Pertanyaan-pertanyaan tentang dosa
Soalan: Apakah definisi dosa?

Jawapan: Alkitab menjelaskan dosa sebagai pelanggaran terhadap hukum-hukum (1 Yohanes 3: 4) dan pemberontakan terhadap Tuhan (Ulangan 9:7; Yosua 1: 18). Dosa bermula dengan Lucifer, seorang malaikat yang sangat cantik dan berkuasa. Dia telah jatuh daripada kedudukannya yang tinggi kerana tidak berpuas hati dengan kedudukannya dan ingin menjadi lebih tinggi daripada Tuhan. Di sinilah bermulanya dosa (Yesaya 14: 12-15). Setelah kejatuhannya, Lucifer yang digelar ?Satan?, membawa dosa ke dalam pengalaman manusia di Taman Eden. Satan atau Iblis menggoda Hawa dengan godaan yang sama bila mengatakan mereka akan menjadi ?sama dengan Allah.? Kejadian 3 menjelaskan pemberontakan Adam dan Hawa terhadap Tuhan dan perintah-Nya. Sejak itu, dosa turun ke dalam keturunan manusia sehingga kita sebagai keturunan Adam telah mewarisi dosa. Roma 5:12 mengatakan dosa telah masuk ke dalam dunia melalui Adam. Dengan demikian maut telah merebak kepada semua manusia sebab ?upah dosa adalah maut? (Roma 6:23).

Kecenderungan berbuat dosa memasuki umat manusia melalui Adam. Akibat kejatuhan Adam, manusia secara semulajadi merupakan orang-orang berdosa. Apabila Adam berbuat dosa, sifat dalamannya berubah diakibatkan oleh dosa. Pemberontakannya mengakibatkan kematian rohani dan sifat buruk yang diturunkan kepada setiap orang yang datang selepasnya. Kita merupakan orang-orang berdosa bukan kerana perbuatan dosa; tetapi kita berbuat dosa disebabkan sifat dosa yang ada pada kita. Sifat buruk yang diperturunkan kepada kita dikenali sebagai dosa warisan. Sebagaimana kita mewarisi ciri-ciri fizikal ibubapa kita, demikian juga kita mewarisi sifat berdosa daripada Adam. Dalam Mazmur 51: 7 Raja Daud berkata tentang keadaan manusia yang telah jatuh dengan nada yang sedih, ?Sesungguhnya dalam kesalahan aku diperanakkan, dalam dosa aku dikandung ibuku.?

Satu lagi jenis dosa dikenali sebagai dosa yang diperhitungkan. Istilah ?diperhitungkan? digunakan dalam urusan kewangan dan perundangan. Ianya membawa maksud ?mengambil milik seseorang dan diperhitungkan ke dalam akaun orang lain?. Sebelum hukum Musa diberikan, dosa belum diperhitungkan kepada manusia walaupun manusia adalah orang-orang berdosa disebabkan dosa warisan. Setelah Hukum diberikan, dosa-dosa pelanggaran terhadap Hukum diperhitungkan kepada mereka (Roma 5: 13). Jauh sebelum pelanggaran-pelanggaran diperhitungkan ke atas manusia, hukuman terakhir bagi dosa (maut) terus berlaku (Roma 5:14). Semua manusia sejak Adam sehingga ke zaman Musa takluk di bawah kuasa maut bukan disebabkan oleh perbuatan-perbuatan dosa yang diperhitungkan kepada mereka (yang mana tidak ada), melainkan disebabkan oleh sifat berdosa yang ada pada diri mereka. Selepas Hukum Musa diberikan, manusia takluk kepada kuasa maut disebabkan oleh sifat berdosa yang diwarisi sejak Adam dan oleh dosa yang diperhitungkan kepada manusia kerana melanggar hukum-hukum Tuhan.

Tuhan menggunakan prinsip perhitungan untuk memberi manfaat kepada manusia apabila dosa-dosa orang percaya diperhitungkan ke atas Yesus Kristus yang telah membayar hukuman dosa di atas kayu salib. Dengan memperhitungkan dosa-dosa kita kepada Yesus, Allah melayani-Nya seolah-olah Dia seorang berdosa, walaupun Dia sebenarnya bukan seorang yang berdosa dan Allah membiarkan Yesus mati bagi dosa-dosa seluruh dunia (1 Yohanes 2:2). Dosa telah diperhitungkan kepada-Nya tetapi Dia tidak mempunyai dosa warisan. Perkara ini sangat penting untuk difahami. Dia menanggung hukuman dosa, tetapi Dia tidak pernah berbuat dosa. Sifat-Nya yang murni dan sempurna tidak pernah disentuh oleh dosa. Dia dilayani seolah-olah Dia bersalah di atas semua dosa yang dilakukan manusia sedangkan Dia sendiri tidak pernah berbuat dosa. Sebagai pertukaran, Tuhan memperhitungkan kebenaran Kristus kepada orang-orang percaya dan memasukkan kebenaran-Nya ke dalam kita sama seperti dosa-dosa kita telah dimasukkan ke dalam tanggungan-Nya.

Jenis dosa yang ketiga adalah dosa peribadi. Dosa ini dilakukan oleh manusia setiap hari disebabkan dosa warisan yang ada pada kita sejak Adam. Kita melakukan dosa-dosa peribadi bermula dari dosa tidak bercakap benar yang dianggap ringan kepada dosa berat seperti membunuh orang. Mereka yang belum meletakkan iman mereka di dalam Yesus Kristus mesti membayar hukuman ke atas dosa-dosa peribadi, dosa warisan dan dosa yang diperhitungkan. Bagaimanapun, orang-orang percaya telah dilepaskan daripada hukuman kekal dan sekarang mempunyai kuasa untuk melawan keinginan dan perbuatan dosa. Sekarang kita boleh membuat pilihan samada mahu atau tidak mahu melakukan dosa kerana sekarang kita dapat melawan dosa dengan pertolongan Roh Kudus yang diam di dalam kita, menguduskan kita dan menginsafkan kita terhadap dosa apabila kita melakukannya (Roma 8:9-11). Apabila kita mengaku dosa-dosa peribadi kita dan meminta ampun daripada Tuhan, persekutuan kita yang sempurna dengan Tuhan pun dipulihkan. ?Jika kita mengaku dosa kita, maka Ia adalah setia dan adil, sehingga Ia akan mengampuni segala dosa kita dan menyucikan kita dari segala kejahatan? (1 Yohanes 1:9).

