Pertanyaan-pertanyaan tentang kultus dan agama-agama
Soalan: Adakah Yesus jalan tunggal ke syurga?

Jawapan: ?Asalkan saya seorang yang baik, saya akan pergi ke syurga.? ?OK, mungkin saya melakukan kejahatan juga, tetapi kebaikan yang saya lakukan lebih banyak, oleh itu saya akan pergi ke syurga.? ?Tuhan tidak akan menghantar saya ke neraka walaupun saya tidak hidup mengikut ajaran Kitab Injil. Zaman telah berubah!? ?Hanya orang yang amat jahat seperti perogol kanak-kanak dan pembunuh yang akan pergi ke neraka.?

Semua ini adalah fikiran logik kebanyakan orang, tetapi hakikatnya ialah, semua ini adalah pembohongan. Syaitan, pemerintah dunia ini, menanam fikiran seperti ini di dalam otak kita. Dia dan pengikut-pengikutnya adalah musuh Tuhan (1 Petrus 5:8). Syaitan selalu berpura-pura menjadi baik (2 Korintus 11:14), tetapi dia mengawal fikiran manusia yang tidak berpihak kepada Tuhan. ?Mereka tidak mahu percaya kepada berita yang kami khabarkan, kerana Iblis yang menguasai dunia ini menjadikan fikiran mereka tertutup. Mereka tidak dapat melihat cahaya yang menyinari mereka. Cahaya itu daripada Berita Baik tentang kemuliaan Kristus, yang merupakan gambaran Tuhan.? (2 Korintus 4:4).

Adalah satu pembohongan jika kita percaya bahawa Tuhan tidak mempedulikan dosa kecil, dan bahawa neraka adalah untuk ?orang yang amat jahat?. Semua dosa memisahkan kita daripada Tuhan, walaupun satu pembohongan kecil yang tidak berniat jahat. Semua orang telah berdosa, tiada sesiapa pun yang cukup baik untuk pergi ke Syurga dengan usaha sendiri (Roma 3:23). Kemasukan ke Syurga tidak bergantung kepada kebaikan kamu yang melebihi kejahatan kamu; kita semua akan gagal jika hal ini ialah kriterianya. ?Pilihan Tuhan itu tidak berdasarkan perbuatan mereka, tetapi berdasarkan rahmat Tuhan. Jika pilihan Tuhan itu berdasarkan perbuatan manusia, maka rahmat Tuhan itu bukanlah rahmat yang sejati? (Roma 11:6). Kita tidak dapat melakukan apa-apa pun untuk mendapatkan jalan ke syurga (Titus 3:5).

?Masuklah melalui pintu yang sempit itu, kerana lebarlah pintu dan luaslah jalan menuju kepada kebinasaan, dan ramai orang yang masuk melaluinya? (Matius 7:13). Walaupun ramai orang hidup berdosa dan kepercayaan kepada Tuhan tidak popular, Tuhan tidak akan menerima alasan ini. ?Kamu hidup di dalamnya, kerana kamu mengikut jalan dunia ini, kerana kamu mentaati penguasa kerajaan angkasa, iaitu roh yang sekarang sedang bekerja di antara orang durhaka? (Efesus 2:2).

Semasa Tuhan mencipta dunia ini, dunia adalah sempurna. Setiap benda adalah baik. Kemudian Tuhan mencipta Adam dan Hawa dan memberi mereka fikiran bebas supaya mereka boleh membuat keputusan untuk mengikut dan mematuhi Tuhan atau tidak. Tetapi Adam dan Hawa, manusia pertama yang dicipta oleh Tuhan, digoda oleh Syaitan dan mengkhianati Tuhan dengan berdosa. Hal ini memisahkan mereka (termasuk kita yang merupakan keturunan mereka) daripada Tuhan maka kita tidak akan mempunyai hubungan rapat dengan Tuhan. Tuhan adalah sempurna dan tidak akan berdekatan dengan dosa. Walau bagaimanapun, Tuhan menyediakan satu cara supaya kita dapat dihubungkan semula dengan-Nya di syurga. ?Kerana Tuhan sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia mengurniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal?.(Yohanes 3:16). ?Kematian adalah upah dosa, tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus, Tuhan kita adalah anugerah Tuhan.? (Roma 6:23). Yesus dilahirkan di dunia ini supaya Dia dapat mengajar kita cara hidup yang betul dan mati untuk kita, Tiga hari selepas kematianNya, Dia bangkit daripada kubur (Roma 4:25), membuktikan bahawa Dia telah memenangi kematian. Dia menjadi satu jambatan di antara Tuhan dan manusia supaya kita boleh mempunyai hubungan peribadi dengan-Nya asalkan kita percaya kepada Yesus Kristus sebagai Penyelamat Individu.

?Inilah hidup yang kekal itu, iaitu bahawa mereka mengenal Kamu, satu-satunya Tuhan yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Kamu utus.?(Yohanes 17:3). Ramai orang yang percaya kepada Tuhan, begitu juga Syaitan. Tetapi untuk mendapat penyelamatan, kita perlu berpihak kepada Tuhan, mewujudkan satu hubungan peribadi, meninggalkan dosa dan mengikuti Tuhan. Kita mesti percaya kepada Yesus dengan segala yang kita ada dan kelakuan kita mesti berubah. ?Kita dianggap betul oleh Tuhan apabila kita percaya bahawa Yesus Kristus akan membersihkan dosa kita. Kita semua boleh diselamatkan dengan cara ini, tidak kisah siapa kamu dan apa yang kamu telah lakukan dahulu? (Roma 3:22). Kitab Injil menyatakan tiada penyelamatan lain kecuali Yesus Kristus. Yesus berkata di Yohanes 14:6, ?Sayalah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Saya.?

