Home All Languages
23 Minit Di
Dalam Neraka
Syurga & Neraka, 1:1000 HTML BibleGot QuestionsEthnic Harvest
Neraka itu Nyata
Bersiap Sedia untuk
Kedatangan Tuhan!
MP3 Bible
ZIP.   700mb
Penglihatan Unity
Visi_Visi_Pengangkatan,
Kesengsaraan, KotaKudus,
 Takhta-Takhta Allah dan syaitan
Sentiasa Ada Harapan Kegelapan di Waktu Tengah Hari
Saya Nampak Mereka Di Neraka Frank Jenner Dari Jalan George
Visi Salib Kalvari Mukjizat Kesembuhan,
Undangan Ilahi Ke Syurga
 Wahyu Syurga     Wahyu Neraka Wahyu Tentang Neraka
Bagaimana iblis Menghalang Doa-doa Kita.
PERTARUNGAN DI ALAM SYURGAWI
Tanda Binatang 666 Masa Semakin Cepat Berakhir Melalui Pintu Penyerahan
Syurga Itu Nyata Translators Needed ! Arang Batu Berapi Dan Batu Hidup Tangga Dan Sungai
Wahyu-wahyu Di Syurga Kenapa Ambil Peduli? Visi Pintu-Pintu Takdir
Pedang Dan Ular Kebangkitan Theo Nez All Malaysian PDFs
 Baptisan oleh Api Berkobar 
#2
Kristian yang pergi ke neraka Kendi Besar Di Tanah Gersang
Kembalinya Yesus dan Hari
Penghakiman Penglihatan Sarang
Jesus FLV
8 Jam Di Syurga Perlumbaan Yang Ulung Akhir Zaman

Ricardo Cid8 JAM DI SYURGA
Oleh: RICARDO CID
(Translation from English by Ryan Lawson Guruak)
  PDF  DOC  English/Main

English    Spanish
French     Chinese
Arabic 
  Telugu
German    Swedish
Bahasa Malaysia
Indonesian   Amharic
Hindi    Portuguese
Japanese   Tagalog
Samoan      Romanian
Bulgarian    Slovak
Burmese     Albanian
Swahili      Malagasy

Allah berkata Aku menghantar mesej ke atas umatku di Bumi kerana Aku bertahkta di Kerajaan Ku di Syurga

Wahyu 4:1: Kemudian dari pada itu aku melihat: Sesungguhnya, sebuah pintu terbuka di sorga dan suara yang dahulu yang telah kudengar, berkata kepadaku seperti bunyi sangkakala, katanya: Naiklah ke mari dan Aku akan menunjukkan kepadamu apa yang harus terjadi sesudah ini.

Wahyu 5:11: Maka aku melihat dan mendengar suara banyak malaikat sekeliling takhta, makhluk-makhluk dan tua-tua itu; jumlah mereka berlaksa-laksa dan beribu-ribu laksa

Kepada Gereja-Gereja, dengarlah apa yang terjadi ke atas saya. Dalam mimpi saya, Allah berbicara kepada saya di mana dalam mimpi itu saya berjalan keluar dari rumah. Sedang saya berjalan berhampiran dengan rumah jiran, tiba-tiba ada suatu kuasa telah mengangkat lengan saya naik ke langit dan saya kemudian berlari–lari di atas awan sambil memuji Tuhan. Satu cahaya yang begitu terang memancar ke arah saya dengan suara keluar daripada cahaya itu Ricardo,Ricardo berhenti daripada kerja mu sebab ada suatu yang hendak Aku laksanakan ke atas hidupmu dan juga Gereja di Bumi selepas saya mendengar suara itu saya mengigil tidak terkawal dan saya terbangun. Saya berdiri dan menangis kepada Tuhan, saya bertanya “Apakah erti ini, Tuhan?”

Suara ini datang kepada saya amat kuat dan berlaku sehingga beberapa hari. Kemudian, saya tidur semula dan mimpi yang sama terjadi. Tuhan memberi mesej yang sama kepada saya beberapa kali dan saya akan bangun berteriak sebab suara Tuhan semakin kuat setiap kali berulang. Saya bangun mengigil dan berteriak, lalu ibubapa bertanya kepada saya “Apa yang terjadi?” saya jelaskan kepada mereka tentang mimpi saya dan ibu saya mendoakan saya dan berkata, “Jika Tuhan berkata kepada kau pasti Dia akan memberi kau kefahaman tentangnya”. Kami terus berdoa sepanjang malam sehingga subuh. Ibu saya berkata supaya saya bersiap sedia untuk pergi kerja. Kami memohon Tuhan berbicara kepada saya, betulkah suara ini suara dari Tuhan. Selepas mandi saya bersiap berangkat ke tempat kerja saya di sebuah “Makmal di Chile”.

