Keturunan Ruben
5
Inilah keturunan Ruben, anak sulung Yakub. (Oleh sebab Ruben telah meniduri salah seorang gundik bapanya, maka dia kehilangan haknya sebagai anak sulung. Hak itu diberikan kepada Yusuf. + Meskipun begitu, suku Yehuda menjadi suku yang terkuat, dan daripada suku itu seorang menjadi pemerintah seluruh suku Israel.) + Ruben, anak sulung Yakub, mempunyai empat orang anak lelaki: Henokh, Palu, Hezron, dan Karmi.
4-6 Inilah jurai keturunan Yoel: Semaya, Gog, Simei, Mikha, Reaya, Baal, dan Beera, seorang pemimpin suku Ruben. Beera ditangkap oleh Raja Tiglat-Pileser dari Asyur, lalu Beera dibuang negeri. +
Dalam catatan salasilah, tersenarai juga pemimpin-pemimpin puak dalam suku Ruben yang berikut: Yeiel, Zakharia, dan Bela anak Azas, cucu Sema daripada puak Yoel. Puak ini tinggal di Aroer dan di wilayah yang bermula dari Aroer ke sebelah utara di Nebo dan Baal-Meon. Mereka mempunyai banyak sekali ternakan di daerah Gilead. Oleh itu, mereka mendiami tanah di sebelah timur sampai ke padang gurun, yang terbentang hingga ke Sungai Efrat.
10 Pada zaman Raja Saul, suku Ruben menyerang dan mengalahkan orang Hagri, lalu menduduki tanah mereka di bahagian timur Gilead.
Keturunan Gad
11 Suku Gad tinggal di sebelah utara wilayah suku Ruben, di tanah Basan, sampai sejauh Salkha di sebelah timur. 12 Yoel ialah nenek moyang puak yang terkemuka dalam suku Gad; Safam ialah nenek moyang puak yang kedua pentingnya. Yaenai dan Safat ialah nenek moyang puak-puak lain di Basan. 13 Orang lain dalam suku Gad termasuk dalam tujuh puak yang berikut: Mikhael, Mesulam, Syeba, Yorai, Yakan, Ziya, dan Eber. 14 Mereka keturunan Abihail anak Huri. Yang berikut adalah salasilah mereka yang disusur sampai ke pangkal: Abihail, Huri, Yaroah, Gilead, Mikhael, Yesisai, Yahdo, Bus. 15 Pemimpin puak-puak itu ialah Ahi anak Abdiel, cucu Guni. 16 Puak-puak itu tinggal di wilayah Basan dan Gilead, dan di kota-kota di wilayah itu, serta di seluruh padang rumput Saron. 17 Salasilah ini dikumpul pada zaman pemerintahan Raja Yotam di Yehuda, dan Raja Yerobeam II di Israel.
Tentera Suku-Suku di Sebelah Timur Sungai Yordan
18 Suku Ruben, suku Gad, dan suku Manasye Timur mempunyai 44,760 orang askar yang terlatih dan handal menggunakan perisai, pedang, dan busur. 19 Mereka berperang dengan suku Yetur, Nafis, dan Nodab, iaitu suku-suku dalam bangsa Hagri. 20 Askar-askar itu percaya kepada Allah dan minta tolong kepada-Nya, lalu Allah mengabulkan permintaan mereka. Dia memberikan kemenangan atas bangsa Hagri dan sekutu mereka kepada askar-askar itu. 21 Mereka merampas sebanyak 50,000 ekor unta, 250,000 ekor domba, dan 2,000 ekor keldai daripada musuh, dan menawan seramai 100,000 orang. 22 Mereka membunuh banyak orang musuh kerana peperangan itu berlaku menurut kehendak Allah. Kemudian mereka menetap di wilayah itu sampai masa mereka dibuang negeri.i
Orang daripada Suku Manasye Timur
23 Orang daripada suku Manasye Timur menetap di wilayah Basan sampai ke utara sejauh Baal-Hermon, Senir, dan Gunung Hermon. Bilangan mereka bertambah banyak. 24 Inilah para pemimpin puak mereka: Hefer, Yisei, Eliel, Azriel, Yeremia, Hodawya, dan Yahdiel. Mereka semua askar yang perkasa, serta pemimpin puak yang terkenal.
Suku-Suku di Sebelah Timur Sungai Yordan Dibuang Negeri
25 Orang Israel tidak setia kepada Allah yang disembah nenek moyang mereka. Mereka meninggalkan Dia lalu menyembah dewa-dewa yang disembah bangsa-bangsa yang telah diusir oleh Allah dari tanah itu. 26 Oleh sebab itu Allah menggerakkan hati Raja Pul dari Asyur untuk menyerang negeri mereka. Raja Pul juga dikenal sebagai Raja Tiglat-Pileser. Suku Ruben, suku Gad, dan suku Manasye Timur dibuang negeri ke Halah, Habor, Hara, dan ke suatu tempat dekat Sungai Gozan. Mereka menetap di sana sampai hari ini. +
+ 5:1 Kej 35.22, 49.3-4 + 5:2 Kej 49.8-10 + 5:4-6 2 Raj 15.29 i 5:22 dibuang negeri: Sekitar tahun 733 Sebelum Masihi, orang Asyur menakluk bahagian utara Israel dan juga wilayah Israel di sebelah timur Sungai Yordan, lalu orang di tempat itu dibuang negeri (lihat 2 Raj 15.29). + 5:26 2 Raj 15.19, 15.29, 17.6