Yesus ialah jalan tunggal penyelamatan kerana hanya Dia yang boleh membayar denda dosa kita (Roma 6:23). Tiada agama lain yang mengajar bahawa akibat dosa adalah amat buruk seperti yang dikatakan oleh agama Kristian. Tiada agama lain yang boleh membekalkan bayaran untuk denda dosa seperti Yesus Kristus. Tiada ?pengasas agama? yang menyatakan Tuhan menjadi manusia (Yohanes 1:1,14) ? cara tunggal dimana hutang dosa yang amat besar boleh dibayar. Yesus mesti merupakan Tuhan supaya Dia boleh membayar hutang kita. Yesus mesti merupakan manusia supaya Dia boleh mati. Penyelamatan hanya boleh diperolehi melalui kepercayaan kepada Yesus! ?Dan keselamatan tidak ada di dalam sesiapa pun selain di dalam Dia, kerana di bawah langit ini tidak ada nama lain yang diberikan kepada manusia yang olehnya kita dapat diselamatkan?(Kisah Para Rasul 4:12).

Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang di bawah ?Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini?.
Soalan: Saya seorang Muslim, mengapa saya patut mempertimbangkan untuk menjadi seorang Kristian?

Jawapan: Mungkin aspek hubungan yang paling diminati antara agama Islam dan agama Kristian ialah mengenai segala yang dikatakan oleh Koran mengenai Yesus. Koran menyatakan bahawa Tuhan Allah menghantar Yesus and menyokong Dia dengan Roh Kudus (Sura 2:87), bahawa Allah mengangkat Yesus (Sura 2:253), bahawa Yesus adalah baik dan tanpa dosa (Sura 3:46; 6:86; 19:19), bahawa Yesus dibangkitkan daripada kematian (Sura 19:33-34), bahawa Allah memberi perintah kepada Yesus untuk menubuhkan satu agama (Sura 42:13), dan bahawa Yesus telah naik ke syurga (Sura 4:157-158). Maka, Muslim yang taat setia dikehendaki memahami dan mematuhi ajaran Yesus (Sura 3:48-49; 5:46).

Ajaran Yesus dicatat dengan teliti oleh pengikut-pengikutnya, di dalam Taurat. Sura 5:110 menyatakan bahawa pengikut-pengikutnya menerima wahyu daripada Allah supaya percaya kepada Yesus dan ajarannya. Sura 61:6,14 menganggap Yesus dan pengikut-pengikutnya sebagai pembantu Allah. Sebagai pembantu Allah, pengikut-pengikut Yesus mungkin dapat mencatat dengan tepat ajaran Yesus. Koran mengajar muslim supaya menyokong dan mengikut kedua-dua Torah dan Taurat (Sura 5:44-48). Jika Yesus tidak berdosa langsung, maka segala yang Dia ajar mestilah benar. Jika pengikut-pengikut Yesus ialah pembantu Allah, maka mereka akan mencatat ajaran Yesus dengan tepat.

Melalui Mohammad, Allah, di dalam Koran, menyuruh muslim membaca Taurat. Allah tidak akan memberi arahan begitu jika Taurat itu tidak benar. Oleh itu, Taurat pada zaman Mohammad mestilah boleh dipercayai dan tepat. Terdapat banyak salinan Taurat 450 tahun sebelum zaman Mohammad. Terdapat lebih daripada seribu manuskrip Taurat. Dengan membandingkan salinan yang paling awal, dengan salinan pada zaman Mohammad, dan salinan selepas zaman Mohammad ? adalah jelas bahawa semua salinan Taurat adalah amat tepat dan konsisten mengenai peribadi Yesus dan ajarannya. Tiada bukti bahawa kebenaran Taurat telah dimusnahkan. Oleh itu, kita boleh yakin bahawa semua ajaran Yesus adalah benar, bahawa ajarannya dicatat dengan tepat di dalam Taurat, dan bahawa Allah telah melindungi Taurat dengan sempurna.

Apakah perkara-perkara mengenai Yesus yang tercatat di dalam Taurat? Di Yohanes 14:6, Yesus berkata, Sayalah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Saya?. Yesus mengatakan bahawa Dia ialah jalan yang tunggal ke Tuhan. Di Matius 20:19, Yesus mengatakan bahawa Dia akan disalib, dibunuh dan akan bangkit daripada kematian pada hari ketiga. Taurat telah mencatat semua ini degan jelas seperti segala yang dijangka oleh Yesus (Matius bab 27-28, Markus bab 15-16, Lukas bab 23-24, Yohanes bab 19-21). Mengapa Yesus, seorang Nabi besar Allah, membenarkan dirinya dibunuh? Mengapa Allah membenarkan hal ini? Yesus berkata bahawa jika seseorang mati bagi sahabat-sahabatnya, hal itu menunjukkan bahawa dia orang yang paling mengasihi mereka (Yohanes 15:13). Yohanes 3:16 mengatakan bahawa Tuhan mengasihi kita sehingga sanggup menghantar Yesus sebagai pengorbanan untuk kita.