Saya amat suka dengan pekerjaan ini. Semasa menaiki bas ada seseorang berkata kepada saya “Apa yang kau buat di sini, kau sepatutnya tidak berada lagi di sini”. Beberapa kejadian seperti ini berulang kepada saya. Yang peliknya mereka ini belum dilahirkan kembali. Inilah tanda yang Tuhan berikan kepada saya. Selepas peristiwa dan tanda-tanda ini saya mengambil keputusan berjumpa dengan ketua jabatan saya. Saya berkata kepadanya “Saya mesti berhenti kerja di syarikat ini sebab Tuhan mengarahkan saya berbuat demikian”. Apabila Tuhan memberi kita arahan kita MESTI patuhi. Ketua Jabatan saya merasa bimbang dan bertanya “Apa yang kau mahu buat, di mana lagi kau boleh jumpa kerja sebegini bagus?” saya memberitahu kepadanya bahawa saya mesti patuhi perintah Tuhan. Seramai dua ribu orang pekerja yang ada disitu telah memberi penghormatan di atas pemergian saya. Saya kemaskan barang-barang saya dan balik ke rumah. Sesampai di rumah saya menangis dan kelihatan ibu saya sedang menunggu di depan perkarangan. Saya memberitahu bahawa saya sudah berhenti kerja sebab Tuhan meyakinkan mimpi saya melalui beberapa orang yang saya jumpa. Ibu saya menjawab “Jika Tuhan berkata kepada kamu maka Dia berbuat sesuatu ke atas kehidupan kamu

Santiago, ChileKami masuk ke rumah dan berbual sehingga subuh. Saya kemudian memberitahu Ibu saya bahawa saya perlu tidur kerana malam nantinya Tuhan akan berbicara lagi kepada saya. Saya meyangkakan Tuhan akan berkata lagi, tetapi ianya tidak berlaku. Sebaliknya Tuhan berbicara dengan cara yang berbeza. Apabila saya masuk ke dalam bilik tidur, tiba-tiba bilik mula bergegar. Saya berteriak “gempa bumi melanda Santiago, Chile”. Saya cuba tinggalkan bilik tidur saya tetapi sesuatu yang tidak kelihatan menahan saya keluar melepasi pintu bilik saya. Pada ketika itu saya dapat melihat menembusi dinding bilik ibu dan keluarga saya di bilik yang bersebelahan. Saya menangis meminta tolong tetapi tiada yang dapat mendengar saya. Sekarang saya tahu bahawa kuasa yang tidak kelihatan menahan saya itu adalah Malaikat Tuhan. Saya melangkah ke katil dan menangis merayu kepada Tuhan supaya memberitahu kepada saya apa yang sedang berlaku. Tiba-tiba suara Roh Kudus begitu indah suaranya berkata Ricardo, sekarang kau telah berhenti kerja, saya mahu kamu pergi ke Gereja dan berdoa 7 jam setiap hari untuk diri mu dan Gereja di Bumi ini Bilik itu kemudian berhenti bergoncang. Saya bangun dan keluar berlari mendapatkan Ibu saya. Saya menjerit kepadanya “saya mendengar suara Roh Kudus!” dan saya pergi ke halaman rumah dan berseru-seru kepada jiran sekitar. Ada orang yang tidak percaya yang Tuhan masih berkata kepada manusia hari ini, tetapi saya yakinkan kamu dengan apa yang saya alami ini, Tuhan berkata kepada manusia! Jika Tuhan telah bercakap kepada Abraham, Dia juga masih berbicara kepada kita, dan GerejaNya hari ini.)

Saya pergi ke Gereja dan memberitahu Bishop hasrat saya dan dia bersetuju supaya Gereja dibuka pada jam 8 pagi setiap hari untuk saya berdoa dan melaksanakan perintah Tuhan. Setiap pagi selepas itu saya pergi ke Gereja dan berdoa. Pada masa ke-3 jamnya saya rasa tidak ada lagi yang saya cakapkan dan saya bertanya kepada Tuhan “Apa lagi yang harus saya doakan, saya masih ada 4 jam lagi!?”. Kemudian saya mendengar gegaran dari dasar tanah bermula dari pintu belakang Gereja. Saya merasakan Gereja itu berayun ke kiri ke kanan. Kemudian saya terdengar suara Tuhan tetapi tidak seperti suara dalam mimpi saya yang terdahulu. Suara yang dulu merupakan perintah tetapi kali ini suaraNya macam kesedihan. Katanya Ricardo, Ricardo berdoalah kepada GerejaKu, GerejaKu tidak lagi seperti dulu lagi. GerejaKu di Bumi telah berubah. Telah hilang Imannya. GerejaKu tidak percaya kepadaKu mahupun kewujudanKu! Beritahu Gereja bahawa Aku tetap ada. Khabarkan ini kepada Jemaat Gereja kerana mereka tidak lagi berdoa dan berpuasa”. Goncangan itu kemudian berhenti. Saya mula mengantarai arahan Tuhan dan berjalan naik ke atas dan ke bawah Gereja untuk masa 4 jam yang tinggal, bagi merayu supaya umat Tuhan akan pulih.

