(Ditranskripsikan dari CD Audio) Roh Kudus, terimakasih kerana hadirat mu di sini hari ini. Saya memuji engkau kerana sudi mengurapi banyak jiwa. Kemulian bagi Tuhan yang Maha Tinggi di Syurga!. 15 bulan selepas Aldo mengalami kemalangan pada Jun tahun lepas (2005), dan saya duduk di sini dengan hati yang sangat berterima kasih. Mungkin kamu tidak percaya apa yang saya ceritakan tentang sesuatu yang akhirnya menyedarkan saya. Allah Bapa, terima kasih kerana Engkau membenarkan kemalangan itu terjadi. Saya tahu ini bukan kehendak Tuhan, tetapi Engkau membenarkan ini terjadi memintas arah tuju kehidupan kami. Sebab, sekiranya ini tidak terjadi, maka selagi itulah mata saya tidak akan terbuka dan saya tidak mungkin berada disini pada ketika ini di mana saya berada. Sebab itu saya sungguh berterimakasih kepada Tuhan selama-lamanya. Bagi Aldo, saya tahu dia di dalam perjalanan khas bersama Tuhan. Dia berserta dengan semua anggota keluarga kami. Dan juga saudara, segala yang akan terjadi dengan hidup mu hari ini, tidak kira apa peristiwa itu, ingatlah apa yang dikatakan dalam Roma 8: hendaklah kamu berkerjasama untuk kebaikan bagi mereka yang mengasihi Tuhan.Apabila kamu berada dalam situasi yang sukar, kamu tidak semestinya perlu mempercayainya, tetapi saya boleh yakinkan kamu bahawa Tuhan membiarkan sesuatu berlaku seiringan untuk kebaikan kita. Dan pada akhirnya bukanlah perihal saya dan saudara tetapi bagi Dia. Segala-galanya bagi Tuhan. Bukan sekadar kesakitan atau kesengsaraan kita. Tentu sekali segalanya bagi Tuhan. Semua bagi Dia. Dan ini telah mengambil masa yang panjang untuk saya ke sana. Saya telah bertungkus-lumus, dan saya ingin berkongsi perjalanan ini, kesaksian saya, dengan saudara. Lebih kurang 2 tahun yang lepas, kami sekeluarga telah pergi ke New York. Di Bangunan Bangsa-Bangsa Bersatu kami melihat mozek yang sangat besar, mengambarkan semua bangsa dan bahasa. Mozek ini amat menarik perhatian saya. Andai kata anda berdiri dekat, kamu hanya mampu melihat susunan ketulan jubin kecil. Jenis jubin yang boleh melukakan dan mencederakan. Tetapi apabila kamu berada jauh dan melihatnya, akan kelihatan seperti gambar yang sangat cantik. Saya beritahu Aldo pergi berdiri dekat dengan mozek itu supaya saya menambil gambarnya. Semasa saya berbuat demikian, Roh Kudus berkata kepada saya “segala pecahan hidup mu adalah tidak lebih dari gambaran keindahan mosek hidup mu dimasa depan”. Perkataan itu menyentuh saya dengan mendalam lalu mengerakkan saya terus membongkok mencatat ayat itu dalam buku catatan. Sekembalinya ke Afrika Selatan saya bercerita di suatu perhimpunan dan saya memilih ini sebagai topik saya. Saya menjelaskan kepada mereka bahawa setiap orang ada pilihan untuk mengambil pecahan kehidupan dan meletakkan bersama untuk membentuk satu gambar yang baru di bawah jagaan Roh Kudus. Kamu boleh memilih pecahan-pecahan itu dan lekatkannya bersama. Sebab semua pecahan kehidupan anda adalah tidak bermakna apa-apa berbanding sebuah mozek kehidupan yang cantik di masa depan anda. Atau, saya jelaskan, anda boleh jadi benci kepada Tuhan dan buangkan semuanya itu atau kamu menjadi marah. Beginilah yang saya biasa saya perhatikan terjadi di sekeliling saya. Tentulah saya tidak menyedari susulan terjadi terhadap apa yang saya katakan ketika itu, kerana sehingga saat itu saya hidup begitu sempurna. Jika sekiranya anda bertanya kepada saya apakah benda yang saya ingin tambahkan dalam kehidupan saya ketika itu, saya pasti akan menjawab “tidak”. Saya sudah mempunyai suami yang baik, dua orang anak yang cantik dan perniagaan yang berjalan lancar. Dan yang terutama sekali ialah saya masih memegang pemenang gelaran “Ratu Wanita Afrika Selatan”ketika itu. Jadi apa lagi yang perlu diminta? Dan yang terutama dari semua ini, saya juga berbakti kepada Tuhan. Tetapi ini pun kerana saya berada di dalam Gereja. Saya mempunyai 15 tahun pengetahuan intelektual tentang Tuhan, sesuatu yang saya pelajari semasa di gereja. Tetapi ini bukannya Rhema, sesuatu yang tidak saya tahu sebelumnya. Saya kasihi Tuhan, benar, kerana saya berjalan menuruni satu jalan laluan yang indah. Kemudian, saat sekarang, saya tahu ada yang lebih lagi, lebih banyak lagi daripada sekadar lahir baru. Ada yang lebih lagi yang perlu sebagai seorang anak Tuhan sebenar berbanding diri kita semata-mata. Saya tahu berkecainya harta kemewahan, tetapi itu perkataan yang seseorang tidak mahu dengar apabila anda dalam situasi yang malang. Tetapi ADA harta lagi yang akan dijumpai dalam serpihan itu. Seminggu kemudian saya bercakap dalam satu lagi perhimpunan, kali ini di Penjara berhampiran Pretoria. Seorang penghuninya bersaksi. Dia merupakan seorang ahli perniagaan yang menjalani 18 tahun penjara kerana jenayah kolar putih. Sebagaimana yang anda dapat bayangkan, dia mesti telah menipu sedikit jumlah wang dan akhirnaya dia dijatuhi hukuman berat sedemikian. Dan dia memberitahu kami di mana anak-anaknya telah memberitahu orang yang bapa ini telah keluar negeri. Mereka tidak sanggup memberitahu yang DIA sebenarnya berada dalam penjara. Hati saya terharu kepada orang orang miskin ini- kemudian sesuatu dari dia yang saya amat saya inginkan bagi seluruh hidup saya. Seluruhan hidup saya! Semakin dia bercakap semakin saya menyedari bahawa dia mempunyainya tetapi saya tidak. Akhirnya saya mengalirkan airmata, dan suami saya Thinus, bertanya kenapa saya menangis. Saya menjawab: “orang ini memiliki yang kau dan saya tidak memilikinya” Suami saya menjawab dengan lawak, “di tempat inilah sayang, pakaian seragam penjara yang berwarna merah orange” tetapi tidak, saya tahu orang ini memiliki sesuatu yang tidak saya miliki, iaitu kedamaian dari Tuhan. Kedamaian yang melepasi segala pengetahuan. Dia menerima kedamaian kerana mati dalam dirinya sendiri. Saya masih terus menangis sewaktu kami memandu pulang ke rumah. Saya berkata kepada suami saya, “dia tidak melihat matahari yang mampu kita alami. Dia tidak mempunyai kebebasan sebagaimana yang kita kecapi, tetapi lihat apa yang dia ada! Dia hilang terlalu banyak tetapi lihat apa yang dia kecapi!”. Malam itu saya berlutut, berbicara kepada Tuhan: “Bapa, saya memanggil Mu Tuhan, dan saya meminta kepada Mu: saya pun ingin memilikinya Tuhan,” Roh Kudus menjawab suara saya, “Retha, ianya ada bagi setiap orang tetapi bukan semua pergi mengambilnya” saya berkata: “Tuhan, bagaimana seseorang dapat mengambilnya? Bagaimana memilikinya?” Kemudian Roh Kudus menjawab: “kamu harus mati dalam diri mu sendiri”. Sekarang, setelah berbulan berlalu, saya menyatakan kepada anda bahawa kita mati dalam diri kita sendiri janganlah dengan sekadar atas kemahuan kita. Saya ingin mendorong saudara supaya tunduk berlutut selepas saudara mendengar kata-kata saya. Cakap kepada Bapa: “ saya mahu mati dalam diri saya sendiri”. Apa yang saya tidak perbuat hari ini adalah bagi mendapatkan peluang melakukan hal itu kedua kalinya!. Tahukah anda lagu ini: “Andinya aku boleh undurkan masa ke belakang”. Entah berapa kali saya memikirkan hal ini? Jika aku boleh undurkan masa ke belakang. Tetapi saya tidak mampu. Walau bagaimanapun, saudara boleh buat pilihan hari ini. Saya telah melalui peristiwa yang mengerikan dalam tempoh beberapa bulan lepas. Kenapa saya tidak lakukan ini sebelum ini?. Barangkali kerana saya merasa lengkap segala-galanya. Satu kesukaran- semakin anda lengkap segala dalam diri anda, maka lebih sukarlah tidak akan mempelajari hal ini. AKU, DIRI SAYA SENDIRI DAN SAYA. Tepat lima hari kemudian, semasa kami dalam perjalanan pulang dari Freestate, tempat yang saya maksudkan. Kira-kira sekitar jam 6. 