Mengapa Yesus perlu mengorbankan nyawanya untuk kita? Inilah perbezaan utama antara agama Islam dan agama Kristian. Islam mengajar bahawa Allah mengadili kita berdasarkan perbuatan baik kita yang melebihi perbuatan jahat. Walaupun perbuatan baik kita melebihi perbuatan jahat, Allah adalah begitu mulia dan suci dan Dia tidak membenarkan orang yang berdosa sedikitpun masuk ke syurga. Allah yang sempurna dan suci, tidak membenarkan segala yang tidak sempurna masuk ke syurga. Maka hal ini menyebabkan kita pergi ke neraka. Kesucian Allah menyebabkan perlunya pengadilan ke atas dosa. Oleh itu kita perlukan Yesus sebagai pengorbanan.

Seperti yang tercatat di dalam Koran, Yesus adalah tanpa dosa. Bagaimana boleh seorang manusia hidup tanpa dosa sepanjang hayatnya? Hal ini adalah tidak mungkin. Tetapi bagaimana Yesus boleh hidup tanpa dosa? Yesus adalah lebih daripada seorang manusia biasa. Yesus mengatakan bahawa dia bersatu dengan Tuhan (Yohanes 10:30). Yesus mengumumkan bahawa Dia adalah Tuhan dalam Torah (Yohanes 8:58). Taurat mengajar dengan jelas bahawa Yesus ialah Tuhan dalam bentuk manusia (Yohanes 1:1,14). Tuhan mengetahui bahawa kita semua berdosa dan tidak dapat masuk ke syurga. Tuhan mengetahui bahawa dosa kita hanya boleh diampuni jika hutang dosa kita habis dibayar. Tuhan mengetahui bahawa hanya Dia yang boleh membayar harga yang tidak terhad itu. Oleh itu, Tuhan menjadi manusia ? Yesus Kristus ? hidup tanpa dosa (Sura 3:46; 6:86; 19:19), mengajar ajaran yang sempurna, dan mati untuk kita supaya hutang dosa kita dilangsaikan. Tuhan berbuat begitu kerana Dia mengasihi kita dan mahu kita kekal bersama-Nya di syurga.

Oleh itu, apa maknanya semua perkara itu kepada kamu? Yesus ialah pengorbanan sempurna untuk pengampunan dosa kamu. Tuhan memberi kita pengampunan dosa dan penyelamatan jika kita sudi menerima hadiahnya (Yohanes 1:12), percaya bahawa Yesus ialah Penyelamat yang mati untuk kita ? kawanNya. Jika kamu percaya bahawa Yesus ialah Penyelamat, kamu pasti akan mendapat hidup abadi di syurga. Tuhan akan mengampuni dosa kamu, membersihkan roh kamu, membaharui roh kamu, memberi kamu hidup yang bermakna di dunia ini dan hidup abadi di dunia selepas mati. Bagaimana kita boleh menolak hadiah yang begitu baik? Bagaimana kita boleh menolak Tuhan yang sudi mati untuk kita?

Jika kamu kurang pasti akan apa yang kamu percaya, kami mengajak kamu membaca doa berikut kepada Tuhan, ?Tuhan, sila membantu saya mengetahui segala yang benar. Bantulah saya mengetahui segala yang salah. Bantulah saya mengetahui jalan yang betul ke penyelamatan.? Tuhan akan menghormati doa begitu.

Jika kamu ingin menerima Yesus sebagai Penyelamat individu kamu, berkatalah kepada Tuhan, dengan mengeluarkan suara ataupun berbisik dalam hati, beritahu Tuhan bahawa kamu ingin menerima hadiah penyelamatan Yesus. Jika kamu hendak berdoa, bolehlah mengikut contoh ini : ?Tuhan, terima kasih kerana kasih sayang-Mu. Terima kasih kerana mengorbankan Dirimu untuk saya. Terima kasih kerana menyediakan pengampunan dan penyelamatan. Saya ingin menerima hadiah ini melalui Yesus. Saya yakin Yesus ialah Penyelamat saya. Saya juga mengasihi Tuhan dan menyerahkan diri kepada-Mu. Amen!?

Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang di bawah ?Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini?.
Soalan: Apakah definisi untuk sebuah kultus?

Jawapan: Apabila kita mendengar perkataan ?kultus,? kita sering berfikir tentang sebuah kumpulan yang menyembah Iblis, korban-korban binatang atau pengambil bahagian dalam ritual-ritual pagan yang jahat dan aneh. Bagaimanapun ternyata kebanyakan penampilan kultus menampakkan keadaan yang tidak bersalah. Definisi Kristian yang khusus bagi sebuah kultus adalah ?sebuah kumpulan agama yang telah menyangkal satu atau lebih kebenaran Alkitabiah yang asas.? Dalam pengertian yang lebih mudah, sebuah kultus adalah kumpulan yang mengajar sesuatu yang boleh mengakibatkan seeorang itu masih belum diselamatkan sekiranya orang itu percaya dan berpegang kepada pengajaran kumpulan kultus itu. Sebuah kultus berbeza dengan agama kerana ia mengaku sebagai sebahagian daripada sesuatu agama, tetapi menyangkal pengajaran pokok agama itu. Sebuah kultus Kristian adalah sebuah kumpulan yang menyangkal satu atau lebih kebenaran-kebenaran asas kekristenan tetapi masih mengaku sebagai seorang Kristian.

