×
Home: Mobile Home: Original Style What's New MP3 Bible Jewish Stories X-Witch X-Muslim Bible Movies Gospel Videos Godly Movies CBN Videos Random Video
  Kat Kerr   Anna Rountree   Mary Baxter   Several #1   Several #2   Choo Thomas   Ian McCormack   Burpo   I saw His Glory   7 Colombian Youths   Heavenly Blood   Heaven Testimonies
  Lazarus   Bill Wiese   Mary Baxter   Dr. Rawlings   J. Perez   Hepzibah   Ptr. Park   7 Columbian Youths
  Atomic Prayer   Prayers that ROUT demons   Warfare + Blessing   Healing   Declaration   101 Decrees   Tongues   Rosary   Artic Fire   Why Should We Pray?   Why Bother
  MP3 Bible   10 Commandments   Learn Bible in 24 Hours   40 Spiritual Lessons   Alpha   Foundations   Bible Commentaries   Book of Mormon   Temple Study   Red Letters   Divine Healing Training   God Story   Gap Theory   Creation to Christ   Book of John   Kids Bible Cartoons   Derek Prince Teaching   Jesus Film   Digital Bible   Bible Codes ELS
  Passion of Christ   New Jesus Film   Introduction   Names of God   Jesus IS...   Jesus Film   That's My KING   Father's Love Letter   Celestial Hug
  Warfare Training 1   Warfare Training 2   Casting Out demons   Combat   Examples   Warrior King   Exorcism   Prayer   Ask Him   demonology   Clarita   NUWI
  Final Quest   The Call   Tommy Hicks   3 Days   Angel Song   The Prison   H.A.Baker
  Best #1   Best #2   Spiritual Food   Generals   Ramirez   Bishop Kelley   Gary Wood   Roland Buck   Rees Howells   Baptized by Fire   Sid Roth   Todd White   Gary Beaton   Victor Marx   Akiane   Theo Nez   Nun's Story   Retha McPherson   Tomas Welch
  Booth's Vision   Frank Jenner   Hell's Best Kept Secret   EE-Taow   Manifesting Power   LivingWaters   Atheist Delusion   Using AI for Jesus   Sharing w/ Muslims   Sword + Serpent
  Revival Hymn   Jesus in China   Freemason Curruption   Modern Child Sacrifice   the WAR on Children   XGay   Transformations   Ark of Covenant   Soul Ties   Last Reformation   Noah's Ark Found   Does GOD Exist   Political Issues   Fake Mountain   7 Mountains   ID vs Evolution   Bible Science   American History   China Records   Case: Creator   Case: Christ   Case: Faith   Little Lessons   Deadly Mistakes   Enemies Within   Chinese Characters   Global Warming   The Final Frontier   Understanding Israel   Testing Joseph Smith   Targeting Kids
  X-Muslim   Journey of Hope   Islam Rising   ACT   Jihad   Best Muslim Story   Enemies Within   Answering Islam   Killing for Heaven   Killing the Infidel
  Downloadable MP3 Worship Music   Online Worship Music  DivineRevelations University   Free Posters   Christian Pictures   Kids Christian Cartoons   Bible Trivia   End Times Visions   Fractal Praise   Communion Verses   Bobby Conner   Brother Yun   Civil War   Prayer Tank   Fiscal Cliff   Understanding Economics   Who takes the Son   Christian GPTs
  All Languages   Afrikaans   Albanian   Amharic   Arabic   Bengali   Bulgarian   Burmese   Cambodian   Catalan   Chinese   Czech   Danish   Dutch   Farsi   Finnish   French   German   Greek   Gujarati   Hausa   Heberw   Hindi   Hungarian   Indonesian   Italian   Japan   Kannada   Khazanah   Korean   Laos   Malagasy   Malayalam   Malaysian   Marathi   Mongolian   Nepali   Norwegian   Oriya   Polish   Portuguese   Punjabi   Romanian   Russian   Somali   Samoan   Serbo_Croatian   Sinhala   Slovak   Slovenian   Spanish   Swahili   Swedish   Tagalog   Tamil   Telugu   Thai   Tongan   Turkish   Ukrainian   Urdu   Uzbek   Vietnamese
 About  Disclaimer  Phone# USA 425-610-9216  [email protected]
Follow on YOUTUBE  YouTube Follow on Facebook  Facebook Follow on X/Twitter  X/Twitter Follow Podcast RSS  Podcast  RSS Follow on Instagram  Instagram Follow on TikTok  TikTok
  PDF Library   Believer's Authority   Heavenly Man, Yun   Torch + Sword   The Harvest   Faith Shoemaker's Vision   Daughter of Sacrifice
For New Believers Something Funny... 2nd Page, Older Material
×






Menu / Home
Menu / Home
Syurga & Neraka, HTML Bible HTML Bible HTML Bible Got Questions Ethnic Harvest
Neraka itu Nyata
23 Minit Di
Dalam Neraka
Penglihatan Unity
Visi_Visi_Pengangkatan,
Kesengsaraan, KotaKudus,
 Takhta-Takhta Allah dan syaitan
Sentiasa Ada Harapan Kegelapan di Waktu Tengah Hari
Saya Nampak Mereka Di Neraka Frank Jenner Dari Jalan George
Visi Salib Kalvari Mukjizat Kesembuhan,
Undangan Ilahi Ke Syurga
 Wahyu Syurga     Wahyu Neraka Wahyu Tentang Neraka
Bagaimana iblis Menghalang Doa-doa Kita.
PERTARUNGAN DI ALAM SYURGAWI
Bersiap Sedia untuk
Kedatangan Tuhan!
Masa Semakin Cepat Berakhir Melalui Pintu Penyerahan
Syurga Itu Nyata Translators Needed ! Arang Batu Berapi Dan Batu Hidup Tangga Dan Sungai
Wahyu-wahyu Di Syurga Kenapa Ambil Peduli? Visi Pintu-Pintu Takdir
Pedang Dan Ular Kebangkitan Theo Nez All Malaysian PDFs
 Baptisan oleh Api Berkobar 
#2
Kristian yang pergi ke neraka Kendi Besar Di Tanah Gersang
Kembalinya Yesus dan Hari
Penghakiman Penglihatan Sarang
Jesus FLV
8 Jam Di Syurga Perlumbaan Yang Ulung Akhir Zaman

The Return of Christ, riding on the cloudsVISI-VISI PENGANGKATAN, KESENGSARAAN, KOTA KUDUS, TAKHTA-TAKHTA ALLAH DAN syaitan

Kesaksian seorang budak perempuan berumur 8 tahun yang bertemu dengan Yesus Kristus. (Jannet Balderas Canela)
Diterjemahkan dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia
Asalnya diterjemahkan dari audio Sepanyol, ilustrasi-ilustrasi ditambah dan bukan sebahagian kesaksian asal. Kesaksian ini telah disahkan dan diakui benar oleh seorang nabi yang dipercayai.

