Home All Languages
Visi_Visi_Pengangkatan,
Kesengsaraan, KotaKudus,
 Takhta-Takhta Allah dan syaitan
Syurga & Neraka, 1:1000  doc HTML BibleGot QuestionsEthnic Harvest
Neraka itu Nyata   doc 
Bersiap Sedia untuk
Kedatangan Tuhan!
doc
Bagaimana iblis Menghalang Doa-doa Kita.
PERTARUNGAN DI ALAM SYURGAWI  doc 
Penglihatan Unity   doc
23 Minit Di
Dalam Neraka
Sentiasa Ada Harapan Kegelapan di Waktu Tengah Hari
Saya Nampak Mereka Di Neraka Frank Jenner Dari Jalan George
  doc
Visi Salib Kalvari Mukjizat Kesembuhan,
Undangan Ilahi Ke Syurga
Bersiap untuk bertemu Tuhanmu!   doc Wahyu Tentang Neraka
Pengalaman kedua Angelica Zambrano
di Syurga dan Neraka
  doc 
Tanda Binatang 666   doc Masa Semakin Cepat Berakhir 8 Jam Di Syurga
 Wahyu Syurga  doc Translators Needed ! Arang Batu Berapi Dan Batu Hidup Tangga Dan Sungai
Wahyu-wahyu Di Syurga  doc Kenapa Ambil Peduli? Perintah Ke-4, Memelihara
 Kekudusan Hari Tuhan   doc
Visi Pintu-Pintu Takdir
Kembalinya Yesus dan Hari
Penghakiman Penglihatan Sarang
  doc
Kebangkitan Theo Nez  doc All Malaysian PDFs Melalui Pintu Penyerahan
Jangan Pergi ke NERAKA  doc  Kristian yang pergi ke neraka doc Kendi Besar Di Tanah Gersang
 Baptisan oleh Api Berkobar    doc  Pedang Dan Ular Renesa Jesus FLV
Syurga Itu Nyata Perlumbaan Yang Ulung Akhir Zaman [PDF]  [doc]

VISI PINTU-PINTU TAKDIR (DESTINY)
oleh Susan Cummings
PDF  
DOC
    [English/Main]
2hb Januari 2005

Beberapa hari in, Tuhan sedang menunjukkan kepada saya satu siri beberapa hal yang Dia ada untuk UmatNya. Dengan begitu banyak kata-kata ramalan dan dekri-dekri yang telah dikeluarkan di dalam internet mengenai Tahun Baru, saya teragak-agak unutk mengeluarkan apa-apa pun ke dalam adukan itu. Saya sudah menunggu lebih lama sedikit untuk Tuhan menghabiskan komunikasiNya kepada Saya, supaya Umat Allah akan memahami apa yang telah diberikan kepada saya.

Ini bukan niat saya untuk menarik perhatian terhadap saya dalam pertemuan ini tetapi untuk menunjukkan peluang pada waktu tersebut di mana setiap anak Allah sudah sampai, dalam penentuan masa Allah. Hidup-hidup kita hanyalah bayangan urusan-urusan Tuhan dalam UmatNya. Kita adalah lutsinar supaya Dia boleh dilihat.

Inilah yang telah diberikan kepada saya:

Saya mengalami visi berdiri yang berulang-ulang di dalam satu bilik ataupun kawasan yang gelap dan saya sedang memerhatikan banyak tingkap-tingkap ataupun pintu-pintu yang mempunyai tirai-tirai yang panjang. Setiap pembukaan mempunyai satu tirai yang berwarna satu dan setiap tirai mempunyai warna ataupun fabrik yang khas. Ada yang warnanya bersinar-sinar sementara yang lain lebih berwarna muda dan ada yang lebih lembut dalam sinarannya. Yang lain mempunyai fabrik-fabrik dan tekstur-tekstur yang unik dan yang lain memiliki cahaya yang berkilau-kilauan yang ditenun ke dalam mereka.

Setiap tirai bergerak sedikit dan nampaknya ada bayu yang secara lembut menyebabkan setiap tirai bergoyang-goyang di dalam bayu yang perlahan. Ada lagi pintu-pintu yang lain yang lebih jauh dari semua ini yang saya lihat secara dekat. Saya juga nampak ada pintu yang semulajadi seperti gua-gua dan ada yang dibuat oleh manusia. Bagaimanapun, setiap pintu ada tujuannya dan masanya untuk pembukaan dan penutupan.

Sambil saya memerhatikan tirai-tirai bergoyang-goyang secara lembut di depan pintu-pintu mereka, saya terasa Tuhan sedang menunggu gerak balas daripada saya. Saya sebenarnya tidak tahu apa yang harus dilakukan, jadi saya menunggu dan memerhati. Saya tahu Tuhan akan bercakap kepada saya apabila Dia bersedia atau apabila saya sudah menerima apa yang saya dihantar untuk mempelajari. Tuhan datang ke sebelah saya dan menunjuk pada pintu-pintu dengan tirai-tirai.