Dua pengajaran yang biasa terdapat dalam kumpulan kultus adalah yang mengatakan Yesus bukan Tuhan dan keselamatan bukan diterima dengan iman sahaja. Penyangkalan terhadap keilahian Kristus mengakibatkan korban Kristus tidak cukup untuk menebus dosa-dosa kita. Penyangkalan terhadap keselamatan diterima hanya dengan iman mengakibatkan keselamatan diperolehi dengan perbuatan-perbuatan baik kita, yang mana ditentang sekeras-kerasnya oleh Alkitab. Dua kumpulan kultus yang sangat terkenal adalah Saksi-saksi Yehovah dan Mormon. Kedua-dua kumpulan mengaku sebagai Kristian namun kedua-duanya mengangkal keTuhanan Kristus dan keselamatan yang diterima dengan iman. Saksi-saksi Yehovah dan Mormon mempercayai banyak perkara yang selaras atau sama dengan pengajaran yang terdapat dalam Alkitab. Bagaimanapun, memandangkan mereka menyangkal keTuhanan Yesus Kristus dan mengajar keselamatan diperolehi dengan perbuatan baik, hal ini melayakkan kumpulan ini disebut sebagai kultus. Ramai Saksi-saksi Yehovah, Mormon dan anggota kultus-kultus yang lain merupakan ?orang baik-baik? yang sungguh mempercayai bahawa mereka berpegang kepada kebenaran. Sebagai orang Kristian, kita berdoa dan berharap supaya mereka yang terlibat dalam kultus akan dapat melihat di sebalik pembohongan yang ada dan ditarik kepada kebenaran keselamatan yang hanya melalui iman dalam Yesus Kristus.

Soalan: Apakah cara yang terbaik untuk menginjili seseorang yang berada dalam sebuah kultus atau agama palsu?

Jawapan: Perkara terpenting dapat kita lakukan bagi mereka yang terlibat dalam kumpulan kultus atau agama palsu adalah mendoakan mereka. Kita perlu berdoa supaya Tuhan mengubah hati dan membuka mata mereka kepada kebenaran (2 Korintus 4:4). Kita perlu berdoa supaya Tuhan meyakinkan mereka tentang keperluan keselamatan melalui Yesus Kristus (Yohanes 3:16). Tanpa kuasa Tuhan dan Roh Kudus yang menginsafkan, kita tidak akan dapat meyakinkan orang lain tentang kebenaran (Yohanes 16:7-11).

Kita juga perlu menjalani kehidupan Kristian yang benar agar mereka yang terperangkap dalam kultus dan agama palsu dapat melihat perubahan yang Tuhan telah lakukan dalam kehidupan kita (1 Petrus 3:1-2). Kita perlu berdoa meminta hikmat tentang bagaimana kita dapat melayani mereka dalam cara yang berkuasa (Yakobus 1:5). Selepas semua itu, kita perlu berani untuk mengongsikan Injil dengan mereka. Kita mesti mengisytiharkan khabar keselamatan melalui Yesus Kristus (Roma 10:9-10). Kita mesti selalu bersedia untuk membela iman kita (1 Petrus 3:15), tetapi kita perlu melakukannya dengan lemah lembut dan penuh hormat. Kita mungkin dapat menyampaikan pengajaran dengan betul, menang dalam pertikaman lidah tetapi masih menghalang usaha kita dengan sikap marah dan lebih tahu yang kita perlihatkan kepada orang yang kita cuba menangkan.

Akhirnya,kita mesti menyerahkan keselamatan mereka yang kita Injili kepada Tuhan. Kuasa dan anugerah Tuhanlah yang menyelamatkan orang dan bukannya usaha kita. Mempunyai pengetahuan tentang kepercayaan-kepercayaan palsu dan bersedia memberikan pembelaan yang bersemangat memang baik dan bijak tetapi tidak ada satu pun daripada perkara-perkata ini dapat membawa keselamatan kepada mereka yang masih terperangkap dalam pembohongan kultus dan agama-agama palsu. Cara yang terbaik adalah mendoakan mereka, bersaki kepada mereka, menjalani kehidupan Kristian di hadapan mereka dan berharap Roh Kudus yang bekerja untuk membawa mereka, meyakinkan mereka dan membuat mereka menjadi percaya.

Soalan: Bagaimanakah saya mengenali seorang guru/nabi palsu?

Jawapan: Yesus memberikan amaran kepada kita bahawa ?Kristus-Kristus dan nabi-nabi palsu? akan datang dan berusaha menyesatkan ramai orang termasuk orang-orang pilihan juga (Matius 24:23-27; lihat juga 2 Petrus 3:3 dan Yudas 17-18). Cara terbaik untuk menjaga diri kita daripada kepalsuan adalah dengan mengetahui kebenaran. Kita kena belajar mengenal yang asli untuk nampak dan mengenal kepalsuan. Setiap orang percaya yang ?berterus terang memberitakan perkataan kebenaran itu ? (2 Timotiusy 2:15) dan yang menyelidiki Firman Tuhan dengan penuh hati-hati dapat mengenalpasti kepalsuan. Sebagai contoh, seorang percaya yang telah membaca pekerjaan Bapa, Anak dan Roh Kudus dalam Matius 3: 16-17 akan segera mempertikai pengajaran yang menyangkal Tritunggal. Oleh sebab itu langkah pertama adalah menyelidiki Alkitab dan menilai semua pengajaran dengan apa yang dikatakan oleh Alkitab.