30 petang, kami mengalami kemalangan kereta yang aneh di Grassmere Toll Plaza,di selatan Johannesburg. Di Lebuhraya tempat kemalangan itu, ada sebuah kenderaan membawa barang peralatan yang tidak berlampu, berada di depan lorong yang sama dengan kami. Oleh kerana tidak ada pilihan kerana sebelah kanan adalah lorong laju, lalu suami saya lencongkan kereta ke sebelah kiri bagi mengelak melangar kereta berkenaan. Kereta kami melanggar satu alur pengairan, dan kereta kami terus bergolek dan bergolek. Apabila kereta berhenti., saya rasakan inilah masa terburuk sekali, sesuatu yang saya fikirkan perlu mulakan hidup semula. Anak-anak saya semuanya tidak ada dalam kereta. Kami berusaha menyelamatkan diri keluar dari kereta kerana saya menyedari anak-anak saya tidak berada lagi di dalam kereta itu. Akhirnya saya berjaya mengeluarkan diri dan hanya kesunyian malam gelap yang menyelubungi saya. Saya memanggil nama mereka, anak kecil saya Josh mengerang menangis di tengah semak tidak jauh dari kereta. Saya pergi mendapatkan dia dan saya dapati ada sedikit luka pada kepalanya. Tetapi saya tidak menjumpai Aldo. Saya kemudian berlari ke hulu dan ke hilir lebuhraya, rasa takut dan kebingungan. Saya tersandung beg kecil dan pecahan barang dan tersungkur di jalan raya, tangan saya luka berdarah. Semasa terlantar disitu Roh Kudus bersuara kepada saya; “Inilah ketulan pecahan kehidupanmu”. Dengan sepenuh jiwa saya berteriak: “Tuhan, tidak, bukan ini, jangan yang ini!” Atas pimpinan berkat Tuhan saya dipimpin pergi ke seberang jalan dan menjumpai Aldo terlantar di situ, dalam semak. Ketika itu malam yang gelap, pada bulan Jun. apabila saya menghampirinya dia sudah koma, tidak sedarkan diri. Tulang kepalanya retak dan darah mengalir keluar dari telinganya. Saya memeluknya dan cuba mengesan degupan nadinya tetapi tidak ada, selaku ibu sendiri saya hanya tahu nyawanya sudah meninggalkan tubuhnya. Ketika itu saya menyedari: walau apa darjat kita,walau sekian banyak duit yang kita miliki – hanya Tuhan saja yang berkuasa terhadap hidup dan kematian kita. Saya memanggil Tuhan, merayu agar darah Yesus melumuri anak saya. Saya mengetahui segala perkara ini dalam kepala saya. Selama bertahun-tahun saya mempelajarinya di Gereja! Tetapi bukanlah Rhema! Sementara saya mendakap tubuhnya, sebuah kereta datang dan cuba mengelak dari lokasi kemalangan dan membelok ke arah kami. Saya sedar keadaan ini lalu saya terus melompat jika tidak kami akan dilanggar, kereta itu kemudian berhenti betul-betul lebih kurang sekaki jaraknya dari kami. Saya memandang lampu pacuan empat roda itu dan ada sesuatu yang terjadi pada hati saya. Satu kejutan menembusi saya, seluruh tubuh saya mengigil seolah-olah kejutan elektrik terjadi ke atas badan saya. Kemudain saya tenang semula, dan semua kedamaian yang mejangkaui pengetahuan telah terjadi ke atas saya. Keluaran 20:21 menyatakan bahawa Tuhan berada di dalam awan yang kelam. Dia berada DI SISI ketika kamu susah.Ramai yang berkata kepada saya sejak dari itu: “tetapi dimana Tuhan ketika itu” Dia ada disana, betul dekat di situ, dan lalu kedamaian menenangkan seseorang itu. Saya memanggil Thinus yang saya telah menjumpai Aldo. Kami kemudian memanggil Helikopter kecemasan dan seorang lelaki muda tiba. Dia menusuk sebuah pisau ke paru-paru Aldo dan memberitahu paru-parunya sudah tak berfungsi. “kamu harus ucapkan selamat tinggal”, dia memberitahu saya. Keudian datang sepasang suami isteri kedua-duanya Doktor Perubatan berhenti di tempat itu. Perempuan itu berkata dia juga seorang ibu dan masa untuk ucapkan selamat tinggal kepada Aldo sudah sampai. Helikopter kemudian membawa Aldo dan kami mengikuti dengan kereta Ambulan. Setibanya di Hospital,Aldo sudah dalam bilik operasi pembedahan yang mengambil masa 4 jam. Seorang Doktor berbadan besar, berkulit gelap keluar dan bercakap kepada saya “Ibu, saya kurang yakin sama ada anak Puan mampu bertahan”. Saya teringat kembali semasa di tempat kemalangan di mana seorang lelaki Negro keluar dan terus berdoa: “iblis, di dalam nama Tuhan tidak ada kematian terjadi di tempat ini, malam ini” dan dia terus berdoa lagi “ anak ini akan terus hidup dan tidak akan mati”, dia terus berkata mengulangi ucapan doanya. Saya berdiri tercegat di situ, melihat lelaki itu, dalam pada itu terlintas dalam fikiran saya, “Retha, adakah kamu lakukan ini? Adakah kamu berhenti di tempat kemalangan dan berdoa untuk seseorang sedemikian?” Atau sekadar kamu berkata: “Anak, lihat di kiri kamu tu… mari kita teruskan perjalanan “. Malam itu barulah saya ketahui maksud orang yang baik hati diterangkan dalam Lukas 10. Adakah kamu di situ bersama orang-orang persekitaran mu, adakah kamu selangkah jauhnya dari seseorang yang memerlukan pertolongan, atau adakah kamu duduk dekat, bersuara kuat untuk mendoakan dia?Saya menyedari bahawa malam itu saya bukanlah di tangan Yesus, yang belum saya pernah lakukan. Puji Tuhan ke atas orang yang telah berdoa itu. Apabila Aldo dikeluarkan dari bilik Pembedahan itu, mereka membiarkan dia terus hidup dengan bantuan mesin. Segala alat bantuan yang anda boleh bayangkan sendiri. Dia terlantar selama seminggu dengan keadaan begini. Selepas seminggu belalu, saya balik ke rumah sekian kalinya. Selama seminggu di Hospital itu saya tidur di sebuah bilik bertentangan dengan laluan ke bilik ICU. Saya kesakitan tapi saya tenang. Pada malam hari Sabtu saya bermimpi. Dalam penglihatan itu jari anak saya mengecut. Ianya bertukar hitam dan akhirnya kecut. Demikian juga bibirnya mengecut dan menjadi hitam. Ini suatu mimpi yang mengerikan saya alami. Dalam roh saya melihat anak saya mengalami kematian. Saya berkata: “ Kenapa kau mati? Tahukah kau saya mengambil berat tentang kau sekian lama dan saya tidak dapat bertahan lagi – rasanya lebih baik bagi kau bersama dengan Yesus” “Adakah kau masih ingat” Saya tanya dia dalam mimpi ini “seperti yang selalu saya beritahu kau bahawa tidak cukup sekadar mengenali siapa Yesus, tetapi Yesus juga harus mengenali kamu?” “Mama tahu yang kau sudah menerima Yesus dalam hati mu, tapi sekarang saya harus lepaskan kau pergi” Dalam mimpi itu Aldo menjawab, “Mama, berbicaralah tentang nyawa saya!, cakap pasal nyawa!” Dengan serta-merta saya lakukan. “di Dalam Nama Tuhan Yesus, kamu harus hidup, hidup dalam serba kelimpahan.” Saya keluarkan kata-kata ini dan dalam beberapa minit saya lakukan, saya mula melihat jarinya membesar kembali pulih dan bagaimana warna bibirnya kembali seperti sediakala. Seluruh tubuh saya mengigil. Hal seterusnya yang saya lihat dalam mimpi ialah dia sedang menangis walaupun dia dalam keadaan koma, yang pasti tak mungkin sekali mampu dibuatnya. Saya terkejut lalu terbangun dari mimpi ini dan kehairanan apa yang terjadi di bumi nyata ke atas saya. Saya berkata kepada Tuhan, “sebagai Ibu, pengalaman mimpi seperti ini adalah sesauatu yang mengerikan”, Tetapi mimpi ini telah menginsafkan saya bahawa hidup dan mati dikuasai oleh lidah seperti dalam Mazmur 18;21: Hidup dan mati dikuasai lidah, siapa suka menggemakannya, akan memakan buahnya.Saya dapat perhatikan (dalam mimpi itu) pada ketika saya mula bercakap pasal hidup, bagaimana jari Aldo terus berkembang pulih. Yohanes 10 menyatakan dengan indahnya: “syaitan datang mencuri, tetapi Aku datang supaya kamu memiliki hidup, dan hidup dalam berkelimpahan”, Di dalam berkelimpahan!.Awal pagi keesokan harinya, saya