Pada pagi hari khamis, kedua minggu doa syafaat. Ibu saya membangunkan saya pergi berdoa di Gereja, tetapi saya mengadu badan dan tulang sakit. Dia kemudian menyarankan saya berdoa saja di rumah. Namun saya menberitahunya bahawa Tuhan mahu saya harus berdoa di Gereja. Lalu dia membantu saya berkemas dan membawa saya ke Gereja. Kelihatan ramai orang yang sedang bersekutu berdoa dan saya meminta supaya mereka mendoakan kesakitan saya. Mereka menyapukan minyak dan berdoa. Tiba-tiba saya menerima kekuatan luarbiasa daripada Tuhan!!, haleluyah, saya mula berdoa dan melangkah ke depan dan ke belakang, meminta belas kasihan Tuhan kepada bangsa Chile , keluarga dan penagih-penagih dadah dan Gereja-Gereja.

Pada malamnya saya kembali ke Gereja untuk acara kebaktian. Selepas Bishop membuat perestuan, saya mengangkat tangan dan saya merasakan ada seseorang melintas dan menyentuh belakang saya. Saya terus terasa lemah dan rebah ke lantai. Bishop bertanya apa yang telah berlaku, saya memberitahu tidak tahu, saya rasa tidak bertenaga dan sukar sekali untuk bersuara. Kemudian seluruh anggota jemaat mengerumuni saya dan mendoakan saya dengan sekuat suara. Kemudian ada di antara mereka dapat melihat kalibat Malaikat yang datang dan berkata kepada saya supaya meninggalkan tubuh saya. Bishop kemudiannnya memutuskan dan berkata “Kamu tidak akan tinggalkan tubuh mu”. Semasa dia berkata demikian malaikat itu berhenti memujuk roh meninggalkan tubuh saya. Lihatlah, sesiapa yang diberi kuasa oleh Yesus akan dihormati oleh Malaikat Tuhan.

Bishop kemudiannya bertanya kepada saya, “Berapa lama malaikat itu hendak membawa kamu keluar dari tubuhmu?” Saya kemudian Tanya malaikat “Adakah kamu membawa saya 1 jam atau 2 jam?” malaikat menjawab, “Tidak, kamu akan pergi selama 8 jam untuk berjumpa dengan Yesus di Syurga ketiga, Dia hendak bercakap dengan kamu” kemudian malaikat itu beritahu lagi “Bukan saya yang akan mengiringi kamu ke Syurga sebab saya adalah Malaikat Pengawal yang mengawasi setiap hari semasa kamu hidup di Bumi. Dua Malaikat yang lain akan datang membawa kamu ke Syurga ketiga pada tengah malam nanti” Saya beritahu Bishop tentang hal ini lalu dia memutuskan supaya saya dibawa ke Rumah Pastor.

Semasa saya dilantarkan di bilik atas rumah itu saya dapat mendengar anjing menyalak dan teriakan orang (Menurut mereka ada disitu, dua orang yang memakai jubah putih bercahaya muncul di tengah-trngah jalan raya dan berjalan menuju ke bangunan dan naik ke tingkat dua dimana saya dilantarkan) Malaikat ini sungguh cantik mempunyai rambut putih yang cantik lebih putih daripada salji, matanya seperti permata, kulitnya lembut seperti kulit bayi dan badannya berotot gagah seperti seorang bina badan. Malaikat itu sungguh berkuasa!!. Saya kemudian memberitahu Bishop bahawa dua malaikat yang dihantar itu sudah tiba. Seorang daripada malaikat itu mula mengarahkan roh saya supaya meninggalkan tubuh saya. Semasa ini terjadi, saya terasa tulang saya mulai terasa sakit semula. Lalu rakan-rakan saya dalam Tuhan mula mengurut badan saya. Kata mereka badan saya mula sejuk seperti ais. Mereka mengambil alat pemanas haba bagi menaikan kembali suhu badan saya. Semasa malaikat itu memanggil meninggalkan tubuh saya, saya mula merasa rimas dan mula berguling ke sisi kiri dan kanan. Akhirnya saya merasa kematian mengambil badan saya dan saya bersahut kepada mereka “Jangan kubur badan saya, saya akan kembali”.

Saya meninggalkan tubuh saya dan melompat dari katil. Saya melihat rakan saya meyentuh tubuh saya dan mereka berkata “Dia sudah pergi, dia tinggalkan tubuhnya” tetapi saya berada disisi mereka ketika itu. Saya cuba berkata kepada mereka “Saya di sini!” tetapi mereka tidak mendengar, mereka tidak dapat melihat saya sebab saya dalam keadaan roh. Mereka mula menutupi tubuh saya dengan selimut.

Satu daripada malaikat berkata kepada saya, “Tiba masanya kita pergi, sebab Tuhan sedang menunggu mu” Malaikat itu memegang lengan saya dan mengangkat saya ke Syurga melintasi atmospera dalam kelajuan yang amat pantas seperti cahaya. saya memberitahu ini walaupun mungkin ada yang tidak percaya bahawa Tuhan Yesus Kristus benar-benar ada dan hidup kekal!!.