Yesus berkata ?dari buahnya pohon itu dikenal? (Matius 12:33). Sewaktu mencari ?buah?, di sini ada tiga ujian khusus yang dapat diterapkan terhadap setiap guru untuk menilai ketepatan pengajarannya:

1) Apakah yang diajarkan orang ini tentang Yesus? Dalam Matius 16: 15-16 Yesus bertanya, ?Tetapi apa katamu, siapakah Aku ini?? Petrus menjawab, ?Engkau adalah Mesias, Anak Allah yang hidup,? dan Petrus disebut ?berbahagia? kerana jawaban yang diberikannya. Dalam 2 Yohanes 9 kita membaca, ?Setiap orang yang tidak tinggal di dalam ajaran Kristus, tetapi yang melangkah keluar dari situ, tidak memiliki Allah. Barangsiapa tinggal di dalam ajaran itu, ia memiliki Bapa maupun Anak.? Dengan kata yang lain, Yesus Kristus dan karya penyelamatan-Nya adalah sangat penting. Berhati-hati dengan orang-orang yang menyangkal kedudukan Yesus yang setaraf dengan Allah, meremehkan pengorbanan dan kematian Kristus serta menolak kemanusiaan-Nya. 1 Yohanes 2:22 berkata, ?Siapakah pendusta itu? Bukankah dia yang menyangkal bahwa Yesus adalah Kristus? Dia itu adalah antikristus, yaitu dia yang menyangkal baik Bapa maupun Anak.?

2) Adakah pengajar ini memberitakan Injil? Definisi Injil adalah khabar baik tentang kematian Yesus, penguburan-Nya dan kebangkitan-Nya menurut Firman Tuhan (1 Korintus 15: 1-4). Walaupun mereka kedengaran baik bila berkata ?Tuhan mengasihi anda?, ?Tuhan mahu kita memberi makanan kepada mereka yang kelaparan,? dan ?Tuhan mahu supaya anda menjadi kaya?, semua itu bukanlah mesej Injil yang lengkap. Paulus memberi amaran dalam Galatia 1:7, ?Hanya ada orang yang mengacaukan kamu dan yang bermaksud untuk memutarbalikkan Injil Kristus.? Tidak ada seorangpun, termasuk seorang pengkhutbah hebat, mempunyai hak untuk mengubah mesej yang Tuhan telah berikan kepada kita. ?Seperti yang telah kami katakan dahulu, sekarang kukatakan sekali lagi: jikalau ada orang yang memberitakan kepadamu suatu injil, yang berbeda dengan apa yang telah kamu terima, terkutuklah dia!? (Galatia 1:9).

3) Adakah guru ini menampakkan nilai perwatakan yang memuliakan Tuhan? Yudas 11 bercakap tentang pengajar-pengajar palsu, ?...mereka mengikuti jalan yang ditempuh Kain dan karena mereka, oleh sebab upah, menceburkan diri ke dalam kesesatan Bileam, dan mereka binasa karena kedurhakaan seperti Korah.? Dalam kata yang lain seorang pengajar palsu dapat diketahui daripada kesombongan (Kain?s menolak rencana Tuhan), ketamakan (Bileam bernubuat untuk mendapatkan wang) dan pemberontakannya (Korah meninggikan dirinya mengatasi Musa). Yesus memperingatkan kita supaya berhati-hati dengan orang-orang yang seperti itu. Kita dapat mengenali mereka daripada buah mereka (Matius 7:15-20).

Sila ulangkaji kitab-kitab dalam Alkitab yang telah ditulis khusus untuk melawan pengajaran-pengajaran palsu di dalam gereja: Galatia, 2 Petrus, 1 Yohanes, 2 Yohanes dan Yudas untuk penyelidikan lebih lanjut. Seringkali sangat sukar untuk melihat pengajar/nabi palsu. Iblis dapat menyamar sebagai malaikat terang (2 Korintus 11:14) dan pelayanan-pelayanan Iblis menyamar sebagai hamba-hamba kebenaran (2 Korintus 11:15). Hanya dengan benar-benar membiasakan diri dengan kebenaran kita dapat mengenal kepalsuan.

Soalan: Haruskah orang Kristian bertoleransi terhadap kepercayaan agama orang lain?

Jawapan: Dalam zaman ?toleransi? ini, relativisme moral seringkali dicanangkan sebagai kebaikan tertinggi. Setiap falsafah, idea, dan sistem kepercayaan mempunyai merit setara, kata relativis itu dan layak untuk saling hormat menghormati pada tahap yang sama. Mereka yang menyukai satu sistem kepercayaan di atas yang lain atau yang lebih teruk lagi mereka yang mengaku memiliki satu ilmu kebenaran yang mutlak dianggap berfikiran sempit, jahil, atau juga fanatik.

Sudah tentu agama-agama yang berbeza masing-masing membuat tuntutan-tuntutan eksklusif dan golongan relativis tidak mampu dalam menggunakan akal untuk memperdamaikan pertentangan yang sangat ketara. Sebagai contoh, Alkitab berkata ?manusia ditetapkan untuk mati hanya satu kali saja, dan sesudah itu dihakimi? (Ibrani 9:27), sementara sesetengah agama-agama Timur mengajar tentang jelmaan dan kelahiran semula. Jadi adakah kita mati hanya sekali atau berkali-kali? Kedua-dua ajaran-ajaran ini tidak mungkin benar. Relativis pada dasarnya mendefinisikan semula kebenaran dengan tujuan mewujudkan sebuah dunia yang kelihatan aneh dan bertentangan di mana kebenaran-kebenaran yang berlipat ganda dan bertentangan dapat wujud bersama-sama.

