Pertanyaan-pertanyaan tentang teologi
Soalan: Apakah sistematik teologi?

Jawapan: ?Sistematik? bercakap tentang sesuatu yang dimasukkan ke dalam sistem. Oleh itu teologi sistematik merupakan pembahagian teologi kepada sistem-sistem yang menjelaskan bahagian-bahagiannya. Sebagai contoh, banyak kitab dalam Alkitab memberi maklumat tentang malaikat. Tidak ada satu kitab yang memberikan semua maklumat tentang malaikat-malaikat. Teologi sistematik mengambil semua maklumat tentang malaikat dari setiap kitab dalam Alkitab dan menyusunnya ke dalam satu sistem yang dipanggil ?angelologi?. Teologi sistematik menyusun ajaran-ajaran Alkitab ke dalam sistem kategori.

Paterologi adalah pelajaran tentang Allah Bapa. Kristologi adalah pembelajaran tentang Anak Tuhan, Tuhan Yesus Kristus. Pneumatologi adalah pelajaran tentang Tuhan Roh Kudus. Bibliologi adalah pelajaran tentang Alkitab. Soteriologi adalah pelajaran tentang keselamatan. Ekklesiologi adalah pelajaran tengan gereja. Eskatologi adalah pembelajaran tentang akhir zaman. Angelologi adalah pembelajaran tentang malaikat. Demonologi Kristian adalah pembelajaran tentang roh-roh jahat dari sudut pandangan Kristian. Antropologi Kristian meruapakan pembelajaran tentang manusia dari sudut pandangan Kristian. Hamartiologi adalah pembelajaran tentang dosa. Teologi sistematik merupakan alat yang penting untuk membantu kita memahami dan mengajar Alkitab dalam cara yang tersusun.

Sebagai tambahan kepada teologi sistematik ada cara lain lagi di mana teologi dapat dipecahkan. Teologi Biblikan adalah penyelidikan satu buku (atau buku-buku) tertentu dalam Alkitab dan memberi penekanan kepada bahagian teologi yang difokuskannya. Sebagai contoh, Injil Yohanes sangat bersifat Kristologi sebab fokusnya yang ketara ke atas keTuhanan Kristus (Yohanes 1:1, 14; 8:58; 10:30; 20:28). Sejarah teologi adalah pembelajaran tentang ajaran-ajaran Kristian dan perkembangan ajaran-ajaran ini di abad-abad gereja Kristian yang lampau. Teologi dogmatik adalah pembelajaran terhadap pengajaran kumpulan-kumpulan Kristian tertentu yang mempunyai pengajaran yang tersusun. Contohnya teologi Kalvinisme dan teologi dispensationalisme. Teologi kontemporari adalah pembelajaran tentang ajaran-ajaran yang menjadi perhatian orang akhir-akhir ini. Tidak kira apa juga teologi yang kita pelajari, apa yang penting adalah teologi dipelajari.

Soalan: Apakah sudut pandangan Kristian?

Jawapan: Satu ?sudut pandangan merujuk kepada konsep yang konprehensif tentang dunia dari satu sudut yang khusus(specific). Jadi ?sudut pandangan Kristian? merupakan satu konsep konprehensif tentang dunia dari sudut pandangan Kristian. Sudut pandandan seseorang individu merupakan ?gambar menyeluruhnya? iaitu satu harmoni untuk semua kepercayaannya tentang dunia. Ia merupakan cara seseorang berfikir untuk memahami realiti. Sudut pandangan adalah sangat penting kerana ianya merupakan dasar untuk membuat pilihan dan keputusan setiap hari.

Beberapa orang melihat buah apel tersusun di atas meja. Seorang botani melihat buah apel itu dan mula menempatkannya dalam golongan tertentu. Seorang seniman melihat satu gambaran hidup dan mula melukisnya. Seorang pekedai melihat apel sebagai satu aset dan memasukkan ke dalam inventori. Tetapi seorang budak melihat makan tengahari lalu memakannya. Pandangan kita terhadap setiap keadaan sangat dipengaruhi dengan cara kita memandang dunia secara keseluruhan. Setiap sudut pandangan samada sudut pandangan Kristian ataupun bukan Kristian mengandungi sekurang-kurangnya tiga pertanyaan

1) Dari manakah kita datang? (Mengapakah kita berada di sini?)
2) Apakah yang salah dengan dunia ini?
3) Bagaimanakah kita dapat memperbaiki kesalahan dunia?