Selepas semua kejadian ini Tuhan memberitahu saya pulang kembali ke tubuh saya, saya berkata kepada Tuhan “Siapa yang akan percaya dengan saya, biarlah saya tinggal dengan Tuhan, tidak ada sesiapa yang akan percaya dengan Wahyu ini, tidak ada yang mahu percaya ini sebab mereka tidak mempunyai iman! Mereka yang tidak beriman sungguh ramai di bumi. Bagaimana mereka akan percayakan pengalaman ini.?” Tuhan menjawab Hanya yang percaya adalah dari Gereja-Gereja yang benar di hadapan ku.

Semasa saya tinggalkan tubuhku malam itu, saya telah terbang dalam kelajuan yang luarbiasa menuju ke tempat Bapa di Syurga. Saya dapat melihat keadaan di bawah dan planet Bumi. Kemudian saya melepasi bulan yang kelihatan menarik cahayanya menyinari kegelapan ruang angkasa meliputi Bumi. Kemudian saya melihat matahari yang sangat besar itu dengan mata saya sendiri, kelihatan percikan api yang keluar dari matahari memberikan kepanasan ke atas Bumi. Kami meneruskan perjalanan dan saya dapat melihat begitu banyak bintang-bintang. Tuhan memberi saya peluang melihat kesemua ini dengan tujuan untuk diberitahu kepada semua orang bahawa Tuhan adalah pencipta segala yang ada di alam cakerawala ini. Dia bukan calang-calang dalam segala hal!.

Kami teruskan perjalanan dengan kelajuan yang amat cepat sehingga tiba pada satu tempat dimana tidak ada lagi bintang-bintang, tidak ada lagi ciptaan cuma keadaan yang malam kegelapan. Saya dapat melihat cahaya bintang-bintang di bawah kami. Saya mula merasa bimbang dan bertanya kepada malaikat “Kemana kamu bawa saya”, bawalah saya kembali ke Bumi!” malaikat-malaikat itu terus mengeratkan pegangan mereka dengan membelitkan kaki mereka ke atas saya. Saya membongkok kerana ketakutan. Malaikat-malaikat itu berkata “Tolong senyap, Kami membawa kamu ke syurga ketiga dimana Yesus menunggu untuk berbicara dengan kamu”. Malaikat itu tiba-tiba berhenti dan ketika itu saya memerhati sekeliling tetapi tidak ada benda yang saya lihat, saya tidak tahu di mana saya ketika itu, saya hanya menyangka mungkin di Syurga kedua.

Saya mendakap dalam keadaan membongkokan diri saya. Sementara malaikat terus memegang saya tiba-tiba saya terdengar bunyi rempuhan di atas saya. Malaikat memeluk erat dan berkata “Ricardo, jangan takut, Yesus ada bersama kita, angkat kepala mu dan lihatlah di atas” saya terkejut apabila saya ternampak satu mahkluk yang bergerak-gerak di atas kami. Satu daripada malaikat berkata “Lihat, kami akan memperlihatkan kau apa yang kau lihat di atas” dan satu dari malaikat itu menghayunkan tangannya dari sisi ke sisi maka kelihatanlah segala yang ada di langit sebelah atas kami. Pada ketika langit diterangi, maka kelihatanlah disitu mahkluk jahat dan syaitan yang memenuhi langit. ALLAH TELAH MENGUSIR SYAITAN INI DALAM NAMA YESUS!! Alkitab itu benar!! Setiap yang berlaku di Bumi ini adalah apa yang kita lihat dalam Wahyu. Yesus akan datang segera. Bagaimana saya meyakinkan kamu semua ini, masanya SEKEJAP SAJA LAGI!!!. Saya bertanya kepada malaikat “Apakah semua ini?” salah satu malaikat menjawab “Inilah alam kediaman segala Syaitan dan Roh Jahat” Saya kemudian menyahut “Sebab inilah pula begitu banyak syaitan dan roh jahat dari sini datang ke bumi dan menimbulkan kemusnahan dan kesesatan bangsa-bangsa manusia.” Bumi dipenuhi roh jahat begitu banyak sehingga berjuta-juta bilangannya yang tidak terkira.