Yesus berkata , ?"Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku? (Yohanes 14:6). Seorang Kristian telah menerima Kebenaran, bukan sebagai satu konsep, tetapi sebagai Satu Peribadi. Pengiktirafan Kebenaran ini memisahkan orang-orang Kristian daripada yang mengaku ?berfikiran terbuka?. Orang-orang Kristian secara terang-terangan mengiktirafkan kebangkitan Yesus daripada kematian (Roma 10: 9-10). Sekiranya dia benar-benar percaya kepada kebangkitan Yesus, bagaimanakah mungkin dia bersikap ?berfikiran terbuka? terhadap pengakuan seorang tidak percaya yang berkata Yesus tidak pernah bangkit kembali? Bagi seorang Kristian, menyangkal ajaran Firman Tuhan yang sangat jelas samalah dengan menyangkal Tuhan sendiri.

Perhatikan bahawa kita telah menyebut asas-asas keimanan dalam contoh-contoh kita setakat ini. Beberapa perkara seperti kebangkitan jasmani Kristus, tidak boleh dirundingkan. Perkara-perkara lain masih boleh diperdebatkan seperti siapa penulis Surat Ibrani atau sifat kepada ?duri dalam daging? yang disebut Paulus. Kita harus mengelak dari terbenam dalam pertikaian mengenai perkara-perkara kurang penting (2 Timotius 2:23; Titus 3:9).

Juga apabila mempertikaikan/berdialog mengenai ajaran-ajaran penting, seorang Kristian haruslah menguasai diri dan menunjukkan rasa hormat. Ia satu perkara untuk tidak bersetuju dengan satu kedudukan; ia adalah agak satu perkara lagi untuk merendah-rendahkan seseorang. Kita mesti berpegang teguh kepada kebenaran sambil menunjukkan belas kasihan terhadap mereka yang mempersoalkannya. Sama seperti Yesus,kita hendaklah penuh dengan kasih karunia dan kebenaran (Yohanes 1:14). Petrus meletakkan satu keseimbangan yang baik di antara mempunyai jawapan dan mempunyai kerendahan hati apabila dia berkata: ?...siap sedialah pada segala waktu untuk memberi pertanggungan jawab kepada tiap-tiap orang yang meminta pertanggungan jawab dari kamu tentang pengharapan yang ada padamu, tetapi haruslah dengan lemah lembut dan hormat? (1 Petrus 3:15).

Soalan: Siapakah saksi-saksi Yehovah dan apakah kepercayaan mereka?

Jawapan: Kultus yang dikenali sebagai Saksi-saksi Yehovah telah bermula di Pennsylvania dalam tahun 1870 sebagai sebuah kelas Alkitab pimpinan Charles Taze Russel. Russell menamakan kumpulannya sebagai ?Penyelidikan Alkitab Menjelang Kerajaan 1000 tahun.? Charles T. Russell mula menulis beberapa siri buku yang diberi tajuk ?Menjelang 1000 Tahun?, yang kemudian berkembang sehingga 6 jilid sebelum kematiannya. Penulisan Russell mengandungi banyak daripada teologi yang dipegang Saksi-saksi Yehovah pada hari ini. Setelah kematiannya dalam tahun 1916, sahabat dan pengganti Russell yang bernama Hakim J. F. Rutherford, menulis jilid ketujuh dan terakhir dalam siri ?Menjelang 1000 Tahun? dalam tahun 1917. Buku itu berjudul ?Misteri yang Selesai?. Alkitab Watchtower dan Tract Society diasakan dalam tahun 1886 dan menjadi saluran melalui mana gerakan ?Menjelang Kerajaan 1000 Tahun? menyebarkan pandangan mereka kepada orang lain. Pada mulanya kumpulan ini dikenali sebagai ?Pengikut-pengikut Russel? sehingga tahun 1931. Perpecahan dalam pertubuhan itu telah mengakibatkan ia diberikan nama baru sebagai ?Saksi-saksi Yehovah?. Kumpulan yang daripadanya ia berpecah dikenali sebagai ?Pelajar-pelajar Alkitab?.

Apakah kepercayaan Saksi-saksi Yehovah? Penyelidikan terperinci ke atas pengajaran mereka tentang keTuhanan Kristus, keselamatan, tritunggal, Roh Kudus dan penebusan jelas menunjukkan bahawa mereka tidak berpegang kepada pengajaran iman yang asli. Saksi-saksi Yehovah percaya Yesus adalah Penghulu Malaikat Michael, mahluk ciptaan Tuhan nyang paling tinggi. Ini bertentangan dengan banyak ayat Firman yang dengan jelas mengatakan Yesus sebagai Tuhan (Yohanes 1:1,14, 8:58, 10:30). Saksi-saksi Yehovah percaya keselamatan diperolehi melalui gabungan iman dan perbuatan baik serta ketaatan. Ini bertentangan dengan banyak Firman Tuhan yang mengatakan keselamatan merupakan pemberian anugerah yang diterima dengan iman (Yohanes 3:16; Efesus 2:8-9; Titus 3:5). Saksi-saksi Yehovah menolak tritunggal dan percaya Yesus sebagai mahluk yang diciptakan dan Roh Kudus sebagai kuasa Tuhan yang tidak bernyawa. Saksi-saksi Yehovah menolak konsep penebusan Kristus yang menggantikan tempat kita dan sebaliknya berpegang kepada teori wang tebusan, di mana kematian Yesus sebagai wang tebusan kepada dosa Adam.