Semua kita berada di bawah penghukuman disebabkan dosa warisan, dosa yang diperhitungkan dan dosa-dosa peribadi. Satu-satunya hukuman dosa yang adil adalah maut (Roma 6:23), yang bukan hanya sekadar kematian jasmani tetapi juga kematian secara rohani (Wahyu 20:11-15). Kita bersyukurlah sebab dosa warisan, dosa yang diperhitungkan dan dosa-dosa peribadi semua telah disalibkan pada salib Kristus. Sekarang dengan iman kepada Kristus sebagai ?Penyelamat?, ?di dalam Dia dan oleh darah-Nya kita beroleh penebusan, yaitu pengampunan dosa, menurut kekayaan kasih karunia-Nya? (Efesus 1:7).

Soalan: Bagaimanakah saya tahu sekiranya sesuatu perkara itu adalah dosa?

Jawapan: Terdapat dua isu yang terlibat dalam pertanyaan ini, iaitu perkara-perkara yang memang jelas dikatakan Alkitab sebagai dosa dan perkara-perkara yang tidak disebut dengan jelas oleh Alkitab. Firman Tuhan yang menyenaraikan perbuatan dosa termasuklah Amsal 6:16-19, Galatia 5:19-21, dan 1 Korintus 6:9-10. Tanpa diragukan perkara-perkara seperti membunuh, berzinah, berbohong, mencuri, dsb disebut sebagai dosa oleh Alkitab. Namun isu yang lebih sulit adalah dalam menentukan samada sesuatu perkara itu dosa ataupun bukan apabila tidak ada disebut secara jelas atau terus-terang oleh Alkitab.

Apabila Alkitab tidak menyebut dengan jelas tentang sesuatu perkara, kita mempunyai satu prinsip umum untuk dijadikan panduan. Pertama, apabila tidak ada rujukan khusus dalam Alkitab, kita perlu bertanya bukan samada sesuatu perkara itu salah tetapi samada perkara itu benar-benar baik. Sebagai contoh, Alkitab menyuruh kita untuk ?mempergunakanlah waktu yang ada? (Kolose 4:5). Kehidupan kita yang hanya beberapa hari di atas muka bumi ini adalah terlalu singkat dan sangat berharga bila dibandingkan dengan kekekalan sehingga kita sepatutnya tidak membazirkan waktu dengan perkara-perkara yang mementingkan diri sendiri, melainkan menggunakan waktu untuk ?membangun, di mana perlu? (Efesus 4:29).

Ujian yang terbaik adalah bertanya dengan jujur dan dengan suara hati yang tidak menuduh, samada kita dapat meminta Tuhan untuk memberkati dan menggunakan kegiatan yang tertentu itu untuk tujuan dan maksud Tuhan sendiri. ?Jika engkau makan atau jika engkau minum, atau jika engkau melakukan sesuatu yang lain, lakukanlah semuanya itu untuk kemuliaan Allah? (1 Korintus 10:31). Sekiranya terdapat sedikit saja keraguan samada sesuatu perkara itu akan menyenangkan Tuhan ataupun tidak, maka lebih baik untuk tidak meneruskannya. ?Dan segala sesuatu yang tidak berdasarkan iman, adalah dosa.? (Roma 14:23). Kita perlu ingat bahawa tubuh dan juga jiwa kita telah ditebus dan menjadi milik Tuhan. ?Atau tidak tahukah kamu, bahwa tubuhmu adalah bait Roh Kudus yang diam di dalam kamu, Roh Kudus yang kamu peroleh dari Allah, -- dan bahwa kamu bukan milik kamu sendiri? Sebab kamu telah dibeli dan harganya telah lunas dibayar: Karena itu muliakanlah Allah dengan tubuhm? (1 Korintus 6:19-20). Kebenaran ini perlu menjadi panduan untuk apa yang kita lakukan dan ke mana kita pergi.

Sebagai tambahan, kita juga perlu mempertimbangkan kesan tindak-tanduk kita ke atas keluarga, sahabat-sahabat dan orang lain secara umumnya. Walaupun sesuatu perkara itu tidak menyakitkan kita secara peribadi tetapi sekiranya pengaruh perkara itu menyakiti orang lain atau melibatkan orang lain, ia adalah dosa. ?Baiklah engkau jangan makan daging atau minum anggur, atau sesuatu yang menjadi batu sandungan untuk saudaramu.... Kita, yang kuat, wajib menanggung kelemahan orang yang tidak kuat dan jangan kita mencari kesenangan kita sendiri.? (Roma 14:21; 15:1).

Akhir sekali, ingatlah Tuhan Yesus adalah Tuhan dan Penyelamat kita. Tidak ada yang boleh dibenarkan untuk mengambil tempat yang lebih utama selain daripada keinginan kita untuk menjadi serupa dengan kehendak-Nya. Tidak ada tabiat,hiburan atau cita-cita yang boleh dibenarkan untuk memerintah ke atas hidup kita; hanya Kristus yang berhak dan berwibawa ke atas kita. ?Segala sesuatu halal bagiku, tetapi bukan semuanya berguna. Segala sesuatu halal bagiku, tetapi aku tidak membiarkan diriku diperhamba oleh suatu apa pun? (1 Korintus 6:12). ?Dan segala sesuatu yang kamu lakukan dengan perkataan atau perbuatan, lakukanlah semuanya itu dalam nama Tuhan Yesus, sambil mengucap syukur oleh Dia kepada Allah, Bapa kit? (Kolose 3:17).

Soalan: Bagaimana saya boleh mengatasi dosa dalam kehidupan Kristian saya?

Jawapan: Kitab injil membincangkan perkara-perkara berikut yang membolehkan kita mendapat kuasa bagi mengatasi dosa.