PDF  DOC English/Main

English
Spanish Audio
PortugueseIndonesian
Arabic,    German
Chinese  Simplified,  Traditional
Czech   Romanian
Japanese
Bahasa Malaysia
Korean 
Dutch  Swedish
Tagalog Hungarian
French,      Finnish
Vietnamese
Serbo-Croation
Tamil  Amharic
More Translators Needed!

Saudara-saudara yang dikasihi, semoga Tuhan memberkati kamu semua di waktu ini. Mari kita baca dari Alkitab di 2 Korintus 12:1-4, Firman Suci Allah. Di dalam nama Bapa, Anak, dan Roh Kudus “Saya perlu meneruskan bermegah. Walaupun, tiada manfaatnya, saya akan teruskan ke visi-visi dan wahyu-wahyu daripada Tuhan. Saya tahu seorang lelaki dalam Kristus yang empat belas tahun lalu yang diangkat ke syurga ketiga. Sama ada dalam tubuh atau di luar tubuh saya tidak tahu- Allah yang tahu. Dan saya tahu orang sedemikian- sama ada dalam tubuh ataupun di luar tubuh, saya tidak tahu, tetapi Allah tahu- diangkat ke Firdaus. Dia terdengar kata-kata yang tidak terungkap, perkara-perkara yang manusia tidak dibenarkan memberitahu.”

Saya akan menceritakan kepada kamu suatu pengalaman yang saya ada bersama Tuhan pada 5hb September 1999. Kami berada di dalam gereja dan kuasa Allah ada di sana mengisi kami. Saya terjatuh ke lantai dan merasai kehadiran Tuhan di dalam saya. Saya merasakan yang Tuhan sedang mengendalikan saya, dan Dia mula menunjukkan kepada saya visi-visi.

Di dalam satu visi, saya nampak dua jalan, satu sangat lebar, dengan ramai orang berjalan di atasnya, tetapi mereka sedang berjalan menghala ke arah kebinasaaan. Jalan yang satu lagi adalah sangat sempit, saya nampak ramai orang berjalan di atas jalan ini, memuji dan memberikan penghormatan kepada Tuhan.

DragonKemudian Tuhan menunjukkan kepada saya satu lagi visi di mana seorang malaikat sedang berlawan dengan seekor naga. Naga tersebut melemparkan api dan setan-setan ke Bumi ini.

ClockSelepas itu saya nampak satu lagi visi sebuah jam yang sangat terang dan bersinar-sinar. Ia diperbuat daripada emas. Masa yang ditunjukkan ialah pukul 12. Tetapi saya nampak satu tangan membuatkan jam itu berundur ke pukul 11. Tuhan memberitahu saya, “Lihatlah, hamba Saya, Saya mengambil masa balik kerana Umat Saya belum bersedia seperti yang Saya mahukan mereka, Saya mengambil balik masa, kerana Umat Saya tidak memuji Saya seperti yang Saya mahukan, itulah sebabnya, kerana belas kasihan Saya yang sangat besar, Saya memberikan satu peluang terakhir, supaya semua orang yang datang ke kaki Saya akan menerima hidup kekal.”

Kemudian Tuhan menunjukkan kepada saya satu lagi visi, semasa saya masih terbaring di atas lantai. Saya nampak seorang lelaki menunggang seekor kuda menghala ke arah saya. Dia menghulurkan tanganNya, dan mendekati di mana saya terbaring di atas lantai. Kemudian saya merasakan Tuhan mengangkat saya ke dalam lengan-lenganNya. Saya merasakan Dia mengambil roh saya keluar daripada tubuh saya dan ke dalam lengan-lenganNya. Kami kemudian mula menunggang, kami menunggang menuju ke atas dan berhenti di suatu tempat yang tidak terlalu tinggi atau rendah. Dia berfirman kepada saya, “Lihatlah hamba Saya, Saya memberitahu kamu yang Saya akan membawa kamu bersama Saya, dan itulah yang saya sedang lakukan sekarang, kerana apa yang Saya berfirman dengan mulut Saya, Saya akan penuhi. Apa yang Saya berfirman, Saya lakukan. Itulah sebabnya Saya membawa kamu ke sini, hamba Saya. Tetapi, mula-mula saya akan tunjukkan kepada kamu luka-luka Saya, supaya kamu akan mengambil kira dan tidak akan melupakan apa Saya telah lakukan untuk kamu semua.”

Kami tiba di Takhta Allah dan Tuhan menunjukkan kepada saya tempat di mana paku-paku dipakukan dan di mana bahagian tepiNya yang ditusuk. Dia juga menunjukkan kepada saya bagaimana Dia dicambuk. Saya nampak semua tanda dan bilur yang Dia tanggung untuk kita semua. Dia berfirman, “Lihatlah hamba Saya, ramai daripada kamu tidak mengambil kira semua yang Saya telah lakukan untuk kamu, ramai daripada kamu lupa bahawa Saya mati untuk kamu di salib Kalvari, dan Saya merasakan kesakitan, hamba Saya. Saya merasakan kesakitan apabila Umat Saya menolak Saya, seperti membuka luka itu lagi, dan ia menyakitkan Saya. Ia seperti mereka menyalibkan Saya lagi di atas salib.” Saya nampak bagaimana Tuhan menangis, kerana Dia merasakan kesakitan apabila kita mengecewakanNya.

 

-SYURGA-

Heaven, City of God, New Jerusalem, from http://www.revelationillustrated.comDia berfirman, “Hamba, Saya akan tunjukkan kepada kamu banyak perkara, Saya akan tunjukkan kamu jalan-jalan emas dan laut kristal, supaya kamu boleh pergi dan memberitahu Umat Saya keagungan-keagungan yang Saya ada untuk mereka.”

Tidak lama kemudian kami tiba di suatu tempat yang mempunyai jalan-jalan cantik, sungguh cantik. Saya tidak pernah nampak atau menyentuh benda-benda seumpama di Bumi. Jalan-jalan tersebut bersinar-sinar! Tuhan berfirman, “Hamba Saya, sentuhlah jalan emas ini, kerana kamu dan umat Saya akan tinggal di sini, kerana di sini umat Saya akan menunggang betul-betul tidak lama lagi.” Saya nampak bayang Tuhan dan saya menunggang bersama.

Selepas itu, kami tiba di laut kristal, ia sungguh cantik. Sambil saya menunggang bersama Tuhan melalui laut yang bernilai itu, Dia berfirman kepada saya, “Hamba Saya, semua ini bukan Milik Saya, semua ini adalah untuk Umat Saya. Semua yang kamu boleh sentuh Saya sudah sediakannya dengan begitu banyak kasih untuk Umat Saya.” Kemudian Dia berfirman, “Hamba, marilah ke sini, kerana Saya akan tunjukkan kepada kamu perkara-perkara yang lain.”

