Keturunan Yehuda
4
Berikut adalah sebahagian daripada keturunan Yehuda: Peres, Hezron, Karmi, Hur, dan Syobal. Syobal bapa Reaya, Reaya bapa Yahat. Yahat mempunyai dua orang anak lelaki, Ahumai dan Lahad. Mereka nenek moyang penduduk kota Zora.
3-4 Hur ialah anak lelaki sulung Kaleb dengan isterinya, Efrat. Keturunan Hur ialah pembina kota Betlehem. Etam, Penuel, dan Ezer ialah anak-anak lelaki Hur. Etam mempunyai tiga orang anak lelaki:d Yizreel, Isma, dan Idbas, dan juga seorang anak perempuan bernama Hazelelponi. Penuel mendirikan kota Gedor, dan Ezer mendirikan kota Husa.
Asyhur, yang mendirikan kota Tekoa, mempunyai dua orang isteri, Hela dan Naara. Asyhur dan Naara mempunyai empat orang anak lelaki: Ahuzam, Hefer, Temeni, dan Ahastari. Asyhur dan Hela mempunyai tiga orang anak lelaki: Zeret, Yezohar, dan Etnan.
Kos ialah bapa kepada Anub dan Hazobeba, dan nenek moyang kepada puak-puak keturunan Aharhel anak Harum.
Ada seorang lelaki bernama Yabes, yang paling dihormati dalam keluarganya. Dia diberi nama Yabese 10 Tetapi Yabes berdoa kepada Allah orang Israel, katanya, “Ya Allah, berkatilah aku, dan berilah aku tanah yang luas. Sertailah aku dan jauhkanlah aku daripada kejahatan yang akan menyebabkan aku kesakitan.” Kemudian Allah mengabulkan permintaannya.
Salasilah Keluarga-Keluarga Lain
11 Kelub, saudara Suha, mempunyai anak lelaki bernama Mehir. Mehir ialah bapa Eston, 12 dan Eston mempunyai tiga orang anak lelaki: Bet-Rafa, Paseah, dan Tehina. Tehina ialah pembina kota Nahas. Keturunan semua orang itu tinggal di kota Reka.
13 Kenas mempunyai dua orang anak lelaki bernama Otniel dan Seraya. Otniel juga mempunyai dua orang anak lelaki, Hatat dan Meonotai.f 14 Meonotai ialah bapa Ofra.
Seraya ialah bapa Yoab. Yoab ialah pembina Lembah Tukang, dan semua orang di situ adalah tukang yang mahir.
15 Kaleb anak Yefune mempunyai tiga orang anak lelaki: Iru, Ela, dan Naam. Ela ialah bapa Kenas.
16 Yehaleleel mempunyai empat orang anak lelaki: Zif, Zifa, Tireya, dan Asareel.
17-18 Ezra mempunyai empat orang anak lelaki: Yeter, Mered, Efer, dan Yalon. Mered berkahwin dengan Bica, puteri raja Mesir. Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Miryam, dan dua orang anak lelaki bernama Samai dan Yisba. Yisba ialah pembina kota Estemoa. Mered juga berkahwin dengan seorang wanita daripada suku Yehuda; mereka mempunyai tiga orang anak lelaki: Yered, pembina kota Gedor; Heber, pembina kota Sokho; dan Yekutiel, pembina kota Zanoah.
19 Hodia berkahwin dengan saudara perempuan Naham. Keturunan mereka adalah nenek moyang puak Garmi dan Maakha. Puak Garmi tinggal di kota Kehila, dan puak Maakha tinggal di kota Estemoa.
20 Simon mempunyai empat orang anak lelaki: Amnon, Rina, Benhanan, dan Tilon.
Yisei mempunyai dua orang anak lelaki: Zohet dan Ben-Zohet.