(1) Roh Kudus ? Hadiah yang diberikan oleh Tuhan kepada orang Kristian (Gereja) supaya dapat hidup dengan berjaya. Tuhan menunjukkan perbezaan ketara antara nafsu badan dengan buah daripada Roh Kudus di Galatia 5:16-25. Dalam perenggan itu, kita disuruh menjalani hidup melalui Roh Kudus. Semua penganut mempunyai Roh Kudus tetapi kita masih disuruh menjalani hidup melalui Roh Kudus iaitu mematuhi undang-undang Tuhan dan sudi diperintah oleh Roh Kudus. Hal ini bermakna membuat keputusan mengikut perintah Roh Kudus dan bukannya mengikut nafsu badan.

Kesan perbezaan ke atas hidup kita yang dibawa oleh Roh Kudus boleh dilihat melalui kehidupan Petrus, dia tidak mengaku Yesus sebanyak tiga kali sebelum disentuh oleh Roh Kudus, tetapi selepas itu dia berkata dia akan mengikut Yesus sampai mati. Selepas dipenuhi oleh kuasa Roh Kudus, dia berkhutbah dengan berani mengenai Yesus di hadapan orang Yahudi di Pentakosta.

Orang yang menjalani hidup melalui Roh Kudus tidak akan menghalang pengaruh Roh Kudus (1 Tesalonika 5:19 ?Janganlah halang Roh Allah?) dan cuba diurapi oleh Roh Kudus (Efesus 5:18-21). Bagaimana seorang boleh dikuasai oleh roh kudus? Pertama sekali, ialah keputusan yang dibuat oleh Tuhan dalam Perjanjian Lama. Tuhan memilih orang tertentu dan dalam keadaan tertentu Tuhan memenuhi mereka supaya mereka berkuasa menyempurnakan kerja Tuhan (Kejadian 41:38; Keluaran 31:3; Bilangan 24:2; 1 Samuel 10:10; dan lain-lain). Saya percaya terdapat bukti di dalam Efesus 5:18-21 and Kolose 3:16 bahawa Tuhan memilih mereka yang memenuhi diri mereka dengan Firman Tuhan kerana kesan semua perkara itu adalah sama. Hal ini membawa kita kepada sumber berikut.

(2) Firman Tuhan, Kitab Injil ? 2 Timotius 3:16-17 menyatakan bahawa Tuhan memberi kita Firman-Nya supaya kita boleh berbuat baik. Firman-Nya mengajar kita cara untuk hidup dan segala yang perlu dipercayai, membongkah kesalahan kita, membantu kita memperbetulkan kesalahan, dan berada di jalan yang betul. Ibrani 4:12 menyatakan bahawa, Firman Tuhan ialah kuasa yang boleh menusuk ke dalam hati kita dan menyelesaikan masalah yang tidak boleh diselesaikan melalui pengetahuan manusia. Mazmur 119:9,11,105 menyatakan bahawa Firman Tuhan ialah kuasa yang mengubah hidup kita. Yosua diberitahu bahawa punca kejayaannya semasa mengalahkan musuh (memenangi dosa) ialah tidak melupakan Firman Tuhan tetapi mengingatinya siang dan malam. Yosua mengikut prinsip ini dan berjaya dalam peperangan mendapatkan tanah janji Tuhan.

Sumber ini biasanya dianggap tidak penting oleh kita. Kita membawa Kitab ke gereja dan membacanya setiap hari, tetapi kita tidak mengingati ajarannya, tidak mengkaji dengan mendalam, tidak menggunakannya dalam kehidupan setiap hari, tidak mengaku kesalahan dosa kita dan lupa memuji Tuhan kerana memberi Firman-Nya kepada kita. Kita tidak tahu bahawa Firman Tuhan adalah penting untuk rohani kita. Kita hanya membaca sedikit daripada Firman Tuhan sebagai makanan rohani semasa pergi ke gereja (tetapi tidak cukup untuk pertumbuhan yang sihat) atau kita membaca tanpa meneliti maksudnya dan betul-betul memahami Firman Tuhan.

Jika kamu belum mempunyai tabiat membaca Firman Tuhan setiap hari secara serius, maka kamu perlu menerima sentuhan daripada Roh Kudus supaya mengingatkan kamu membaca Firman Tuhan dan membacanya setiap hari. Saya cadangkan kamu menulis Firman Tuhan yang pada pendapat kamu penting di dalam buku latihan. Pastikan kamu tidak melupakan Firman Tuhan yang penting semasa kamu membuat nota sendiri. Saya juga mencatatkan doa-doa saya dan meminta Tuhan untuk mengubah sebahagian daripada hidup saya yang tidak memuaskan. Kitab Injil ialah alat yang Roh Kudus gunakan dalam hidup kita (Efesus 6:17), satu bahagian yang amat penting iaitu perisai Tuhan untuk berperang dengan kuasa Syaitan (Efesus 6:12-18)!

(3) Doa ? Satu lagi sumber penting yang diberikan oleh Tuhan. Sekali lagi, sumber ini selalu disebut sahaja oleh Tuhan tetapi tidak digunakan secara betul. Kita ada perhimpunan doa dan masa berdoa perseorangan, tetapi kita tidak berdoa dengan betul seperti gereja awal (Kisah Rasul 3:1; 4:31; 6:4;13:1-3, etc.). Paulus selalu memberitahu kita bahawa dia berdoa untuk mereka yang diajar olehnya. Tetapi kita mengabaikan kegunaan sumber ini. Tuhan memberi kita janji yang besar mengenai doa (Matius 7:7-11; Lukas 18:1-8; Yohanes 6:23-27; 1 Yohanes 5:14-15). Paulus juga mengatakan bahawa doa itu penting semasa berperang dengan kuasa jahat (Efesus 6:18).