Power RangersThundercatsMalaikat menyuruh saya mengamati bersungguh-sungguh dan mereka memperlihatkan suasana rupa bentuk mahkluk itu dan banyak daripadanya sudah dipertunjukkan seperti dalam Televisyen dan panggung wayang. Mahkluknya seperti RAKSASA, saya melihat Thundercats dan Power Ranger dan karikatur daripada animasi filem seram. Semua ciptan tayangan dan animasi ini telah diserap oleh syaitan untuk ditayangkan di panggung dan televisyen!! Semua lukisan ini adalah datang dari kerajaan roh jahat di sini. Kenapa ramai anak-anak remaja memberontak sekarang?? Ini kerana roh jahat ini telah merasuki dan mempengaruhi mereka semasa menonton rancangan ini. Oleh itu kita perlu belajar mendidik bagaimana menilai rancangan dalam TV. Malaikat memberitahu kepada saya bahawa semua adalah benar dan nyata. Semua roh jahat yang wujud dan manusia memberi ruang kepada syaitan ini untuk membawa roh-roh jahat ke Bumi. Kemudian Roh jahat ini mula mencemuh saya, gereja-gereja, Allah Bapa dan Tuhan Yesus dan juga Bumi kerana mereka semua ini tidak tunduk kepada Tuhan dan segala ciptaanNya”.

Kemudian saya melihat personaliti Goblin bernama Hugo yang terkenal dalam kartun karikator di Chile. Dia kelihatan mengerunkan. Dia menghampiri saya dan berkata “kami akan pergi ke Bumi dan membunuh semua kanak-kanak”. Kekadang kita tertanya mengapa ada kanak-kanak membunuh sebaya mereka, ini kerana roh jahat ini telah menanam sifat kebencian di Bumi ini, semoga Tuhan membebaskan dan membersihkan Chile!! Satu daripada malaikat berkata kepada saya “Teruskan melihat” dan roh jahat itu berkata “kami telah cuba memusnahkan Gereja tetapi gagal sebab apabila kami membunuh satu orang, kemudian beribu lagi yang bangkit menganti yang telah mati”.

Sejak bermulanya gereja, syaitan telah cuba memusnahkan gereja yang memberitakan Injil dan mengerjakan firman Tuhan tetapi roh jahat ini gagal kerana Tuhan Yesus melindunggi kita! Kemuliaan untuk Tuhan, kemudian Roh Jahat itu berkata “Mari berbuat sesuatu yang berbeza, mari masuk ke dalam gereja sebab banyak gereja adalah milik kita. Kita gunakan gereja ini dan sebarkan gossip supaya perpecahan di antara ahli gereja. Kita jatuh Gereja-Gereja dengan gossip supaya Roh Kudus meninggalkan Gereja kerana putus asa” Syaitan ini telah pergi ke mana-mana mencari dan memusnahkan mereka yang mencintai Tuhan. Sama seperti dalam ayat

1 Petrus 5:8 Sedarlah dan berjaga-jagalah! Lawanmu, si Iblis, berjalan keliling sama

seperti singa yang mengaum-aum dan mencari orang yang dapat ditelannya.

Saya tak sanggup melihat lagi tetapi malaikat itu memberitahu supaya teruskan melihat apa yang berlaku. Sementara saya melihat roh-roh jahat ini berterbangan di mana-mana, tiba-tiba satu cahaya bintang memancar datang. Semasa bintang ini mendekati terdengar suara pujian dan penyembahan kepada Bapa yang Agung!! Kedengaran seruan “kudus,kudus,kudus yang satu-satuNya hidup dari zaman ke zaman! Adalah Tuhan yang awal dan akhir, alpha dan omega, biarkan yang bernafas memuji Dia” dan saya melihat satu pertempuran yang dahsyat berlaku di mana roh-roh jahat itu dikalahkan sehingga tidak kelihatan lagi “Jangan takut sebab lebih banyak malaikat bersama kita daripada kumpulan musuh”

Malaikat-malaikat kemudian meneruskan perjalanan ke syurga ketiga. Mereka berpecah kepada 2 kumpulan, satu ke kiri dan satu ke kanan. Kelihatan satu jalan yang terbuka menuju ke syurga ketiga. Kelihatan lurus dihujung jalan itu satu Kota Allah. (Kota ini ada pernah di kesan oleh Satelit dan disiarkan di TV dan Radio) Saya melihat satu barisan malaikat sangat menarik dan cantik sekali. Mereka telah menyingkir kesemua roh-roh jahat dari situ dan mereka tidak berhenti-henti memuji Tuhan dan memuliakan namaNya!. Malaikat-malaikat kemudian meletakan saya di di hadapan mereka dan berkata “Kamu harus tunggu di sini”

