Pertanyaan-pertanyaan tentang malaikat dan roh-roh jahat
Soalan: Apakah yang dikatakan Alkitab tentang malaikat-malaikat?

Jawapan: Malaikat-malaikat merupakan mahluk roh yang mempunyai kepintaran, emosi dan kehendak. Kenyataan ini benar untuk malaikat-malaikat baik dan yang jahat. Malaikat-malaikat memiliki kepintaran (Matius 8:29; 2 Korintus 11:3; 1 Petrus 1:12), perasaan (Lukas 2:13; Yakobus 2:19; Wahyu 12:17), dan melakukan kehendak-Nya (Lukas 8:28-31; 2 Timotius 2:26; Yudas 6). Malaikat-malaikat merupakan mahluk roh (Ibrani 1:14) tanpa mempunyai tubuh jasmanil. Mereka mempunyai keperibadian.

Malaikat merupakan mahluk yang telah diciptakan. Oleh sebab itu pengetahuan mereka terbatas. Ini bererti mereka tidak mengetahui semua perkara seperti Tuhan. Namun pengetahuan mereka melebihi pengetahun manusia dan ini mungkin disebabkan oleh tiga perkara. Pertama, malaikat dicipta pada kedudukan yang lebih tinggi berbanding manusia, oleh sebab itu mereka memiliki pengetahuan melebihi penhetahuan manusia. Kedua, malaikat-malaikat mengkaji Alkitab dan dunia lebih terperinci berbanding manusia dan mendapat pengetahuan daripadanya (Yakobus 2:19; Wahyu 12:12). Ketiga, malaikat menambah pengetahuan dengan lama memperhati kegiatan-kegiatan manusia. Bukan seperti manusia, malaikat tidak perlu mengkaji sejarah sebab mereka telah melalui semua itu. Oleh yang demikian mereka masak dengan reaksi dan tindak-tanduk yang akan diambil seseorang dan dapat membuat tekaan tepat tentang tindakbalas kita dalam keadaan tertentu.

Walaupun mereka mempunyai kehendak, mereka takluk kepada kehendak Tuhan sama seperti semua mahluk yang lainnya. Malaikat-malaikat yang baik dihantar untuk menolong orang-orang percaya (Ibrani 1:14). Berikut adalah beberapa kegiatan yang dikaitkan dengan malaikat: Mereka memuji Tuhan (Mazmur 148:1-2; Yesaya 6:3). Mereka menyembah Tuhan (Ibrani 1:6; Wahyu 5:8-13). Mereka bersukacita dalam pekerjaan Tuhan (Ayub 38:6-7). Mereka melayani Tuhan (Mazmur 103:20; Wahyu 22:9). Mereka hadir di hadapan Tuhan (Ayub 1:6; 2:1). Mereka melaksana penghukuman Tuhan (Wahyu 7:1; 8:2). Mereka membawa jawaban doa (Kisah 12:5-10). Mereka menolong membawa orang menjadi percaya kepada Kristus (Kisah 8:26; 10:3). Mereka memperhatikan keadaan, pekerjaan dan penderitaan orang Kristian (1 Korintus 4:9; 11:10; Efesus 3:10; 1 Petrus 1:12). Mereka memberi dorongan sewaktu dalam bahaya (Kisah 27:23-24). Mereka mengurus orang-orang benar yang meninggal dunia (Lukas 16:22).

Susunan malaikat sangat berbeza berbanding manusia. Manusia tidak menjadi malaikat apabila mereka meninggal dunia. Malaikat-malaikat tidak pernah hidup sebagai manusia dan tidak akan menjadi manusia. Tuhan telah menciptakan malaikat-malaikat sama seperti Dia juga telah menciptakan manusia. Tidak ada disebut dalam Alkitab malaikat-malaikat telah diciptakan dalam gambar dan rupa Tuhan seperti manusia yang telah dicipta dalam gambar dan rupa Tuhan. Malaikat-malaikat merupakan mahluk rohani yang pada tahap tertentu dapat mengambil rupa bentuk jasmani. Manusia merupakan mahluk jasmani tetapi mempunyai aspek rohani. Perkara terbesar kita dapat pelajari daripada malaikat-malaikat adalah sikap tunduk dan ketaatan mereka yang segera terhadap Tuhan.

Soalan: Apakah yang dikatakan Alkitab tentang setan-setan?