kembali ke hospital, Thinus berkata kepada saya, “Retha, kita hampir kehilangan dia semalam”. Sungguh hampir …” Saya katakan kepada dia, ya, memang saya ada melihat dia melalui roh saya. Saudara mungkin berkata ramai orang mengalami mimpi seperti ini dalam keadaan mereka sedang trauma, tetapi saya berkata kepada saudara: “Firman Tuhan mengajar saya bahawa Dia bercakap kepada kita melalui mimpi, penglihatan dan juga Perkataan-Nya. Saya beritahu Thinus tentang mimpi saya itu, bagaimana saya melihat Aldo mati, dan bagaimana Aldo berkata kita mesti bercakap tentang hidup. Juga bagaimana saya berkata kepada Aldo yang dia akan hidup dan hidup dalam berkelimpahan, dan bagaimana keadaan jadinya selepas beberapa minit mula membesar pulih kembali. Dari itu juga kami memulakan, mengelilingi katil Aldo, bercakap pasal hidup terus menerus kepadanya. Pernahkah saudara perhatikan bagaimana seseorang itu mengisytiharkan kematian? Ke atas perkahwinan mereka, kenangan mereka? Juga ke atas anak-anak mereka. Orang gereja,akui mereka. Saya merayu kepada saudara: perhatikan apa yang kamu katakan, fikirkan apa yang kamu cakapkan!. Hidup dan mati ada pada kuasa lidah, kita harus menerima menurut kata-kata kita. Lewat petang hari ke-12, Aldo sekali lagi menjalani pembedahan kerana otaknya terus membengkak. Doktor jelaskan mereka ingin mencuba kali terakhir. Sementara itu saya menunggu di bilik penginapan saya yang bertentangan dengan bilik ICU. Apabila selesai, Aldo kemudian dibawa kembali, saya mendapati degupan jantungnya sangat rendah dalam tahap bahaya, cuma 32 degupan sahaja. Kemudian mereka memberitahu saya pergi menelefon suami saya. Sebaliknya saya pergi ke bilik penginapan dan terus berbicara kepada Tuhan dengan segenap jiwa saya.Dengan seluruh jiwa ku! Firman Tuhan mengajar ku bahawa dia menjawab siapa juga yang mencari Dia. Sebelum ini saya tidak pernah betul-betul mencari hadirat Tuhan, tetapi hari ini apabila saya berseru kepada-Nya, Dia menjawab serta merta. Dia berkata: “Retha, tanggalkan kasut mu, kamu berdiri di tempat yang suci, “ hadir di hadapan Tuhan, hendaklah suci. Tempatnya suci!. Dia bercakap lagi; “ anak yang ku kasihi, adakah kamu percaya bahawa Anak Ku sudah menebus nilai harganya di kayu salib? Bagi engkau?. Saya berkata, “ ya Tuhan, ya,” saya mejawab kerana saya tahu. Ini adalah yang saya pelajari di Gereja – yang saya terima selama saya membesar dengan Gereja. Di dalam roh tiba-tiba saya tersedar bagaimana saya berkejar mengikuti Doktor beberapa hari untuk melihat pancaran harapan dari mata mereka. Sepatutnya saya harus mengejar harapan daripada Tuhan Yesus. Yesus adalah jawapan segala-galanya. Yesus adalah Jalan, Kebenaran dan Hidup!. Satu kejadian yang ganjil saya rasai selepas itu. Ketika saya sedang berlutut sambil menutup mata, dalam roh saya melihat Yesus menjalani 39 sebatan. Pada sebatan terakhir, ke-39 saya lihat keadaan tubuhnya kini bukan rupa-bentuk manusia lagi. Semua yang saya lihat hanyalah gumpalan daging. Roh Kudus memberitahu saya bahawa Yesus telah diseksa sehingga Dia tidak dikenali selepas itu. Kesemua ini tidak serupa berbanding apa yang ditayangkan dalam filem Apa yang saya lihat ialah Dia sudah menjadi tubuh manusia yang tidak mungkin dikenalpasti rupabentuknya. Lalu saya menangis. Tuhan kemudian berkata: “Tidak, jangan menangis. Dia sudah lakukanNya untuk kamu dan juga untuk Aldo”. Pada ketika saya masih berlutut lagi, Dia berkata: “sudah selesai, sudah selesai”. Perkataan, Sudah selesai, terus menembusi tubuh saya dan roh saya terbangun. Lalu saya ketahui di sinilah letaknya harapan saya. Saya kemudian melihat selubung bangunan ibadah itu terbelah dua, satu selubung yang sangat tebal dan sangat tinggi sekali yang tidak boleh dikoyakan oleh manusia. Dia berkata, “Retha, secara manusiawi keadaan ini mustahil berlaku. Di situ selubung sudah terbuka”. Kemudian secara roh saya terlihat bahagian keliling tepi dan bahagian tengah bangunan itu. Di tengah-tengah kelihatan satu mangkuk yang berisi air. Dia berkata kepada saya, “masuk anak ku, basuhlah tangan mu. Bahagian tepi di sekeliling dalam bangunan ini adalah tempat yang kudus, masuk dan basuh tangan mu supaya kamu layak memasuki kawasan yang terkudus”. Dia kemudian berkata, “ bangunan berselubung itu telah disewakan untuk kamu. Masuklah ke dalam ,hai anak ku.” Kemudian saya alami semua ini bagaimana saya telah membasuh tangan kemudian memasuki tempat yang suci itu tanpa memakai alas kaki dan bertemu dengan Yesus. Dia katakan kepada saya: “sudah semuanya selesai, Retha”,. Pertama kalinya saya alami dalam hidup saya apa yang Yesus telah lakukan kepada saya di atas kayu salib. Kemudian Dia berkata, “mahukah kamu persembahkan anak mu sebagai korban?” Kalau kita ingat degupan jantung Aldo hanya 32 sahaja ketika keluar dari ICU. Saya hanya mengomong tanpa bersuara. Saya beritahu saudara secara jujur bahawa saya takut menjawab “ya”, kerana saya bimbang Dia akan mengambil Aldo dari saya. Tetapi sekarang saya tahu, sama ada Dia akan mengambil nyawanya atau tidak, Tuhan adalah segala-galanya. Saya akui secara jujur tidak mengambil apa-apa keputusan berkaitan hidup dan mati. Tuhan segala yang berkuasa. Dia berkata:”Retha, Korbankan dia bagi Ku”. Kemudian ayat Firman dalam Matius yang tidak saya jangka, tiba-tiba muncul diperlihatkan kepada saya. Matius 10:37 - Barangsiapa mengasihi bapa atau ibunya lebih dari pada-Ku, ia tidak layak bagi-Ku; dan barangsiapa mengasihi anaknya laki-laki atau perempuan lebih dari pada-Ku, ia tidak layak bagi-Ku.Saya terus mengetahui yang Dia sedang berbicara kepada ku. Selama 10 tahun Aldo telah menjadi satu-satunya anak saya (sebelum adiknya lahir). Anda dan saya sendiri selaku ibubapa tidak mengetahui apa yang telah kita lakukan. Ayat firman itu mengajar jika kita hendak megah hendaklah bermegah dihadapan Tuhan. Tetapi apa yang kita banggakan? Terhadap anak-anak kita, pencapaian mereka? Kedudukan mereka kita tentukan supaya mereka mesti capai. Kita bermegah dengan keinginan kita yang serasi dengan mereka. Tuhan kemudian berkata kepada saya: “Retha, anak-anak hendaklah dikasihi. Bukan untuk kemegahan”. Dalam 1 Kor 1:31 - Kerana itu seperti ada tertulis: "Barangsiapa yang bermegah, hendaklah ia bermegah di dalam Tuhan."Kemudian saya katakan, “Tuhan, inilah dia” Kemudian sesuatu yang ajaib terjadi. Pada ketika saya membuka mata saya sudah berada di Bilik Tahkta Kerajaan Tuhan, dan cahaya memancar yang teramat cerah. Saya tidak mampu mendiskripsikan cahaya itu kepada saudara. Satu cahaya yang mampu menembusi tulang, sungguh terang yang menarik saya bertanya “apakah cahaya yang sungguh ajaib itu?. Tuhan menjawab pertanyaan saya, melalui 1 Yoh 1:5 – “Tuhan adalah terang, dalam Dia tiada kegelapan”Kemudian saya melihat Tuhan sedang meletakkan tangan pada otak anak saya. Dalam Injil Lukas 18:27 berkata: “Apa yang mustahil bagi manusia tetapi tidak mustahil bagi Tuhan”Sungguh, dalam 12 hari yang pertama selepas kemalangan terjadi saya hanya bergantung kepada orang lain dan bukan Tuhan. Tuhan berkata kepada saya, “Retha,saya sudah 12 hari menunggu mu. Apa yang mustahil bagi manusia tetapi bagi Tuhan tidak mustahil. Aku membuat otak ini, dan Aku akan memulihkan otak ini dengan segala kemuliaanya”. “dia bukan lagi milikmu, tetapi sekarang dia adalah milik Ku. Dia hanya diberikan kepada mu untuk dipinjam, anak ku,” kata Tuhan Dia meneruskan: “dia harus memberitahu dunia bahawa Yesus masih Hidup. Janganlah kamu khuatir lagi.” Tuhan memberitahu lagi