Bagaimanakah Saksi-saksi Yehovah membenarkan pengajaran-pengajaran yang tidak Alkitabiah ini? Pertama sekali mereka mengatakan gereja telah merosakkan Alkitab sejak dahulu kala dan mereka telah menterjemah Alkitab ke dalam terjemahan yang mereka sebut sebagai ?Terjemahan Dunia Baru? (New World Translation). Watchtower Bible dan Tract Society mengubah ayat-ayat dalam Alkitab untuk disesuaikan dengan ajaran palsu mereka. Mereka tidak mendasarkan pengajaran mereka kepada apa yang sesungguhnya dikatakan oleh Alkitab. Terjemahan Dunia Baru telah menjalani banyak sekali suntingan apabila Saksi-saksi Yehovah menjumpai ayat Firman Tuhan yang bertentangan dengan pengajaran mereka.

Pihak Watchtower mendasarkan kepercayaan dan pengajarannya ke atas pengajaran asli Charles Taze Russell, Judge Joseph Franklin Rutherford dan pengganti-pengganti mereka. Badan yang berkuasa ke atas Alkitab Watchtower Bible dan Tract Society merupakan badan satu-satunya dalam kultus itu yang dikatakan berwibawa untuk menafsir Alkitab. Dalam kata lain, apa yang dikatakan oleh badan penguasa berhubung mana-mana bahagian Firman diambil sebagai kata-kata terakhir dan pendapat yang berbeza tidak digalakkan sama sekali. Ini sangat bertentangan dengan nasihat Paulus kepada Timotius (juga kepada kita) untuk berusaha agar layak di hadapan Tuhan supaya tidak menjadi malu apabila kita dengan berterus terang memberitakan perkataan kebenaran itu. Nasihat dalam 2 Timotius 2:15 ini merupakan arahan yang jelas daripada Tuhan kepada setiap anak-anak-Nya agar mereka menjadi seperti orang-orang Kristian di Berea yang menyelidiki Firman setiap hari untuk melihat samada pengajaran yang diterima mereka selaras dengan Firman Tuhan.

Barangkali tidak ada kumpulan keagamaan yang lebih setia berbanding Saksi-saksi Yehovah dalam menyebarkan mesej mereka. Malangnya mesej mereka dipenuhi dengan begitu banyak pemesongan,penipuan dan ajaran palsu. Semoga Tuhan membuka hati para Saksi-Saksi Yehovah terhadap kebenaran Injil dan pengajaran Firman Tuhan yang benar.

Soalan: Adakah Mormon itu sebuah kultus? Apakah yang dipercayai Mormon?

Jawapan: Agama Mormon (Mormonisme), yang mana pengikut-pengikutnya dikenali sebagai Mormon dan Latter Day Saints (LDS), telah diasaskan kurang daripada 200 tahun dahulu oleh seorang yang bernama Joseph Smith. Dia mengaku telah dilawati oleh Allah Bapa dan Tuhan Yesus yang memberitahunya tentang keadaan semua gereja di dunia yang menjijikan di mata Tuhan. Joseph Smith kemudian memulakan satu agama baru yang diakuinya sebagai ?satu-satunya gereja yang benar di atas bumi.? Masalah dengan Mormonisme ini adalah ia bertentangan, mengubah dan menambahi Alkitab. Orang-orang Kristian mempercayai kesahihan dan kelengkapan Alkitab dan tidak mempunyai alasan untuk tidak mempercayainya. Orang-orang Kristian yang sungguh-sungguh percaya dan berharap kepada Tuhan adalah orang-orang yang mempercayai Firman-Nya. Mereka percaya bahawa semua bahagian Firman Tuhan telah diilhamkan oleh Tuhan dan Alkitab berasal daripada Dia (2 Timotius 3:16).

Orang-orang Mormon percaya ada empat sumber kata-kata yang diilhami secara ilahi dan bukan hanya satu: 1) Alkitab, ?asalkan diterjemahkan dengan betul.? Tetapi bahagian Firman Tuhan yang mana telah tidak diterjemahkan dengan betul seringkali tidak dijelaskan. 2) Kitab Mormon, yang telah ?diterjemahkan? oleh Smith dan diterbitkan dalam tahun 1830. Smith mengakui bahawa itulah ?buku yang paling tepat? di atas bumi dan orang dapat lebih mendekati Tuhan dengan menurut semua ketetapan-ketetapan yang ada di dalamnya berbanding penggunaan buku-buku yang lain. 3) ?Pengajaran dan Perjanjian-perjanjian? yang mengandungi koleksi wahyu moden berhubung ?Gereja Tuhan Yesus Kristus Yang Telah Dipulihkan? 4) ?Mutiara Sangat Mahal? (The Pearl of the Great Price) yang dianggap Mormon sebagai penjelasan doktrin dan pengajaran yang telah dikatakan hilang daripada Alkitab dan menambahkan ke dalamnya dengan maklumatnya sendiri tentang penciptaan bumi.