Dia berfirman kepada saya, “Inilah pintu-pintu yang sedang menunggu pembebasan yang akan masuk ke dalam mereka dan memenuhi takdir mereka.” Saya melihat setiap pintu lagi. Setiap pintu adalah berlainan dan setiap pintu adalah dibuat untuk setiap individu. Itulah sebabnya setiap pintu memiliki warna dan kualiti yang unik ataupun itu yang saya fikir. Tuhan menggangguk.

“Kamu hanyalah betul sebahagiannya. Setiap Umat Saya memiliki peluang yang sama untuk melayan Saya. Setiap orang boleh datang kepada Saya dan mendapatkan semua yang mereka perlukan untuk menjalani takdir-takdir mereka. Setiap orang memiliki panggilan dan tujuan yang khas tetapi setiap orang boleh memilih dan mengatakan tidak. Saya tidak akan memaksa sesiapapun datang kepada Saya atau melayan Saya atau menjalani jalan mereka. Setiap orang haruslah mengingini Saya lebih daripada mereka sendiri ataupun keinginan-keinginan dan rancangan-rancangan mereka sendiri.”

“Apa yang kamu nampak di depan kamu ialah pintu-pintu pelepasan yang menunggu kamu dan Umat Saya yang saya bawa keluar. Setiap pintu mempunyai laluan khas untuk waktu ini dan setiap haluan akan menentukan tugas-tugas mereka yang terakhir. Bagaimanapun, perhatikan secara dekat dan pilihlah dengan bijak. Ini adalah kerana setiap pintu adalah satu set haluan dan tidak boleh diubah ataupun ditukar setelah pemilihan telah dibuat kerana masa sudah pendek. Ini adalah kerana setiap orang yang memilih untuk melayan Saya, haruslah membuang kehendak mereka dengan sepenuhnya dan memilih Kehendak Saya dan menjalani pemilihan itu dan keputusan-keputusan berikutnya.”

“Setiap pintu adalah juga pelepasan pemberian-pemberian dan penyataan-penyataan Saya yang berlainan yang setiap Umat Saya akan tampakkan apabila mereka berjalan ke dalam pintu-pintu itu. Bagaimanapun apa yang mereka nyatakan akan dipengaruhi oleh berapa banyak mereka mati terhadap diri mereka. Apa yang mereka sayang akan daripada mereka sendiri akan juga muncul apabila mereka menjalani pilihan mereka, sambil mereka membenarkan kemanusiaan mereka mempengaruhi takdir mereka dan hasil buah mereka yang akan muncul dengannya. Saya akan menjelaskannya dengan cara ini. Jika kamu tidak dengan keseluruhannya melepaskan kesemua bahagian hidup kamu dan memberikan mereka kepada Saya dan sepenuhnya membenarkan Saya mendiami bahagian-bahagian tersebut, apa yang tinggal akan mencela kehadiran Saya dan akhirnya mengaburkan dan mengherotkan kemurniaan Bayangan Saya di dalam kamu. Hasilnya bukanlah transformasi sepenuhnya dan akan menjadi satu campuran.”

“Saya mengingini setiap Milik Saya akan menjadi wadah yang murni. Saya akan datang kepada semua Anak Saya dan membawa mereka ke tempat pemilihan mereka. Apa saja yang ada di dalam hati-hati mereka, akan menjadi apa yang mereka tertarik pada. Hasilnya ialah tempat dan bahagian yang muktamad bagi mereka. Setiap orang akan melayan Saya tetapi apakah hasil layanan tersebut, adalah bergantung kepada mereka. Saya tidak akan memaksa sesiapapun. Setiap orang akan memberikan hati mereka kepada Saya ataupun mereka mengekalkan hati mereka. Saya tidak akan memaksa Kasih Saya terhadap sesiapapun, ataupun menerima Kasih paksa yang tidak diberikan secara ikhlas.”

“Apa yang kamu nampak di depan kamu, adalah pilihan kamu juga. Lihat depan kamu dan kemudiannya pilihlah pintu kamu.” Saya melihat Tuhan dan balik kepada pintu-pintu tersebut. Saya berfikir saya sudahpun dilepaskan dan sudah tahu haluan yang Tuhan ada untuk saya kerana saya selalu mendatangi Tuhan dan ada menerima banyak pemberian di dalam saya dan cara-cara saya. Saya bingung dengan perubahan baru ini dan tugas baru di depan saya. Tuhan memerhatikan sambil saya bergelut di dalam saya dan mencari pemahaman.