Keturunan Sela
21 Sela ialah salah seorang anak lelaki Yehuda. Keturunannya termasuk Er, pembina kota Lekha; Lada, pembina kota Maresa; puak penenun kain linen, yang tinggal di kota Bet-Asybea; 22 Yokim, dan penduduk kota Kozeba; Yoas dan Saraf, dua orang lelaki yang berkahwin dengan perempuan-perempuan Moab, lalu menetap di Betlehem. (Senarai itu dikutip daripada catatan yang sangat tua.) 23 Mereka ialah pembuat periuk dan berkhidmat kepada raja; mereka tinggal di kota Netaim dan Gedera.
Keturunan Simeon
24 Simeon mempunyai lima orang anak lelaki: Nemuel, Yamin, Yarib, Zerah, dan Saul. 25 Anak lelaki Saul ialah Salum, cucunya ialah Mibsam, dan cicitnya ialah Misma. 26 Daripada Misma, jurai keturunan dilanjutkan oleh Hamuel, lalu Zakur, kemudian Simei. 27 Simei mempunyai enam belas orang anak lelaki dan enam orang anak perempuan, tetapi sanak saudara Simei tidak mempunyai banyak anak. Suku Simeon tidak menjadi banyak seperti suku Yehuda.
28 Sampai pada masa Raja Daud, keturunan Simeon tinggal di kota-kota berikut: Bersyeba, Molada, Hazar-Sual, 29 Bilha, Ezem, Tolad, 30 Betuel, Horma, Ziklag, 31 Bet-Markabot, Hazar-Susim, Bet-Biri, dan Saaraim. 32 Mereka juga tinggal di lima tempat yang lain: Etam, Ain, Rimon, Tokhen, Asan, 33 dan di pekan-pekan di sekitar, sampai sejauh kota Baal di bahagian barat daya. Itulah catatan yang disimpan oleh keturunan Simeon tentang salasilah dan tempat tinggal mereka. +
34-38 Berikut ini adalah pemimpin-pemimpin puak dalam suku Simeon:
Mesobab, Yamlekh, Yosa anak Amazia, Yoel,
Yehu anak Yosibya,
(Yosibya ialah anak Seraya, cucu Asiel)
Elyoenai, Yaakoba, Yesohaya, Asaya, Adiel, Yesimiel, Benaya,
Ziza anak Sifei
(Sifei anak Alon, Alon keturunan Yedaya, Simri, dan Semaya).
Oleh sebab keluarga mereka terus bertambah, 39 mereka terpencar ke barat sehingga hampir sampai ke kota Gedor.g 40 Di situ mereka menjumpai padang rumput yang subur dan luas, serta tenang dan aman. Dahulu daerah itu didiami oleh orang Ham.
41 Pada zaman Raja Hizkia dari Yehuda, keturunan Simeon menyerang Gedor. Mereka memusnahkan khemah-khemah dan pondok-pondok orang yang tinggal di situ.h Mereka mengusir penduduk tempat itu, lalu mereka menetap di sana kerana padang rumput di situ luas untuk domba mereka. 42 Lima ratus orang daripada suku Simeon pergi ke Edom, di sebelah timur. Mereka dipimpin oleh anak-anak lelaki Yisei: Pelaca, Nearya, Refaya, dan Uziel. 43 Di sana, mereka membunuh orang Amalek yang masih hidup, dan mereka menetap di situ sejak masa itu.
d 4:3-4 Beberapa buah terjemahan kuno: anak lelaki. Naskhah Ibrani: bapa. e 4:9 Yabes: Nama ini bunyinya seperti perkataan Ibrani yang bererti “kesakitan”.* oleh ibunya kerana ibunya sangat kesakitan ketika melahirkan dia. f 4:13 Beberapa buah terjemahan kuno: Meonotai. Naskhah Ibrani tidak mempunyai nama ini. + 4:33 Yos 19.2-8 g 4:39 Gedor: Naskhah Ibrani: Gedor; Beberapa buah terjemahan kuno: Gerar.* Domba mereka merumput di bahagian timur lembah, tempat letaknya kota Gedor. h 4:41 khemah-khemah dan pondok-pondok...di situ; atau khemah-khemah orang yang tinggal di situ, dan juga orang Meunim.