Kami kemudian tiba di suatu tempat yang cantik di mana saya boleh nampak kemuliaan Allah, dan merasai KuasaNya. Ia adalah satu tempat yang besar dan cantik. Saya nampak banyak meja, jadi saya menanyakan Tuhan, “Tuhan apakah tujuan semua meja ini?” Dia berfirman, “Hamba, ingatlah Perkahwinan Anak Domba, ingatlah bahawa di atas meja-meja ini kita akan meraikan Jamuan Perkahwinaan Anak Domba.” Saya nampak tidak terkira banyaknya meja-meja, dan saya tidak dapat melihat hujungnya. Ada malaikat-malaikat di setiap meja, jadi saya menanyakan Tuhan, “Tuhan, kenapa ada seorang malaikat di setiap meja dan di setiap kerusi?” Tuhan berfirman, “Hamba Saya, malaikat-malaikat ini sedang menghiasi meja-meja, malaikat-malaikat ini sedang menyediakan setiap meja kerana Saya sudah menyediakan segala-galanya.”

Saudara-saudara yang dikasihi, meja-meja itu sungguh bersinar-sinar; kesemuanya diperbuat daripada emas. Meja-meja tersebut dihiasi dengan menarik. Saya nampak bagaimana setiap malaikat meletakkan garpu, pisau, sudu, gelas-gelas, hidangan-hidangan, semua diperbuat daripada emas, sungguh cantik. Tuhan memberitahu saya, “Hamba, beritahu Umat Saya untuk bersedia kerana betul-betul tidak lama lagi Saya akan mengambil mereka bersama Saya supaya mereka boleh datang ke sini dan menikmati bersama Saya di Jamuan Perkahwinan Anak Domba.”

Ia sungguh cantik; kehadiran Tuhan boleh dirasai di sana, begitulah kemuliaan dan keagungan! Tuhan berfirman, “Hamba, marilah ke sini kerana Saya akan menunjukkan kepada kamu perkara-perkara yang lain.” Kami tiba di suatu tempat yang ada banyak pintu cantik, sungguh banyak pintu cantik. Saya berkata, “Tuhan, apa yang ada di belakang pintu-pintu ini?” Dia berfirman, “Di belakang pintu-pintu ini adalah pengikut-pengikut Saya, di belakang pintu-pintu ini adalah rasul-rasul Saya, di belakang pintu-pintu ini adalah semua mereka yang pada suatu ketika dahulu berjalan di Bumi memuji dan memuliakan Nama Saya.”

 

-MARIA-

worship maryKami mula menunggang lagi dan tiba di satu pintu yang separuh dibuka, dan Tuhan berfirman, “Hamba, marilah ke sini, marilah ke sini kerana di belakang pintu ini ialah Maria. Marilah mendekati dan dengar apa yang dia sedang berkata, supaya kamu boleh pergi dan memberitahu Umat Saya, supaya kamu boleh beritahu orang bagaiman Maria sedang menderita.” Saya menghampiri dan nampak seorang wanita muda, betul-betul seorang wanita muda yang cantik, sungguh cantik, wajahnya sungguh cantik. Dia sedang melihat melalui satu tingkap yang sangat kecil. Dia sedang berlutut dan melihat pada permukaan Bumi, menangis dengan kesakitan yang sangat kuat.

Dia berkata, “Kenapa kamu menyembah saya? Kenapa, saya tidak ada sebarang kuasa! Kenapa kamu menyembah saya? Saya tidak berbuat apa-apa pun! Janganlah menyembah saya! Janganlah tunduk di depan saya! Oleh kerana saya tidak dapat menyelamatkan kamu! Satu-satunya yang boleh menyelamatkan, satu-satunya yang boleh menebus kamu ialah Yesus, yang mati untuk semua manusia! Banyak orang berkata yang saya ada kuasa, bahawa saya boleh melakukan mukjizat-mukjizat, tetapi itu adalah satu pembohongan! Saya tidak berbuat apa-apa pun! Allah Maha Berkuasa berpuas hati dengan saya dan Dia menggunakan rahim saya supaya Yesus boleh dilahirkan dan menyelamatkan semua orang, tetapi saya tidak ada sebarang kuasa. Saya tidak boleh berbuat apa-apa pun! Janganlah tunduk di depan saya! Janganlah menyembah saya! Oleh kerana saya tidak layak untuk penyembahan. Satu-satunya yang layak, satu-satunya yang kamu tunduk di depan dan sayangi ialah Yesus! Dia adalah satu-satunya yang menyembuh dan menyelamat!”

Saya boleh melihat bagaimana wanita muda itu di dalam kesakitan seumpama yang sangat kuat, penuh dengan penderitaan yang amat sangat dan menangis. Dia berkata, “Tidak! Tidak! Janganlah menyembah saya! Kenapa kamu tunduk di depan saya? Saya tidak berbuat apa-apa pun!” Kamu lihatlah, saudara-saudara yang dikasihi, ia adalah perkara yang sangat bermakna melihat wanita muda ini, bagaimana dia sedang menangis dengan kesakitan dan kesedihan yang seumpama.

 

-JUBAH-JUBAH DAN MAHKOTA-MAHKOTA-

Tuhan memberitahu saya, “Hamba, marilah ke sini, kerana Saya akan terus menunjukkan kamu perkara-perkara.” Kami sampai di suatu tempat yang sangat cantik di mana saya boleh merasakan kemuliaan Allah. Saya nampak barisan dan barisan jubah-jubah putih, betul-betul sungguh putih dan cantik! Saya menyentuh mereka dan Tuhan berfirman, “Hamba, sentuh jubah-jubah ini, kerana jubah-jubah ini adalah untuk kamu semua.”

Saya nampak banyak barisan dan menyentuh kain yang indah. Ia sungguh bersinar-sinar dan putih, sama sekali tidak seperti yang saya sentuh di Bumi. Tuhan berfirman, “Hamba, jubah-jubah ini adalah untuk kamu semua.” Ada air mata mengalir turun di pipi-pipi Tuhan. Tuhan berfirman, “Hamba, banyak jubah putih ini akan kekal di sini, menunggu seseorang mengambil mereka. Banyak jubah ini akan kekal di sini, menunggu satu tubuh.” “Kenapa, Tuhan?” Saya bertanya. “Kerana banyak tidak menyembah Saya seperti yang Saya mahukan, banyak tidak memberi perhatian kepada semua perkara yang Saya lakukan untuk kamu semua. Hamba, banyak jubah putih ini akan kekal di sini, menunggu satu tubuh, kerana di dalam Kerajaan Saya, Saya tidak menerima apa-apa yang kotor. Di dalam Kerajaan Saya, Saya hanya membenarkan perkara-perkara suci, kerana ia adalah tertulis di dalam Firman Saya, Haruslah kamu kudus, kerana Saya adalah kudus.” (1 Petrus 1:16)