Tuhan menunggu. Dia memerhati dan menunggu saya sampai kepada satu pilihan. Saya tiada pilihan. Saya tidak dapat membuat satu. Saya tidak mahu mana-mana pintu-pintu di depan saya dan tidak dapat mengaitkan diri dengan mereka. Tuhan berkata, “Pintu-pintu tersebut adalah untuk setiap orang memilih. Bahkan kamu. Setiap orang haruslah memilih untuk melayan Saya setiap hari dan mengorbankan hidup-hidup mereka untuk Saya dan untuk Penuaian. Ada banyak pilihan di sepanjang jalan. Setiap pilihan akan membawa ke satu tempat pertemuan dan seting Penentuan Masa Saya untuk kamu dan kemudiannya satu lagi pilihan dikehendaki. Bagaimanapun, di Waktu ini di dalam masa-masa manusia, Saya sedang membuka siri-siri terakhir pelepasan-pelepasan dan sedang meletakkan Umat Saya di tempat-tempat mereka. Begitulah, kamu adalah di musim pelepasan yang baru bersama Umat Saya dan kamu akan berjalan melalui dan memulakan fasa takdir yang berikutnya. Sebagaimana juga dengan semua Umat Saya. Setiap orang ke pilihan mereka sendiri.

Saya melihat pada pintu-pintu tersebut. Saya pergi dan menghampiri untuk melihat mereka dan memandang tirai-tirai mereka. Setiap pintu ada kualiti yang unik dan siri peristiwa-peristiwa yang akan terjadi kepada orang yang masuk ke dalamnya. Setiap orang ada curahan (lumuran) yang unik yang akan datang ke atas mereka dan memberi kuasa kepada mereka untuk menjalankan pilihan itu. Setiap orang mempunyai pemberian yang khas yang membolehkan individu tersebut menyatakan Tuhan secara unik dalam jalan mereka. Ada banyak sekali dan ada yang lebih menarik daripada yang lain.

Beberapa mempunyai cahaya-cahaya bersinaran yang bergemerlapan keseluruhannya di fabrik-fabrik dan seolah-olah menarik perhatian penonton terhadap sinaran mereka. Yang saya berdiri di depan adalah seperti ini. Saya tidak mengingini cahaya-cahaya tersebut ataupun perasaan sinaran cahaya-cahaya yang seolah-olah menerangi seseorang dan saya berundur. Saya rasa takut dengan cahaya-cahayanay yang melambai-lambai untuk saya datang dan saya rasa tidak sedap hati berkenaan dengan pintu tersebut.

Tuhan berfirman kepada saya, “Ini bagus. Beberapa Umat Saya yang memilih pintu-pintu yang lebih bersinar dan diketahui umum yang membawa pendedahan dan sinaran yang sangat diketahui umum tetapi gagal menyedari yang ia juga menerangi mereka dan ini menyebabkan mereka jatuh ke dalam kemegahan dan keangkuhan kerana mereka tidak dapat berdiri di dalam cahaya tanpa menerimanya ke dalam mereka. Mereka tidak pernah memberikan saya kesemua hati-hati mereka kerana jika penerangan datang, ia akan mendedahkan bahagian yang gelap dan mereka mengambil cahaya pemberian-pemberian kepada mereka sendiri dan ia membawa mereka ke satu tempat ketidakseimbangan, campuran dan kemusnahan diri. Tidak banyak berjalan secara murni di dalam gelanggang pemberian umum dan di dalam pameran Kuasa Benar Saya. Lebih banyak Kuasa Saya dan Kemuliaan Saya yang dipamerkan, lebih banyak kematian yang diperlukan untuk melepaskannya dan untuk membayangkan Saya. Tidak banyak mengendalikan Pemberian-Pemberian Saya dan menghormati mereka dengan betul tanpa sangat menginginkan kemuliaannya. Tetapi semua manusia boleh memilih bahagian mana Saya yang mereka ingin bayangkan. Semua Pemberian-Pemberian Saya adalah sedia ada untuk semua manusia dan sentiasalah percuma diberikan. Banyak mahukan pemberian-pemberian dan panggilan-panggilan yang menonjol tetapi gagal membawakan perubahan-perubahan yang perlu ke dalam hidup-hidup mereka untuk membolehkan mereka berjalan secara murni di dalam panggilan itu. Tetapi lagi tidak banyak yang gagal menimbangkan tanggungjawab-tanggungjawab pilihan mereka.”

