaya kepada orang itu. 24 Penyelamat palsu dan nabi palsu akan datang. Mereka akan melakukan mukjizat dan keajaiban untuk menipu orang, bahkan umat pilihan Allah pun tertipu. 25 Dengarlah! Aku telah mengatakan semua ini kepada kamu sebelum perkara itu berlaku.
26 Jika orang berkata kepada kamu, ‘Lihat, dia di padang gurun!’ - janganlah kamu ke sana. Atau jika mereka berkata, ‘Lihat, dia di dalam bilik!’ - janganlah percaya. 27 Sesungguhnya Anak Manusia akan datang seperti kilat yang memancar di seluruh langit, dari timur sampai ke barat. +
28 Di tempat yang ada mayat, di situlah burung pemakan bangkai berkumpul.” +
Kedatangan Anak Manusia
(Mrk 13.24-27; Luk 21.25-28)
29 “Tidak lama selepas kesusahan masa itu, matahari akan menjadi gelap dan bulan tidak lagi bercahaya. Bintang-bintang akan jatuh dari langit, dan kuasa di angkasa lepas akan ditarik daripada peredarannya. + 30 Kemudian tanda Anak Manusia akan kelihatan di langit. Pada masa itu semua bangsa di bumi akan menangis, ketika melihat Anak Manusia datang di awan dengan kekuasaan dan kemuliaan yang besar. + 31 Trompet akan dibunyikan dengan kuat, dan Anak Manusia akan mengutus malaikat-malaikat-Nya ke empat penjuru bumi untuk mengumpulkan umat pilihan Allah dari hujung bumi ke hujung langit.”
Pelajaran daripada Pokok Ara
(Mrk 13.28-31; Luk 21.29-33)
32 “Biarlah pokok ara memberikan pelajaran kepada kamu. Apabila dahan-dahannya hijau, lembut, dan mula bertunas, kamu tahu bahawa musim panas sudah dekat. 33 Demikian juga apabila kamu melihat semua perkara ini, kamu tahu bahawa waktunya sudah dekat dan segera akan bermula.k 34 Ingatlah! Segala perkara ini akan berlaku sebelum orang yang hidup sekarang ini mati semuanya. 35 Langit dan bumi akan lenyap, tetapi firman-Ku kekal selama-lamanya.”
Tidak Seorang pun Mengetahui Hari dan Waktunya
(Mrk 13.32-37; Luk 17.26-30, 34-36)
36 “Meskipun demikian, tidak seorang pun mengetahui hari atau waktunya, sama ada malaikat-malaikat di syurga ataupun Anak;l hanya Bapa yang tahu. 37 Apabila Anak Manusia datang kelak, masa itu seperti zaman Nuh. + 38 Pada masa banjir belum melanda, orang makan dan minum, lelaki dan perempuan berkahwin sehingga pada hari Nuh masuk ke dalam bahtera. 39 Mereka tidak tahu akan apa yang sedang berlaku sehingga banjir membinasakan mereka semua. Demikianlah keadaannya apabila Anak Manusia datang. + 40 Pada waktu itu, dua orang sedang bekerja di ladang: Seorang akan dibawa pergi dan seorang lagi akan ditinggalkan. 41 Dua orang wanita sedang menggiling gandum: Seorang akan dibawa pergi dan seorang lagi akan ditinggalkan. 42 Berjaga-jagalah kerana kamu tidak mengetahui waktunya Tuhan kamu akan datang. 43 Ingatlah hal ini! Jika tuan rumah mengetahui waktunya pencuri hendak datang, dia tidak akan tidur. Dia tidak akan membenarkan pencuri memasuki rumahnya. 44 Oleh itu, kamu pun hendaklah sentiasa bersedia, kerana Anak Manusia akan datang pada saat yang tidak kamu sangka.” +
Hamba yang Setia dan Hamba yang Tidak Setia
(Luk 12.41-48)
45 “Siapakah hamba yang setia dan bijak? Dialah orang yang ditunjuk tuannya menjadi pengurus rumah tangganya. Tuannya juga menyuruh dia memberikan makanan kepada hamba-hamba yang lain pada waktu yang ditentukan. 46 Alangkah bahagianya hamba itu, jika dia didapati menjalankan tugas pada masa tuannya kembali. 47 Percayalah, tuan itu akan mempercayakan segala hartanya kepada hamba itu. 48 Tetapi jika hamba itu orang yang jahat, dia akan berkata dalam hati, ‘Masih lama lagi tuanku akan kembali.’ 49 Lalu dia mula memukul hamba-hamba yang lain, dan makan minum dengan orang yang suka mabuk. 50 Kemudian pada hari dan masa yang tidak disangkanya, tuan hamba itu kembali. 51 Dia akan menghukum hamba itu dengan berat,m dan membuang hamba itu ke tempat orang munafik dihukum. Di sana dia akan menangis dan menderita.”
+ 24:9 Mat 10.22 + 24:13 Mat 10.22 + 24:15 Dan 9.27, 11.31, 12.11 + 24:18 Luk 17.31 + 24:21 Dan 12.1; Why 7.14 + 24:27 Luk 17.23-24 + 24:28 Luk 17.37 + 24:29 Yes 13.10, 34.4; Yeh 32.7; Yl 2.10, 31, 3.15; Why 6.12-13 + 24:30 Dan 7.13; Za 12.10-14; Why 1.7 k 24:33 waktunya sudah dekat dan segera akan bermula; atau Dia sudah dekat dan segera akan datang. l 24:36 Dalam beberapa buah naskhah kuno tidak terdapat: ataupun Anak. + 24:37 Kej 6.5-8 + 24:39 Kej 7.6-24 + 24:44 Luk 12.39-40 m 24:51 menghukum hamba itu dengan berat; atau mengusir hamba itu ke luar.