Home All Languages
23 Minit Di
Dalam Neraka
Syurga & Neraka, 1:1000 HTML BibleGot QuestionsEthnic Harvest
Neraka itu Nyata
Bersiap Sedia untuk
Kedatangan Tuhan!
MP3 Bible
ZIP.   700mb
Penglihatan Unity
Visi_Visi_Pengangkatan,
Kesengsaraan, KotaKudus,
 Takhta-Takhta Allah dan syaitan
Sentiasa Ada Harapan Kegelapan di Waktu Tengah Hari
Saya Nampak Mereka Di Neraka Frank Jenner Dari Jalan George
Visi Salib Kalvari Mukjizat Kesembuhan,
Undangan Ilahi Ke Syurga
 Wahyu Syurga     Wahyu Neraka Wahyu Tentang Neraka
Bagaimana iblis Menghalang Doa-doa Kita.
PERTARUNGAN DI ALAM SYURGAWI
Tanda Binatang 666 Masa Semakin Cepat Berakhir Melalui Pintu Penyerahan
Syurga Itu Nyata Translators Needed ! Arang Batu Berapi Dan Batu Hidup Tangga Dan Sungai
Wahyu-wahyu Di Syurga Kenapa Ambil Peduli? Visi Pintu-Pintu Takdir
Pedang Dan Ular Kebangkitan Theo Nez All Malaysian PDFs
 Baptisan oleh Api Berkobar 
#2
Kristian yang pergi ke neraka Kendi Besar Di Tanah Gersang
Kembalinya Yesus dan Hari
Penghakiman Penglihatan Sarang
Jesus FLV
8 Jam Di Syurga Perlumbaan Yang Ulung Akhir Zaman

PERLUMBAAN YANG ULUNG
oleh Susan Cummings
PDF  
DOC    [English/Main]

6hb Mei 2004

Kumpulan orang ramai penuh dengan bunyi percakapan dan keadaan terangsang ada di udara. Banyak orang berbaris di sepanjang lebuh raya, berkerumun, sambil mereka menunggu perlumbaan tersebut berakhir. Banyak sudah menunggu sangat lama dan mereka sudah bersedia untuk sampainya kesudahan. Yang lain sudah datang sedikit demi sedikit dan sekarang orang ramai sudah bertambah menjadi sangat banyak.

Perlumbaan tersebut sudah berjalan untuk sebentar dan ada banyak penyertaan. Seperti banyak perlumbaan, banyak sudah terkeluar kerana pelbagai sebab-sebab kemalangan dan banyak sudah berhenti kerana kekurangan daya ketahanan. Yang sedang berlari di pusingan ini adalah sedang keluar menghantar obor ke kumpulan yang seterusnya yang akan kemudiannya mengambil bahagian mereka di dalam perlumbaan tersebut.

Saya boleh mendengar kumpulan orang ramai semakin menjadi sangat terangsang apabila mereka melihat pembawa obor pertama muncul berlari di bahagian trek. Pelari ini memakai pakaian merah yang sangat terang dan memegang obornya dengan tinggi di dalam tangannya. Dia sangat penat tetapi sangat terangsang (gembira; seronok) juga untuk berlari di dalam perlumbaan tersebut dan menamatkannya. Dia berlari ke kawasannya dan memang betul pun, seorang pelari berdiri menunggu untuk obor tersebut datang kepadanya. Sorakan yang sangat kuat bangkit untuk pelari ini dan rakan barunya yang sekarang mengambil obor tersebut dan memulakan pelariannya.

Kemudian, keadaan senyap untuk seminit atau dua dan seorang pelari muncul. Pelari ini memakai satu pakaian biru yang sangat terang dan juga berlari dengan obornya yang dipegang tinggi. Dia juga sangat terangsang (gembira; seronok) kerana dia tahu yang dia juga sampai ke penghujung. Dia disambut dengan sorakan-sorakan yang sangat kuat daripada kumpulan orang ramai. Dia menghulurkan obornya kepada orang yang sedang menunggu di kedudukan untuknya menghantar obor kepada mereka. Dia kemudiannya memulakan pelariannya.

Selepas seketika, dua lagi pelari muncul. Kedua-dua mereka juga berpakaian warna yang terang. Satu berwarna hijau dan satu berwarna oren. Kedua-dua mereka berlari bersama-sama seolah-olah menolong sesama sendiri untuk berlari. Tiada di antara mereka bertanding tetapi berlari dan boleh nampak sesama sendiri. Mereka juga menghulurkan obor-obor mereka ke rakan-rakan mereka yang menunggu. Kumpulan orang ramai bertepuk tangan untuk mereka tetapi tidak bersorak.

Banyak lagi terus sampai dan kumpulan orang ramai nampaknya bertambah kurang terangsang (gembira; seronok). Mereka nampaknya mula bosan setelah perasaan terangsang yang awal untuk kumpulan pelari-pelari yang pertama berlalu di dalam pandangan-pandangan mereka. Pelari-pelari juga tidak lagi terangsang dan tidak gembira untuk menamatkan kerana mereka tidak mendapat tempat tinggi di dalam perlumbaan tersebut.