dengan berkata: “Dia kini selamat bersama dengan Ku, pergi dan lalui jalan itu dengan iman. Dalam buku Ibrani mengatakan iman itu bukanlah apa yang kamu nampak tetapi apa yang kamu harapkan. Ibrani 11:1 - Iman adalah dasar dari segala sesuatu yang kita harapkan dan bukti dari segala sesuatu yang tidak kita lihat. Pada keadaan bagaimana kita harapkan akan menerima semua itu? Tentunya pada tempat yang selamat.!Tetapi Tuhan pada hari itu memberitahu saya bahawa apa yang saya harapkan tersedia ada, saat itu juga. Hal ini tersedia bagi setiap anak Tuhan. “di sini hak milik mu” kata Tuhan. “segala sesuatu yang kau harapkan.. ucapkan kepada Aku. Apakah yang kamu harapkan? Sebab ini hak milik mu. Ambilah!. Saya kemudian merasai roh saya melihat anak saya mendapat kesembuhan, berlari dan melakukan apa-apa saja. Tuhan berkata kepada saya yang Dia mahu sekali saya melihat hasil yang sepenuhnya. Tetapi sewaktu saya memerhatikannya, Dia berkata kepada saya: “ jauh di atas apa yang kamu impikan atau minta dalam doa, Aku akan berikan kepada mu. Kembali dan berjalanlah dalam jalan mu dengan iman.” A pabila saya membuka mata selepas sejam setengah telah berlalu, dengan masih saya berlutut. Saya mengetahui tiba saat saya kembali ke ICU, sebab saya teringat keadaan sewaktu saya meninggalkan tempat itu. Sesampai di ICU, denyutan jantung Aldoa adalah 186. Kelihatan pakar Cardiologist ada di situ! Saya merasakan bahawa Tuhan ada di situ. Kemudian sebulan selepas itu, peralatan sokongan yang dipakai Aldo di ICU itu dibuka. Hanya alat Tracheotomy dan tiub pada perutnya masih digunakan.Setelah itu, semasa kami meninggalkan bilik ICU, Doktor memberikan saya satu alamat dan menyuruh saya pergi menempah tempat untuk Aldo. Dia berkata “…..” tapi saya tidak mahu mengulangi kata Doktor ini sebab saya tidak mahu Aldo perlu mengetahui apa yang mereka beritahukan… tetapi Doktor itu berkata, “Aldo, tidak akan apa-apa lagi, tiada apa-apa”. Saya berdiri di situ, melihat dia berbicara, saya berjabat tangan dan mengucapkan terima kasih kepadanya. Saya katakan kepada dia, “kamu tahu? kerana Tuhan saya Hidup.” Saya harus akuinya, kerana sebelum itu saya berlutut kepada Tuhan, selama ini saya tidak pernah menyedari yang realiti hadirat Tuhan itu. Saya fikir sebab utamanya kerana saya dan juga saudara sendiri tidak menyedari apa yang Tuhan lakukan atas kematian-Nya di kayu salib. Kita tidak pernah menyedari yang kita berupaya memasukki hadirat Tuhan. Setiap minggu kita datang ke Gereja. Kemudian Pastor datang menyampaikan Firman Tuhan kepada kita. Tetapi kenapa, adakah Yesus mati? Untuk Pastor saja? Tidak, untuk saudara dan saya, dan untuk semua kita. Puji Tuhan! Mati bagi kita semua!. K ami kemudian membawa Aldo ke Hospital di Pretoria. Ianya sebuah Hospital yang dekat dengan rumah kami berbanding di Johannesburg. Oleh itu setiap hari saya dapat bersama Aldo di sebelah siang dan malamnya suami saya, Thinus menjaganya.Selepas sebulan di situ, pihak Hospital memberitahu sampai masanya Aldo berada disitu dan perlu dipindahkan ke tempat lain. “Kami tidak dapat berbuat apa-apa lagi”. Lalu kami membawa Aldo balik ke rumah sahaja dan mengupah seorang bagi menjaga Aldo. Badannya kaku dan kejang. Mataya tertutup, terlantar tanpa dapat bercakap. Dia tidak dapat mengawal pundi kencing dan terpaksa dibekal dengan makanan melalui tiub pada perutnya. Alat Tracheotonomy ini perlu dibersihkan setiap hari. Satu hari, saya membawa Aldo berjumpa dengan Doktor dan bertanya kepadanya ubat yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah kekejangan pada rahangnya. Ketika itu sudah 3 bulan ia tidak dapat membuka mulutnya. Doktor kemudian menjelaskan adalah lebih baik jika saya bawakan dia berjumpa dengan Doktor yang sesuai. “mereka ada melakukannya” jelas Doktor itu sambil mendemonstrasikan bagaimana mereka akan melakukannya. “mereka akan kunci rahang seperti ini..” “mereka akan buka mulutnya seperti ini.”Doktor itu terangkan sepenuhnya berulang kali. Saya duduk sekadar melihat Doktor itu, tetapi dalam fikiran saya memohon Tuhan supaya memberi keampunan kepada orang itu. Dan saya berharap kepada kuasa Tuhan agar jam tidak berdentum 12 kali, sebab bagaimana pula seandainya terjadi kekejangan kekal dengan muka seperti itu. Roh saya menangis selepas konsultasi itu. Kami masukkan Aldo ke dalam kereta dan terus balik ke rumah. Saya menangis kuat dalam perjalanan itu. Saya berkata kepada Tuhan: “Dia tidak memberi saya Preskripsi, Tuhan” kemudian Roh Tuhan menjawab kepada saya, “Retha, kau mempunyai preskripsi”. “Tidak, saya tidak mahu,” saya menjawab. Dia berkata, “Anak ku, pada setiap hari kau memecahkan roti, kamu telahpun mati dengan Aku. Setiap kali kamu mengambil minuman dengan darah Ku, kamu telah meninggikan Aku. Sebab Akulah Roti Kehidupan. Sesiapa yang makan tubuh Ku dan minum Darah Ku akan menjadi satu dengan Ku”. Katanya lagi,”lakukankanya selalu bila mana engkau perlukan” Saya yakinkan saudara,ada hari-harinya saya merasa sudah memakan kepingan roti, jadi saya kerap-kali mengingininya. Tetapi sekarang saya memuji Tuhan bagi hal itu, sebab bila saya imbas kembali, ada sesuatu yang hakikatnya telah berlaku ke atas diri saya. Ezekial memberitahu kita akan dipenuhi, dan saya merasakannya iaitu bagaimana saya dipenuhi dengan Roh Kudus sekarang. Merasa bagaimana dipenuhi sehingga ianya melimpah. Dan bagaimana Firman Tuhan itu menyatakan kepada kita bahawa aliran air kehidupan itu mengalir dari dalam diri kita. (Yohanes 3:8) dan menyatakan bagaimana pokok yang ditanam pada tebing sungai ini sehingga menghasilkan buah pada masa yang sama. (Psalms 1:3)Saya dapat merasakan semua ini, sebab saya mati dalam diri saya sendiri. Pada hari-hari yang lalu itu saya katakan kepada Tuhan tidak ada apa-apa yang tinggal bagi saya. Tidak ada sama sekali. Dia berkata, “jika benih tidak mati ia tak akan mampu bertumbuh dan menghasilkan buah. Sebatang pokok dapat dikenali dengan buahnya dan bukan dari daunnya” (Yohanes 12:24). Kita ingat bagaimana Yesus memberi kutuk kepada pokok ara semasa melintasinya dan melihat pokok itu penuh dengan daun rimbun tetapi tidak menghasil apa-apa buah. (Markus 11: 13-14).Tuhan berkata kepada saya: “demikianlah dimana Aku menghendaki kamu” pada hari-hari seperti itu, adalah hari yang seolah-olah hidup saya jatuh berkecai, saya panjatkan kepada Tuhan bahawa hidup saya kotor. Kemudian Dia mengingatkan saya satu gambar 3 dimensi bahawa saya dikasihi sperti anak kecil. Ingatkah sudara gambar 3D itu? Apabila anda cuba melihat dengan pandangan mata secara bersilang pun masih tak mampu melihat apa-apa. Seketika kemudian anda mula melihat satu gambar yang ajaib di sebalik gambar tadi. Tuhan berkata; “Retha, Aku mahu engkau fokuskan, terus beri tumpuan kepada Ku, sebab ada potret yang ajaib di sebaliknya” Dia mengingatkan saya kata-kata Petrus: “ kamu mampu berjalan di atas air selagi kamu fokuskan kepada Ku” (Matius 14:25-31) Kemudian Petrus turun dai perahu itu dengan iman dan berjalan di atas air sambil memokuskan kepercayaannya kepada Yesus. Saya katakan ini bukan tercatat dalam Alkitab, saya bayangkan sekiranya kawan-kawannya itu tiba-tiba menyahut kepada Petrus “Kamu bergegar dengan buruk sekali” tentu sekali konsentrasinya tergangu dan melihat sekelilingnya, dan mula tenggelam kerana fokusnya kepada Yesus terganggu.Tuhan juga mengingatkan saya tentang anak perempuan Jairus (Lukas 8:41-55). Dimana Jairus berada di Rumah ibadah dan Yesus juga ada di situ, apabila mereka datang memberitahu bahawa anaknya meninggal dunia.Hal yang pertama Jairus hendak buat ialah mencari Yesus. Tetapi orang ramai di situ memberitahu, “tak guna guna lagi mencari pertolongan dari Yesus, anak itu sudah mati!”