Saya melihat dan nampak banyak jubah; setiap satu ada nama tertulis dalam emas. Saya menyentuh jubah-jubah yang lebih kecil dan berlainan saiz, dan saya berkata, “Tuhan, ini yang kecil, siapakah yang akan memakainya?” Tuhan menjawab, “Hamba, ingatlah anak-anak kecil Saya, ingatlah bahawa Saya ada untuk setiap orang, Saya bukan seorang yang memilih kasih, jubah-jubah kecil ini adalah untuk anak-anak kecil Saya yang memuji Nama Saya, mereka adalah untuk anak-anak Saya yang suka pergi ke Rumah Saya dan memuliakan Nama Saya, sebab itu, Saya telah sediakan perkara-perkara yang besar untuk mereka. Saya ada untuk semua orang yang mencari Saya, Saya ada untuk semua mereka yang datang ke kaki Saya, Saya berikan mereka Hidup Kekal.”

crownsKami mula menunggang lagi dan tidak lama kemudian sampai di suatu tempat yang sangat besar dan mempunyai banyak mahkota-mahkota. Ada mahkota-mahkota mewah, mahkota-mahkota bersinar-sinar, jadi saya berkata, “Oh Tuhan! Mahkota-mahkota itu, sungguh cantik. Mahkota-mahkota ini adalah untuk siapa?” Tuhan berfirman, “Hamba, mahkota-mahkota ini yang kamu sedang menyentuh, adalah untuk mereka yang memuji nama Saya, untuk mereka yang benar-benar memuliakan nama Saya mengikut cara yang Saya mahukan.”

Tuhan menunjukkan kepada saya mahkota-mahkota yang lain, tetapi saya perasan bahawa mahkota-mahkota ini adalah hanya satu rangka. Kemudian Tuhan berfirman, “Hamba, lihatlah ke arah ini.” Dan saya mula melihat mahkota-mahkota yang lain, tetapi mahkota-mahkota ini diperbuat daripada duri-duri, jadi saya berkata, “Tuhan, jangan biarkan satu mahkota berduri atau satu rangka biasa untuk saya!” Tuhan memberitahu saya, “Hamba, di dalam tempat ini, ada tiga jenis mahkota: mahkota-mahkota mewah dan bersinar-sinar yang kamu boleh nampak dan sentuh adalah untuk mereka yang benar-benar memuji nama Saya, untuk semua mereka yang benar-benar dan dengan sepenuh hati mereka memuliakan dan memuji Nama Saya. Mahkota-mahkota ini adalah untuk mereka yang bekerja di kebun anggur Saya, untuk mereka yang suka berada di dalam rumah Saya, untuk mereka yang suka berusaha dan bersusah payah untuk menyenangkan bagi Firman Saya. Mahkota-mahkota itu adalah hanya satu rangka, yang kamu boleh nampak dan sentuh adalah untuk mereka yang hanya bermain dengan Firman Saya, ia adalah untuk mereka yang tidak suka berada di dalam rumah Saya, ia adalah untuk mereka yang tidak suka berpuasa atau bersungguh-sungguh, tidak memuliaknan Nama Saya, mereka adalah untuk mereka yang hanya memuji Saya dengan bibir mereka tetapi tidak dengan hati mereka seperti yang Saya mahukan. Kenapa hamba Saya? Kerana tiada sesiapa pun boleh menipu Saya, tiada tempat untuk crown of thornsbersembunyi daripada Saya. Hamba, mahkota-mahkota yang diperbuat daripada duri yang kamu boleh sentuh dan lihat, adalah untuk mereka yang mentertawakan Firman Saya, mahkota-mahkota ini adalah untuk mereka yang mengkritik Firman Saya, mahkota-mahkota ini adalah untuk semua mereka yang Saya telah mengetuk di pintu hati mereka tetapi mereka tidak mahu menerima Firman Saya, untuk semua mereka yang mengkritik Firman Saya.”

 

-VISI PENGANGKATAN-

Jesus_in_the_CloudsSelepas itu, Tuhan berkata, “Hamba, Saya akan tunjukkan kamu pengangkatan (“rapture”), Saya akan tunjukkan kamu bagaimana kedatangan Saya akan berlaku.” Jadi, saya berkata, “Tuhan, saya telah melihat banyak perkara, kenapa kamu akan menunjukkan kepada saya lebih banyak lagi?” Kemudian kami tiba di Takhta Allah, dan saya nampak beribu-ribu malaikat berkumpul di sana. Kemudian kami mula turun ke bawah, dan Tuhan dan saya berhenti di dalam satu awan putih yang sangat cantik. Tuhan memberikan perintah-perintah kepada malaikat-malaikat untuk datang dan menerima gereja, dan Tuhan memberitahu saya, “Hamba, perhatikan secara hati-hati, kerana inilah caranya ia akan terjadi apabila Saya kembali, inilah caranya kedatangan Saya.”

RaptureSaya nampak orang diangkat dari empat penjuru Bumi, memuji Nama Tuhan. Semua orang itu diliputi dengan kuasa Allah. Mereka berpakaian jubah-jubah putih naik ke atas dan ke atas. Mereka mula menyanyikan satu lagu yang sangat cantik, “Kudus, Kudus, Kuduslah Engkau, Oh Tuhan! Terima Kasih Bapa! Oleh kerana Engkau telah mengangkat kami! Terima kasih Tuhan, kerana Engkau telah mengangkat kami!”

Saya nampak banyak orang yang berlainan, tinggi, rendah, hitam, putih. Semua orang, dan semua malaikat itu naik ke awan di mana Tuhan dan saya berada. Semua orang dan malaikat penuh dengan ucapan syukur kepada Tuhan, dan kami semua berkata, “Kudus! Kudus! Kuduslah Engkau, Oh Tuhan!” Ia adalah suatu perkara seumpama yang sangat hebat, saya nampak begitu banyak orang yang saya fikir saya mengenali mereka. Mereka semua diliputi dengan kemuliaan Allah.

 

-VISI KESENGSARAAN-

Selepas itu, kami sampai di Takhta Allah, dan Tuhan berfirman, “Hamba, marilah ke sini.” Kami keluar dari bilik Takhta dan tiba di suatu tempat yang ada tingkap yang sangat kecil. Tuhan berfirman, “Hamba, sekarang lihat ke bawah.” Saya nampak keadaan sedemikian yang lengang dan terbiar (“desolation”) yang dahsyat, kawasan yang lengang dan terbiar (“desolation”) yang dahsyat; seluruh Bumi dalam keadaan lengang dan terbiar dan penuh dengan kesakitan. Tuhan berfirman, “Lihatlah hamba, inilah apa yang akan berlaku selepas Saya sudah mengambil Umat Saya dari Bumi, ini akan berlaku selepas kedatangan Saya, ini akan berlaku apabila gereja Saya ada di sini bersama Saya.” Saya nampak keadaan sedemikian yang lengang dan terbiar yang dahysat.