Sudut pandangan yang tersebar luas adalah naturalisme. Pandangan naturalisme menjawab pertanyaan-pertanyaan ini dengan berkata 1) Kita telah diakibatkan oleh tindakan rawak alam semulajadi tanpa tujuan tertentu 2) Kita tidak menghormati alam semulajadi sebagaimana sepatutnya. 3) Kita dapat memelihara dunia melalui ekologi dan pemuliharaan. Sudut pandangan naturalisme ini menjana pelbagai falsafah seperti faham kerelatifan, eksistensialisme, pragmatisme dan utopianisme.

Sebaliknya sudut pandangan Kristian menjawab tiga pertanyaan tersebut berdasarkan Alkitab 1) Kita merupakan ciptaan Tuhan, kita telah ditentukan untuk menguasai dunia dan bersekutu dengan Dia (Kejadian 1:27-28; 2:15). 2) Kita telah berdosa terhadap Tuhan dan telah mengakibatkan seluruh dunia terletak di bawah kutuk (Kejadian 3). 3) Tuhan telah menebus dunia melalui korban Aank-Nya, Yesus Kristus (Kejadian 3:15; Lukas 19:10), dan suatu hari akan mengembalikan keadaan dunia ciptaan-Nya kepada keadaannya yang asal (Yesaya 65:17-25). Sudut pandangan Kristian memimpin kita kepada kemutlakan moral, mukjizat, kehormatan manusia, dan penebusan yang dapat diperolehi.

Mustahak untuk ingat bahawa satu sudut pandangan itu bersifat konprehensif. Ia mempengaruhi keseluruhan hidup, dari kewangan kepada soal moral, dari politik kepada seni. Kekristenan yang sebenar bukan setakat beberapa pendapat yang digunakan dalam gereja. Kekristenan yang diajarkan dalam Alkitab juga merupakan satu sudut pandangan. Alkitab tidak pernah memisahkan di antara ?kehidupan beragama? dengan ?kehidupan sekular?. Kehidupan yang ada sebenarnya hanyalah kehidupan Kristian. Yesus mengisytiharkan diri-Nya sebagai ?jalan,kebenaran dan kehidupan? (Yohanes 14: 6) dan itu menjadi sudut pandangan kita.

Soalan: Apakah predestinasi? Adakah predestinasi itu Alkitabiah?

Jawapan: Roma 8: 29-30 berkata, ?Sebab semua orang yang dipilih-Nya dari semula, mereka juga ditentukan-Nya dari semula untuk menjadi serupa dengan gambaran Anak-Nya, supaya Ia, Anak-Nya itu, menjadi yang sulung di antara banyak saudara. Dan mereka yang ditentukan-Nya dari semula, mereka itu juga dipanggil-Nya. Dan mereka yang dipanggil-Nya, mereka itu juga dibenarkan-Nya. Dan mereka yang dibenarkan-Nya, mereka itu juga dimuliakan-Nya.? Efesus 1: 5 dan 11 pula menyatakan, ?Dalam kasih Ia telah menentukan kita dari semula oleh Yesus Kristus untuk menjadi anak-anak-Nya, sesuai dengan kerelaan kehendak-Nya? di dalam Dialah kami mendapat bagian yang dijanjikan -- kami yang dari semula ditentukan untuk menerima bagian itu sesuai dengan maksud Allah, yang di dalam segala sesuatu bekerja menurut keputusan kehendak-Nya.? Ramai menentang pengajaran tentang predestinasi ini. Bagaimanapun, pengajaran ini memang Alkitabiah. Kuncinya adalah memahami apa yang dimaksudkan dengan predestinasi menurut Alkitab.