Betapa pentingnya hal ini? Lihat kepada segala yang diberitahu oleh Yesus kepada Petrus di taman Getsemani sebelum penafian Petrus. Di sana, Yesus berdoa tetapi Petrus tidur. Yesus membangunkan dia dan berkata, ?Berjaga-jagalah dan berdoalah, supaya kamu tidak mengalami cubaan. Memang kamu ingin melakukan apa yang benar, tetapi kamu tidak sanggup kerana tabiat manusia lemah.? (Matius 26:41). Kita, seperti Petrus, mahu membuat segala yang betul tetapi tidak berkuasa. Kita perlu mengikut nasihat Tuhan iaitu selalu mencari, mengetuk pintu dan bertanya-tanya ? dan dia akan memberikan kita kuasa yang kita perlukan (Matius 7:7). Tetapi kita perlu memberi lebih daripada kata-kata dari mulut sahaja.

Saya bukan mengatakan bahawa doa ini seperti ilmu sihir. Tuhan patut ditakuti dan dihormati. Doa ialah satu cara mengaku kelemahan kita dan kekuatan Tuhan yang besar dan bergantung kepada Tuhan untuk mendapatkan kuasa dan tenaga bagi melakukan segala yang Tuhan mahu kita lakukan dan bukannya segala yang kita mahu lakukan kerana nafsu kita sendiri (1 Yohanes 5:14-15).

(4) Gereja ? sumber akhir ini juga sering kita lupakan. Semasa Yesus menghantar pengikutnya keluar, Dia menghantar mereka dua orang sekali (Matius 10:1). Apabila kita membaca cerita mubaligh di dalam Kisah Rasul, mereka bukan keseorangan tetapi bergerak dalam kumpulan. Yesus berkata bahawa apabila ada dua atau lebih orang berkumpul dalam namanya, Dia akan bersama mereka (Matius 18:20). Dia memerintah kita supaya jangan berhenti berkumpul dan menggunakan masa berkumpul itu untuk menggalakkan sesama sendiri dengan kasih sayang dan melakukan hal yang baik (Ibrani 10:24-25). Dia mahukan kita mengaku kesalahan masing-masing (Yakobus 5:16). Melalui kebijaksanaan Perjanjian Lama, kita diberitahu bahawa besi menajamkan besi, jadi seseorang boleh membetulkan kawannya (Amsal 27:17) "Jika dua orang tidur bersama-sama mereka dapat saling menghangatkan badan, tetapi bagaimanakah seorang menjadi hangat jika dia sendirian? Orang yang sendirian mudah dikalahkan, tetapi dua orang dapat menentang serangan. Tiga utas tali yang dipintal menjadi satu, susah diputuskan." (Pengkhutbah 4:11-12). Tenaga kita berganda jika kita bersatu padu.

Terdapat orang yang mencari rakan lelaki atau perempuan di dalam gereja dan berkongsi pengalaman mereka mengenai hidup mereka mengikut ajaran agama Kristian dan berusaha mengatasi masalah ketidakpercayaan. Mereka juga berdoa untuk satu sama lain dengan menggunakan Firman Tuhan.

Kadang-kadang perubahan datang dengan segera. Kadang-kadang dalam keadaan tertentu perubahan adalah lambat. Tetapi Tuhan berjanji bahawa jika kita menggunakan sumber yang diberikan oleh-Nya, Dia akan membawa perubahan yang baik ke dalam hidup kita. Kita mesti sentiasa percaya bahawa Tuhan taat kepada janji-Nya sendiri.

Soalan: Apakah tujuh dosa maut?

Jawapan: Tujuh dosa maut merupakan senarai yang pada mulanya digunakan oleh orang-orang Kristian terdahulu untuk mengajar para pengikut tentang kecenderungan manusia yang telah jatuh untuk melakukan dosa. Konsep yang salah tentang tujuh dosa maut adalah kononnya ian merupakan kumpulan dosa yang tidak dapat diampuni oleh Tuhan. Alkitab dengan jelas mengatakan dosa yang tidak akan diampuni adalah ketidakpercayaan yang berterusan sebab ianya menolak satu-satunya cara untuk mendapatkan keselamatan iaitu dengan percaya dan menerima Yesus Kristus yang korban-Nya telah menggantikan tempat kita di kayu salib.

Adakah pandangan tentang tujuh dosa maut ini Alkitabiah? Ya dan tidak. Amsal 6: 16-19 berkata, ?Enam perkara ini yang dibenci TUHAN, bahkan, tujuh perkara yang menjadi kekejian bagi hati-Nya:1) mata sombong, 2)lidah dusta, 3)tangan yang menumpahkan darah orang yang tidak bersalah,4) hati yang membuat rencana-rencana yang jahat, 5)kaki yang segera lari menuju kejahatan,6) seorang saksi dusta yang menyembur-nyemburkan kebohongan dan 7)yang menimbulkan pertengkaran saudara.? Bagaimanapun senarai ini bukanlah apa yang biasa disebut orang sebagai ?tujuh dosa maut?.

Menurut Pope Gregory dalam abad ke-enam, tujuh dosa maut merupakan yang berikut: kesombongan, kedengkian, keserakahan, hawa nafsu, amarah, ketamakan, dan kelambanan. Walaupun tidak dapat dinafikan semua ini merupakan dosa, semua perkara yang disenaraikan ini tidak pernah disebut sebagai ?tujuh dosa maut? dalam Alkitab. Senarai tradisi untuk tujuh dosa maut ini dapat dijadikan cara yang baik untuk membuat kumpulan dosa-dosa yang berbeza. Hampir setiap dosa dapat dimasukkan di bawah salah satu daripada tujuh kumpulan itu. Perkara terpenting adalah menyedari bahawa tujuh dosa maut ini tidaklah lebih ?berbahaya? daripada dosa yang lain. Semua dosa membawa maut (Roma 6:23). Puji bagi Tuhan, kerana melalui Yesus Kristus, semua dosa-dosa kita, termasuk ?tujuh dosa maut,? dapat diampuni (Matius 26:28; Kisah Para Rasul 10:43; Efesus 1:7).

Soalan: Adakah semua dosa sama di mata Tuhan?