Jawapan: Wahyu 12:9 merupakan ayat Firman yang paling jelas tentang setan-setan, ?Dan naga besar itu, si ular tua, yang disebut Iblis atau Satan, yang menyesatkan seluruh dunia, dilemparkan ke bawah; ia dilemparkan ke bumi, bersama-sama dengan malaikat-malaikatnya.? Kejatuhan Iblis dari syurga digambarkan secara simbolik dalam Yesaya 14: 12-15 dan Yehezkiel 28:12-15. Wahyu 12:4 seolah-olah memberi petunjuk bahawa Iblis telah membawa bersamanya sepertiga malaikat-malaikat ketika dia berbuat dosa. Yudas 6 bercakap tentang malaikat-malaikat yang telah berbuat dosa. Alkitab menunjukkan bahawa setan-setan merupakan malaikat-malaikat yang telah jatuh dan bersama dengan Iblis telah memberontak terhadap Tuhan.

Iblis dan setan-setan pada hari ini berusaha untuk menghapus dan menyesatkan semua orang yang mengikut dan menyembah Tuhan (1 Petrus 5:8, 2 Korintus 11:14-15). Setan-setan adalah roh-roh jahat (Matius 10:1), dan malaikat-malaikat Iblis (Wahyu 12:9). Iblis dan setan-setannya menipu dunia (2 Korintus 4:4), menyerang orang-orang Kristian (2 Korintus 12:7; 1 Petrus 5:8), dan berperang melawan malaikat-malaikat kudus (Wahyu 12:4-9). Setan-setan merupakan mahluk roh, tetapi mereka dapat menjelma dalam bentuk jasmani (2 Korintus 11:14-15). Setan-setan/malaikat-malaikat yang telah jatuh merupakan musuh Tuhan, tetapi mereka adalah musuh-musuh yang telah dikalahkan. Adalah lebih besar Dia yang di dalam kita daripada dia yang ada di dalam dunia (1 Yohanes 4:4).

Soalan: Siapakah Syaitan?

Jawapan: Kepercayaan orang terhadap Syaitan bermula daripada yang karut kepada yang abstrak?dari seorang lelaki kecil berkulit merah bertanduk yang duduk di bahu menyuruh berbuat dosa, kepada satu expresi yang menyatakan personifikasi kejahatan. Walau bagaimanapun Alkitab memberikan kepada kita satu potret yang jelas tentang siapa Syaitan dan pengaruhnya dalam hidup kita. Alkitab menjelaskan bahawa Syaitan merupakan satu mahluk yang telah jatuh dari kedudukannya di syurga akibat dosa. Sekarang Syaitan sangat menentang Tuhan serta melakukan apa yang ada dalam kekuatannya untuk merosakkan semua rancangan Tuhan.

Syaitan telah dicipta sebagai seorang malaikat suci. Yesaya 14:12 memberikan nama Syaitan sebelum kejatuhan sebagai Lucifer (Putera Fajar). Yehezkiel 28:12-14 menyatakan Syaitan sebagai kerub yang merupakan malaikat di kedudukan paling tinggi. Dia telah menjadi sombong dalam kecantikannya sehingga dia mahu duduk di taktha Tuhan (Yesaya 14:13-14; Yehezkiel 28:15; 1 Timotius 3:6). Kesombongan Syaitan telah membawa kepada kejatuhannya. Perhatikan bilangan ?aku hendak? dalam Yesaya 14:12-15. Kerana dosanya, Tuhan telah menghalau Syaitan dari syurga.

Syaitan menjadi penguasa dunia dan penguasa di udara (Yohanes 12:31; 2 Korintus 4:4; Efesus 2:2). Dia menuduh (Wahyu 12:10), menggoda (Matius 4:3; 1 Tesalonika 3:5), dan menipu (Kejadian 3; 2 Korintus 4:4; Wahyu 20:3). Erti namanya adalah ?penentang? atau ?dia yang melawan.? Satu lagi gelarannya iaitu Iblis bermaksud ?pemfitnah?.

Walaupun dia telah diusir dari syurga dia masih mahu meninggikan takthanya mengatasi Tuhan. Dia meniru semua pekerjaan Tuhan dalam mengharap untuk mendapat penyembahan dunia dan menggalak penentangan terhadap kerajaan Allah. Syaitan merupakan sumber setiap bidat palsu dan agama dunia. Syaitan akan melakukan apa saja dalam kemampuannya untuk menentang Tuhan dan mereka yang mengikuti Tuhan. Bagaimanapun nasib Iblis sudah ditentukan iaitu kekal dalam lautan api (Wahyu 20:10).