Golongan Mormon mempunyai kepercayaan yang berikut ini tentang Tuhan: Tuhan bukan mahluk yang sentiasa paling berkuasa dalam alam semesta tetapi telah mencapai status itu melalui kehidupan yang benar dan usaha yang gigih. Mereka percaya Allah Bapa mempunyai ?tubuh darah dan daging? yang dapat disentuh seperti yang ada pada manusia. Walaupun telah ditinggalkan oleh golongan Mormon yang moden, Brigham Young pernah mengajar bahawa Adam merupakan Allah dan Bapa kepada Tuhan Yesus Kristus. Orang-orang Kristian mempunyai pengetahuan yang bertentangan dengan kepercayaan itu. Pengetahuan orang-orang Kristian tentang Allah adalah: terdapat hanya satu Tuhan yang benar (Ulangan 6:4; Yesaya 43:10; 44:6-8), Dia sentiasa telah wujud dan akan terus wujud (Ulangan 33:27; Mazmur 90:2; 1 Timotius 1:17), Dia tidak dicipta melainkan Dialah Sang pencipta (Kejadian 1; Mazmur 24:1; Yesaya 37:16). Dia sempurna dan tidak ada seorangpun yang setaraf dengan Dia (Mazmur 86:8; Yesaya 40:25). Allah Bapa bukan seorang manusia dan tidak pernah berasal dari manusia (Bilangan 23:19; 1 Samuel 15:29; Hosea 11:9). Dia adalah Roh (Yohanes 4:24) dan bukan terdiri daripada darah dan daging.

Orang-orang Mormon percaya terdapat tahap-tahap yang berbeza atau kerajaan-kerajaan dalam dunia selepas kematian: kerajaan syurga, kerajaan dunia, kerajaan telestial dan kegelapan luaran. Apa yang dipercayai dan dilakukan manusia dalam kehidupan di atas muka bumi sekarang ini akan menentukan nasib mereka kelak. Sebaliknya dalam Alkitab, kita diberitahu bahawa orang-orang yang telah mati akan pergi ke syurga atau neraka selepas kematian berdasarkan samada mereka telah menaruh iman di dalam Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Penyelamat mereka atau sebaliknya. Sebagai orang-orang percaya, apabila kita meninggal dunia, kita akan pergi bersama-sama dengan Tuhan (2 Korintus 5:6-8). Orang-orang yang tidak percaya akan dihantar ke dalam neraka atau dunia orang mati (Lukas 16:22-23). Apabila Yesus datang kedua kalinya kita akan menerima tubuh yang baru (1 Korintus 15:50-54). Terdapat langit dan bumi yang baru untuk orang-orang yang percaya (Wahyu 21:1) dan orang-orang yang tidak percaya akan dibuang ke dalam api neraka kekal (Wahyu 20:11-15). Tidak ada peluang kedua atau penebusan selepas kematian (Ibrani 9:27).

Pemimpin-pemimpin Mormon telah mengajar bahawa inkarnasi Yesus telah diakibatkan oleh hubungan fizikal Allah Bapa dengan Maria. Mormon percaya Yesus sebagai satu tuhan tetapi mereka juga percaya bahawa semua orang boleh menjadi tuhan. Mormon mengajar keselamatan boleh diperolehi dengan iman yang digabungkan dengan perbuatan-perbuatan baik. Bertentangan dengan ini, orang-orang Kristian dalam sejarah telah mengajar bahawa tidak ada seorang pun yang dapat mencapai tahap Tuhan ? hanya Allah saja yang kudus (1 Samuel 2:2). Kita dapat dijadikan kudus dalam pemandangan Tuhan hanya dengan beriman di dalam Dia (1 Korintus 1:2). Yesus merupakan satu-satunya Anak Tunggal Allah (Yohanes 3: 16), satu-satunya orang yang telah menjalani kehidupan yang tidak berdosa, tidak bercacat cela dan sekarang mendapat tempat terhormat dan tertinggi dalam syurga(Ibrani 7:26). Yesus dan Allah Bapa adalah satu. Yesuslah satu-satunya yang telah wujud sebelum kelahiran-Nya secara jasmani (Yohanes 1:1-8; 8:56). Yesus memberikan diri-Nya kepada kita sebagai satu pengorbanan, Tuhan membangkitkan Dia dari antara orang mati dan suatu hari nanti semua orang akan mengaku bahawa Tuhan Yesus Kristus adalah Tuhan (Filipi :6-11). Yesus berkata mustahil bagi kita untuk dapat masuk ke dalam syurga melalui usaha kita sendiri. Hanya dengan jalan beriman kepada Dia kita dapat masuk ke sana (Matius 19:26). Kita semua layak menerima hukuman kekal untuk semua dosa-dosa kita tetapi kasih dan anugerah Tuhan memberikan kepada kita jalan keluar. ?Sebab upah dosa ialah maut; tetapi karunia Allah ialah hidup yang kekal dalam Kristus Yesus, Tuhan kita.? (Roma 6:23).

Jelas sekali bahawa hanya terdapat satu jalan untuk menerima keselamatan iaitu dengan mengenal Allah dan Anak-Nya, Yesus (Yohanes 17:3). Ia tidak dilakukan dengan perbuatan-perbuatan baik melainkan dengan iman (Roma 1:17; 3:28). Kita dapat menerima pemberian ini tanpa mengira siapa kita dan apa yang kita telah lakukan (Roma 3:22). ?Dan keselamatan tidak ada di dalam siapa pun juga selain di dalam Dia, sebab di bawah kolong langit ini tidak ada nama lain yang diberikan kepada manusia yang olehnya kita dapat diselamatkan? (Kisah 4:12).

Walaupun pada kebiasaannya orang-orang Mormon ini peramah, suka bersahabat, mengasihi dan baik hati, mereka tertipu dengan sebuah agama palsu yang merosakkan sifat Allah yang sebenar, peribadi Yesus Kristus dan langkah-langkah untuk mendapatkan keselamatan.