Jawapan: Dalam Matius 5:21-28, Yesus menyamakan berzinah dengan nafsu mengingini dalam hati dan pembunuhan dengan perasaan benci dalam hati. Bagaimanapun ini bukan bermakna dosa-dosa ini sama. Yesus mahu menegaskan kepada orang-orang Farisi bahawa dosa tetap dosa walaupun kita baru hendak melakukannya, tetapi tidak sungguh-sungguh melakukan apa yang terniat dalam hati. Pemimpin-pemimpin agama dalam zaman Yesus mengajar bahawa tidak salah untuk berfikir apa saja yang mahu dilakukan asal saja tidak sampai sungguh-sungguh melakukan apa yang diinginkan itu. Yesus membuat mereka menyedari tentang Tuhan yang menghakimi fikiran dan juga tindakan manusia (Matius 12:34).

Walaupun Yesus mengatakan nafsu keinginan dan perzinahan sebagai dosa, itu bukan bermakna kedua-duanya sama. Walaupun kedua-duanya merupakan dosa di hadapan Tuhan, sebenarnya adalah lebih teruk untuk sungguh-sungguh membunuh seseorang berbanding sekadar membenci orang itu. Ada tahap-tahap dosa. Beberapa dosa lebih teruk daripada yang lain. Pada masa yang sama, dalam hubungan dengan akibat kekal dan keselamatan, semua dosa adalah sama. Semua dosa akan membawa kepada penghukuman kekal (Roma 6:23). Semua dosa tidak kira samada ?kecil? mana sekalipun adalah menentang Allah yang tidak terbatas dan yang kekal, dan layak menerima hukuman yang tak terbatas dan yang kekal juga. Selanjutnya, tidak ada dosa yang ?besar? yang Tuhan tidak dapat ampuni. Yesus mati untuk membayar hukuman dosa (1 Yohanes 2:2). Yesus mati untuk semua dosa-dosa kita (2 Korintus 5:21). Adakah semua dosa sama? Ya dan tidak. Dalam keterukan dosa? Tidak sama. Dalam penghukumannya? Ya sama. Dalam hal boleh diampuni? Ya sama.

Soalan: Apakah yang dikatakan Alkitab tentang pornografi? Adakah melihat bahan pornografi itu dosa?

Jawapan: Bahan yang paling banyak dicari dalam internet adalah bahan-bahan yang bersangkutan dengan pornografi. Sekarang ini pornografi sangat berleluasa di dalam dunia. Iblis telah berjaya dalam memutarbelit dan menajiskan seks jauh melebihi perkara-perkara yang lain. Iblis telah mengambil sesuatu yang baik dan betul (hubungan kasih dan seks suami isteri) dan menggantikannya dengan hawa nafsu, pornografi, perzinahan, rogol dan homoseks. Pornografi merupakan langkah pertama ke arah cerun licin keburukan akhlak dan perbuatan tidak bermoral yang akan semakin menjadi-jadi (Roma 6:19). Ketagihan terhadap pornografi telah didokumentasi dengan baik. Sama halnya dengan seseorang yang mengambil dadah perlu mengambil dadah yang lebih kuat dan lebih banyak untuk mendapatkan ?ransangan? keseronokan yang sama, pornografi mengheret mangsanya untuk masuk semakin dalam kepada ketagihan yang lebih teruk dan keinginan-keinginan yang tidak suci.

Tiga kategori dosa adalah keinginan daging,keinginan mata dan keangkuhan hidup (1 Yohanes 2:16). Pornografi membuat kita mengingini hal-hal kedagingan, dan ianya merupakan keinginan mata. Pornografi sama sekali tidak tersenarai dalam perkara-perkara yang layak untuk kita fikirkan seperti yang tertulis dalam Filipi 4:8. Pornografi membuat ketagih (1Korintus 6:12; 2 Petrus 2:19) dan membinasakan (Amsal 6:25-28; Yehezkiel 20:30; Efesus 4:19). Saripati kepada pornografi adalah mengingini orang lain dalam fikiran kita dan ini merupakan satu kesalahan di mata Tuhan (Matius 5:28). Apabila tabiat seseorang sudah diwarnai dan terserah kepada pornografi itu menandakan orang itu belum diselamatkan (1 Korintus 6:9).

Bagi mereka yang terlibat dalam pornografi, Tuhan dapat dan akan memberikan kemenangan. Adakah anda terlibat dengan pornografi dan ingin kebebasan daripadanya? Berikut ada beberapa langkah untuk menang: 1) Akui dosa kepada Tuhan (1 Yohanes 1:9). 2) Minta Tuhan membersih, memperbaharui dan mengubah fikiran anda (Roma 12:2). 3) Minta Tuhan mengisi fikiran anda dengan Filipi 4:8. 4) Belajar untuk menguasai diri anda dalam kekudusan (1 Tesalonika 4:3-4). 5) Memahami erti seks yang sebenar dan bergantung kepada pasangan hidup anda untuk memenuhi keperluan ini (1 Korintus 7:1-5). 6) Menyedari bahawa apabila anda berjalan dalam Roh anda tidak akan memenuhi keinginan daging (Galatia 5:16). 7) Ambillah langkah-langkah untuk mengurangkan pendedahan diri kepada bahan-bahan lucah. Pasangkan penghalang pornografi dalam komputer anda, kurangkan penggunaan televisyen dan video serta dapatkan seorang Kristian yang boleh mendoakan anda dan dapat membuat anda bertanggungjawab atas tindakan anda.

Soalan: Apakah pandangan Kristian tentang merokok? Adakah merokok itu merupakan perbuatan dosa?

Jawapan: Alkitab tidak ada menyebut tentang merokok secara langsung. Namun terdapat prinsip-prinsip yang dapat diterapkan kepada persoalan merokok. Pertama Alkitab memerintahkan kita agar jangan membiarkan tubuh kita menjadi hamba kepada apapun juga. "Segala sesuatu halal bagiku, tetapi bukan semuanya berguna. Segala sesuatu halal bagiku, tetapi aku tidak membiarkan diriku diperhamba oleh suatu apa pun" (1 Korintus 6:12). Tanpa diragukan merokok boleh membuatkan orang ketagihan. Kemudian di bahagian yang sama kita diberitahu, "Atau tidak tahukah kamu, bahwa tubuhmu adalah bait Roh Kudus yang diam di dalam kamu, Roh Kudus yang kamu peroleh dari Allah, -- dan bahwa kamu bukan milik kamu sendiri? Sebab kamu telah dibeli dan harganya telah lunas dibayar: Karena itu muliakanlah Allah dengan tubuhmu" (1 Korintus 6:19-20). Merokok sebenarnya sangat berbahaya kepada kesihatan anda. Telah dibuktikan bahawa merokok merosakkan paru-paru dan juga hati manusia.