Soalan: Apakah yang dikatakan Alkitab tentang kerasukan roh/diganggu roh jahat?

Jawapan: Alkitab memberikan beberapa contoh orang dirasuki atau dipengaruhi roh-roh jahat. Daripada contoh-contoh yang diberikan kita akan menjumpai beberapa petanda apabila seseorang dipengaruhi roh jahat dan memahami bagaimana roh jahat merasuki seseorang. Berikut adalah rujukan Alkitab tentang kerasukan roh-roh jahat (Matius 9:32-33; 12:22; 17:18; Markus 5:1-20; 7:26-30; Lukas 4:33-36; Lukas 22:3; Kisah 16:16-18). Dalam beberapa bahagian ini, kita mendapati roh jahat yang merasuki seseorang itu akan menyebabkan pelbagai penyakit seperti tidak mampu bercakap, sawan babi, buta dsb. Roh jahat mengakibatkan seseorang itu melakukan kejahatan,contohnya Yudas yang telah menjual Yesus. Dalam Kisah 16:16-18, roh memberikan kepada seorang hamba perempuan pengetahuan di luar kemampuannya. Lelaki yang dirasuki banyak roh-roh jahat di Gedara, mempunyai kekuatan yang luarbiasa dan hidup bertelanjang bulat di tanah perkuburan. Selepas memberontak terhadap Tuhan, Raja Saulus diganggu roh jahat (1 Samuel 16:14-15; 18:10-11; 19:9-10) dan menjadi sangat tertekan dan mahu membunuh Daud.

Dengan demikian kita mengambil kesimpulan bahawa ada pelbagai gejala yang mungkin diakibatkan kerasukan roh jahat. Ciri-ciri seperti penyakit yang puncanya tidak dapat dijelaskan, perubahan pada peribadi seperti tekanan atau menjadi agresif, mempunyai kekuatan ghaib, perilaku tidak bersopan, anti sosial, dan kemampuan untuk mendapatkan maklumat di luar kemampuan semulajadi. Penting untuk dicatat bahwa hampir semua, jika tidak semua, ciri-ciri ini mungkin mempunyai penyebab yang lain, supaya kita jangan terus melabel setiap orang yang mengalami tekanan sebagai dirasuki roh jahat. Namun di bahagian yang lain kita perlu ingat bahawa, budaya barat tidak mengambil serius soal roh-roh jahat yang terlibat dalam kehidupan orang.

Selain perbezaan pada jasmani dan emosi, pengaruh roh jahat juga dapat dinilai dari segi rohani. Ini termasuk tidak mahu mengampuni (2 Korintus 2:10-11), kepercayaan dan penyebaran ajaran palsu, terutama tentang Kristus dan karya penyelamatan-Nya (2 Korintus 11:3-4, 13-15; 1 Timotius 4:1-5; 1 John 4:1-3).

Rasul Petrus merupakan contoh yang nyata tentang keterlibatan roh-roh jahat dalam kehidupan orang-orang Kristian, di mana seorang Kristian itu dapat dipengaruhi oleh roh jahat (Matius16:23). Beberapa orang menggunakan istilah ?ada roh jahat? terhadap orang-orang yang mempunyai pengaruh roh jahat yang kuat. Kebanyakan ahli teologi percaya bahawa seseorang Kristian itu tidak dapat dirasuki sebab Roh Kudus berada di dalam orang-orang percaya (2 Korintus 1:22; 5:5; 1 Korintus 6:19), dan Roh Tuhan tidak mungkin mahu berkongsi tempat dengan roh jahat.

Kita tidak diberitahu bagaimana seseorang dapat dirasuki. Jika kasus Yudas dijadikan ukuran-dia telah membuka hatinya terhadap kejahatan ? melalui ketamakannya (Yohanes 12:6). Jadi apabila seseorang membiarkan hatinya dikuasai oleh satu tabiat dosa itu akan menjadi laluan masuk untuk roh jahat. Daripada pengalaman para mubaligh, kerasukan roh jahat dikaitkan dengan penyembahan berhala orang-orang kafir dan menyimpan barang-barang kuasa gelap. Firman Tuhan berulang kali mengkaitkan penyembahan berhala kepada roh-roh jahat (Imamat 17:7; Ulangan 32:17; Mazmur 106:37; 1 Korintus 10:20). Tidak menghairankan apabila keterlibatan dalam penyembahan berhala membawa kepada kerasukan roh jahat.