Perkataan yang diterjemahkan sebagai ?predestinasi? dalam Firman Tuhan di atas diambil dari perkataan Yunani ?proorizo?, yang membawa makna ?ditetapkan sebelumnya?, ?ditakdir?, ?dipilih jauh sebelum waktunya?. Jadi predestinasi bercakap tentang Tuhan menetapkan sesuatu perkara yang akan berlaku jauh sebelum waktunya. Apakah yang Tuhan telah tentukan sebelum waktunya? Menurut Roma 8:29-30 Tuhan telah menentukan individu-individu tertentu untuk menjadi serupa dengan gambaran Anak-Nya. Orang-orang ini dipanggil, dibenarkan dan akan dimuliakan. Pada dasarnya Tuhan telah menentukan individu-individu tertentu untuk diselamatkan. Banyak ayat bercakap tentang orang-orang yang percaya kepada Kristus telah dipilih (Matius 24:22, 31; Markus 13:20, 27; Roma 8:33, 9:11, 11:5-7, 28; Efesus 1:11; Kolose 3:12; 1 Tesalonika 1:4; 1 Timotius 5:21; 2 Timotius 2:10; Titus 1:1; 1 Petrus 1:1-2, 2:9; 2 Petrus 1:10). Predestinasi adalah pengajaran Alkitabiah yang berkata dalam kedaulatan-Nya Tuhan telah memilih individu-individu tertentu untuk diselamatkan.

Bantahan yang biasa diterima kepada pengajaran ini adalah ianya tidak adil. Mengapa Tuhan memilih individu-individu tertentu sahaja dan bukan orang lain? Penting diingat bahawa tidak ada seorang pun yang layak untuk diselamatkan. Semua kita telah berbuat dosa (Roma 3:23) dan layak menerima hukuman kekal (Roma 3:23). Tuhan akan berlaku adil dengan membiarkan kita menderita selama-lamanya dalam neraka. Bagaimanapun Tuhan memilih untuk menyelamatkan beberapa orang. Dia bukan berlaku tidak adil kepada yang tidak terpilih sebab orang-orang itu menerima apa yang selayaknya mereka terima. Tuhan bukan tidak adil apabila dia bermurah hati kepada beberapa orang. Tidak ada sesiapa yang layak menerima apa-apa daripada Tuhan. Oleh sebab itu tidak ada sesiapa yang boleh membantah sekiranya tidak menerima apa-apa daripada Tuhan. Satu contoh yang dapat diberikan adalah tentang seseorang yang memberikan wang kepada seramai lima orang dalam sekumpulan 20 orang. Adakah 15 orang yang tidak menerima wang akan berkecil hati? Mungkin juga. Adakah mereka berhak untuk merasa begitu? Tidak. Mengapa? Sebab orang yang memberikan wang secara rawak tadi tidak berhutang apa-apa kepada mereka. Dia hanya memilih untuk bermurah hati kepada beberapa orang.

Sekiranya Tuhan yang memilih orang yang akan diselamatkan, bukankah itu mengabai kebebasan kita untuk membuat pilihan dan percaya dalam Kristus? Alkitab berkata kita mempunyai pilihan?semua yang percaya kepada Yesus akan diselamatkan (Yohanes 3:16; Roma 10:9-10). Alkitab tidak pernah berkata Tuhan menolak seseorang yang percaya kepada-Nya atau menolak sesiapa sahaja yang mencari-Nya (Ulangan 4:29). Bagaimanapun, dalam misteri Tuhan, predestinasi Tuhan bekerjasama dengan peribadi manusia yang sedang ditarik Tuhan (Yohanes 6:44) dan percaya untuk mendapat keselamatan (Roma 1:16). Tuhan menentukan siapa yang akan diselamatkan dan kita secara peribadi mesti memilih Kristus supaya dapat diselamatkan. Kedua-dua kenyataan ini adalah benar. Roma 11:33 menyatakan, ?O, alangkah dalamnya kekayaan, hikmat dan pengetahuan Allah! Sungguh tak terselidiki keputusan-keputusan-Nya dan sungguh tak terselami jalan-jalan-Nya!?

Soalan: Di antara Kavinisme dan Arminianisme - pandangan manakah yang betul?

Jawapan: Kalvinisme dan Arminianisme merupakan dua sistem teologi yang cuba menjelaskan perhubungan di antara kedaulatan Tuhan dengan tanggungjawab manusia berhubung keselamatan. Pandangan Kalvinisme diambil sempena nama John Calvin seorang ahli teologi Peranchis yang hidup di antara tahun 1509 ? 1564. Arminianisme pula diambil sempena nama Jacobus Arminus, seorang ahli teologi yang hidup di antara 1560 -1609.