Dapatkah merokok dipandang sebagai sesuatu yang ?menguntungkan?(1 Korintus 6:12)? Dapatkah merokok dikatakan sebagai sungguh-sungguh menghormati Tuhan dengan tubuhmu (1 Korintus 6:20)? Dapatkah seorang yang merokok dengan jujur berkata dia melakukannya "untuk kemuliaan Tuhan" (1 Korintus 10:31)? Kita percaya jawaban kepada pertanyaan-pertanyaan ini adalah sebutan ?tidak? yang cukup jelass. Oleh sebab itu kita percaya bahawa merokok adalah dosa dan tidak patut diamalkan oleh pengikut Yesus Kristus.

Ada beberapa orang menentang pandangan ini dengan menunjuk kepada orang-orang yang memakan makanan yang tidak sihat yang boleh membawa ketagihan dan membahayakan kesihatan pada tubuh. Sebagai contoh, ramai orang sangat ketagihan kafein sehingga mereka tidak dapat berfungsi sebelum mereka meminum kopi di awal pagi. Sementara perkara ini betul, bagaimanakah pula ia membenarkan perbuatan merokok? Kita bertegas agar orang-orang Kristian mengelak ketamakan dan amalan makan berlebihan yang tidak sihat. Benar bahawa dengan sangat munafik orang Kristian sering mempersalahkan satu dosa tertentu sementara membiarkan dosa yang lain. Namun kenyataan seperti tidak membuatkan merokok sebagai suatu tindakan yang menghormati Tuhan.

Satu lagi bantahan terhadap pandangan ini adalah mereka yang berkata ramai orang-orang yang kuat dalam Tuhan pada zaman dahulu juga perokok. Salah seorang daripadanya adalah C.H. Spurgeon yang terkenal sebagai seorang penghisap curut. Kita tidak percaya bantahan seperti ini mempunyai erti apa-apa. kita percaya Spurgeon bersalah kerana merokok. Di segi yang lain bukankah dia seorang yang rohani dan pengajar Firman Tuhan yang sangat hebat? Tentu sekali! Tetapi adakah itu membenarkan semua tindakan dan tabiatnya sebagai menghormati Tuhan? Tidak.

Dalam membuat kenyataan bahawa merokok itu dosa, kita bukan mengatakan semua yang merokok tidak selamat. Ada ramai orang yang sungguh-sungguh percaya kepada Kristus tetapi mereka merokok. Merokok tidak menghalang seseorang daripada diselamatkan. Merokok juga tidak menyebabkan seseorang itu kehilangan keselamatannya. Merokok dapat diampuni sama seperti dengan dosa-dosa yang lain, samada untuk seseorang yang mahu menjadi seorang Kristian atau seorang Kristian yang mengaku dosanya kepada Tuhan (1 Yohanes 1:9). Pada masa yang sama kita percaya bahawa merokok adalah dosa yang harus ditinggalkan dan diatasi dengan pertolongan Tuhan.

Soalan: Apakah yang dikatakan oleh Kitab Injil mengenai perbuatan minum arak/wain? Adakah seorang Kristian berdosa jika dia minum arak/wain?

Jawapan: Beberapa ayat suci menggalakkan manusia supaya jangan minum arak (Imamat 10:9; Bilangan 6:3; Ulangan 14:26; 29:6; Hakim-hakim 13:4,7,14; 1 Samuel 1:15; Amsal 20:1; 31:4,6; Yesaya 5:11,22; 24:9; 28:7; 29:9; 56:12; Mikha 2:11; Lukas 1:15). Walau bagaimanapun, Kitab Injil tidak sepenuhnya menghalang Kristian daripada minum bir, wain atau sebarang minuman yang mengandungi alkohol. Kristian diarah supaya jangan menjadi mabuk (Efesus 5:18). Kitab Injil menyalahkan perbuatan mabuk dan kesan buruknya (Amsal 23:29-35). Kristian juga diarahkan supaya tidak membenarkan badan mereka dikawal oleh sesuatu yang bukan daripada Tuhan (1 Korintus 6:12; 2 Petrus 2:19). Kitab juga menghalang seorang Kristian melakukan sesuatu yang boleh menyinggung perasaan Kristian yang lain atau menyebabkan mereka berdosa (1 Korintus 8:9-13). Mengikut prinsip-prinsip ini, maka adalah susah untuk menyatakan bahawa Kristian minum arak untuk memuliakan nama Tuhan (1 Korintus 10:31).

Yesus menukar air kepada wain. Nampaknya Yesus juga minum wain semasa kenduri (Yohanes 2:1-11, Matius 26:29). Dalam Perjanjian Baru, air tidak bersih. Tanpa kaedah sanitasi moden, air dicemari oleh bakteria, virus dan bahan-bahan lain. Keadaannya sama seperti yang berlaku di dunia ketiga sekarang. Oleh itu, ramai orang minum lebih banyak wain daripada air pada zaman Yesus memandangkan wain adalah lebih bersih dan sihat. Dalam 1 Timotius 5:23, Paulus menyuruh Timotius supaya jangan minum air sahaja (yang menyebabkan sakit perut) dan minum sedikit wain. Pada masa itu, wain diawet, tetapi tahapnya tidak seperti sekarang. Wain bukannya jus anggur tetapi juga tidak serupa dengan wain hari ini. Sekali lagi, Kitab juga tidak menghalang Kristian daripada minum bir, wain atau sebarang minuman yang mengadungi alkohol. Perbuatan minum alkohol itu bukan dosa. Apa yang salah ialah perbuatan mabuk dan ketagih arak yang patut dielakkan oleh Kristian (Efesus 5:18, 1 Korintus 6:12). Mengikut prinsip dalam Kitab Injil, adalah susah untuk berdebat dan mengatakan bahawa Kristian yang minum arak boleh menggembirakan Tuhan.

