Keturunan Benyamin
8
Benyamin mempunyai lima orang anak lelaki. Menurut urutan umur, mereka ialah Bela, Asybel, Ahrah, Noha, dan Rafa.
Keturunan Bela ialah Adar, Gera, Abihud, Abisua, Naaman, Ahoah, Gera, Sefufan, dan Huram.
6-7 Keturunan Ehud ialah Naaman, Ahia, dan Gera. Mereka ialah ketua keluarga yang dahulu tinggal di Geba, tetapi diusir dari tempat itu, lalu mereka pindah ke Manahat dan tinggal di situ. Gera memimpin mereka dalam perpindahan itu. Gera mempunyai dua orang anak, Uza dan Ahihud.
8-9 Saharaim menceraikan dua orang isterinya yang bernama Husim dan Baara. Kemudian pada masa dia tinggal di negeri Moab, dia berkahwin dengan Hodes dan mendapat tujuh orang anak lelaki: Yobab, Zibya, Mesa, Malkam, 10 Yeus, Sokhya, dan Mirma. Semua anaknya menjadi ketua keluarga.
11 Dengan isterinya yang bernama Husim, Saharaim mempunyai dua orang anak lelaki, Abitub dan Elpaal.
12 Elpaal mempunyai tiga orang anak lelaki: Eber, Misam, dan Semed. Semed ialah pembina kota Ono dan Lod, serta pekan-pekan di sekitar.
Orang Benyamin di Gat dan Ayalon
13 Beria dan Sema ialah ketua keluarga yang tinggal di kota Ayalon. Mereka mengusir penduduk kota Gat. 14 Keturunan Beria ialah Ahyo, Sasak, Yeremot, 15 Zebaja, Arad, Eder, 16 Mikhael, Yispa, dan Yoha.
Orang Benyamin di Yerusalem
17 Keturunan Elpaal ialah Zebaja, Mesulam, Hizki, Heber, 18 Yismerai, Yizlia, dan Yobab.
19 Keturunan Simei ialah Yakim, Zikhri, Zabdi, 20 Elyoenai, Ziletai, Eliel, 21 Adaya, Beraya, dan Simrat.
22 Keturunan Sasak ialah Yispan, Eber, Eliel, 23 Abdon, Zikhri, Hanan, 24 Hananya, Elam, Antotia, 25 Yifdeya, dan Penuel.
26 Keturunan Yeroham ialah Samserai, Seharya, Atalya, 27 Yaaresya, Elia, dan Zikhri.
28 Itulah para ketua keluarga dan pemimpin yang tercatat dalam salasilah mereka. Mereka tinggal di Yerusalem.
Orang Benyamin di Gibeon dan Yerusalem
(1 Taw 9.35-38)
29 Yeiel membina kota Gibeon lalu tinggal di situ. Isterinya bernama Maakha, 30 dan anak sulung mereka bernama Abdon. Mereka mempunyai anak lelaki lain: Zur, Kish, Baal, Ner, Nadab, 31 Gedor, Ahyo, Zakharia,p 32 dan Miklot, iaitu bapa Simea. Keturunan mereka tinggal di Yerusalem bersama dengan keluarga lain daripada puak yang sama.
Keluarga Raja Saul
(1 Taw 9.39-44)
33 Bapa Raja Saul bernama Kish dan datuknya bernama Ner. Raja Saul mempunyai empat orang putera: Yonatan, Malkisua, Abinadab, dan Esybaal.q 34 Yonatan mempunyai anak lelaki bernama Meribaal,r iaitu bapa Mikha.
35 Mikha mempunyai empat orang anak lelaki: Piton, Melekh, Tarea, dan Ahas. 36 Anak Ahas bernama Yoada. Yoada mempunyai tiga orang anak lelaki: Alemet, Azmawet, dan Zimri. Inilah jurai keturunan Zimri: 37 Moza, Bina, Rafa, Elasa, dan Azel.
38 Azel mempunyai enam orang anak lelaki: Azrikam, Bokhru, Ismael, Searya, Obaja, dan Hanan. 39 Esek, saudara lelaki Azel mempunyai tiga orang anak lelaki: Ulam yang sulung, lalu Yeus, dan Elifelet.
40 Anak-anak Ulam ialah askar perkasa dan pemanah mahir. Anak cucunya yang lelaki berjumlah 150 orang.
Mereka semua anggota suku Benyamin.
p 8:31 Zakharia; atau Zekher.* q 8:33 Esybaal: Dalam 2 Sam 2.8, dan di bahagian-bahagian lain dalam buku itu, dia disebut “Isyboset”. r 8:34 Meribaal: Dalam 2 Sam 4.4, dan di bahagian-bahagian lain dalam buku itu, dia disebut “Mefiboset”.