Kedua-dua sistem dapat dirumuskan dengan lima perkara. Kalvinisme berkata akhlak manusia telah dirosakkan sepenuhnya oleh dosa sementara Arminianisme berkata hanya sebahagian sahaja akhlak manusia yang telah dirosakkan oleh dosa. Kerosakan akhlak sepenuh oleh dosa mengatakan seluruh bahagian daripada manusia telah dicemari oleh dosa mengakibatkan manusia yang tidak dapat datang kepada Tuhan dalam kemampuannya sendiri. Kerosakkan sebahagian pula berkata seluruh bahagian manusia telah dicemari dosa tetapi tidak sampai tahap di mana manusia tidak dapat meletakkan iman di dalam Tuhan dalam tindakan mereka sendiri.

Kalvinisme memasukkan kepercayaan tentang pemilihan Tuhan yang tidak bersyarat sedangkan Arminianisme percaya kepada pemilihan yang bersyarat. Pemilihan tak bersyarat berkata Tuhan memilih seseorang untuk diselamatkan berdasarkan kehendak-Nya sendiri dan bukan ke atas sesuatu yang telah dilakukan dan melayakkan seseorang itu. Pemilihan bersyarat pula berkata Tuhan memlih peribadi-peribadi yang akan percaya kepada kepada Kristus berdasarkan kemahatahuan Tuhan bahawa berhubung orang-orang yang akan memilih Tuhan.

Kalvinisme melihat penebusan itu terbatas, sementara Arminiasnisme melihatnya sebagai tidak terbatas. Inilah yang paling kontroversi dalam lima perkara. Penebusan yang terbatas berkata Tuhan Yesus hanya mati bagi orang-orang yang terpilih. Penebusan tidak terbatas berkata Yesus mati untuk semua orang, tetapi kematian-Nya tidak membawa makna apa-apa selagi orang itu belum menerima-Nya dengan iman.

Kalvinisme berkata kasih karunia Tuhan tidak dapat ditolak sementara Arminianisme berkata seseorang itu dapat menolak kasih karunia Tuhan. Kavinisme berkata kalau Tuhan panggil seseorang kepada keselamatan, orang itu akan datang kepada keselamatan. Arminianisme berkata Tuhan memanggil semua orang untuk diselamatkan tetapi ramai melawan dan menolak panggilan ini.

Kalvinisme berpegang kepada ketabahan orang-orang percaya sementara Arminianisme berpegang kepada keselamatan yang bersyarat. Ketabahan orang-orang percaya bercakap tentang orang-orang yang telah dipilih Tuhan akan bertahan dalam iman dan tidak akan menolak dan membelakangi Kristus selama-lamanya. Keselamatan bersyarat adalah pandangan yang mengatakan orang-orang percaya dapat membuat pilihan sendiri untuk berpaling daripada Kristus dan dengan itu kehilangan keselamatannya.

Jadi siapakah yang betul dalam perdebatan di antara Kalvinisme dan Arminianisme? Dalam tubuh Kristus terdapat percampuran dua pandangan ini. Terdapat lima perkara Kalvinisme dan lima perkara Arminianisme, dan ada yang berpegang pada tiga perkara Kalvinisme dan dua perkara Arminianisme. Ramai orang percaya berpegang kepada campuran pandangan daripada dua pandangan ini. Pada pandangan kami, kedua-dua sistem pandangan ini gagal sebab mereka cuba menjelaskan sesuatu yang tidak dapat dijelaskan. Manusia memang sukar menangkap konsep yang seperti ini. Tuhan mutlak berdaulat dan mengetahui segala sesuatu . Manusia dipanggil membuat pilihan untuk beriman kepada Kristus bagi mendapatkan keselamatan. Dua kenyataan ini kelihatan bertentangan kepada kita tetapi dalam pemikiran Tuhan ia merupakan pengertian yang sempurna.

Soalan: Apakah dispensasionalisme dan adakah ia Alkitabiah?

