Pemerintahan yang Aman
11
Keturunan Raja Daud seperti pokok yang sudah ditebang. Tetapi sebagaimana tunas baru tumbuh pada tunggul pokok, demikian juga seorang raja yang baru akan muncul daripada keturunan Raja Daud. +
Kuasav TUHAN akan mengurniakan kebijaksanaan kepada dia
juga pengetahuan dan kecekapan untuk memerintah umatnya.
Dia mengenal kehendak TUHAN
dan menghormati Dia.
Dia suka mentaati TUHAN.
Dia tidak menghakimi orang secara sekilas pandang
ataupun berdasarkan kata orang.
Dia menghakimi perkara orang miskin dengan adil,
dan membela hak orang yang lemah.
Dengan perintahnya bumi dihukum,
dan orang jahat akan dibinasakan. +
Dia akan memerintah umatnya dengan adil dan jujur. +
Serigala akan tinggal dengan domba,
dan harimau bintang akan berbaring di samping anak kambing.
Anak lembu dan anak singa akan makanw bersama-sama,
dan kanak-kanak akan menjaga semuanya.
Lembu dan beruang akan makan bersama-sama,
dan anak lembu akan berbaring di samping anak beruang.
Singa akan makan rumput seperti lembu.
Bahkan bayi tidak akan cedera,
apabila bermain dekat ular berbisa.
Di Sion, Bukit Suci Allah,
tiada apa-apa pun yang jahat atau berbahaya.
Bumi akan penuh dengan orang yang mengenal dan menghormati TUHAN
sebagaimana lautan penuh dengan air. + +
Orang dalam Pembuangan Akan Kembali
10 Suatu hari akan tiba apabila seorang raja keturunan Raja Daud akan menjadi tanda kepada bangsa-bangsa. Mereka akan datang kepadanya, dan bangsanya sendiri akan menjadi masyhur. + 11 Pada hari itu Tuhan akan sekali lagi menggunakan kuasa-Nya untuk membawa kembali umat-Nya yang masih hidup di Asyur dan Mesir, di negeri Patros, Etiopia,x 12 TUHAN akan mengibarkan panji untuk menunjukkan kepada bangsa-bangsa bahawa Dia sedang mengumpulkan semula penduduk Israel dan Yehuda yang terserak di segala pelosok bumi dan membawa mereka pulang. 13 Kerajaan Israel tidak lagi iri hati terhadap Yehuda, dan Yehuda pun tidak lagi memusuhi Israel. 14 Mereka bersama-sama akan menyerang orang Filistin di sebelah barat dan menjarahi penduduk di sebelah timur. Mereka akan mengalahkan penduduk Edom dan Moab. Penduduk Amon akan takluk kepada mereka. 15 TUHAN akan mengeringkan Teluk Suez. Dia akan membuat angin panas bertiup sehingga Sungai Efrat menjadi tujuh batang anak sungai yang cetek, dan sesiapa pun dapat menyeberanginya dengan berjalan kaki. + 16 Bagi umat-Nya yang masih hidup akan ada lebuh raya untuk keluar dari Asyur, seperti pada waktu nenek moyang bangsa Israel keluar dari Mesir.
+ 11:1 Why 5.5, 22.16 v 11:2 Kuasa; Harfiah: Roh. + 11:4 2 Tes 2.8 + 11:5 Ef 6.14 w 11:6 Beberapa terjemahan kuno: akan makan; Naskhah Ibrani: dan ternakan yang gemuk. + 11:9 Yes 65.25 + 11:9 Hab 2.14 + 11:10 Rm 15.12 x 11:11 Etiopia: Pada masa itu negeri Etiopia terletak di perbatasan Mesir; naskhah Ibrani: Kus.* Elam, Babilonia, dan Hamat, serta di kawasan pantai dan di pulau-pulau. + 11:15 Why 16.12