Saya nampak orang sedang merayakan untuk seketika, tetapi kemudian, saya nampak seorang ayah mencari anak lelakinya, seorang emak mencari anak-anak perempuannya, tetapi mereka tidak dapat mencari mereka, kerana Allah yang Maha Kuasa telah mengambil mereka. Saudara-mara sedang mencari saudara-mara yang lain tetapi mereka tidak dapat mencari mereka. Orang mencari jiran-jiran mereka tetapi tidak dapat mencari mereka, kerana Tuhan telah mengangkat mereka bersamaNya.

Sesuatu dahysat sedang berlaku di seluruh Bumi. Saya nampak seorang pastor berlari dari satu tempat ke satu lagi, dan saya menanyakan Tuhan, “Tuhan, kenapa lelaki ini berlari dari satu tempat ke satu lagi?” Tuhan menjawab, “Hamba, lelaki ini adalah seorang pastor, tetapi kerana dia berfikir yang Saya akan berlengah, dia ditinggalkan. Dia tidak berfikir yang Saya akan datang sekarang, dia berfikir yang ia akan mengambil masa yang panjang sebelum Saya akan kembali, dan itulah sebabnya dia ditinggalkan.” Pastor tersebut berlari di merata-rata, menyatakan, Tuhan, kenapa saya ditinggalkan? Jika saya seorang pastor, jika saya ada kedudukan di dalam gereja, dan gereja sudah pergi, saya ditinggalkan? Kenapa saya telah ditinggalkan?” Tuhan berfirman, “Hamba, Saya tidak dapat berbuat apa-apa sekarang, dia fikir kedatangan Saya akan dilengahkan, baiklah, dia ditinggalkan.”

Saya nampak bagaimana lelaki itu terganggu. Dia berkata, “Satu-satunya perkara yang saya mahukan adalah dibawa bersama Kristus! Satu-satunya perkara yang saya mahu adalah bersama Tuhan kerana saya tidak mahu berada di sini dan menderita di dalam kesengsaraan dahysat!” Dia terus berlari dari tempat ke tempat dan menanyakan diri sendiri, “Kenapa saya ditinggalkan? Bawalah saya bersama Engkau, Tuhan! Saya tidak mahu berada di sini dan menderita!” Tuhan berfirman, “Hamba, tiada ada apa-apa yang Saya boleh lakukan sekarang, untuk suatu masa yang panjang Saya berbicara dengannya dan memberitahunya yang Saya akan datang tidak lama lagi, tetapi dia tidak percayakan Saya, baiklah, sekarang dia ditinggalkan.”

After the RaptureSaya nampak banyak orang lain berlari di merata-rata. Begitu banyak orang berlari, terdesak untuk cuba mencari keamanan tetapi mereka tidak dapat mencarinya. Mereka sedang berteriak, “Kami mahukan Firman hidup! Kami haus untuk Firman Allah!” Tetapi ia sudah terlambat, kerana Tuhan sudah mengambil gereja bersamaNya.

Saya nampak begitu banyak budak-budak perempuan dan lelaki berlari melalui belukar, berlari melalui gunung-ganang mencuba mencari keamanan. Mereka mahukan keamanan tetapi mereka tidak dapat mencarinya. Tuhan memberitahu saya kenapa, “Hamba, Saya sudah mengambil gereja Saya, dan sekarang syaitan adalah satu-satunya yang mengawal.” Syaitan sudah memerintah seluruh Bumi dan ada seksaan di seluruh Bumi! Orang berlari dari tempat ke tempat. Orang mahu makan satu sama lain hidup-hidup, dan menarik keluar rambut satu sama lain. Mereka menyalahkan satu sama lain dan melukai satu sama lain, kerana mereka mahu mencari keamanan, tetapi mereka tidak dapat mencarinya! Ia tidak mungkin kerana Tuhan telah mengambil gerejaNya.

Suatu masa yang terlampau dahysat di Bumi, saya nampak perkara-perkara seumpama yang sangat menakutkan. Begitu banyak orang yang melukai satu sama lain, mengatakan, “Kami mahukan kasih! Kami mahukan keamanan!” Tetapi ia sudah terlambat! Tuhan memberitahu saya, “Lihatlah, hamba Saya, Saya berbicara kepada mereka, Saya menghabiskan masa mengetuk di hati-hati orang ini, tetapi mereka tidak mahu mencari Saya. Baiklah, sekarang mereka ditinggalkan, dan tiada apa-apa yang Saya boleh lakukan untuk mereka sekarang. Kenapa, kerana Saya sudah mengambil gereja Saya dengan Saya. Sambil semua Umat Saya bersama Saya di syurga menikmati jamuan perkahwinan Anak Domba, semua orang ini di sini akan merasakan kesakitan yang sangat teruk, dan akan ada ratapan dan gertakkan gigi. Oleh kerana mereka tidak mahu mematuhi Firman Saya, mereka lebih suka mentertawakan dan mengkritik Firman Saya.”

 

-BUKU KEHIDUPAN/HAYAT-

Book of LifeSelepas itu Tuhan menunjukkan kepada saya sebuah buku besar yang cantik. Ia adalah sangat bersinar-sinar dan diperbuat daripada emas. Saya berkata, “Tuhan, buku besar itu, apa tujuannya?” Dia memberitahu saya, “Hamba, di dalam buku ini adalah nama-nama mereka yang memuji Saya, dan nama-nama mereka yang telah bertaubat dan telah mencari jalan-jalan Saya. Oleh kerana ini adalah Buku Hayat. Di dalam Buku ini tertulis semua mereka yang berhimpun bersama untuk memuji dan memuliakan Nama Saya.” Buku tersebut sangat besar, dan mempunyai huruf-huruf tertulis dalam emas. Dia berfirman, “Lihatlah, hamba Saya, banyak nama ini Saya belum padamkan kerana belas kasihan Saya, kerana ramai telah menolak Saya. Ramai telah menolak Saya tetapi belas kasihan Saya sangat besar sehingga Saya belum memadamkan mereka lagi, kerana Saya tidak mahu sesiapa pun binasa, tetapi agar semua orang memperolehi hidup kekal.” Saya mula menyentuh Buku tersebut, dan nampak bagaimana begitu banyak nama tertulis di dalamnya.