Kemudian dari jauh sana kelihatan satu pesonaliti memakai jubah putih yang menunggang kuda putih, keluar dari kota Surgawi. Sedang Ia menghampiri, malaikat-malaikat ini terus memuji nama Tuhan dan menyembahNya. Dia akhirnnya sampai dekat dengan saya lebih kurang 4 meter jaraknya. Dia kelihatan lebih cantik dan hebat dari malaikat-malaikat yang lain. Lalu dia berkata “Aku Michael, penghulu Malaikat yang menjaga kamu dan Gereja di Bumi” Dia kemudian menuding ke satu jalan dimana laluan masuk ke kota surgawi dan berkata “Masuk, Tuhan Yesus sedang menanti kamu” Saya kemudian berjalan satu laluan menuju masuk ke kota itu. Ketika saya berjalan masuk, malaikat-malaikat itu terus memuji nama Tuhan. Saya kemudian menangis apabila saya melangkah masuk dan melihat suasana kota surgawi itu. Kota itu dipenuhi dengan emas bercahaya dan pintu gerbang itu dibuat dari batu permata. Lantainya kelihatan seperti batu kristal. Saya belum pernah melihat seperti ini di Bumi. Dindingnya kelihatan diperbuat seperti batu delima dan batu nilam dan batu permata yang sungguh cantik. Di sekeliling kota itu dikerumuni berjuta-juta suara memuji Tuhan kudus, kudus kuduslah Anak Domba Allah dan Bapa, kepadaNya empunya kemuliaan dan anugerah selamanya, Amen!!” Kedengaran satu suara kuat “Kuduskankanlah dirimu, sebab Aku kudus! Hanya mereka yang kudus akan masuk ke tempat ini, mereka yang tidak kudus tidak akan melihat Allah Bapa”

Kemudian saya terdengar suara Masuk dan saya pun melangkah masuk ke dalam kota itu. Saya melihat satu tahkta yang menakjubkan, kelihatan nyalaan api memancar-mancar dari tahkta itu. Saya mengamati dan dan saya terlihat Yesus, Raja atas segala Raja, saya rebah tersungkur tak bermaya di depanNya. Dia menjulurkan tanganNya dan sinaran api mengenai saya dan Yesus berkata Berdirilah dengan kakimu”. Lalu saya mendapat kekuatan dan berdiri, terus saya menyentuh kaki dan badanNya. Apabila saya melihat wajahNya, ia serupa dengan lukisan-lukisan potret lukisan Yesus yang ada di Bumi. Dia amat kuat dan penuh kekuasaan. Dia berkata Aku bukan Allah yang dibuat daripada kayu atau kapur, Akulah Allah yang hidup yang benar” “beritahu Gereja di Bumi bahawa Aku benar hidup dan wujud. Beritahu umatku bahawa Syurga itu betul ada dan Aku sedang menungguYesus berkata kepada saya Mari dan Aku tunjukkan sesuatu” Kami melihat ke bawah dan kami dapat melihat bumi dan semua yang berlaku di atas Bumi. Yesus berkata “Aku dapat memerhatikan setiap apa yang GerejaKu lakukan” Dia dapat melihat apa yang kita lakukan dan saya juga dapat melihat kamu dari Syurga. Yesus berkata lagi Lihat Gerejaku dan kemudian saya dapat melihat umatnya berbalah satu sama lain, gereja menentang gereja lain. Yesus kemudian berkata kepada saya “GerejaKu telah hilang iman, mereka tidak mahu percaya lagi kepadaku, kesesatan telah bertambah-tambah dan manusia tidak lagi mempercayai bahawa Aku benar-benar ada. Beritahu umat Ku bahawa Aku akan melakukan sesuatu ke atas bumi, Gereja Ku semakin hari semakin mundur dan tidak pula bertumbuh Tuhan Yesus mula menangis dan dia berkata lagi Gereja ini bukan Gereja Ku” saya menjawab “Tuhan Yesus janganlah berkata begitu, benar kami adalah gereja mu” Yesus menjawab Tidak, Gereja milikKu berjalan dengan kuasa Mukjizat, tanda-tanda dan keajaiban! Gereja Ku telah lemah, walau bagaimanapun, beritahu mereka, Aku akan kembali untuk menaikan mereka semula”

Yesus memberitahu saya terus berjalan dengan Dia dan kami melalui satu pintu. Tempat itu mempunyai lantai yang dipenuhi emas tulen. Saya mula berlari-lari naik ke atas dan ke bawah. Saya terus mengaut serbuk emas di jalanan dan menaburkan ke badan saya. Yesus memanggil saya dan menyuruh saya memberitahu semua orang bahawa adanya jalanan bersalut emas di Syurga. Dia berkata Semua ini akan menjadi milik umatKu” kata Yesus lagi “Tetapi di Gereja ramai yang menjadi pencuri yang mengambil Perpuluhan dan Persembahan!, beritahu mereka bahawa tidak ada pencuri yang akan memasuki ke KerajaanKu di Syurga . Kita mesti lurus di hadapan Tuhan. Kemudian kami melihat satu meja yang amat panjang untuk jutaan umat dengan penuh tersedia makanan dan buah-buahan. Kelihatan juga banyak mahkota dan gelas kristal. Tuhan Yesus berkata Ricardo, semua ini telah disediakan untuk umatKu. Meja itu adalah untuk persediaan di hari Perkawinan Anak Domba Allah.