. Tetapi Jairus terus pergi berjumpa dengan Yesus. Yesus kemudian menyuruh Jairus memandang kepada-Nya. Jairus lakukan dan memandang mata Yesus. Yesus memberitahu supaya jangan mendengar apa orang lain katakan dan jangan takut, “Jairus, percayalah. terus mempercayai!” kata Yesus. Saya mempelajari sesuatu yang amat berguna dalam pelajaran ini: tidak akan membantu jika mengharapkan sesuatu mengikut keadaan. Tidak akan membantu jika mendengar “mereka”. “jangan takut, tetapi pandanglah Aku” inilah yang saya pelajari. “pandanglah Aku, dan terus mempercayai”. Wow, apakah pengajaran ini yang timbul dari keadaan yang susah. Ianya susah tapi berfungsi. Dan saya bangun bersama dengan Yesus, dan saya dapat meneruskan perjalanan ini S aya bawa Aldo balik ke rumah dan dia hanya mampu terlantar di tempat tidur, masih kejang seperti poker.Satu hari saya membangunkan dia dan kami cuba memimpin dia berjalan bersama dengan kami. Setiap kami memegang kakinya. Lutut kami melecup kerana melakukan ini bagi dia. Kami memegang badannya melakukan latihan di atas basikal, seorang memegang kaki dan seorang memegang kepala dan seorang memegang badannya dan membiarkan supaya dia duduk lurus di atas basikal itu. Seseorang datang dan menegur kepada kami, “Retha, kenapa kamu lakukan ini kepada anak kamu? Kamu sudah tahukan yang dia akan terlantar dengan keadaan sedemikian selamanya”. Dia tidak faham, saya katakan kepadanya, “Tuhan mempunyai visi kepada anak saya. Sebab dalam Alkitab Kejadian 22 Tuhan memberitahu kepada Abraham pergi mengorban anaknya Isyak. Kemudian, Abraham berkata demikian kepada Isyak. “Anakku, Tuhan menyediakan sendiri korban bakaran ini”. Dia tidak berkata, “Isyak, Ayah tahu ada orang lain yang akan menganti mu. Tuhan sendiri akan menyediakan anak domba bagi korban bakaran ini.” Isyak dan Abraham naik ke atas bukit dan Abraham taat kepada perintah Tuhan. Tuhan tahu hati Abrahan lalu menghantar satu Malaikat. Malaikat berkata: “Abraham, Abraham, berhenti! Kambing ada di situ!, Kambing ada di situ!.” Abraham memanggil tempat itu Tuhan Akan Berikan. Dalam Ibrani ianya diterjemahkan sebagai “Provision” (Visi). Tuhan mempunyai visi bagi anda dan saya!. Kambing jantan sudah sedia bagi hidup saya dan juga saudara. Ianya tersedia! Jika kamu bertanya kenapa Kambing itu tidak datang? Mungkin kerana kamu tidak menyerahkan masalah kamu kepada Tuhan. Mungkin kerana kamu masih duduk di atas riba kamu sendiri. Tuhan sedang menunggu kamu supaya taat kepadanya; mempersembahkan, menyerahkan masalah saudara supaya Dia akan menghantar Kambing jantan itu! Kita ada perancangan untuk sesuatu. Untuk kewangan kita, perkahwinan kita yang gagal, atau sebarang masalah pun! Yesus adalah perancangan itu! Berikan masalah yang anda hadapi kepada Tuhan hari ini! Kambing jantan itu sudah tersedia!. Oleh itu saya katakan kepada mereka menegur kami bahawa Tuhan mempunyai visi khas kepada Aldo. Tetapi ada lagi kebenaran bagi saudara dan saya sebagai anak Tuhan harus ketahui: pada hari Tuhan berjanji kepada saya akan memulihkan anak saya, Dia juga berkata kepada saya “tetapi aku mahukan iman mu”. Sebab Tuhan berjanji, tanpa iman, janji itu tidak akan menjadi kenyataan. Janji Tuhan beserta iman saya telah menjadikannya satu mujijat. Kita selalu mungkin berfikir bahawa saya atau saudara hanya perlu duduk dan menerima. Tidak!, kita mesti memberi langkah pertama dalam iman, dan inilah peringkat yang paling sukar sekali. Seperti yang buta berkata “saya percaya kepada Tuhan”. Memperkatakan bahawa anda memberikan yang terbaik. Memperkatakan bahawa saudara akan melakukan segala-segala yang termampu. Firman berkata: “Kamu akan mendengar suara dari belakang mu, memberitahu kamu ke kiri atau kanan. Dan damai Ku akan bertemu dengan mu”( Yesaya 30:21) dan kamu akan mengetahui adakah kamu berada dalam kehendak Tuhan. Tetapi pertama sekali kamu hendaklah berjalan pergi dan lakukannya!.Satu masa Ahli terapi memberitahu Aldo yang sedang duduk di atas kerusi dengan keadaan tubuhnya yang kejang di situ, “Aldo, saya mahu kamu membezakan abjad A dan B.” Ahli terapi perempuan itu berkata kepada anak lelaki saya, yang memang cemerlang sewaktu di sekolah dulu, sesuatu yang saya banggakan dahulu. Tetapi, puji Tuhan- Aldo masih bijak! Saya pandang dia dan hati saya terharu dengan apa yang Ahli Terapi itu tunjukkan kepada Aldo. Saya berfikir “Dia tahu semua ini.!” Saya teringat pihak Hospital memberitahu, yang Aldo akan kehilangan ingatan sekurang-kurangnya 10 tahun. Sebagai pengetahuan, dia sudah berumur 12 tahun, yang semestinya kenapa ahli terapi itu perlu lakukan ini. Kemudian terlintas dalam fikiran saya: “tidak, tidak, Aku akan pulihkan dia bagi kemuliaan dia”. Saya kemudian sedar saya perlu buat pilihan. Siapakah yang saya mahu percayakan? Dia masih duduk dan cuba melihat-lihat sekelilingnya, dia ternampak sebuah pen dan saya turut melihatnya . “Aldo kamu mahu menulis?” saya tanya kepada Aldo. Dia angguk sedikit. Saya pegangkan pen itu pada tangannya kerana pergelangan tangan kanannya masih bergetar, kemudian dia mula menulis. Dia mula menulis dari A hingga Z, kemudian dia menulis perkataan, “terimakasih Mama, kerana kau tidak berhenti mempercayai”. Inilah kali pertama terjadi sejak saya berlutut tempoh hari, saya mengalami; Yesus Hidup! “Saya menjerit dengan suara saya, “Yesus, Engkau benar hidup!”. Saya menjerit kuat kerana kuasa Rohani menguasi diri saya. Saya Tanya Aldo berapa umurnya dan dia menjawab dengan menulisnya pada kertas. Apa nama sekolah dia pergi, dan dia tulis. Apa nombor telefon bapanya? Dan dia dapat ingat. Semuanya dia ingat termasuk kejadian kemalangan itu. Dalam hal ini saya beritahu dia akan menduduki peperiksaan dalam tempoh 2 minggu saja lagi, dan oleh itu dia perlu belajar sekarang. Kemudian kami pindahkan dia di ruang tamu, di situ dia mula berlajar namun kosentrasinya masih lemah dan dia kerap minta berrehat. Kami berbual, dan saya memberitahu dia bagaimana kami hampir kehilangan dia sebanyak 4 kali. Sehingga tahap ini, dia tidak dapat bercakap – dia tidak dapat bercakap selama 6 bulan, tetapi dia macam kelihatan teringin menulis sesuatu. Saya beritahu dia mengenai mimpi saya di mana saya melihat dia mengalami kematian. Dia mengelengkan kepalanya “Tidak”, kemudian dia menulis: “Mama, ini bukan mimpi”, “Yesus memberitahu kamu bercakap pasal hidup bagi saya, dan kamu telah lakukan. Saya sungguh gembira kerana kau telah lakukannya dengan taat sekali. Saya sungguh menangis, mama, dan saya mohon maaf bagi semua kamu,” saya terus diam saja, dan dia terus menulis lagi: “Mama, jika kau tidak persembahkan saya sebagai korban, saya sudah mati sekarang” Saya berdiri dan mengikat dia supaya tidak jatuh dari kerusi, saya tinggalkan dia dan terus berlari naik tangga ke bahagian atas rumah, saya memanggil Tuhan, “ini sungguh ajaib, Tuhan,” saya menangis. Tuhan menjawab saya: “bagaimana Aku dilahirkan?” saya menjawab“Ajaib, oh Tuhan,”. “ tetapi kenapa kamu sebagai anak Ku berhenti di situ? Kamu tahu bahawa Aku adalah Tuhan yang ajaib, tetapi pada masa Aku mula melakukan keajaiban itu, kamu mula takut? Atau kamu bingung, atau kamu fikir ianya bukan semulajadi”, “Akulah Tuhan yang ajaib!, Tuhan berkata lagi. Dan dia berikan saya ayat Alkitab dalam Yohanes 11:40, ayat itu tidak saya