 

-NERAKA-

Selepas itu Tuhan memberitahu saya, “Hamba, Saya akan tunjukkan kamu neraka.” Jadi saya berkata, “Tuhan, tidak, saya tidak akan dapat menanggungnya, dengan semua yang Engkau telah tunjukkan, ini sudah mencukupi.” Dan Tuhan memberitahu saya, “Hamba, Saya akan tunjukkan kepada kamu neraka, agar kamu akan pergi dan memberitahu gereja dan orang bahawa ada suatu syurga dan ada juga suatu neraka.” Kami mula turun ke bawah dan ke bawah. Kami masih jauh dari neraka apabila saya mula terdengar teriakan-teriakan dan rintihan-rintihan yang sangat kuat. Saya berkata, “Tuhan, bawalah saya keluar dari sini, kerana saya tidak akan dapat menghadapi ini!” Tuhan menjawab, “Lihatlah, hamba Saya, janganlah takut kerana Saya ada bersama kamu.” Kami turun melalui beberapa terowong. Ada kegelapan yang sangat besar di dalam tempat itu, suatu kegelapan seperti yang saya tidak pernah rasai di Bumi.

woman in hellKami berjalan di tepi beberapa dinding dan saya terdengar begitu ramai jiwa berteriak, teriakan kesakitan dan penderitaan. Tuhan berfirman, “Hamba, mari kita pergi ke depan.” Kami tiba di suatu tempat di mana seseorang sedang berteriak. Saya menanyakan Tuhan, “Tuhan, kenapa kita berhenti di sini?” Dia menjawab, “Lihatlah hamba, lihatlah orang ini dengan betul-betul teliti, kerana orang ini adalah saudara-mara kamu di Bumi.” Dan saya berkata, “Tuhan, siapa ini? Saya tidak mengenali orang ini.” Tuhan berkata, “Orang ini adalah nenek kamu semasa di Bumi, dia adalah saudara-mara kamu, tetapi dia sangat tidak percaya, itulah sebabnya dia ada di sini sekarang.”

Dia berkata, “Tolonglah berikan saya air, bawalah saya keluar dari sini, kerana saya tidak tahan kesakitan ini lagi, saya haus.” Tetapi saya tidak dapat berbuat apa-apa, satu-satunya perkara yang saya lakukan adalah menangis. Saya berkata, “Tuhan untuk belas kasihan Engkau yang tidak terbatas dan kebaikan Engkau yang tidak terbatas, bawalah dia keluar dari sini! Kenapa dia ada di sini, jika ibubapa saya memberitahu saya yang dia berada di syurga?”

Tuhan berfirman, “Hamba, paderi tersebut memberitahu ibubapa kamu yang dia telah pergi ke syurga, tetapi itu adalah satu pembohongan. Itu adalah satu pembohongan, kerana dia biasa menunduk di depan patung-patung, dia memuja patung-patung, dan lihatlah bagaimana patung-patung itu tidak dapat menyelamatkannya. Banyak kali Saya mengetuk di hatinya, supaya dia akan membukanya, dan Saya akan masuk ke dalam, tetapi sebaliknya dia membuat keputusan untuk mentertawakan Firman Saya. Dia membuat keputusan ia adalah lebih baik mengikuti dunia daripada menghormati Nama Saya, dan itulah sebabnya dia berada di sini. Dia tidak pernah mahu menerima Firman Saya, dia tidak pernah mahu bertaubat, dan paderi tersebut memberitahu mereka yang dia telah terbang ke syurga-syurga dan bahawa dia telah ada di rumah-rumah besar syurgawi, tetapi itu adalah satu pembohongan. Lihatlah, hamba Saya, di mana dia berada.” Dia sedang menangis dengan begitu menyeksakan. Dia berkata, “Berilah saya air! Bawalah saya keluar dari sini!” Tuhan berfirman, “Hamba, Saya tidak dapat berbuat apa-apa sekarang, jiwa ini bukan milik Saya lagi.” Kami berpusing dan beredar. Dia berteriak kepada saya, “Tidak! Janganlah tinggalkan saya di sini! Berilah saya air! Bawalah saya keluar dari sini!” Dia tidak dapat berbuat apa-apa.

Kami terus melihat pada begitu ramai orang. Jiwa-jiwa cuba menyambar pakaian Tuhan, mengatakan, “Bawalah kami keluar dari sini!” Tetapi Tuhan memberitahu mereka, “Jauhi daripada Saya, kerana kamu bukan Milik Saya lagi, kamu milik syaitan dan setan-setannya.” Ia adalah suatu tempat demikian yang dahysat, dengan begitu ramai jiwa, begitu ramai orang.

 

-takhta syaitan-

Kami terus menunggang dan tiba di suatu tempat yang sangat dahysat, dan Tuhan berfirman, “Lihatlah hamba, Saya akan tunjukkan kepada kamu takhta syaitan.” Saya beritahuNya, “Tidak, Tuhan! Saya tidak mahu melihat takhta itu!” Dia menjawab, “Hamba, janganlah takut, kerana Saya ada bersama kamu.” Kemudian kami tiba di suatu tempat yang dahysat dan amat menakutkan, saya nampak sebuah kerusi yang sangat besar di mana syaitan kelihatan duduk di atasnya. Dia ada kuku-kuku yang besar, dan dia ketawa dan ketawa, dia tidak dapat berhenti ketawa. Saya juga nampak setan-setan di merata-rata tempat. Saya nampak setan-setan yang berlainan saiz, saya nampak pemerintah-pemerintah, saya nampak kubu-kubu, dan ramai setan-setan yang berlainan. Saya nampak bagaimana syaitan memberi perintah-perintah kepada setan-setannya, perintah-perintah untuk pergi ke Bumi dan membangkitkan semua jenis perkara jahat.

Saya nampak bagaimana setan-setan itu pergi dan membangkitkan perlanggaran-perlanggaran, pembunuhan-pembunuhan beramai-ramai, pergaduhan-pergaduhan, perceraian-perceraian dan semua jenis perkara jahat. Kemudian mereka balik dan melaporkan kepadanya semua yang mereka lakukan. Dan syaitan akan ketawa dan ketawa. Syaitan memberikan hadiah-hadiah kepada setan-setan tersebut, dan setan-setan mula merayakannya, dan memujinya dan menyanyi untuknya.

hellSaya nampak bagaimana syaitan mempunyai begitu banyak rancangan untuk memusnahkan orang Kristian, rancangan-rancangan yang besar untuk memusnahkan hamba-hamba Allah. Saya nampak gereja-gereja dan jemaah-jemaah yang sangat besar yang penuh dengan modenisme. Tuhan berfirman, “Lihatlah hamba, gereja-gereja ini dikuasai oleh syaitan, dan mereka tidak akan dapat pergi ke atas bersama Saya.”

Tuhan menunjukkan kepada saya bagaiman setan-setan menimbulkan begitu banyak pembunuhan, dan semua jiwa itu akan kemudian tiba di jahanam, suatu tempat yang dahysat. Saya nampak satu relau, dan Tuhan berfirman, “Lihatlah hamba, inilah tasik api, dan inilah neraka.”

Setiap kali setan-setan tersebut menimbulkan pembunuhan-pembunuhan beramai-ramai, semua jiwa tersebut jatuh ke dalam tempat ini. Api akan menjilat mereka dan mereka akan mencair. Jiwa-jiwa tersebut berteriak dengan kesakitan dan ketakutan yang amat sangat, dan setan-setan tersebut akan balik ke takhta syaitan dan memberitahunya apa mereka telah lakukan. Syaitan akan hanya ketawa dan ketawa dan memberikan hadiah-hadiah kepada setan-setan. Setan-setan akan kemudian menyanyi dan melompat untuknya, dan melakukan semua jenis perkara untuk merayakannya. Syaitan ketawa dengan kegembiraan dan keangkuhan kerana semua jiwa yang sedang tiba di neraka. Mereka terus jatuh saat demi saat, dan syaitan sungguh bangga sehingga dia tidak dapat berhenti ketawa.

