Keturunan Isakhar
7
Isakhar mempunyai empat orang anak lelaki: Tola, Pua, Yasub, dan Simron.
Tola mempunyai enam orang anak lelaki: Uzi, Refaya, Yeriel, Yahmai, Yibsam, dan Samuel. Mereka ketua keluarga dalam puak Tola dan terkenal sebagai askar perkasa. Pada masa pemerintahan Raja Daud, keturunan mereka berjumlah 22,600 orang.
Uzi mempunyai seorang anak lelaki bernama Yizrahya. Yizrahya dan empat orang anak lelakinya, Mikhael, Obaja, Yoel, dan Yisia ialah ketua-ketua keluarga. Isteri dan anak-anak mereka sangat banyak sehingga keturunan mereka dapat menyediakan 36,000 orang lelaki untuk menjadi askar.
Menurut senarai rasmi, semua keluarga dalam suku Isakhar mempunyai 87,000 orang lelaki yang layak menjadi askar.
Keturunan Benyamin dan Keturunan Dan
Benyamin mempunyai tiga orang anak lelaki: Bela, Bekher, dan Yediael.
Bela mempunyai lima orang anak lelaki: Ezbon, Uzi, Uziel, Yerimot, dan Iri. Mereka ketua keluarga dan terkenal sebagai askar perkasa. Dalam senarai keturunan mereka ada tercatat 22,034 orang lelaki yang layak menjadi askar.
Bekher mempunyai sembilan orang anak lelaki: Zemira, Yoas, Eliezer, Elyoenai, Omri, Yeremot, Abia, Anatot, dan Alemet. Mereka adalah ketua keluarga dalam puak mereka. Menurut senarai rasmi, daripada semua keluarga dalam keturunan mereka, terdapat 20,200 orang lelaki yang layak menjadi askar.
10 Yediael mempunyai seorang anak lelaki bernama Bilhan. Bilhan mempunyai tujuh orang anak lelaki: Yeus, Benyamin, Ehud, Kenaana, Zetan, Tarsis, dan Ahisahar. 11 Mereka ketua keluarga dalam puak mereka dan terkenal sebagai askar perkasa. Dalam keturunan mereka, terdapat 17,200 orang lelaki yang layak menjadi askar.
12 Supim dan Hupim adalah keturunan Ir.
Husim ialah anak Dan.k
Keturunan Naftali
13 Naftali mempunyai empat orang anak lelaki: Yahziel, Guni, Yezer, dan Salum. Mereka cucu Bilha.l
Keturunan Manasye
14 Manasye dan gundiknya, seorang perempuan Aram, mempunyai dua orang anak lelaki: Asriel dan Makhir. Makhir ialah bapa Gilead. 15 Makhir mendapatkan isteri bagi Hupim dan Supim. Nama isterim Makhir ialah Maakha. Anak Makhir yang kedua ialah Zelafead. Zelafead tidak mempunyai anak lelaki, hanya anak perempuan.
16 Maakha, isteri Makhir melahirkan dua orang anak lelaki yang diberi nama Peres dan Seres. Peres mempunyai dua orang anak lelaki: Ulam dan Rekem. 17 Ulam mempunyai seorang anak lelaki bernama Bedan. Mereka semua keturunan Gilead anak Makhir, cucu Manasye.
18 Saudara perempuan Gilead yang bernama Molekhet mempunyai tiga orang anak lelaki: Isyhod, Abiezer, dan Mahla. 19 Semida mempunyai empat orang anak lelaki: Ahyan, Sikhem, Likhi, dan Aniam.
Keturunan Efraim
20-21 Efraim mempunyai tiga orang anak: Sutelah, Ezer, dan Elad. Inilah jurai keturunan Efraim: Sutelah, Bered, Tahat, Elada, Tahat, Zabad, dan Sutelah. Ezer dan Elad dibunuh ketika hendak mencuri binatang ternakan penduduk asli Gat. 22 Bapa mereka berkabung berhari-hari lamanya dan saudara-saudaranya datang untuk menghibur dia. 23 Kemudian Efraim mengadakan hubungan jenis dengan isterinya lagi, lalu isterinya mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki. Efraim menamakan anak itu Berian kerana malapetaka yang telah dialami mereka.
24 Efraim mempunyai seorang anak perempuan bernama Seera. Dialah yang membina kota Bet-Horon Hulu dan Bet-Horon Hilir, dan juga kota Uzen-Seera.
25 Efraim juga mempunyai seorang anak lelaki bernama Refah. Inilah jurai keturunan Refah: Resef, Telah, Tahan, 26 Ladan, Amihud, Elisama, 27 Nun, Yosua.
28 Wilayah yang dimiliki dan dijadikan tempat tinggal mereka termasuk Betel dan pekan-pekan di sekitarnya, sampai sejauh Naaran di sebelah timur, dan Gezer di sebelah barat, serta pekan-pekan di sekitar kota-kota itu. Kota Sikhem dan Aya, serta pekan-pekan di sekitar kota termasuk wilayah itu.
29 Keturunan Manasye menguasai kota Bet-Sean, Taanakh, Megido, dan Dor serta pekan-pekan di sekitar kota.
Semua kawasan itu adalah tempat tinggal keturunan Yusuf anak Yakub.
Keturunan Asyer
30 Asyer mempunyai empat orang anak lelaki: Yimna, Yiswa, Yiswi, dan Beria; dan juga seorang anak perempuan bernama Serah.
31 Beria mempunyai dua orang anak lelaki: Heber dan Malkiel. Malkiel ialah pembina kota Birzait.
32 Heber mempunyai tiga orang anak lelaki: Yaflet, Somer, dan Hotam; dan juga seorang anak perempuan bernama Sua.
33 Yaflet juga mempunyai tiga orang anak lelaki: Pasakh, Bimhal, dan Asywat.
34 Somer, saudara lelakinya mempunyai tiga orang anak lelaki: Ahi, Rohga, Yehuba, dan Aram.
35 Hotam,o
36 Keturunan Zofah ialah Suah, Harnefer, Syual, Beri, Yimra, 37 Bezer, Hod, Sama, Silsa, Yitran, dan Beera.
38 Keturunan Yeter ialah Yefune, Pispa, dan Ara. 39 Keturunan Ula ialah Arah, Haniel, dan Rizya.
40 Itulah keturunan Asyer. Mereka semua ketua keluarga, dan terkenal sebagai askar perkasa, dan pemimpin yang terkemuka. Dalam senarai keturunan Asyer ada tercatat 26,000 orang lelaki yang layak menjadi askar.
k 7:12 Dan: Menurut naskhah Ibrani “Aher” yang bererti “orang lain”. l 7:13 Bilha: Gundik Yakub dan ibu kepada dua orang anak lelaki Yakub, iaitu Dan serta Naftali. m 7:15 isteri: Naskhah Ibrani: saudara perempuan. n 7:23 Beria: Nama ini bunyinya seperti kata Ibrani yang bererti “dalam kesusahan”. o 7:35 Hotam: Naskhah mungkin “Hotam” (lihat ayat 32). Naskhah Ibrani: Helem.* saudara lelakinya mempunyai empat orang anak lelaki: Zofah, Yimna, Seles, dan Amal.