ketahui ketika itu. Ayat ini bercerita tentang Yesus berkata kepada Martha, selepas 4 hari Lazarus mati. Dia mengingatkan Martha bahawa sesiapa yang percaya akan Dia akan melihat kemuliaan dan kekuatan dari Tuhan.Perhatikan, Dia tidak berkata sesiapa saja yang memanggil Dia Tuhan, tetapi kata-Nya sesiapa saja yang PERCAYA kepada-Nya. Kemudian saya turun ke bawah, saya melihat Aldo masih terus menulis. Pada masa saya sampai dia sudah lengkapkan beberapa muka surat dengan tulisannya. Dia menulis “Mama, kenapa kamu takut?” Saya katakan kepada dia, “Aldo, ada sesuatu yang saya tidak faham. Kamu di mana ketika saya alami semua ini dalam mimpi saya” Jawabnya?, “Bersama Yesus” Dia menulis: “Mama, semasa kau merangkul saya di tempat kemalangan itu, Yesus datang mengambil saya. Mama, kau juga melihat mata-Nya.!” Saya teringat bagaimana badan saya bergoncang, dan damai sejahtera turun ke atas saya. Tuhan berada dari embun yang sangat kelam. Saya menangis sekuatnya hari itu. Tetapi Aldo menenangkan saya, “Mama, jangan menangis. Saya bersama dengan Yesus sepanjang masa. Saya ingat Dia memberitahu kamu di bilik tahkta-Nya dan saya selamat di situ bersama Dia.” Aldo masih tidak dapat bercakap, tetapi dia menulis helai demi helai pada kertas setiap pagi. Dia menulis perktaan “YESUS” dan dibulatkannya. YESUS AKAN PULIHKAN SAYA BERCAKAP KEMBALI. YESUS AKAN PULIHKAN SAYA BERCAKAP KEMBALI. YESUS PULIHKAN SAYA BERCAKAP KEMBALI!. Keesokan paginya dia menulis benda ini lagi dan seterusnya: YESUS, SAYA AKAN BERCAKAP KEMBALI. Sebagai ibu terpaksa menawarkan dia dengan R5 bagi setiap 5 minit supaya dia senyap dalam perjalanan dari Pretoria menuju ke Rumah kami berhampiran di Hartebeespoortdam, adalah suatu pengalaman pahit Muka saya sudah sebati: di depan kerusinya, di dalam kamar mandi, di halaman, di bawah meja, di atas meja, di mana-mana amnya. “Bapa, tolong supaya anak saya dapat bercakap kembali!” Saya menangis dan menangis. Saya tak dapat jelaskan bagaimana kuatnya saya menangis. Lalu saya sedar bagaimana silapnya kami menangani anak-anak kami. Satu hari Aldo menulis lagi: “Mama, jangan terlalu risau, saya akn bercakap kembali.” Lalu saya tanya dia: “ mengapa kamu menulis semua ini setiap hari?” Dia menulis “kerana Yesus di Syurga memberitahu saya bercakap kembali. Masih ingatkah apa yang telah saya beritahu kamu? Dia mengajar saya: kita harusnya bercakap pasal hidup!” Terus dia menulis lagi “ saya akan berjalan kembali, saya akan bercakap kembali, saya akan sihat kembali. Saya akan pulih 100% Yesus sudah menebus harga saya di kayu salib”. Dia menulis berulang-ulang . TERIMA KASIH YESUS KERANA MATI UNTUK SAYA. TERIMA KASIH YESUS KERANA MEMBANGKITKAN SAYA. Dia mula menulis ayat firman, dan memberitahu saya bahawa kami seperti kayu yang ditanam di tepi sungai, menghasil buah pada masa yang SAMA. Dia mula melakukan Jurnal setiap hari. Pada suatu hari dia menulis tentang dua orang anak kecil yang dia jumpa di syurga. Satu darinya bernama Anton, dia menulis nama Anton dan menbulatkannya pada bahagian kepalanya. “Mama, kamu harus memberitahu Ibu Anton bahawa dia sihat”.Dia menulis tempat di mana boleh menjumpai Ibubapa Anton. Kemudian kami menjumpai tempat itu tepat apa yang dia lakarkan. Ibubapa Anton kemudiannya memberitahu kami bahawa semasa hayatnya, Anton mempunyai penyakit Down Syndrome, yang Aldo cuba tunjukkan dengan membulatkan pada bahagian kepala lakarannya. Dia juga menulis tentang Dwayna. Ibubapa memanggilnya Dwayna. Dan apabila kami bertemu dengan ibubapanya, Aldo menulis ‘Dwayna’ amat gembira dan sihat bersama dengan Yesus. “dia tidak sabar lagi menunggu kamu ke sana.” Saya bacakan antara jurnal yang ditulis oleh Aldo: Semuanya barulah saya sedar bahawa Aldo pernah ke syurga. Dengarkan apa yang dia tuliskan pada 17 Oktober 2005: “Kita akan melihat Tuhan di syurga, berserta denga Malaikat dan orang lain seperti Abraham. Juga Yesus, Dwayne dan Anton. Nantikan waktunya akan bersama saya kembali ke sana. Sebab itulah mengapa saya terkadang saya kelihatan tenat, mama- ini kerana saya ingin balik ke sana. Tolong Mama, mahukah kau beritahu orang lain? Orang akan ke Syurga atau ke Neraka. Seperti anak syaitan akan masuk ke neraka, anak Tuhan akan masuk ke Syurga. Kita akan hidup di Syurga sama seperti Tuhan tinggal di sana.” Dalam surat yang lain, dia menulis seperti berikut: Pada malamnya dia mula memanggil nama Yesus. “Kenapa kamu panggil begitu?”, Tanya saya kepada dia. Dia meniarap dengan tangan menutup mukanya. Ketika itu dia belum dapat menangis dengan sempurna. “Mama, sebab tidak semua dapat masuk ke sana! Ada jambatan, Mama, jambatan emas yang harus diseberangi dan selepas jambatan itu ada pintu gerbang besar, mama” dia berkata., “mutiara mama tidak dapat menandingi pada pintu itu. Pintu pada get laluan itu sangat besar, mama. Ada mutiara sangat besar di situ. Kemudian di dalamnya ada jamuan perkahwinan.” Saya tidak tahu jika anak anda mengerti apa itu “jamuan perkahwinan” tetapi anak saya tentu sekali tidak, dia hanya tahu bolasepak dan playsation. Dia berkata lagi: “ jamuan perkahwinan, mama” dan dia mula menangis. Ketika itu ada seorang kawan saya membawakan sebuah buku kepada saya yang telah ditulis oleh seorang wanita dari Amerika. Buku itu berjudul “ Syurga Itu Nyata” penulisnya Choo Thomas, telah mengalami naik syurga dan bersama dengan Tuhan. Kawan saya memberitahu bahawa segala yang ditulis oleh Aldo serupa dengan yang telah dialami oleh wanita ini semasa dibawa ke syurga. Saya serta merta mula membaca buku itu dan tidak lama saya menjumpai bahagian yang menceritakan jambatan emas itu. Lalu saya sangat teingin mengetahui pengalaman lanjut penulis dalam buku itu. Dalam tulisannya terdapats ekumpulan orang berdiri, menangis. Kepala mereka terjuntai, kelihatan sungguh kecewa dan tidak berpengharapan. Dia berkata “Tuhan, siapa orang-orang ini?”, Tuhan menjawab, “mereka adalah orang Kristian tidak taat.” “Berapa lama mereka harus berada di tempat yang tandus, dan maut ini?” “selama-lamanya anak ku. Hanya anak-anak-Ku yang berhati suci, taat akan masuk ke Kerajaan Allah” Aku mengingatkan: ramai yang mengatakan mereka orang Kristian, tetapi mereka tidak hidup menurut Firman Ku. “Ada di antara mereka berfikir pergi ke Gereja setiap minggu sudah cukup, tetapi mereka tidak pernah membaca Firman Ku, sebaliknya mereka terus mengejar hal keduniaan.." Adakah kamu mendengarnya? “ramai diantaranya, walaupun mereka membaca firman Ku, tetapi tidak mengenal Aku dan tidak meletakn Aku dalam hati mereka”. Selepas membaca semua ini saya agak terkejut sedikit, dan saya memohon kepada Bapa untuk berbicara kepada saya tentang Perkataan-Nya. Saya tidak mahu meletakkan perjalanan yang penuh rintangan ini dalam risiko, sekadar masuk ke syurga tanpa bersedia “Allah,berbicaralah kepada saya dengan firman Mu,” Dia memberisaya ayat Firman dari Wahyu 3, yang mengatakan “Alangkah baiknya jika engkau dingin atau panas! Jadi karena engkau suam-suam kuku, dan tidak dingin atau panas, Aku akan memuntahkan engkau dari mulut-Ku.” Juga mengatakan: “ Aku tahu perkerjaan mu kerana engkau berkata aku kaya dan aku telah memperkayakan diriku dan aku tidak kekurangan apa-apa,.” Hal itulah yang suka kita bicarakan. “adakah kau melihat semua perkara ini? Saya berusaha keras untuk mereka.” Aku, aku, aku… “karena engkau tidak tahu, bahwa engkau melarat, dan malang, miskin, buta dan telanjang” Perhatikan ayat yang berikutnya, sungguh menarik: “maka Aku menasihatkan engkau, supaya engkau membeli dari pada Ku.” ‘Beli’ bermaksud ada harga yang terlibat. Tetapi Yesus sudah membayar harga yang sebenarnya. Dia tidak dapat lakukan untuk engkau selain dari itu. Dia sudah membayarnya. Dia menanggung 39 sebatan. Sekarang inilah giliran anda dan saya.Tuhan berkata “mari belilah darpada Ku, emas yang telah dimurnikan dalam api, agar engkau menjadi kaya, dan juga pakaian putih, supaya engkau memakainya, agar jangan kelihatan ketelanjanganmu yang memalukan; dan lagi minyak untuk melumas matamu, supaya engkau dapat melihat apa yang berlaku dalam Roh “Keesokan paginya, Aldo menulis pada Jurnal, seperti biasa. Tetapi dia hanya menulis perkataan “Matius 25”. Saya terus mengambil Alkitab saya, di mana di situ menyebut kisah 10 orang gadis. 