Soalan: Apakah yang dikatakan Alkitab tentang perjudian? Adakah berjudi itu dosa?

Jawapan: Definisi perjudian adalah ?mengambil risiko kewangan dalam usaha melipatgandakan wang di atas sesuatu yang bertentangan dengan kemungkinan?. Secara khusus Alkitab tidak mengecam perjudian, pertaruhan atau loteri. Bagaimanapun Alkitab menasihatkan agar kita menjauhkan diri daripada cinta kepada wang (1 Timotius 6:10; Ibrani 13:5). Firman Tuhan juga mendorong agar kita menjauhkan diri dari usaha-usaha ?mahu cepat kaya? (Amsal 13: 11, 23:5; Pengkhotbah 5:10). Perjudian jelas sekali berfokus kepada cinta wang dan tidak dapat dinafikan ia menggoda manusia dengan janji dapat meraih kekayaan dengan cepat dan melalui jalan mudah.

Apa salahnya dengan berjudi? Perjudian adalah rumit sebab ia dilakukan sekali-sekala dan secara sederhana. Ia membazir wang tetapi tidak semestinya sesuatu yang ?jahat?. Manusia membazirkan wang dalam pelbagai jenis kegiatan. Berjudi tidak melebihi bahkan lebih murah berbanding menonton wayang gambar (dalam banyak kasus), makan makanan mahal yang tidak diperlukan atau membeli barang yang tidak berharga. Pada masa yang sama, kenyataan wang dibazirkan ke atas benda-benda lain tidak membenarkan perjudian. Wang tidak patut dibazir. Wang lebih sepatutnya ditabung untuk keperluan masa depan atau diberikan kepada pekerjaan Tuhan ? bukan diperjudikan.

Perjudian dalam Alkitab: Sementara Alkitab tidak ada menyebut tentang perjudian, ia ada menyebut tentang permainan ?nasib? atau ?peluang?. Sebagai contoh, pembuangan undi diamalkan dalam kitab Imamat bagi memilih di antara dua ekor kambing jantan. Yosua membuang undi untuk menentukan pembahagian tanah di antara suku-suku Israel. Nehemiah membuang undi untuk menentukan siapa yang akan tinggal di dalam tembok Yerusalem dengan siapa yang tidak. Para murid membuang undi untuk menentukan pengganti Yudas. Amsal 16:33 berkata, ?Undi dibuang di pangkuan, tetapi setiap keputusannya berasal dari pada TUHAN?. Tidak terdapat dalam Alkitab di mana perjudian atau ?nasib? digunakan sebagai hiburan atau dinyatakan sebagai amalan yang dapat diterima untuk pengikut-pengikut Tuhan.

Kasino dan loteri: Kasino menggunakan pelbagai skim perniagaan untuk menarik kaki judi supaya mengambil risiko kewangan sebanyak yang mungkin. Kasino juga menawarkan minuman keras yang murah atau percuma yang mana mendorong kepada kemabukan dan mengurangkan daya fikir untuk membuat pilihan-pilihan yang bijak. Segala sesuatu di kasino telah diatur sebegitu rupa untuk mengambil sebanyak mungkin wang dan tidak memberi apa-apa kecuali rasa nikmat yang kosong dan segera berlalu. Loteri berusaha menampakkan pertubuhan mereka sebagai satu cara untuk mendanai pendidikan dan program-program sosial. Bagaimanapun, hasil penyelidikan menunjukkan golongan yang terlibat dengan loteri adalah golongan yang hampir tidak mampu untuk membelanjakan kewangan ke atas tiket loteri. Tarikan untuk ?menjadi cepat kaya? merupakan pencobaan yang terlalu kuat terhadap mereka yang terdesak. Kebarangkalian untuk menang adalah terlalu kecil yang akhirnya membawa kehancuran dalam kehidupan ramai orang.

Mengapa loteri tidak menyenangkan Tuhan: Ramai orang yang bermain loteri atau berjudi mengaku berniat hendak memberi kepada pekerjaan Tuhan atau ke tujuan murni yang lain. Sementara ini merupakan motif yang baik,kenyataan membuktikan bahawa tidak ramai pemenang dalam perjudian yang telah menggunakan hasil kemenangannya untuk tujuan-tujuan yang baik. Hasil penyelidikan menunjukkan kepada kita bahawa sebahagian besar dari pemenang-pemenang loteri berada dalam keadaan kewangan yang jauh lebih parah beberapa tahun selepas memenangi jakpot berbanding tahun-tahun sebelumnya. Tidak ramai, kalau ada pun, yang sungguh-sungguh memberikan wang kepada tujuan yang baik. Lagipun, Tuhan tidak memerlukan wang kita untuk mendanai misi-Nya dalam dunia ini. Amsal 13: 11 berkata, ?Harta yang cepat diperoleh akan berkurang, tetapi siapa mengumpulkan sedikit demi sedikit, menjadi kaya?. Tuhan berdaulat, Dia akan menyediakan keperluan gereja melalui saluran-saluran yang jujur. Adakah Tuhan akan dihormati bila menerima persembahan wang hasil dadah atau wang yang telah dirompak daripada bank? Tuhan juga tidak mahu menerima wang yang telah ?dicuri? daripada golongan miskin oleh pencobaan kekayaan.

Kita diberitahu dalam 1 Timotius 6: 10, ?Karena akar segala kejahatan ialah cinta wang. Sebab oleh memburu wanglah beberapa orang telah menyimpang dari iman dan menyiksa dirinya dengan berbagai-bagai duka.? Ibrani 13: 5 menyatakan, ?Janganlah kamu menjadi hamba wang dan cukupkanlah dirimu dengan apa yang ada padamu. Karena Allah telah berfirman: "Aku sekali-kali tidak akan membiarkan engkau dan Aku sekali-kali tidak akan meninggalkan engkau." Matius 6:24 mengisytiharkan, ?Tak seorang pun dapat mengabdi kepada dua tuan. Karena jika demikian, ia akan membenci yang seorang dan mengasihi yang lain, atau ia akan setia kepada yang seorang dan tidak mengindahkan yang lain. Kamu tidak dapat mengabdi kepada Allah dan kepada Mamon."