Saya juga merasai banyak perasaan setan di tempat itu, begitu banyak kubu. Saya berkata, “Tuhan, tolonglah bawa saya keluar dari sini, saya tidak boleh tahan lagi.” Setan-setan akan mencucuk dan menyeksa jiwa-jiwa di sana. Jiwa-jiwa tersebut akan menjerit, “Biarkan kami bersendirian! Biarkan kami dalam keamanan, kami tidak mahu lebih banyak penyeksaan, kami mahu keamanan!” Dan setan-setan akan ketawa.

 

-KOTA KUDUS/SUCI-

Selepas itu, kami pergi dan Tuhan berfirman, “Lihatlah hamba, Saya akan tunjukkan kamu Kota Kudus, agar kamu boleh pergi dan memberitahu Umat Saya keagungan-keagungan yang Saya ada untuk mereka.” Kami pergi ke atas dan tiba suatu tempat yang cantik, di mana terdapat pokok-pokok cantik, pokok-pokok pain yang sungguh tinggi. Segala-galanya sungguh cantik di sana. Saya boleh merasakan seumpama suatu perasaan keamanan.

Di dalam pintu kota itu adalah satu pelangi yang cantik. Ada ramai malaikat di kedua-dua belah sebuah jalan. Kami masuk melalui pintu tersebut dan Tuhan berfirman, “Hamba, inilah Kota Kudus.” Kami berjalan sehingga kami tiba di satu taman yang penuh dengan bunga-bunga ros cantik, seperti yang saya tidak pernah nampak di Bumi.

HeavenHeavenly FlowersSaya melepaskan tangan Tuhan dan berlari ke taman. Saya memeluk bunga-bunga tersebut, mereka sungguh indah dan bau bunga sungguh sedap. Saya akan memotong satu bunga tetapi Tuhan berfirman, “Tidak hamba, kamu tidak boleh ambil apa-apa lagi. Kamu akan dapat mengambil bunga-bunga ini hanya apabila Umat Saya datang ke sini, apabila gereja Saya tiba di tempat ini, kemudian kamu akan dapat mengambil bunga-bunga ini.” Dan saya berkata, “Tuhan, saya mahu membawa satu saja bunga ke Bumi dan menunjukkannya kepada semua gereja.” Tetapi Tuhan berfirman, “Tidak hamba, kerana Umat Saya belum ada di sini lagi.” Saya nampak banyak jenis bunga cantik yang berlainan.

Kemudian kami menunggang melalui rumput hijau yang cantik. Tuhan duduk di atas rumput, dengan senyuman yang cantik Dia berfirman, “Hamba, semua yang kamu sentuh dan lihat dan nampak Saya telah sediakan untuk Umat Saya.”

Kami kemudian menunggang ke suatu tempat yang mempunyai sebatang pokok yang sangat besar yang penuh dengan buah-buahan. Saya berkata, “Tuhan, pokok ini? Apa makna pokok ini? Dan semua buah-buahan ini?” Saya juga akan menarik salah satu daripada buah-buahan tersebut tetapi Tuhan berfirman kepada saya sekali lagi, “Tidak, hamba, kamu masih lagi tidak boleh mengambil buah-buahan itu, kerana pokok ini adalah pokok Hayat, dan dari pokok ini Umat Saya akan makan apabila mereka naik ke sini. Sementara itu, kamu tidak boleh mengambil apa-apa pun sehingga Umat Saya sudah tiba di sini.” Pokok tersebut mempunyai buah-buahan yang terlalu cantik.

Kemudian kami terus menunggang, dan saya nampak begitu banyak rama-rama dan haiwan yang cantik. Tuhan berfirman, “Hamba, semua benda di sini adalah untuk Umat Saya. Beritahu Umat Saya bahawa tidak lama lagi, mereka akan berada di sini, menunggang di dalam kota kudus.”

Kami meneruskan dan tiba di satu lagi tempat yang cantik, yang mempunyai pokok-pokok yang besar dan pokok-pokok pain. Tuhan berfirman, “Hamba, semua ini adalah untuk Umat Saya. Hamba, mari sini kerana Saya akan tunjukkan kepada kamu keajaiban-keajaiban.”

Kami tiba di suatu tempat yang cantik yang penuh dengan malaikat-malaikat. Seorang malaikat sangat besar, dan mempunyai satu trompet yang besar di mulutnya. Saya berkata, “Tuhan, malaikat itu, apa yang dimaksudkannya itu?” Tuhan menjawab, “Lihatlah hamba, malaikat ini sedang menunggu satu isyarat, malaikat ini sedang menunggu satu perintah yang Saya berikan, agar dia boleh mula membunyikan trompet, dan apabila malaikat ini mula meniup trompet itu, Umat Saya akan dibawa ke atas, diangkat, dan diubah. Tetapi memang pasti satu perkara, hamba, trompet ini akan hanya boleh didengar oleh mereka yang sedang berjaga-jaga! Jadi, pergi dan memberitahu Umat Saya untuk berjaga-jaga, beritahu Umat Saya jangan tidur, kerana jika kamu tertidur, kamu tidak akan mendengar trompet tersebut, beritahu Umat Saya untuk berjaga-jaga, kerana mereka yang tidur, Saya tidak akan dapat mengangkat mereka ke atas.”

Malaikat tersebut begitu besar dan cantik, dan belakangnya ada lebih ramai malaikat yang ada trompet-trompet yang lebih kecil. Trompet-trompet itu diperbuat daripada emas, dan sangat bersinar-sinar. Tuhan berfirman, “Hamba, beritahu Umat Saya untuk bersedia, kerana Saya akan hampir mahu memberi perintah untuk trompet dibunyikan.”

Throne of God, http://www.revelationillustrated.comKami mula menunggang lagi dan Tuhan berfirman, “Lihatlah hamba, Saya akan tunjukkan kepada kamu Takhta Bapa Saya. Saya belum tunjukkannya kepada kamu, tetapi Saya akan tunjukkan kepada kamu sekarang, supaya kamu boleh pergi dan beritahu Umat Saya bahawa Bapa Saya adalah nyata, dan bahawa Saya adalah nyata.” Kami semua mula berjalan, Tuhan, malaikat-malaikat dan saya. Apabila kami masih jauh dari Takhta Bapa, saya merasakan bahawa saya tidak dapat menanggungnya lagi; Saya tidak dapat berdiri di depan kuasa dan kemuliaan yang sedemikian. Sambil kami menghampiri dan menghampiri, saya merasakan seperti saya sebagai satu bulu burung, saya hampir tidak dapat berjalan. Jika malaikat-malaikat tidak memegang saya, saya tidak dapat terus berjalan.