Berdasarkan ayat-ayat Alkitab di atas dan beberapa pengalaman mubaligh, kita dapat menyimpulkan bahawa ramai orang yang membuka kehidupan mereka kepada campurtangan roh-roh jahat melalui perbuatan dosa atau kegiatan ilmu sihir (sedar ataupun tidak sedar). Semua ini termasuklah perbuatan-perbuatan tidak bersusila, minuman keras dan salah guna dadah yang mengubah keadaan sedar seseorang, pemberontakan, kepahitan, dan meditasi transendental.

Seperkara lagi yang kita perlu pertimbangkan. Iblis dan pengikut-pengikutnya tidak dapat melakukan apa-apa di luar keizinan Tuhan (Job 1-2). Iblis selalu berfikir dia telah mencapai tujuan dan kehendaknya, tetapi sebenarnya dia telah melaksanakan tujuan dan kehendak Tuhan seperti yang berlaku dalam kasus pengkhianatan Yudas. Beberapa orang mempunyai sikap yang tidak sihat terhadap kuasa gelap dan kegiatan roh-roh jahat. Ini bukan satu langkah yang bijak dan tidak Alkitabiah. Apabila kita mengikut Tuhan, kita memakai pakaian perang-nya dan bergantung dalam kuasa-Nya (Efesus 6:10-18). Kita tidak perlu takut kepada si Jahat, sebab Tuhan memerintah di atas semuanya!

Soalan: Dapatkah seorang Kristian dirasuki roh jahat?

Jawapan: Tidak ada disebut dalam Alkitab bahawa seorang Kristian dapat dirasuki roh jahat. Memandangkan seorang Kristian didiami Roh Kudus, tentu sekali Roh Kudus tidak akan membiarkan roh jahat merasuki tubuh yang sedang didiami-Nya (Roma 8:9-11; 1 Korintus 3:16; 6:19). Ini merupakan satu isu kontroversi, tetapi kami berpendirian bahawa seorang Kristian tidak dapat dirasuki roh jahat. Kami percaya terdapat perbezaan yang ketara di antara dirasuki dengan diganggu atau dipengaruhi roh jahat. Dirasuki roh jahat melibatkan penguasaan langsung roh jahat ke atas fikiran dan/atau tindakan seseorang (Lukas 4:33-35; 8:27-33; Matius 17:14-18). Gangguan atau pengaruh roh jahat melibatkan serangan roh (atau roh-roh) jahat ke atas seseorang secara rohani dan membawa orang itu ke dalam perilaku dosa. Dalam peperangan rohani di seluruhan Perjanjian Baru, tidak ada disebut tentang roh jahat diusir keluar daripada seorang yang percaya (Efesus 6:10-18). Orang-orang percaya diberitahu agar melawan Iblis (1 Petrus 5:8-9; Yakobus 4:7), bukan untuk mengusirnya keluar.

Sangat tidak munasabah apabila Tuhan membiarkan salah seorang daripada anak-Nya, yang telah dibeli dengan darah-Nya (1 Petrus 1:18-19), dijadikan sebagai ciptaan baru (2 Korintus 5:17), untuk dirasuki dan dikuasai roh jahat. Sebagai orang-orang percaya kita berperang melawan Iblis dan roh-roh jahat tetapi bukan dari dalam diri kita. Rasul Yohanes berkata, ?Kamu berasal dari Allah, anak-anakku, dan kamu telah mengalahkan nabi-nabi palsu itu; sebab Roh yang ada di dalam kamu, lebih besar dari pada roh yang ada di dalam dunia. ? (1 Yohanes 4:4). Siapakah di dalam kita? Roh Kudus. Siapakah yang di dalam dunia? Iblis dan roh-roh jahat. Oleh yang demikian, orang-orang percaya sudah mengalahkan roh roh jahat, dan kasus seorang Kristian dirasuki roh jahat tidak disokong dalam Firman Tuhan.

Soalan: Siapakah anak-anak Allah dan anak-anak perempuan manusia dalam Kejadian 6:1-4?

Jawapan: Kejadian 6: 1-4 merujuk kepada anak-anak Allah dan anak-anak perempuan manusia. Ada beberapa pendapat tentang anak-anak Allah dan mengapa anak-anak yang dihasilkan dengan anak-anak perempuan manusia membesar menjadi manusia-manusia raksasa.