Jawapan: Dispensasionalisme merupakan satu sistem teologi yang mempunyai dua perbezaan utama dengan yang lain. 1) Penafisran Firman Tuhan secara harfiah yang tidak berubah-ubah. 2) Perbezaan di antara Israel dengan gereja dalam rancangan Tuhan.

Dispensasionalisme berkata kaedah penyelidikan Firman Tuhan mereka adalah secara harfiah, iaitu memberikan setiap perkataan erti sebagaimana ianya dimengerti dalam penggunaan setiap hari. Simbol-simbol dan bahasa gambaran semua ditafsirkan secara jelas dalam cara ini dan ini tidak bertentangan dengan penafsiran Firman Tuhan secara harfiah. Simbol-simbol dan bahasa gambaran juga mempunyai pengertian harfiah di sebalik mereka.

Ada tiga alasan mengapa dispensasionalisme merupakan cara yang terbaik untuk mengerti Firman Tuhan. Pertama, kita perlu berserah kepada tujuan bahasa yang menuntut supaya ianya ditafsir secara harfiah. Bahasa diberikan Tuhan supaya dapat berkomunikasi dengan manusia. Alasan kedua adalah Alkitabiah. Setiap nubuatan tentang Yesus Kristus dalam Perjanjian Lama telah digenapi secara harfiah. Kelahiran,pelayanan, kematian dan kebangkitan Yesus semuanya telah digenapi tepat seperti yang telah dikatakan dalam Perjanjian Lama. Tidak ada penggenapan dalam Perjanjian Baru bukan harfiah terhadap nubuatan-nubuatan Perjanjian Lama. Ini sangat berpihak kepada kaedah penafsiran harfiah. Sekiranya kaedah penafsiran harfiah tidak digunakan dalam penyelidikan Firman Tuhan,kita tidak akan mempunyai piawaian yang tetap untuk memahami Alkitab. Setiap orang akan mula menafsirkan Alkitab menurut kesesuaian yang dilihat dan selera masing-masing. Penafsiran Alkitab akan beralih daripada ?Alkitab berkata...? kepada ?bahagian ini bercakap kepada saya...? Sedih sekali sebab beginilah keadaan dengan banyak penafsiran harfiah Alkitab masa kini.

Teologi dispensasionalisme berkata ada dua umat Tuhan yang berbeza: Israel dan Gereja. Dispensasionalisme percaya keselamatan diterima dengan iman di dalam Tuhan baik dalam Perjanjian Lama dan terlebih iman kepada Anak (Tuhan menjadi manusia) dalam Perjanjian Baru. Dispensasionalisme berpegang pada pandangan yang erkata gereja tidak mengambil tempat Israel. Mereka percaya janji-janji yang Tuhan telah berikan kepada Israel (tanah, banyak keturunan dan segala berkat) dalam Perjanjial Lama akan digenapi sepenuhnya dalam Kerajaan 1000 tahun yang disebut dalam Wahyu 20. Dispensasionalisme percaya,sebagaimana Tuhan memberikan penumpuan kepada gereja dalam zaman ini, kelak Dia akan kembali memberikan fokus-Nya kepada Israel (Roma 9-11).

Dengan menggunakan sistem ini sebagai dasar, orang-orang dispensasionalisme memahami Alkitab tersusun kepada tujuh zaman: Zaman Tidak Berdosa (Kejadian 1:1?3:7), Zaman Suara Hati (Kejadian 3:8?8:22) Zaman Kerajaan Manusia (Kejadian 9:1?11:32), Zaman Janji (Kejadian 12:1? Keluaran 19:25), Zaman Hukum (Keluaran 20:1?Acts 2:4), Zaman Anugerah (Kisah 2:4?Wahyu 20:3), dan Zaman Kerajaan 1000 tahun (Wahyu 20:4-6). Tujuh buah zaman ini bukanlah jalan-jalan keselamatan tetapi kaedah di mana Tuhan berhubung dengan manusia dalam setiap zaman. Dispensasionalisme sebagai satu sistem membawa kepada penafsiran sebelum Kerajaan 1000 tahun untuk kedatangan Kristus yang kedua kali dan penafsiran sebelum masa kesengsaraan untuk hari pengangkatan. Sebagai rumusan, dispensasionalisme merupakan sistem teologi yang menegas penafsiran harfiah ke atas nubuatan Alkitab, mengenalpasti perbezaan ketara di antara israel dan gereja Tuhan dan menyusun Alkitab kepada zaman-zaman yang berbeza sehinggalah ke zaman sekarang.