Kami tiba di Takhta Bapa, dan saya boleh merasakan kuasa yang amat besar dari Takhta. Kilat yang sangat berkuasa datang dari Takhta; ia sungguh hebat dan sangat besar. Kuasa sedemikian mengelilingi Takhta; ia bercahaya dan diperbuat daripada emas. Seseorang sedang duduk di atas Takhta, tetapi Saya tidak dapat melihat mukaNya, saya tidak dapat tahan kuasa yang datang dari Takhta. Saya hanya boleh melihat Bapa dari pinggang ke bawah. Tetapi dari pinggang ke atas, saya tidak dapat melihat kerana kemudian saya terjatuh ke atas lantai. Saya terjatuh kerana saya tidak dapat menanggung kuasa dan kemuliaan yang sedemikian.

Elders Worshiping from http://www.revelationillustrated.comSelepas itu, saya nampak 24 penatua (“elders”) memuji dan memuliakan Nama Tuhan. Saya nampak ketua-ketua malaikat yang sangat besar juga memuliakan Nama Tuhan. 24 penatua (“elders”) berlutut dan berkata, “Kudus, Kudus, Kuduslah Engkau, Oh Tuhan!” Malaikat-malaikat tersebut tidak pernah penat memuliakan dan memuji Tuhan, dan penatua-penatua tidak pernah berhenti memuliakan Nama Tuhan. Api yang amat besar datang dari Takhta, dan ada begitu banyak perkara yang cantik di dalam Takhta itu.

ArchAngelKemudian kami beredar dan tiba di suatu tempat di mana ada seorang malaikat yang sangat besar. Saya berkata, “Tuhan, siapa malaikat itu?” Tuhan menjawab, “Lihatlah hamba, inilah malaikat Gabriel, dan lihatlah pada malaikat ini yang satu lagi, kerana dia ialah Michael.” Mereka sungguh besar dan cantik. Tuhan berkata, “Hamba, beritahu Umat Saya bahawa malaikat Gabriel dan malaikat Michael benar-benar wujud.”

Selepas itu Tuhan berfirman, “Hamba, marilah ke sini, kerana Saya akan tunjukkan kepada kamu cambuk.” Kami tiba di tempat yang lain di mana saya nampak Tuhan mengambil keluar satu cambuk yang ada tiga hujung. Dia memukulnya pada sebuah kerusi yang sangat besar, dan berfirman, “Hamba, ini adalah untuk yang tidak patuh, cambuk ini adalah untuk mereka yang tidak mahu mematuhi Firman Saya. Sejak mereka tidak mahu mematuhi Firman Saya, baiklah, kalau begitu Saya akan memukul mereka dengan cambuk ini, kerana Saya akan menghukum mereka yang Saya kasihi.” Saya nampak bagaimana Tuhan memukul kerusi tersebut dengan cambuk itu, dan saya berkata, “Tolonglah Ayah, jangan memukul saya dengan cambuk itu!” Dia menjawab, “Baiklah hamba, jadi patuhi Saya, kerana mereka yang tidak mematuhi Saya, Saya akan mengenakan tindakan disiplin.” (Wahyu 3:19 Mereka yang Saya kasihi, Saya teguri dan disiplinkan. Jadi, bersungguh-sungguhlah dan bertaubat.)

Kemudian Tuhan membawa saya ke suatu tempat yang amat berharga, suatu tempat yang sangat besar, di mana saya nampak lebih banyak mahkota emas. Tetapi mahkota-mahkota itu sudah ada nama-nama tertulis di atas mahkota-mahkota, dan penuh dengan mutiara-mutiara! Tuhan berfirman, “Lihatlah hamba, mahkota ini di sini adalah untuk hamba Saya Yiye Avila, dan yang lain ini adalah untuk hamba Saya Arturo Garcia.” Mahkota-mahkota tersebut adalah amat berharga! Di atas satu mahkota adalah tertulis “Aida Vadillo”, satu lagi ada “Miguel Duran”, dan satu lagi ada “Armando Duran”. “Tuhan, sekarang saya boleh melihat dan menyentuh semua mahkota hamba-hamba.” Saya juga nampak mahkota-mahktoa untuk “Pablo Pintado”, dan “Nahum Zamudio”.

Tuhan berfirman, “Hamba, di sini Saya membenarkan kamu melihat. Ini adalah untuk menunjukkan kepada kamu bahawa di sinilah Saya meletakkan mahkota-mahkota hamba Saya yang bekerja di kebun anggur Saya. Jadi kamu boleh melihat hamba-hamba Saya yang mengkhutbahkan Firman Saya. Saya ada ganjaran-ganjaran yang besar untuk mereka.” Saya nampak beribu-ribu mahkota, semua ada nama-nama tertulis di atasnya.

Saya menyentuh satu lagi mahkota, tetapi saya nampak mahkota ini mula kehilangan semua batu-batu di atasnya. “Tuhan! Jangan biarkan ini menjadi mahkota saya!” Tuhan berfirman, “Lihatlah hamba, inilah apa yang akan berlaku kepada mereka yang tidak mahu bekerja di kebun anggur Saya lagi, kepada mereka yang lebih suka menolak Saya daripada memuji Saya. Lihatlah hamba, hamba-hamba ini yang tidak mahu memuji Saya lagi, inilah apa yang akan berlaku kepada mahkota-mahkota mereka. Hamba-hamba yang tidak mahu bekerja di kebun anggur Saya lagi, inilah apa yang akan berlaku kepada mahkota-mahkota mereka.” (Wahyu 3:11)

Crown losing JewelsKemudian Tuhan membawa saya ke satu tempat lagi yang sangat cantik, dan saya nampak ramai orang sedang tidur. Mereka memakai jubah-jubah putih. Saya berkata, “Tuhan, siapakah semua orang ini?” Tuhan menjawab, “Lihatlah hamba, semua orang ini adalah mereka yang sudah meninggal dunia di Bumi, dan sekarang mereka berehat di sini di Firdaus (“Paradise”), dan apabila Saya memberikan perintah untuk trompet untuk dibunyikan, mereka yang mati akan diangkat dulu dan kemudian mereka yang ada di Bumi.” Ada begitu ramai orang, dan pakaian mereka sungguh putih. (1 Tesalonika 4:16-17)

Tidak sesiapa pun sedang bercakap kepada sesiapa pun; mereka hanya tidur, di dalam satu keadaan tidur yang nyenyak. Dan Tuhan memberitahu saya, “Hamba, mereka sedang berehat, tetapi apabila trompet berbunyi, mereka akan diangkat dulu, dan kemudian mereka yang tinggal di Bumi akan diangkat ke atas bersama mereka, untuk bersama Saya. Dan kemudian kita boleh meraikan Jamuan Perkahwinan Anak Domba.”

[TAMAT]
oleh Jannet Balderas Canela