Kelihatan di situ juga seorang Sister telah dibawa naik ke syurga dan dia juga melihat malaikat-malaikat pergi dan balik menyediakan jamuan perkahwinan itu! Saya berkata kepada Tuhan Yesus “Kenapa Sister itu memperhatikan malaikat-malaikat itu membuat kerja-kerja di sini, tetapi saya tidak nampak apa-apapun disediakan”. Yesus menjawab Sebab kerja-kerja persediaan sudah selesai kelihatan mahkota-mahkota tersedia bagi mereka yang layak yang telah berbakti dan taat kepada Tuhan, saya kemudian berkata “Tuhan Yesus, bilakah Engkau akan datang kembali, jika persediaan semua sudah selesai, berapa lama lagikah baru Engkau kembali? Tunjukkan saya masa jamnya, berapa lama lagi jika menurut jam surgawi” Banyak yang telah bermimpi mengenai detiknya, menunjukkan jam sudah tengah malam, bila agaknya Tuhan akan datang. Saya bertanya lagi “Bilakah detiknya jam akan berdentum untuk masa tibanya tengah malam, satu minit?, dua minit?” Yesus mengamati airmuka saya seketika dan menjawab “Ricardo, di syurga tidak ada jam saya menyahut “Jika demikian, kenapa Tuhan belum datang” Tuhan Yesus mengangkat tanganNya dan mempertunjukkan jari Telunjuk dan Ibu jariNya dan berkata “Semua masa yang tinggal hanya atas kemurahan Bapa untuk memberi kesempatan umatku yang telah mundur dan menawarkan mereka untuk bertobat kembali dan meyempurnakan tanggungjawab” jadi Tuhan Yesus selaku mempelai belum datang kembali sebab dia memberi kita sedikit masa untuk bertobat dan masa itu adalah “Masa atas kemurahan Bapa” Yesus akan datang bila-bila masa saja lagi kita mesti mencari Dia sekarang dengan segenap hati kita, berpuasa dan melakukan tanggungjawab yang utama seperti dahulu. Yesus mengulangi kata-kataNya kita berada dalam masa kemurahan Tuhan!”

Kemudian satu malaikat muncul di sebelah kanan kami dan menyahut, “Telah tiba saatnya, masa sudah selesai. Segala persiapan sudah siap! Yesus mahu menyambut mempelaiNya” Tuhan Yesus sedang datang semua tanda-tanda dalam Alkitab sudah digenapi. Tayangan mempertunjukkan bahawa satu bencana akan terjadi. Para ahli Saintis tahu bahawa sesuatu yang menakjubkan akan terjadi, tetapi mereka tidak mengerti apa semua ini! Tetapi kita Gereja-Gereja Tuhan tahu bahawa Yesus akan datang segera!. Apabila malaikat itu selesai berseru, kemudian semua berjuta-juta malaikat mula melompat dan memuji mempelai-mempelai yang akhirnya kini kembali ke syurga. Saya terus bertanya “Apa yang sedang berlaku?” tetapi tidak seorang pun memperdulikan saya, mereka semua asyik memuji atas berita baik tersebut. Lalu saya pun turut serta memuji nama Yesus bersama-sama dengan malaikat itu. Pada ketika saya mengangkat tangan saya, saya terasa seseorang mengangkat saya keluar dari Syurga dan menghantar saya turun ke bawah dengan kecepatan yang amat laju sekali.

Ketika ini, semua malaikat sedang memuji atas kedatangan mempelai. Saya kembali ke Bumi dan saya diturunkan pada mimbar gereja di tempat saya berbakti. Masa sudah suntuk!!! Jika kamu tidak percaya terpulanglah dengan kamu untuk terus tidak percaya..tetapi Tuhan Yesus akan datang memberikan kehidupan yang kekal. Mereka yang tidak percaya tentang pengangkatan, bangkitlah sekarang! demi Tuhan bangkitlah untuk kebenaran.

Tuhan Yesus berada di sisi saya dan berkata Ricardo, ini saya pertunjukkan bagaimana keadaanya sekiranya pengangkatan berlaku sekarang!! kemudian saya dapat melihat keseluruhan muka bumi. Saya terlihat Roh Kudus cantik yang amat dihargai, yang telah memberikan kita kedamaian dan kegembiraan semasa hidup di bumi, kelihatan meninggalkan Bumi ini.

Seterusnya saya melihat benda seperti wap masuk ke dalam Gereja dan meliputi saya. Saya bertanya kepada Tuhan “Apa ini Tuhan?” dan Dia menjawab Inilah yang dipanggil Pengangkatan”. Kemudian saya terlihat pula orang-orang datang dan memecahkan pintu Gereja, hendak masuk dan berteriak “Di mana anak saya, mereka hilang semua!” Semua anak-anak kecil diangkat oleh Tuhan dan tidak akan ditinggalkan. Pertama saya melihat masuk ke dalam Gereja itu iala Ketua Koir dan berteriak “Dimana sudah gereja! Saya ditinggalkan, saya tertinggal, saya tertinggal!!” kemudian saya melihat seorang Pastor dan pemimpin-pemimpin Gereja (brother dan sister) yang mengendalikan kebaktian gereja itu menangis, “Saya tertinggal pengangkatan!” kelihatan pula ramai Ibubapa, suami dan isteri mencari anak kesayangan mereka lalu seorang dalam Gereja menjawab, “Anak kamu tidak ada di sini, telah diambil Tuhan” kemudian mereka ini mula menangis “Memang betul kata mereka selama ini, Yesus telah mengambil mempelainya!.”