10 yang sedang menanti tetapi hanya 5 yang bersedia. Reaksi saya yang pertama ialah: “tetapi Tuhan, sekurang-kurangnya mereka menunggu. 10 orang di sana yang menunggu!”. Kemudian Tuhan menjawab, “Betul, Retha, 10 yang duduk di Gereja, hanya 5 yang bersedia. 5 orang meminta minyak bagi lampu mereka” “Tuhan, apakah minyak itu? Apakah minyak itu?” Tuhan menjawab “Retha,itulah ‘Roh Kudus’ Ku. Apabila Aku naik ke Syurga dan duduk di sebelah kanan Bapa-Ku, Aku tinggalkan Roh Kudus untuk kamu. Dan Roh Kudus ini akan melayan kamu, dia akan membimbing kamu. Dialah pembantu kamu untuk segala perkara”Dia berkata kepada saya bahawa bukan setiap orang dapat merasakan hadirat Tuhan. “tetapi mengapa sedemikian, Tuhan?” saya bertanya kepada Tuhan. Dia menjawab “sebab tembok dosa mu, telah mengasingkan kamu dari Ku lalu kamu tidak dapat mendengar suara Roh Kudus dari Tuhan.” Ia sebenarnya ada di dalam diri mu!” Tuhan memberitahu saya. Dengan perasaan takut yang kudus dan bukannya perasaan takut yang menakutkan, saya membuka mata pada pagi itu. “adakah engkau di sini, Roh Kudus?”, saya memanggil. Dan Dia menjawab: “aku di sini bersama engkau, aku sungguh mengasihi mu!” aku di sini bersama mu!, Retha, aku mahu bersama mu dalam perjalanan ini. Kemudian Roh Kudus Tuhan mendedahkan Firman Tuhan dalam Wahyu 1. dimana mengatakan “Aku di sini penuh dengan segala Kemuliaan Ku menyertai engkau.”Saya teruja dengan Kerohanian saya. Pertama kita harus mati, kemudian Tuhan akan mengisi kita dengan Roh-Nya. Walau bagaimanapun kita harus mati ( dan dilahirkan semula). Dan bagaimana kita selalunya tidak berjaya, dan kita tidak mendapat kelimpahan. Saya beritahu saudara hal ini berlaku kerana kita terlalu penuh sifat diri sendiri. Saya menyertakan diri saya sendiri apabila saya berkata: saya pernah ke sana. Saya harus mati sebelum Roh Tuhan memenuhi kerohanian saya. Kemudian aliran air hidup akan memenuhi saya sehingga melimpah dan barulah saya menghasilkan buah. Tuhan berkata kepada saya; “Retha, Aku mahu kamu bersama Ku. Terus bersama Ku.” Ini tertulis dalam Wahyu 19:3 bahawa Dia menunggang Kuda Putih, dan ada nyalaan api pada matanya. Nyalaan itu adalah kasih-Nya kepada Pengantin Perempuan itu. Dia mempunyai tali yang terbenam dalam air darah dan ini dipanggil Firman daripada Tuhan.“Retha,tinggal tetap dalam Firman Ku, tinggal besama Ku da Aku akan tinggal di dalam mu.” Satu malam saya memanggil Tuhan lagi, dan saya berkata “, Tuhan, saya memanggil Engkau dengan sepenuh jiwa saya” Kali ini Tuhan memberikan saya penglihatan tentang telur dengan tepung, dimana telur itu masih di dalam selnya dan dan tepung terkumpul satu tempat. Tuhan kemudian menerangkan bahawa telur itu adalah saya yang masih berada dalam selnya dan Tuhan umpama tepung itu. “telah bertahun lamanya kamu dalam sel itu dan sekadar terletak di atas tepung itu. Sel mu adalah “aku, diri sendiri, saya”. Masa depan kamu sekadar tinggal terus didalam telur itu!.” Kemudian saya terlihat sel telur itu pecah dan kandungan putih telur dan kuning telur mengalir keluar. Tuhan kemudian berkata: “Retha, saya mahu kamu menjadi satu dengan Ku. Apabila telur ini bercampur dengan tepung itu, ianya menjadi satu. Dan Aku bertanya kepada mu, sekiranya Aku minta semula tepung itu, adakah kamu mampu?” “Tidak! Bolehkah kamu keluarkan dan asingkan semula telur itu? Tidak, kamu tidak akan mampu lakukannya. Saya selalu mendengar orang berkata, “saya serahkan masalah saya kepada Tuhan” “tetapi oleh kerana Dia agak lambat sedikit, lalu saya tarik balik kembali” “Tentu sekali kamu boleh lakukan ini sebab anda masih berada di dalam sel anda sendiri, tetapi sekali anda sudah sebati dan sudah bersama dengan Tuhan, Dia tidak akan membiarkan kamu pergi” Ayat firman Tuhan mengajar kamu dan saya, bahawa Tuhan mahu menandatangai satu perjanjian rasmi kedamaian dengan kita. Ini bermaksud segala apa milik kita, kekurangan, kesakitan, kesengsaraan, menjadi tanggungan-Nya. Segalanya adalah Dia- Kerajaan-Nya, segala milik Tuhan, adalah milik saya dan saya menjadi satu dengan Dia. Tuhan memberitahu saya pada hari itu: “dan kemudian anak-Ku, kamu tidak kekurangan apa-apa. Tetapi kemudian saya akan membuat kamu terguling, yang membuat kamu terasa sakit sedikit. Kemudian saya akan meratakan seluruh tubuhmu dan letakkan tubuh mu pada kuali dan masukkan ke dalam ketuhar.” Percayalah kepada Ku, ketuhar itu mungkin menjadi tempat yang baik bagi mu, tetapi ianya bukan tempat yang terbaik sekali. Beberapa hari lamanya saya melihat ke arah luar ketuhar itu,menangis danberkata: “oh, tentunya lebih baik di luar sana” kemudian suami saya berkata: “tidak Retha, cuba fikirkan lagi!”. Kami telah berada di dalam Ketuhar begitu lama sekali. Dan pada suatu hari saya melihat bagaimana Tuhan mengeluarkan kami, mengeluarkan kepingan Roti itu dari Ketuhar dan memecah-mecahkannya. Kemudian Tuhan memandang saya dan berkata: “Retha, sekarang saya boleh utus kamu kepada dunia.” “Beritahu kepada saya, adakah saudara berguna bagi Tuhan?. Atau adakah kamu masih berada di dalam sel?” Saya sungguh teruja dan berfikir “wow, jika itu yang Tuhan mahukan, maka seperti itu juga Tuhan akan dapat!” Satu pagi,, ketika saya bersendirian bersekutu dengan Tuhan, Firman Tuhan muncul mengatakan, “Jika engkau tinggal didalam Aku, dan Aku tinggal didalam diri mu, maka apa saja yang engkau minta dan engkau akan mendapatkannya” (Yohanes 15;6-7).Jadi, kita adalah satu, kenapa kita selalu tidak mendapat apa yang kita mahukan? Sebab kita masih tidak bersatu dengan Tuhan. Untuk menjadi satu dengan Tuhan, Dia minta kamu mati dahulu, dan ramai orang yang berkata mereka mahu apa yang mereka minta, tetapi mereka tidak bersedia membayar harganya. Saudara, kamu tidak perlu membayar apa-apa. Kamu tidak perlu lalui seperti yang saya alami. yang harus kita lakukan ialah berkata, “Ya, Tuhan” dan mati dalam diri kita sendiri. Seperti dalam 1 Yohanes 5, mengatakan “sesiapa yang memiliki Yesus, Kristus, akan memiliki kehidupan.” Sesiapa yang tidak memiliki Yesus, Anak Tuhan, tidak akan memiliki hidup. Kehidupan ada di dalam Yesus. Oleh itu, kamu harus menjadi satu dengan Yesus. Jangan sekadar berada di depan Dia atau di samping Dia. Harus berada dalam Dia! Kamu harus menjadi satu dengan Dia, jika tidak kamu tidak akan melihat kerajaan Tuhan.Tuhan menjelaskan ini dengan jelas di dalam Ulangan 8: 40 bagaimana Dia berjalan dengan orangnya “dan”, kata-Nya, “Aku lakukannya untuk merendakan diri mu-bagi melihat apa yang ada dalam hati mu, bagi menguji mu. Dan Aku lakukannya bagi membuat engkau merendahkan diri supaya engkau dapat disuapkan dengan manna” Manna adalah Perkataan Tuhan. Tetapi pernahkah anda melihat seseorang yang tidak lapar lakukan kepada makanannya?. Dia memuntahkannya