Sambil saya memerhatikan, sebilangan daripada kumpulan orang ramai mula pergi kerana mereka sudah dapat keseronokan mereka daripada beberapa pelari yang pertama. Ada antara mereka mula mengadu mengenai masa yang panjang yang diambil oleh yang lain untuk melarikan perlumbaan tersebut. Saya memerhatikan yang ada antara mereka tidak mahu masuk ke dalam kedudukan mereka untuk mengambil obor yang dihulurkan kerana keputusan tidak memberi faedah kepada mereka dan mereka tidak akan mendapat perhatian ataupun mendapat anugerah untuk berlari.

Suasana mula malap dan begitu juga dengan kesabaran orang. Kebanyakan tidak bersorak lagi dan hanya beberapa orang yang bertepuk tangan dan beberapa orang yang berterima kasih. Banyak sudah pergi ke tempat-tempat lain.

Kemudian, hampir penghujung perlumbaan tersebut, saya nampak Yesus menghampiri. Dia ada di dalam perlumbaan tersebut dan sedang berjalan di atas trek sambil menghulurkan tangan-tangannya yang membakar dengan api. Dia adalah seorang obor hidup. Dia tidak memakai pakaian yang terang tetapi di dalam pakaian yang sederhana yang bergantung hanya di bawah lutut-lututnya. Semua orang hanya memerhatikannya dan tiada orang yang ada di kedudukan untuk mengambil api daripada tangan-tangannya. Tiada yang bersorak, tiada yang bertepuk tangan, tiada yang terangsang (gembira; seronok). Tiada yang bergerak.

Yesus berjalan berhampiran dengan orang, menghulurkan tangan-tangannya yang membakar. Tiada yang keluar.

Kemudian, selepas seolah-olah untuk satu ketika yang panjang, sambil saya tertanya-tanya kenapa tiada yang keluar, seorang budak lelaki kecil, kira-kira 5 atau 6 tahun umur, keluar daripada kumpulan orang ramai. Dia menghulurkan tangannya yang kecil kepada Yesus dan bertanya jika dia boleh mendapatkan api tersebut. Yesus senyum dan menghulurkan dan memberikannya kepada budak lelaki tersebut. Api tersebut melompat ke dalam tangan-tangan budak tersebut dan dia berlari di trek dengan api membakar di tangan-tangannya seperti Yesus.

Yesus kemudiannya melihat kepada orang ramai.

Tuhan kemudiannya berkata, “Mereka mahukan kemasyhuran, kekayaan dan tepukan daripada manusia. Mereka akan menjadi yang pertama untuk berlari dan mengambil baju (“mantle”), curahan (“anointing”) dan kedudukan yang dimiliki oleh satu orang lain. Mereka akan bersorak, bertepuk tangan dan memijak-mijak sesama sendiri untuk masuk ke dalam barisan dan berlari dengan visi orang lain, tetapi mereka tidak akan membuat pengorbanan untuk mendapatkan milik mereka sendiri daripada Saya.”

“Mereka akan berlari apabila ia adalah bagus dan apabila ada anugerah dan ada kumpulan orang ramai melihat mereka dan apabila mereka mengetahui ada yang akan bergantung kepada mereka atau yang akan menolong mereka. Orang suka meninggikan orang lain dan mempromosikann mereka sendiri dan mengiklankan pencapaian-pencapaian mereka.”

“Di manakah pelari-pelari Saya?”

“Di manakah yang berlari demi panggilan tersebut dan untuk demi berita baik?”

“Di manakah yang tidak mencari baju-baju (“mantle”), curahan-curahan (“anointings”), dan kedudukan-kedudukan orang lain tetapi yang mencari bahagian mereka sendiri?”

“Di manakah yang berlari dengan daya ketahanan dan kegembiraan, perlumbaan yang saya letakkan di depan mereka?”

“Di manakah mereka?”

“Saya berkata kepada kamu, yang mereka akan melangkah keluar daripada bayang-bayang orang-orang palsu dan tidak akan ambil peduli obor-obor orang-orang lain tetapi akan mahu Api yang datang daripada Saya dan Saya akan menyalakan mereka. Mereka tidak akan membawa api yang diberikan oleh seorang manusia tetapi mereka akan MENJADI Obor Hidup untuk semua melihat. Manusia tidak dapat mengedarkan api ini ataupun memalsukannya. Oleh sebab ia adalah hanya diberikan oleh Bapa Saya. Ia adalah Suci. Ia adalah Berharga. Ia adalah Kebenaran Saya.”

“Manusia tidak akan bersorak sambil ini semua berlari keluar kerana mereka tahu mereka tidak mahu membuat pengorbanan menjadi Obor-Obor Saya. Mereka memandang rendah terhadap Orang Saya Yang Membakar tetapi Saya berkata kepada kamu, dunia tidak layak mempunyai Milik Saya yang sekarang berlari. Mereka akan menerima ganjaran mereka daripada Bapa Saya di Syurga dan bukan daripada manusia.”

“Mereka akan berlari dengan Api yang Sebenar, Api Kesucian Saya. Mereka akan berlari ke dalam kegelapan dan mengumumkan Firman Saya.”

“Api yang Palsu sudah berakhir dan sekarang Orang-Orang Saya Yang Tersembunyi akan keluar.”

Tamat.

Oleh Susan Cummings, 6hb Mei 2004 pada 5:17 pm

List of Videos