Senangkan Hati Orang Lain, Bukan Diri Sendiri
15
Kita yang mempunyai iman teguh harus menolong orang yang lemah keyakinan untuk memikul beban mereka. Janganlah kita lakukan hal-hal yang menyenangkan hati kita sahaja. Sebaliknya setiap orang daripada kita harus menyenangkan hati saudaranya bagi kebaikannya, supaya imannya menjadi semakin teguh. Kita berbuat demikian, kerana Kristus pun tidak memikirkan kesenangan diri-Nya sendiri. Di dalam Alkitab tertulis, “Segala cercaan yang ditujukan kepada-Mu kena padaku.” + Segala yang tertulis di dalam Alkitab adalah untuk mengajar kita, supaya kita mempunyai harapan kerana ajaran daripada Alkitab menyebabkan kita bersabar dan berteguh hati. Semoga Allah yang menyebabkan kamu bersabar dan berteguh hati, membolehkan kamu hidup seia sekata menurut teladan Kristus Yesus. Dengan demikian kamu semua sama-sama dapat memuji Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus.
Berita Baik untuk Orang Bukan Yahudi
Sebagaimana Kristus sudah menyambut kamu, sambutlah satu sama lain untuk memuliakan Allah. Ketahuilah bahawa Kristus menjadi hamba kepada orang Yahudi untuk menunjukkan bahawa Allah setia.n Dia menepati semua janji yang dibuat-Nya dengan nenek moyang mereka. Dia bahkan membolehkan orang bukan Yahudi memuliakan Allah kerana Allah mengasihani mereka. Di dalam Alkitab tertulis,
“Oleh itu, apabila aku di kalangan orang bukan Yahudi,
aku akan memuji Engkau,
aku akan menyanyikan pujian untuk-Mu.” +
10 Ada tertulis begini pula,
“Bersukacitalah bersama-sama umat Allah, hai orang bukan Yahudi!” +
11 Ada tertulis begini pula,
“Pujilah Tuhan, hai semua orang bukan Yahudi;
pujilah Dia, hai semua orang!” +
12 Nabi Yesaya juga berkata,
“Seorang daripada keturunan Isai akan datang;
Dia akan memerintah orang bukan Yahudi,
dan mereka akan berharap kepada-Nya.” +
13 Semoga Allah yang memberi kamu harapan, memenuhkan hati kamu dengan kegembiraan dan kedamaian kerana kamu percaya kepada-Nya, supaya dengan kuasa Roh Allah kamu semakin berharap kepada Allah.
Sebabnya Paulus Menulis dengan Tegas
14 Saudara-saudaraku! Aku yakin bahawa kamu sangat baik, dan kamu mengetahui segala sesuatu yang patut kamu lakukan. Kamu juga dapat saling menasihati. 15 Tetapi dalam suratku ini aku menulis dengan terus terang untuk mengingatkan kamu tentang beberapa buah perkara. Aku menulis dengan tegas, kerana Allah sudah mengurniai aku tugas khas. 16 Aku dijadikan hamba Kristus Yesus untuk menolong orang bukan Yahudi. Aku melakukan tugas seorang imam sewaktu aku mengkhabarkan Berita Baik daripada Allah, supaya orang bukan Yahudi menjadi sebagai suatu persembahan yang menyenangkan hati Allah, dan yang ditahbiskan kepada-Nya oleh Roh Allah. 17 Kerana aku bersatu dengan Kristus Yesus, aku berbangga dengan kerjaku untuk Allah. 18 Aku akan berani berkata-kata dan hanya tentang apa yang sudah dilakukan oleh Kristus melalui aku, supaya orang bukan Yahudi taat kepada Allah. Hal itu dilakukan dengan kata-kata dan perbuatan, 19 dengan keajaiban dan mukjizat, serta dengan kuasa Roh Allah. Aku sudah mengisytiharkan keseluruhan Berita Baik tentang Kristus, dalam perjalananku dari Yerusalem sampai ke Ilirikum. 20 Aku berazam mengisytiharkan Berita Baik di tempat orang yang belum pernah mendengar tentang Kristus, supaya aku tidak membina kerja di atas asas yang diletakkan oleh orang lain. 21 Di dalam Alkitab tertulis,
“Mereka yang belum pernah menerima berita tentang Dia akan melihat,
dan mereka yang belum pernah mendengar akan mengerti.” +
Rancangan Paulus untuk Melawat Roma
22 Itulah sebabnya banyak kali aku terhalang melawat kamu. + 23 Tetapi sekarang kerjaku di daerah-daerah ini sudah selesai. Sudah bertahun-tahun lamanya aku ingin berjumpa dengan kamu. 24 Dalam perjalananku ke negeri Sepanyol, aku akan singgah di kota kamu. Selepas beberapa lama bergembira dengan kamu, aku berharap kamu dapat menolong aku meneruskan perjalanan ke Sepanyol. 25 Tetapi sekarang ini aku akan pergi ke Yerusalem untuk membawa bantuan bagi umat Allah di situ. 26 Jemaah di Makedonia dan Akhaya dengan sukacita membuat keputusan untuk memberikan derma kepada saudara-saudara yang miskin di kalangan umat Allah di Yerusalem. + 27 Mereka sendiri membuat keputusan itu. Memang sebenarnya mereka patut menolong saudara-saudara yang miskin itu, kerana orang bukan Yahudi sudah menerima berkat rohani daripada orang Yahudi. Dengan demikian orang bukan Yahudi patut menolong orang Yahudi dengan berkat kebendaan. + 28 Apabila aku menyelesaikan tugas itu, dan menyerahkan semua wang derma itu kepada mereka, aku akan berangkat ke negeri Sepanyol dan akan melawat kamu dalam perjalanan ke sana. 29 Apabila aku datang kepada kamu, aku akan berkongsi berkat yang berlimpah-limpah daripada Kristus dengan kamu.
30 Demi Tuhan kita Yesus Kristus, dan demi kasih yang dikurniakan oleh Roh Allah, aku menggesa kamu supaya berdoa dengan tekun kepada Allah bersama-sama aku untukku. 31 Berdoalah supaya orang di Yudea yang tidak percaya kepada Yesus Kristus tidak mencederakan aku, dan supaya umat Allah di Yerusalem senang hati dengan apa yang aku lakukan untuk menolong mereka. 32 Kemudian jika diperkenankan Allah, aku akan datang kepada kamu dengan penuh kegembiraan, dan lawatan itu akan menggembirakan dan menyegarkan aku. 33 Semoga Allah, sumber kedamaian kita, menyertai kamu semua. Amin.
+ 15:3 Mzm 69.8 n 15:8 Allah setia; Harfiah: kebenaran Allah. + 15:9 2 Sam 22.50; Mzm 18.50 + 15:10 Ul 32.43 + 15:11 Mzm 117.1 + 15:12 Yes 11.10 + 15:21 Yes 52.15 + 15:22 Rm 1.13 + 15:26 1 Kor 16.1-4 + 15:27 1 Kor 9.11