Saya melihat pada pintu-pintu yang lain. Saya menghampiri satu yang ada fabrik yang berkilat dan seperti sutera di depannya. Ia terasa seperti air mengalir melalui tangan-tangan saya. Ia adalah sangat cantik untuk dipegang dan ia adalah berwarna biru gelap. Ia adalah sangat berat walaupun seperti sutera. Fabrik tersebut bukan seperti apa yang boleh dilihat. Ia mengangkat berat yang tidak padan dengan rupanya. Saya tidak merasai apa-apa tarikan ataupun pertalian kuat terhadap tirai itu, jadi saya melepaskannya juga. Saya berundur dan melihatnya. Ia berkilau-kilauan dalam kegelapan dan menunggu pemiliknya berjalan melaluinya. Tuhan mengangguk dan berfirman, “Ini juga menanggung banyak tanggungjawab. Pemberian-pemberian Saya adalah tanpa pertaubatan. Oleh itu setiap Umat Saya haruslah menimbang pilihan -pilihan mereka dan tahu yang pemilihan mereka akan berbuah hasil dalam hidup-hidup mereka untuk kebaikan ataupun untuk keburukan. Ini melambangkan keindahan Kehadiran Saya dan berat Kemuliaan Saya yang mengalir melalui Pemberian-Pemberian Saya. Oleh kerana setiap Umat Saya membayangkan Saya. Tetapi berat Kemuliaan Saya akan menghancurkan sesiapa yang tidak dengan sepenuhnya menyerahkan hati-hati mereka kepada Saya. Oleh kerana Saya Adalah Suci dan Kemuliaan Saya tidak akan mendiami sesiapa yang tidak berjalan secara bersih.”

“Pintu ini adalah satu lagi laluan penyataan Saya. Ia menanggung banyak tanggungjawab juga. Ia adalah laluan wahyu yang menunjukkan banyak tentang Kemuliaan Saya dan Kehadiran Saya, dan Firman Saya, tetapi ia menanggung banyak kesukaran. Lebih besar wahyu tersebut, lebih besar kematian dan kepatuhan yang diperlukan untuk berjalan di dalamnya. Banyak mahu berjalan di dalam Kebenaran Saya, tetapi tidak mahu berkorban untuk pengetahuan itu. Tetapi Saya memberikan kepada semua Umat Saya pilihan tersebut. Mereka boleh berjalan dalam Kebenaran Saya ataupun tidak. Saya tidak akan memaksa sesiapa datang ke Cahaya Saya atau ke Kebenaran Saya. Setiap orang haruslah datang dengan bebas dan mengenali Saya. Orang-orang yang berjalan melalui pintu ini akan membayangkan Firman Saya. Ia juga akan membayangkan apa yang ada di dalam mereka. Ia juga akan menghakimi apa yang ada di dalam mereka yang belum diberikan kepada Saya, itulah sebabnya Saya mengingini semua manusia membenarkan Saya menghakimi mereka dulu. Oleh kerana penghakiman haruslah datang untuk Umat Saya mempelajari kemuhsinan. Selepas itu mereka boleh mengajar Kebenaran Saya dengan berkesan dan dengan betul membahagikannya.”

Saya mengangguk dan berjalan ke tirai yang di sebelah. Ia adalah fabrik yang mempunyai banyak tenunan dan corak yang ditenun ke dalam lipatan-lipatannya. Ia bukan warna yang terang ataupun memikat hati tetapi ia adalah menyenangkan untuk dilihat, dan lebih berat daripada yang lain. Ia mempunyai corak-corak buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan ditenun ke dalamnya. Ia semacam sejenis warna kuning air ataupun semulajadi. Saya mencapai dan menyentuh lipatan-lipatannya dan merasai imej-imej bertenun. Ia adalah satu fabrik yang kuat dan menanggung banyak benda. Tetapi saya tidak dapat menemui di dalam saya keinginan untuk ini juga. Saya mula tertanya-tanya samada saya ada sesuatu di dalam saya yang belum diberikan kepada Tuhan, kerana saya tidak dapat mengaitkan diri dengan mana-mana tirai setakat ini. Tetapi saya menunggu juga. Sambil saya berjalan, saya memeriksa diri saya.