Soalan: Apakah yang dikatakan oleh Kitab Injil mengenai hubungan homoseksual? Adakah hubungan homoseksual suatu dosa?

Jawapan: Kitab Injil kerap memberitahu kita bahawa aktiviti homoseksual adalah suatu dosa (Kejadian 19:1-13; Imamat 18:22; Roma 1:26-27; 1 Korintus 6:9). Roma 1:26-27 mengajar dengan spesifik bahawa hubungan homoseksual adalah akibat penafian dan penentangan terhadap Tuhan. Apabila seseorang terus hidup di dalam dosa dan ketidakpercayaan kepada Tuhan, Kitab Injil menyatakan bahawa Tuhan membiarkan orang itu menjadi lebih jahat dan jatuh akhlak bagi menunjukkan kepada mereka bahawa kehidupan tanpa Tuhan adalah tidak bermakna dan tiada harapan. 1 Korintus 6:9 mengisytiharkan bahawa mereka yang menjalin hubungan homoseksual tidak akan dibenarkan masuk ke dalam kerajaan Tuhan.

Tuhan tidak mencipta seseorang dengan keghairahan homoseksual. Kitab Injil menyatakan bahawa seseorang menjadi homoseksual disebabkan oleh dosa (Roma 1:24-27), dan juga akibat pilihan mereka sendiri. Seseorang mungkin dilahirkan dengan kecendorongan terhadap homoseksual seperti terdapat orang yang dilahirkan dengan kecendorongan terhadap keganasan dan dosa-dosa lain. Tetapi ini tidak bermakna orang itu mempunyai hak untuk berdosa mengikut suka hati sendiri. Jika seseorang dilahirkan dengan kecendorongan untuk naik marah, adakah ini bermakna mereka boleh naik marah? Pasti tidak! Sama seperti dalam perkara homoseksual ini.

Walau bagaimanapun, Kitab Injil tidak menyatakan bahawa hubungan homoseksual ialah suatu dosa yang lebih serius daripada dosa lain. Semua dosa tidak dibenarkan oleh Tuhan dan menimbulkan kemarahan Tuhan. Hubungan homoseksual hanya ialah salah satu daripada banyak perbuatan berdosa yang disenaraikan di 1 Korintus 6:9-10 yang akan menyebabkan orang itu terpisah daripada kerajaan Tuhan. Mengikut Kitab Injil, pengampunan dosa daripada Tuhan juga diberikan kepada meraka yang menjalin hubungan homoseksual, seperti kepada orang yang berzina, penyembah patung, pembunuh, pencuri dan sebagainya. Tuhan juga berjanji akan memberikan kuasa untuk mengatasi segala dosa termasuk dosa homoseksualiti, kepada mereka yang percaya kepada Yesus Kristus untuk penyelamatan mereka (1 Korintus 6:11; 2 Korintus 5:17).

Soalan: Melancap ? adakah tindakan ini suatu dosa mengikut ajaran kitab Injil?

Jawapan: Kitab Injil tidak menerangkan dengan jelas tentang melancap dan juga tidak mengatakan bahawa melancap ialah satu dosa. Bukan susah untuk kita mempertimbangkan samada melancap itu suatu dosa. Melancap adalah akibat fikiran yang lucah, stimulasi seks dan/atau imej lucah. Semua ini adalah masalah yang patut diselesaikan. Jika masalah nafsu lucah dan pornografi dapat diselesaikan, maka masalah melancap akan dapat diatasi juga.

Kitab Injil menasihati kita supaya mengelakkan kejatuhan akhlak yang berkaitan dengan seks (Efesus 5:3). Tidak mungkin melancap boleh lulus ujian itu. Adakah sesuatu perbuatan itu merupakan dosa atau tidak boleh diketahui apabila kamu bertanya kepada diri sendiri samada kamu sudi memberitahu orang lain bahawa kamu telah melakukannya? Jika kamu berasa malu maka perbuatan itu besar kemungkinan ialah dosa. Satu cara lain yang boleh menentukan jawapan ini adalah apabila kamu bertanya dengan jujur samada Tuhan akan bersetuju dengan perbuatan kamu itu? Tidak mungkin melancap ialah suatu perbuatan yang boleh kita banggakan dan berterima kasih kepada Tuhan kerananya.

Kitab Injil mengajar kita, ?Apa sahaja yang kamu lakukan, sama ada makan ataupun minum, lakukanlah semuanya untuk memuliakan Allah.?(1 Korintus 10:31). Jika tiada alasan menunjukkan sesuatu perbuatan itu boleh memuaskan Tuhan maka perbuatan itu patut dihentikan. Melancap dengan ketara tidak memberi kemuliaan kepada Tuhan. ?Perbuatan orang itu tidak berdasarkan keyakinan bahawa apa yang dilakukannya itu benar. Perbuatan seperti itu dosa.? (Roma 14:23). Mengikut ajaran Kitab Injil, tidak ada alasan melancap boleh memuliakan Tuhan. Kita perlu ingat bahawa badan dan roh kita telah ditebus oleh Tuhan dan dimiliki oleh Tuhan. ?Kamu tentu tahu bahawa tubuh kamu itu tempat kediaman Roh Allah. Roh itu tinggal di dalam kamu, dan Allah sendiri yang mengurniakan Roh itu kepada kamu. Diri kamu bukanlah milik kamu, tetapi milik Allah. Kamu sudah dibeli oleh Allah dan harganya sudah dibayar lunas. Oleh itu, gunakanlah tubuh kamu untuk memuliakan Allah.? (1 Korintus 6:19-20). Kebenaran ini harus menjadi panduan cara kita menggunakan badan kita. Jadi, mengikut prinsipal ini, dengan yakin saya katakan bahawa melancap ialah dosa. Saya tidak percaya melancap boleh memuliakan Tuhan ataupun tidak bercanggah dengan hukum akhlak atau lulus ujian Tuhan yang mempunyai ketuanan ke atas badan kita.