Soalan: Apakah premilenialisme?

Jawapan: Premilenialisme merupakan pandangan yang mengatakan Kristus akan datang kedua kali sebelum Ia mendirikan Kerajaan 1000 tahun yang kelihatan di atas muka bumi. Ada dua perkara yang perlu difahami dengan baik dalam memahami dan menafsir perkara-perkara akhir zaman. 1) Satu kaedah penafsiran Alkitab yang baik dan tersusun dan 2) perbezaan di antara Israel (Yahudi) dengan gereja (orang-orang yang percaya dalam Kristus).

Kaedah penafsiran Alkitab yang baik dan tersusun menuntut Firman Tuhan ditafsir dengan cara yang tidak bertentangan dengan konteksnya. Ini bererti satu bahagian Alkitab mestilah ditafsirkan dalam cara yang sesuai dengan penerima yang kepadanya Firman Tuhan itu telah ditulis, penulisan tentang apa, siapa penulis, dan sebagainya. Penting sekali untuk mengetahui siapa penulis, penerima pertama dan latarbelakang sejarah Firman Tuhan yang kita hendak tafsirkan. Keadaan sejarah dan budaya seringkali dapat memberikan maksud sebenar bahagian Firman Tuhan. Ingat bahawa Firman menafsir Firman. Maksudnya seringkali satu bahagian Firman Tuhan itu bercakap tentang suatu perkara yang ada disentuh di bahagian Firman Tuhan yang lain. Penting menafsir Firman Tuhan dengan tepat dan tidak bertentangan di antara satu dengan yang lain.

Firman Tuhan mestilah diterima dalam pengertian yang normal dan harfiah kecuali konteksnya memberi petunjuk ia bersifat bahasa gambaran. Penafsiran secara harfiah tidak menolak kemungkinan penggunaan bahasa gambaran. Ia mendorong para penafsir untuk tidak memasukkan bahasa gambaran ke dalam pengertian Firman Tuhan kecuali bersesuaian dengan konteks. Penting sekali untuk tidak mencari ?pengertian lebih dalam yang lebih rohani? daripada apa yang sudah dinyatakan. Mencari pengertian lebih dalam yang lebih rohani adalah berbahaya sebab ia memindahkan dasar penafsiran yang tepat daripada Firman Tuhan kepada fikiran si penafsir. Akibatnya, tidak akan ada piawai penafsiran Firman Tuhan yang jelas sehingga pengertian Firman sangat tertakluk kepada kepada firasat seseorang semata. 2 Petrus 1: 20-21 memperingatkan kita ?Kitab Suci tidak boleh ditafsirkan menurut kehendak sendiri, sebab tidak pernah nubuat dihasilkan oleh kehendak manusia, tetapi oleh dorongan Roh Kudus orang-orang berbicara atas nama Allah.?

Dengan menerapkan prinsip-prinsip penafsiran Alkitab ini, kita perlu melihat bahawa Israel (keturunan jasmani Abraham) dan gereja (orang-orang percaya dalam Perjanjian Baru) merupakan dua kumpulan yang berbeza. Perbezaan di antara Israel dengan gereja perlu jelas kepada kita sebab jika tidak maka Firman akan disalah tafsir dan disalah mengerti. Bahagian yang sering disalahmengertikan merupakan bahagian Firman yang mengadungi janji-janji Tuhan kepada Israel. Janji-jani itu tidak boleh diterapkan kepada gereja. Konteks Firman Tuhan akan menentukan kepada siapa ia ditujukan dan ia akan membawa kepada penafsiran yang tepat.