Tuhan berdiri di satu ini. Dia berfirman, “Pintu ini adalah satu yang memiliki beban dan tanggungjawab yang besar seperti yang lain. Setiap daripada mereka menanggung satu tanggungjawab yang besar. Tetapi ini adalah sangat berat. Ia adalah beban Firman Saya. Firman Saya keluar melalui pintu ini melalui pengajaran dan penyampaian Kebenaran. Yang memilih pintu ini, menerima pemahaman yang besar tentang Firman Saya and curahan untuk mengajarnya kepada Umat Saya. Banyak mengingini pemberian ini dan laluan. Tetapi gagal untuk berjalan di dalam cahayanya. Seperti saya berfirman sebelumnya, Firman Saya menghakimi dan membayangkan Saya. Jika orang itu belum membawa setiap bahagian hidup mereka di bawah kewibawaan sepenuhnya dan penyerahan kepada Firman Saya, Firman Saya yang itu juga akan menampakkan jalan mereka. Firman Saya adalah lampu untuk kaki-kaki mereka dan cahaya di atas laluan-laluan mereka. Tetapi yang mengajar Firman Saya adalah diamanahkan dengan Kesucian Firman Saya dan haruslah membayangkan Kesucian itu. Saya adalah Firman Hidup. Tetapi tidak banyak menghormati Saya dan Firman Saya. Tidak banyak memberikan Firman Saya pemerintahan (“Lordship”) yang sepenuhnya dan keseluruhannya ke atas hidup-hidup mereka dan pemberian-pemberian mereka dan takdir-takdir (“destinies”). Mereka hanya mahukan Firman Saya, sehingga mereka menerima apa yang mereka ingini, barulah mereka berjalan terus dalam cara-cara mereka sendiri. Yang mengajar Firman Saya tiada alasan di depan Bapa Saya. Oleh kerana Firman tersebut akan menghakimi mereka dan perbuatan-perbuatan mereka. Oleh kerana mereka mengetahui Firman tersebut, dan mengajar yang lain berbuat begitu juga. Banyak darah telah ditumpahkan di dalam pintu ini. Banyak telah dipimpin ke kemusnahan oleh yang mengajar Firman Saya secara palsu dan dengan hati-hati yang tidak ikhlas. Saya sedang membesarkan orang yang akan menjadi pengasih-pengasih Kebenaran Saya dan yang akan membayangkan Saya kepada orang lain melalui Firman Saya. Ini sedia ada untuk semua yang mengingininya dan yang akan menghargai Firman Saya sebagai amat berharga.”

Saya berjalan terus menerus. Melepasi banyak pintu-pintu dan tirai-tirai, tetapi saya merasakan tiada tarikan yang kuat terhadap semua ini. Banyak yang telah diberitahu kepada saya oleh Tuhan mengenai banyak pemberian-pemberian dan penyataan-penyataan DiriNya yang Dia sedang lepaskan sekarang dan yang menunggu masanya untuk dilihat di bumi.

Saya kemudiannya tiba di satu gua. Ia ada satu penutup yang kasar dan diperbuat daripada sesetengah jenis yang betul-betul muat menutupnya. Ia tidaklah menarik ataupun menyenangkan untuk dilihat tetapi saya boleh merasai fabriknya di dalam tangan-tangan saya. Ia ada satu rasa kasar dan rasa belum pernah digunakan. Saya benar-benar merasai tidak banyak orang yang memilih pintu ini. Saya rasa banyak telah datang ke jalan ini tetapi tidak banyak yang sudah masuk atau memilih laluan ini kerana keunikannya dan tempatnya. Ia lebih jauh dari yang lain. Saya rasa ada tarikan terhadap ini tetapi pada yang sama saya rasa ada keinginan untuk mencari lebih banyak. Ada lagi sesuatu yang saya belum jumpa lagi.

Tuhan nampak saya teragak-agak. Dia mengangguk dan berkata, “Ini adalah pintu yang sangat penting. Ini adalah pintu pengorbanan. Ia adalah pintu yang sangat berharga dan sangatlah dihormati di syurga. Pengorbanan melahirkan Kerajaan Syurga. Oleh kerana Kerajaan Syurga datang ke manusia dan berada di dalam mereka sekarang jika mereka memilih untuk jadi begini. Tetapi pengorbanan adalah harga kepatuhan. Penderitaan-penderitaan Saya diperlihatkan melalui pintu ini. Pintu inilah menuju ke Penderitaan-penderitaan Saya dan ke Kemuliaan Saya. Ia adalah melalui pengorbanan agar perubahan sebenar datang dan Cahaya Kebenaran Saya bersinaran. Semua Orang Kuat Saya dilatih di dalam gua-gua ini yang tidak diketahui ramai. Tetapi tidak banyak berkorban untuk diubah supaya mereka boleh membawa pesanan saya kepada Umat Saya supaya mereka juga boleh masuk ke dalam. Tidak banyak mahu jadi lutsinar. Banyak mahu dilihat sebagai penting dan sebagai berkedudukan tinggi dengan kewibawaan di bumi, tetapi tidak banyak akan mengorbankan hidup-hidup mereka untuk saudara-saudara mereka, untuk membayangkan Saya. Saya adalah mutiara yang sangat bernilai. Ia akan mengorbankan hidup kamu untuk masuk ke dalam dan untuk menjadi Bayangan Saya. Laluan ini membawa ganjaran yang sangat besar dan banyak orang kepada Bapa Saya.”