Ramai orang menangis dan meratap dengan harapan mereka telah mempercayai Yesus Kristus. Setiap jiwa yang tidak percaya bahawa Yesus itu Messias tidak akan selamat, saya melihat ramai orang dan Pastor menangis dan orang-orang itu mula mendesak Pastor-Pastor Kenapa kamu tidak berkhotbah yang sebenarnya, kenapa tidak mengajarkan tentang kekudusan dan memberi amaran tentang semua ini kepadaku? Ini semua salah kamu menyebabkan saya tertinggal” (Banyak yang akan tertinggal sebab mereka tidak hidup dalam kekudusan kita perlu memberitakan tentang kekudusan sungguh-sungguh dan mengajar semua orang mengenai pertobatan mutlak). Saya melihat orang-orang itu memukul dan mencarik tubuh dan rambut Pastor-Pastor. Kelihatan Pastor yang menangis dan ada yang cuba merayu supaya jangan dicederakan tetapi orang–orang ini tidak berhenti memukul kerana telah dirasuk syaitan (Syaitan dilepaskan oleh Tuhan semasa 7 tahun masa kesengsaraan itu).

Terdapat juga Gereja yang kesemua jemaatnya tidak diangkat. Saya melihat seorang pemimpin Gereja cuba mencungkil matanya kerana begitu kesal. Dan ada di antara mereka yang menghantuk kepala ke dinding dan lantai kerana mereka tidak tahu hanya Yesus adalah jawapan segalanya. Ada orang cuba mencederakan badannya sendiri, memukul kepala sendiri sehingga retak dan rebah ke lantai sehingga mengalirlah darah di dalam Gereja itu. Kelihatan pula seorang anak muda remaja berkata “Tuhan ambillah aku” tetapi sudah terlambat. Yesus sudah datang dan mengangkat Gerejanya. Saya rebah ke lantai kerana melihat semua yang amat mengerikan semua ini.

Tuhan Yesus berkata Pada ketika Masa Kesengsaraan itu, akan berlaku kesusahan yang belum pernah terjadi” Saya bertanya kepadaNya “Kenapa mereka masih mampu melompat kembali sedangkan mereka sudah cedera teruk” Yesus menjawab “ Sebab pada ketika itu orang akan lebih rela mati tetapi tidak mencapainya sebab maut sudah dilepas keluar dari bumi Saya bertanya “Kenapa ramai Pastor yang tertinggal dalam pengangkatan?” kemudian Yesus menjawab Sebab saya tahu siapa mereka dan apa isi hati mereka,” Tuhan tahu segala isi hati kita. Saya rebah dan hampir pengsan. Yesus berkata lagiAku mahu tunjukan ini semua supaya kamu memberi amaran GerejaKu tentang semua ini dan memberi mereka harapan. Beritahu mereka bertobat sekarang sebab Aku akan melakukan sesuatu yang dahsyat ke atas bumi.

Bukalah mata kamu. Gereja-gereja Penginjilan sedang bertumbuh di Chile. Beritahu mereka bahawa jika mereka memohon ampun dari Ku maka Aku akan mengampuni dosa mereka”. Kemudian saya melihat satu lagi penglihatan dimana ada api meliputi seluruh surga. Yesus berkata “Adakah kamu melihatnya?” Api yang meliputi bumi itu adalah api ke atas Chile. Chile akan menjadi milik Kristus dan Tuhan akan mengubah Chile!”. Dan saya melihat api itu lalu bergerak menuju ke Negara Chile dan meliputinya. Yesus berkata Mata Bapa terbuka memandang ke Chile. Apabila api ini bergerak ke Chile, negar-negara lain juga dapat memerhati kuasa Tuhan bergerak di sana. Semua Gereja dari seluruh dunia bergembira kerana Kuasa Tuhan berkerja di Chile. Tuhan Yesus membawa saya ke satu penglihatan “Paseo Humada” dan saya terlihat orang-orang cacat dan tempang, mereka kemudian didoakan dan dengan kuasa Tuhan bahagian tubuh yang cacat itu terus bertumbuh menjadi anggota sempurna. Orang yang tidak ada tangan dan kaki juga menjadi sempurna tubuhnya apabila mereka ini didoakan oleh orang percaya. Orang sakit disembuhkan dan orang mati bangkit kembali. Tuhan akan melakukan kuasa mukjizat di Chile seperti apa yang dilakukan oleh Rasul-Rasul suatu masa dahulu sebagaimana kisah yang tercatat dalam Alkitab.

Demikianlah Wahyu yang Tuhan berikan kepada saya (Ricardooo Cid). Dia akan datang segera!

Maranatha, Amen!.

 

Next Video List of Videos