keluar. Tetapi seseorang yang berkeadaan lapar, sebaliknya melahap makanan itu seperti serigala.Perkataan Tuhan harus seperti pancutan air hidup yang terus membuih dan membuih. Lebih banyak kamu milikinya, lebih banyak kamu dibekalkan dari dalamnya. Selepas seketika, mulalah mengalir aliran air hidup yang sempurna itu dari dalam diri mu. Beritahu saya apa yang keluar dari mulut mu? Adakah ianya air hidup atau aliran cecair kepahitan yang memakan dirimu dari dalam?. Kemudian saya menyedari, ya, ada lebih lagi. Lebih dari sekadar berkata, “saya dilahirkan kembali dan sekarang saya anak Tuhan dan Kerajaan-Nya milik saya sekarang.” Tidak, jadilah sebagai mempelai Tuhan, minta supaya diri mu disucikan, mandi dengan darah-Nya. Saya berbicara di Pentas Radio siaran sewaktu Hari Wanita . Sewaktu penerbangan saya ke Cape Town, saya bercakap kepada Roh Kudus sepanjang masa. kenapa? kerana dia adalah segalanya dalam hidup saya! Dan saya bertanya: “Roh Kudus dari Tuhan yang Hidup, tunjukkan saya mempelai itu. Saya mahu menjadi mempelai, tetapi bagaimanakah rupa sebenarnya dia?” Roh Tuhan sungguh setia. Dia menunjukkan saya ayat Firman dalam Lukas 10 di mana Dia menghantar 70 orang dan setiap kali penghantaran 2 orang akan dihantar. “mereka dikenali sebagai kenalan Tuhan” bagi saya itu adalah Gereja. Apa jenis Gereja pun. Saya, kamu dan mana-mana yang layak sebagai Kristian. Kita duduk di Gereja dan fikirkan ini tentulah baik.Kemudian terdapat dua belas orang. “kemudian ada dua belas orang yang datang kepada Ku dan berkata, Tuhan, bolehkah engkau ajarkan kami labih lagi. Kami mahu belajar tentang Tuhan dan Injil. Kami mahukan itu Tuhan.” Tetapi jangan terus teruja, sebab salah seorang dari mereka, Yudas, yang telah menjual Yesus, adalah dikuasai Iblis. “Tetapi Retha, ada lagi 3 orang yang masih tinggal dan mereka dipanggil sahabat bagi Yesus iaitu Petrus, Yohanes dant Yakobus.” Dan Dia menghantar mereka ke tempat yang sukar. Dia mengajar Petrus berjalan di atas air, pelajaran yang masih saya puji untuk Tuhan. Yohanes dan Yakobus, dibawa-Nya ke satu Gunung di mana Elia dan Musa pernah kunjungi (Matius 17:1-9). Juga apabila Dia pergi mendoakan anak perempuan Jairus, dia hanya membawa 3 daripada mereka: Petrus, Yohanes dan Yakobus, sebab mereka adalah sahabat yang rapat dengan Dia.Tuhan berkata: “Retha, tetapi ada seorang yang meletakan kepalanya ke dada Ku yang mendengar degupan jantung Ku. Dia mengasihi Ku! Dan Kerajaan Allah diperlihatkan kepadanya.Namanya ialah Yohanes!” Roh Kudus Tuhan mengurapi saya, lalu Tuhan bertanya kepada saya, “dimana kepala mempelai itu?” dan saya menjawab: “pada dada Pengantin lelaki, Tuhan ku.” “Betul” Dia menjawab “Betul, sebab kamu dan saya menjadi satu. Retha, mari dan bersekutulah dengan Ku. Segala milik Ku, adalah milik mu. Marilah, hai anak ku” saya terus berdiam. Dia berkata lagi: “Retha, adakah kamu menyenaraikan segala yang kamu perlukan sebelum kamu datang membuat hubungan intim dengan suami mu? Atau adakah kamu mendekatinya sekadar menyintai dia?” saya tundukan kepala dengan rasa malu kerana saya menyedari setiap kali saya duduk di kaki-Nya, Aldo sentiasa dalam bibir saya. Dia berkata kepada saya: “Tidak, anak ku, mulalah. ucapkan terimakasih atas kemalangan itu Tidak lama selepas itu. Aldo menulis sesuatu yang saya tahu yang sebenarnya dari Tuhan: “Mama, kita harus mula mengucapkan terimakasih di atas kemalangan yang terjadi itu, sebab mulai sekarang Tuhan berbuat sesuatu ke atas kehidupan kita mengikut apa yang Dia rancangkan. Mama, hidup kau adalah milik Yesus. Saya dapat melihat kamar tahkta itu, dan Tuhan Yesus katakan dia akan menjemput kita, kita harus sabar menunggu. Jamuan Perkahwinan sudah tersedia, Yesus mahu menjemput mempela perempuani-Nya Adakah kamu mempelai bagi Tuhan atau sekadar kenalan bagi Tuhan? Yesus bukan mati di kayu salib untuk memberikan ugama untuk mu. Dia lakukan supaya kamu ada hubungan dengan Tuhan yang hidup. Bersama dengan kehidupan, Tuhan yang penuh ajaib. Puji Tuhan bagi semua ini!, dia sempurnakan ini supaya kamu memiliki kehidupan, dan hidup yang berkelimpahan. (Yohanes 10:10) dia lakukan itu supaya kita boleh menghadapi hari esok!Roh Kudus Tuhan, saya mengasih mu sungguh dan saya mahu berterima kasih. Terima kasih kerana kami sekarang tahu membuka tangan kami lengan kami lebih luas, membuka kunci pintu hati kami. Pintu yang hanya mempunyai tombol pemegang dari dalamnya, Tuhan. Kami lakukannya supaya Engkau dapat berada di sana dan melihat apa yang berlaku. Roh Kudus Tuhan, datanglah dan urapi kami. Dedahkan segala yang buruk kepada kami ya Tuhan. Dedahkan segala kepahitan dalam hati kami, sifat pentingkan diri, saya, aku dan diri saya sendiri. Saya mahu menjadi seperti Paulus. Yang mati dan bangkit bersama engkau. Hari ini saya memilih kehidupan. Firman Tuhan mengatakan “hidup atau kematian” (Ulangan 30:19) saya memilih kehidupan, hidup dalam kelimpahan, bersama dengan kamu!.Roh Kudus, tolong usirkan apa yang harus pergi, dan saya percaya, saya berada di tempat di mana kehidupan saya tidak ada apa-apa yang tinggal, kerana itu saya memuji dan menganugerahkan Engkau Tuhan. Tuhan Allah,datang dan penuhi kami dengan air kasih Mu yang penuh berharga. Curahkanlah ia keluar bagi memenuhi kami dengan roh Tuhan. Terus curahkan kami sehingga ianya melimpah. Kerana Dia hidup, maka saya mampu mengharungi hari esok. Jika ada sesuatu dalam hidup mu yang ingin engkau korbankan kepada Tuhan hari ini- barangkali tentang perkahwinan, anak-anak, kewangan, perniagaan- lakukan ia pada tempat di mana kamu berada. Jauhi sifat bangga diri, besar hati, angkatkan tangan anda ke atas dan katakan:, “Tuhan, saya di sini. Saya mahu terima Roh Kudus. Saya mengakui hari ini bahawa Yesus Kristus telah mati untuk saya dan telah bangkit bagi saya, ia telah menjadi Juruselamat ku. Saya isytiharkan Roh Tuhan hidup dalam diri saya dan Dia akan membimbing saya bagi apapun saya inginkan.” Allah Bapa, termakasih kerana saya tidak akan kekurangan apa-apa, kerana saya sekarang sudah bersatu dengan Mu. Dalam hidup ku, selamanya, saya akan mendengar suara yang berkata, ke kiri, ke kanan. Terimakasih atas kuasa Mu dalam hidup kami. Jika ada seseorang di antara saudara yang belum menerima Yesus sebagai Tuhan, ikutilah apa yang saya katakan berikut: Yesus, di dalam nama Bapa, saya menerima Engkau. Terimakasih kerana mati bagi saya, dan bangkit kembali bagi saya. Terimakasih dengan keadaan yang telah membawa saya sehingga ke tahap kehidupan seperti ini di mana saya menyedari saya tidak bermakna apa-apa tanpa Mu. Dan silalah Tuhan datang segera, Yesus Raja, datang dan jemputlah kami. Kami bersedia, datang dan jemputlah kami. Bapa, saya mahu supaya sesiapa yang telah mendengar mesej ini akan berkata, “saya akan membeli emas dari Tuhan. Saya akan membeli minyak dari Tuhan supaya mata Rohani saya dapat melihat. Saya akan membeli pakaian dari Tuhan untuk menutup ketelanjangan saya. Roh yang hidup dari Tuhan, saya mengasihi dan berterima kasih kerana Aldo masih terus hidup. Saya berdoa hari ini bagi Rohnya, jiwanya dan tubuhnya supaya datang sejajar dengan perkataan Tuhan. Aldo, kau akan terus hidup dan hidup dalam kelimpahan, dan kau akan memberitahu dunia bahawa Yesus itu Hidup. Kau akan sembuh sepenuhnya, wahai anak ku. Kau akan bercakap kembali, kau akan berjalan kembali, bermain bolasepak kembali. Kau akan ketawa, menangis kembali. Kau akan beritahu dunia tentang diri mu bahawa Yesus itu hidup. Terima kasih Yesus. Amen
|