Kami terus berjalan dan melintasi lebih banyak lagi. Setiap pintu berdiri dengan laluan dan tujuannya. Tetapi saya tidak dapat mencari apa yang saya boleh terima. Walaupun saya mahu menerima setiap satu, sebagaimana saya benar-benar mahu membayangkan Tuhan ialah apa saja cara Dia inginkan saya dan ia tidaklah penting, kerana saya akan berjalan di dalam PilihanNya tetapi Dia tidak memilih untuk saya. Dia menunggu. Saya mula bersedih kerana saya rasa tidak dapat mencari tempat tersebut untuk saya di sini dan saya sudah terlepasnya entah di mana. Saya mula berfikir kebanyakan masa saya bertemu dengan Tuhan dan pelajaran-pelajaran yang saya pelajari di dalam mereka. Setiap satu adalah berharga untuk saya dan telah membawa saya lebih dekat kepadaNya.

Saya berkata kepadaNya, “Tuhan, Saya tidak dapat memilih mana-mana yang ini. Saya tidak terasa takdir saya di sini bersama ini semua.” Saya mula teringat Tuhan telah beberapa kali membawa Saya ke dalam HatiNya tahun lalu.

Dalam satu pengalaman bervisi, roh saya meninggalkan badan saya selepas satu sidang dan saya naik ke cakerawala dan nampak bintang-bintang dan angkasa raya. Saya nampak satu pintu penutup kecil empat segi terbuka di depan saya. Di dalam pintu, adalah Bima Sakti, planet-planet, bintang-bintang dan semua ciptaan alam. Tiba-tiba saya faham yang semua ciptaan alam adalah di dalam Hati Bapa sebelum Dia menciptanya. Saya rasa sangat tertarik untuk masuk ke dalam pintu ini.

Dalam pintu ini ada sebuah bilik yang berjenis-jenis. Ada pukulan yang kuat di dalam bilik ini. Saya disuruh menutup pintu tersebut di belakang saya. Saya berpusing dan menutup pintu tersebut. Ia seolah-olah hilang apabila saya berbuat demikian dan dinding-dinding menjadi dinding hidup. Saya berpusing dan saya nampak saya berada di dalam satu hati yang sangat besar. Ia berdegup dengan kuat pada mulanya dan bergema di seluruh bilik yang saya berada di dalam. Saya boleh rasa degupan jantung Bapa dan ditenggelami oleh saiznya dan kapasitinya untuk Kasih. Dengan setiap degupan yang saya dengar dan rasa di dalam bilik tersebut, saya faham Bapa benar-benar mengasihi ciptaanNya dan mengambil peduli untuknya. Dia memperkatakan ciptaanNya daripada DiriNya sendiri dan memberikan DiriNya Sendiri ke dalam ciptaanNya. Semua perkara (kehidupan; benda; keadaan) wujud melaluiNya, untukNya dan denganNya.

Di sinilah saya rasa seperti berada di rumah. Pada satu masa lagi, saya balik ke dalam hati Bapa sekali lagi dan saya nampak satu meja dan kerusi di dalam hati ini. Saya nampak saya sendiri duduk di meja dan menulis apa yang hati Bapa berdegup. Saya tidak mahu tinggalkan tempat ini. Saya rasa bersatu dengan degupan HatiNya dan ia bergema di dalam saya. Tetapi, dengan secara tiba-tiba saya balik lagi ke dalam badan saya lagi selepas pengalaman pertama saya. Semua emosi saya ini mengalir keluar dari dalam saya, apabila saya memikirkannya semua. Inilah tempat saya.

Saya berkata kepada Tuhan, “Tuhan, saya tidak mengingini pintu-pintu ini sebagai satu yang dilalui. Saya ingin digunakan oleh Engkau di dalam mana-mana pintu tersebut jika Engkau memilih untuk saya. Saya ingin menjadi wadah Engkau dalam apa cara pun yang Engkau pilih saya. Saya adalah hamba Engkau dan Engkau boleh mengubah saya menjadi apa yang Engkau inginkan. Saya tidak fikirkan masa hadapan saya kerana Engkaulah semua yang saya inginkan. Tetapi saya tidak dapat melupai bila Engkau membenarkan saya merasai HatiMu dan apa yang Engkau rasai dan berapa banyak Engkau mengasihi kami. Saya masuk ke dalam pintu itu, sebagaimana Engkau membawa saya ke dalam, saya rasa begitu dekat denganMu dan KasihMu berdegup di sekeliling saya. Saya mahu memilih pintu tersebut jika saya boleh lagi. Saya mahu duduk di meja yang saya nampak dan menulis apa yang hatiMu berdegup mengenai dan tentang keinginan-keinginanMu dan kasih yang sangat besar yang Engkau ada untuk UmatMu. Saya mahu menulis tentangMu. Saya ingin UmatMu mengenaliMu dan juga memiliki hatiMu.”

“Saya memilih pintu ini. Pintu ke HatiMu. Oleh kerana saya tidak inginkan keagungan atau kemewahan tetapi saya inginkanMu. Saya mahu mengenaliMu dan dapat memberitahu yang lain siapa Engkau dan apa Engkau rasai dan membayangkan Engkau kepada mereka. Tiada yang untuk saya tetapi Engkau. Saya tidak memilih laluan yang lain.”