Dengan konsep ini dalam minda kita, sekarang kita dapat melihat kepada beberapa bahagian Firman Tuhan yang menghasilkan pandangan premilenialisme . Kejadian 12:1-3: ?Berfirmanlah TUHAN kepada Abram: "Pergilah dari negerimu dan dari sanak saudaramu dan dari rumah bapamu ini ke negeri yang akan Kutunjukkan kepadamu; Aku akan membuat engkau menjadi bangsa yang besar, dan memberkati engkau serta membuat namamu masyhur; dan engkau akan menjadi berkat. Aku akan memberkati orang-orang yang memberkati engkau, dan mengutuk orang-orang yang mengutuk engkau, dan olehmu semua kaum di muka bumi akan mendapat berkat.?

Tuhan menjanjikan tiga perkara kepada Abraham: Abraham akan mempunyai keturunan yang sangat ramai, bangsa ini akan mempunyai tanahair mereka sendiri dan satu berkat sedunia akan datang kepada semua manusia melalui keturunan Abraham (orang Yahudi). Dalam Kejadian 15: 9-17, Tuhan mengesahkan perjanjian-Nya dengan Abraham. Tuhan melaksanakan ini dengan cara meletakkan tanggungjawab perjanjian itu ke atas diri-Nya sendiri. Itu bererti, tidak ada yang dapat dilakukan atau tidak dapat dilakukan Abraham yang akan membatalkan perjanjian yang Tuhan telah adakan dengannya. Dalam bahagian ini juga, sempadan untuk tanah yang akan dikuasai orang Yahudi telah dinyatakan. Lihat Ulangan 34 untuk membaca lebih lanjut tentang sempadan ini. Bahagian Firman Tuhan yang bercakap tentang janji tanah di bahagian lain dalam Alkitab terdapat dalam Ulangan 30: 3-5 dan Yehezkiel 20: 42-44.

Dalam 2 Samuel 7:10-17 kita melihat janji Tuhan kepada Raja Daud. Tuhan menjanjikan Daud keturunan dan daripada keturunan ini Tuhan akan mendirikan satu kerajaan yang kekal. Ini merujuk kepada pemerintahan Kristus selama 1000 tahun dan selama-lamanya. Ingat bahawa janji ini akan digenapi secara harfiah dan masih belum berlaku. Ada pihak mempercayai pemerintahan Salomo sebagai penggenapan harfiah kepada nubuatan ini, tetapi kita menghadapi masalah dengan pandangan itu. Wilayah yang dikuasai Salomo tidak lagi dikuasai Israel pada hari ini dan Salomo tidak lagi memerintah. Tuhan berjanii keturunan Abraham akan berkuasa ke atas tanah yang akan diberikan kepada mereka selama-lamanya. Dalam 2 Samuel 7 Tuhan berkata Dia akan mendirikan Kerajaan yang akan berkekalan. Tidak mungkin Salomo merupakan penggenapan kepada janji yang Tuhan telah berikan kepada Daud. Oleh yang demikian, ini merupakan satu janji yang masih akan digenap d masa akan datangi.

Dengan itu mari kita selidiki apa yang tertulis dalam Wahyu 20:1-7. Seribu tahun yang berulangkali disebut dalam bahagian ini merupakan Kerajaan 1000 tahun yang dalamnya Tuhan Yesus akan memerintah di atas muka bumi. Ingat janji Tuhan kepada Daud berhubung seorang raja yang masih belum digenapi. Premilenialisme memandang kepada suatu peristiwa yang akan menggenapi janji itu dengan Kristus duduk di atas taktha. Tuhan mengadakan perjanjian tidak bersyarat dengan Abraham dan Daud. Perjanjian kepada Abraham dan Daud ini belum ada penggenapan yang penuh dan berterusan. Kerajaan harfiah 1000 tahun sajalah satu-satunya cara supaya janji-janji Tuhan dapat digenapi sebagaimana yang seharusnya.

Kaedah penafsiran harfiah terhadap Firman Tuhan meletakkan setiap perkara di tempatnya dan kita mendapat gambaran yang menyeluruh dan jelas. Kesemua nubuatan Perjanjian Lama tentang kedatangan Yesus telah digenapi secara harfiah. Oeh yang demikian kita percaya semua nubuatan berkenaan kedatangan-Nya yang kedua kali juga akan digenapi secara harfiah. Premilenialisme merupakan satu-satunya sistem yang bersetuju dengan penafsiran secara harfiah terhadap perjanjian-perjanjian Tuhan dan nubuatan akhir zaman.