Terdapat tiga pandangan utama berhubung identiti anak-anak Allah, 1) mereka adalah malaikat-malaikat yang telah jatuh, 2) mereka merupakan pemimpin-pemimpin manusia yang berkuasa dan 3) mereka merupakan keturunan Set yang suci telah kahwin campur dengan keturunan Kain yang jahat. Pandangan yang pertama dikuatkan oleh sebutan ?anak-anak Allah? dalam Alkitab yang selalu merujuk kepada malaikat-malaikat (Ayub 1:6; 2:1; 38:7). Namun pandangan ini bermasalah sebab dalam Matius 22: 30 dikatakan malaikat tidak berkahwin. Alkitab tidak memberikan kita alasan untuk percaya bahawa malaikat mempunyai jantina dan dapat membiak. Dua pandangan yang lain tidak menghadapi masalah ini.

Kelemahan pandangan 2) dan 3) adalah pada lelaki biasa yang mengahwini anak-anak perempuan manusia yang biasa tidak akan menghasilkan keturunan ?raksasa? , ?gagah perkasa? dan ?orang-orang kenamaan. ? Lagipun, mengapakah Tuhan membawa air bah ke atas muka bumi (Kejadian 6:5-7) apabila Dia tidak pernah menghalang laki-laki perkasa atau kurunan Set daripada mengahwini perempuan yang biasa atau keturunan Kain? Penghukuman yang berlaku dalam Kejadian 6: 5-7 berkait rapat dengan apa yang berlaku dalam Kejadian 6:1-4. Hanya perkahwinan cabul dan degil di antara malaikat-malaikat telah jatuh dengan anak-anak perempuan manusia padan menerima penghukuman sekeras itu.

Dikatakan tadi bahawa kelemahan pandangan yang pertama ini adalah apa yang dikatakan dalam Matius 22: 30 ?Karena pada waktu kebangkitan orang tidak kawin dan tidak dikawinkan melainkan hidup seperti malaikat di sorga.? Bagaimanapun, teks ini tidak mengatakan malaikat-malaikat ?tidak dapat berkahwin.? Ia hanya mengatakan malaikat-malaikat tidak berkahwin. Kedua, Matius 22: 30 merujuk kepada ?malaikat-malaikat di syurga.? Ia bukan merujuk kepada malaikat-malaikat yang telah jatuh, yang tidak peduli terhadap peraturan yang telah dicipta dan ditetapkan Tuhan bahkan sentiasa berusaha merosakkan rancangan-rancangan Tuhan. Fakta yang mengatakan malaikat-malaikat suci tidak berkahwin atau terlibat dalam hubungan seks tidak bererti itu juga benar untuk Iblis dan roh-roh jahatnya.

Pandangan 1) merupakan penjelasan yang paling sesuai. Satu ?pertentangan? yang menarik bila mengatakan malaikat tidak berjantina dan pada masa yang sama mengatakan ?anak-anak Allah? merupakan malaikat-malaikat telah jatuh dan menghasilkan keturunan dengan anak-anak manusia. Bagaimanapun kita perlu tahu bahawa walaupun malaikat merupakan mahluk roh (Ibrani 1:14), mereka dapat menjelma dalam tubuh jasmani manusia (Markus 16:5). Orang-orang Sodom dan Gomora mahu mengadakan hubungan seks dengan dua orang malaikat yang bersama Lot. Adalah munasabah bahawa malaikat dapat menjelma sebagai manusia sehingga mempunyai jantina dan kemungkinan menghasilkan anak. Mengapakah malaikat-malaikat yang telah jatuh tidak selalu melakukan perkara ini? Nampaknya Tuhan telah memenjarakan malaikat-malaikat yang telah melakukan dosa ini, supaya malaikat-malaikat telah jatuh yang lain tidak akan melakukannya (seperti yang digambarkan dalam Yudas 6). Penafsir Ibrani, apokrip dan pseudopokrip sama-sama berpegang bahawa malaikat-malaikat yang telah jatuh sebagai anak-anak Allah dalam Kejadian 6: 1-4. Ini tidak akan menghentikan perdebatan. Bagaimanapun, pandangan yang mengatakan Kejadian 6:1-4 melibatkan malaikat-malaikat yang telah jatuh mengadakan hubungan dengan manusia perempuan mempunyai dasar konteks dan sejarah yang kuat.