Saya menunggu. Hati saya berdegup dengan keinginan yang kuat untuk KehadiranNya dan KasihNya tetapi saya hanya boleh memeluk apa yang Dia benarkan. Saya memerhatikan Tuhan dan rasa yang saya mungkin tidak meminta dengan betul. Oleh kerana pintu-pintu sekeliling kami telah ditunjukkan kepada saya tetapi apa yang saya inginkan tiada di sini. Tuhan datang kepada saya dan mengambil saya ke dalam lengan-lenganNya. Dia menyelubungi saya di dalm pelukanNya dan memegang Saya dengan rapat. Saya betul-betul merasa penerimaan dariNya sehingga saya tiada rasa lagi kesedihan mahupun ketidakpastian. Saya rasa selamat di dalamNya. Dia berundur selepas seminit dan senyum dan berfirman, “Tiada tempat lain yang saya inginkan untuk kamu melainkan di dalam Hati Saya. Bapa Saya dan Saya adalah satu. Hati Kami inginkan manusia mencari Kami. Oh, harapan Kami ialah manusia mencari Kami dan ingin mengenali Kami dan bersatu dengan Kami. Oleh kerana Saya dihantar ke bumi untuk menampakkan Bapa kepada manusia. Saya menunjukkan jalan tersebut. Tetapi setiap orang haruslah memilih takdirnya.”

“Ia adalah satu kegembiraan yang sangat besar untuk Kami membawa kamu ke dalam Hati Kami. Tidak banyak yang mahu mengenali Kasih Kami mahupun berjalan bersama Kami. Tidak banyak ingin berubah atau menjadi bebas. Mereka inginkan cara-cara dan masa hadapan mereka sendiri. Bapa sentiasa menjawab sesiapa yang ingin datang kepadaNya. Dia gembira untuk yang mengasihiNya dan mahu menjadi sepertiNya. Banyak mahu membayangkanNya dan menggunakan Pemberian-PemberianNya tetapi mereka tidak mahu menjadi suci. Merka tidak mahu memelukNya atau hidup di dalam CahayaNya. Banyak menggunakan Firman Saya, Bapa Saya, Pemberian-Pemberian Saya dan Nama Saya untuk kegunaan mereka sendiri tetapi hari itu akan berakhir. Malam sudah sampai dan tiada orang akan sekarang berdiri di bawah Kemuliaan Bapa dan berjalan di dalam cara-cara mereka sendiri. Semua akan dilihat dan semua akan menjadi bersih. Semua akan dikehendaki untuk memilih siapa yang mereka layan dengan sepenuhnya. Yang memilih untuk datang kepada Kami akan menjadi milik Kami. Mereka akan berada di bawah Darah Saya dan di dalam Rumah Saya.”

“Bapa Saya menghantar Saya untuk menyediakan satu tempat untuk kamu dan semua Umat Saya. Saya sudah berbuat demikian. Semua sudah bersedia. Semua akan masuk ke dalam, yang inginkan Kebenaran, dan yang mengasihi Firman Saya, lebih daripada mereka sendiri. Ia menggembirakan Kami yang kamu ingin mengenali Kami dan datang kepada Kami dan membawa pengetahuan tentang Kami kepada UmatNya. Firman Saya adalah Firman Hidup dan ia membawa kehidupan kepada semua yang menerimanya. Bapa Saya sedang memanggil yang akan datang dan mengambil bahagian dan kemudiannya menyalurkannya kepada yang mengikut selepas mereka. Sudah tiba masanya untuk Umat Allah untuk mengenali Allah mereka.”

“Tenanglah, anak perempuan, kerana Saya tahu semua perkara. Saya tahu pilihan kamu sebelum kamu buat tetapi Saya harus membawa kamu ke tempat ini seperti yang Saya lakukan untuk semua Milik Saya. Setiap orang haruslah memilih. Setiap orang adalah bertanggungjawab untuk pilihan itu. Setiap orang haruslah memeluk Saya di dalamnya dan membayangkan Saya melaluinya. Saya tentu mengasihi kamu tidak kira apa pilihan yang kamu buat. Saya akan menggunakan kamu di dalam mana-mana pilihan dan mana-mana pemberian yang kamu inginkan Saya curahkan melalui kamu. Saya akan dibayangkan melalui kamu di dalam peringkat yang kamu benarkan Saya. Saya dimuliakan melalui setiap Milik Saya seperti Bapa juga dimuliakan. Setiap pilihan adalah sesungguhnya penting seperti yang satu lagi. Setiap pilihan adalah sebahagian Kami dan membayangkan Kami. Setiap pilihan adalah sedia ada untuk semua yang mencari Kami dan mengingini untuk dijadikan ke dalam imej Kami.”

“Apa yang kamu minta, Saya sentiasa kabulkan. Saya inginkan semua manusia akan mahu mengenali Hati Saya dan menceritakannya kepada yang lain. Oleh kerana sedemikian Kerajaan Allah, Kasih tersebut. Kasih adalah pemberian yang paling ulung dan adalah asas di mana semua perkara (kehidupan; benda; keadaan) wujud dan mengalir melalui. Oleh kerana Allah adalah kasih. Saya ADALAH Kasih. Semua perkara (kehidupan; benda; keadaan) wujud melalui Saya dan keluar daripada Saya dan Kasih menyokong semua perkara (kehidupan; benda; keadaan). Kerana Kasih Saya yang sangat besar untuk kamu, Saya mencipta semua perkara (kehidupan; benda; keadaan), agar kamu boleh mengenali kasih yang sangat besar itu. Ia adalah hanya banyak perkara-perkara (kehidupan; benda; keadaan) yang Saya inginkan Umat Saya kenali. Saya mengasihi mereka. Saya mati untuk mereka agar mereka boleh mengenali kasih itu dan bersama dengan Saya di mana Saya berada. Sudah tiba masanya untuk Kasih dilepaskan di dalam Rumah Saya lagi. Sudah tiba masanya untuk Kasih diberi dan dikongsi di kalangan Gereja. Sudah tiba masanya untuk Kasih sebenar dilepaskan dan Hidup sebenar dikeluarkan. Sudah tiba masanya untuk perubahan. Umat Saya dikenali dengan kasih mereka. Mereka membayangkan Saya. Dunia sedang mencari Kebenaran dan Kasih. Sudah tiba masanya untuk bersinar dengan Kasih Saya dan menyampaikannya ke kegelapan dan membawa tawanan keluar ke dalam Cahaya Saya.”

“Masuklah ke dalam. Ambillah tempat kamu di dalam Hati Saya. Duduklah dan belajar mengenai Saya. Tulislah apa yang Saya tunjukkan dan apa yang Saya bicarakan kepada kamu. Banyak akan datang dan duduk di mana kamu akan duduk dan mereka juga akan menulis mengenai Saya. Oleh kerana Saya membawa Anugerah (Rahmat; Kasih Karunia) yang sangat besar kepada yang sedang mencari Saya. Anugerah (Rahmat; Kasih Karunia) yang besar akan diberikan kepada yang haus dan lapar dan telanjang. Saya akan memberi makan kepada mereka dan mengisi mereka dan memakaikan mereka dengan Saya Sendiri. Saya akan memperlihatkan Saya kepada yang akan menerima Saya. Tulislah mengenai Saya kerana banyak akan membaca dan memeluk Saya. Saya akan dimuliakan melalui Firman-Firman Saya. Saya akan menerima Milik Saya kepada Saya Sendiri dan Bapa.”

“Saya akan membawa pemahaman yang lebih banyak ke bumi tentang siapa Saya ADALAH. Semua manusia akan mengenali bahawanya ada satu Allah yang Hidup. Semua manusia akan mengenali yang Saya ADALAH. Semua manusia akan sampai pada satu pengetahuan tentang Saya dan akan memilih takdir mereka yang terakhir.”

“Bumi akan bergegar dengan pengetahuan mengenai Saya.”

“Angkasa raya akan bergegar dengan pengetahuan mengenai Saya.”

“Laut-laut akan bergelora dengan pengetahuan mengenai Saya.”

“Tiada akan ada alasan. Semua manusia akan nampak yang Saya mengawal semua perkara (kehidupan; benda; keadaan). Angkasa raya dan bumi adalah Milik Saya. Angkasa raya dan bumi membayangkan Saya dan apa yang Saya sedang buat di waktu ini.”

“Kesakitan (Seperti semasa melahirkan anak) yang sangat besar akan bertambah sambil manusia diiringi ke takdir-takdir mereka yang terakhir. Anugerah (Rahmat; Kasih Karunia) akan juga diberikan kepada Milik Saya yang melayan Saya dan yang akan membayangkan Saya di waktu ini. Oleh kerana Saya akan menuaikan Hasil Menuai Saya dan ia akan dinampak. Kegelapan yang sangat besar akan datang dan semua manusia yang menolak pengetahuan tentang Saya akan diberikan kepada kegelapan dan akan dipisahkan daripada Saya. Banyak sudah memberi amaran dan dengan setia melaung-laung. Sekarang ia sudah datang. Ribut tersebut sudah bermula.”

“Ambillah tempat kamu. Milik Saya sedang sekarang mengambil tempat-tempat mereka. Semua adalah di dalam kesediaan. Semua sekarang dibawa keluar.”

Tamat.

Oleh Susan Cummings

2hb Januari 2005 pada 9:18 pm.